Rabu, 10 Mac 2010

Syeikhul Azhar, asy-Syeikh Muhammad Sayyid at-Tantawi Kembali ke RahmatuLlah


إنا لله وإنا إليه راجعون

Syaikhul Azhar, Asy-Syaikh Muhammad Sayyid at-Tantawi, telah kembali ke rahmatuLlah selepas mengalami serangan jantung, di Saudi.


Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.


"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie," katanya.

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين


Semoga Allah mengampuni, merahmati, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Faatihah kepada beliau dan seterusnya mendoakan beliau.


اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة






Latar belakang ringkas Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi رحمه الله:

  • Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr.
  • Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.
  • Memperoleh ijazah PhD dalam bidang Hadits dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang)
  • Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Qaherah.
  • Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir.
  • Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.
  • Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yang mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yang bermutu.
  • Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)
Sumber: http://www.islamonline.net/; http://arabic.cnn.com/; http://www.alarabiya.net/; http://www.bbc.co.uk/arabic/

Perhatian! Memang tidak dinafikan Syaikh Tantawi رحمه الله pernah mengeluarkan fatwa yang kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yang tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yang berkelayakan dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.

Ingatlah pesanan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

ُErtinya: Sebutlah kalian akan kebaikan-kebaikan orang-orang yang mati di kalangan kalian dan tahanlah (diri kalian) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka. (Hadits diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibnu Hibban, ath-Thabrani, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Baghawi)


Sumber: Laman Ulama dan Du'at


al-Fagir Abu Zahrah

0 komen:

Related Posts with Thumbnails