Khamis, 4 Mac 2010

Tuan Guru Haji Zakaria bin Muhammad Saman (Pondok Alor Janggus) Kembali ke RahmatuLlah



إنا لله وإنا إليه راجعون



Rabu (malam Khamis),18 Rabiulawwal 1431H bersamaan 3 Mac 2010M, lebih kurang jam 10.58 malam telah kembali ke rahmatUllah, Tuan Guru Pak Lang Haji Zakaria bin Muhammad Saman رحمه الله (Pondok Alor Janggus) - (mohon maaf kerana tersilap menulis tarikhnya sebelum ni . JazakumuLlah Syaikh Husni kerana membetulkan)

Beliau adalah merupakan salah seorang daripada murid Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, (Tuan Guru Pak Lang Zakaria merupakan khadam kepada Syaikh Abdul Qadir al-Mandili) Syeikh Yasin al-Fadani, Syaikh Syafie Teluk Bagan dan lain-lain ulama terkenal ketika menuntut ilmu di Mekah di Mekah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kedah.

Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Sayyidina Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)


Mereka yakni para ulama seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.

Imam Ahmad meriwayatkan hadits daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan

Kematian seorang ulama itu adalah merupakan suatu musibah yang besar pada umat Islam.

Di dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuni, merahmati, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Faatihah kepada beliau dan seterusnya mendoakan beliau.


اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة




al-Fagir Abu Zahrah

1 komen:

Musafir Kelana berkata...

Semoga arwah Tuan Guru berada di kalangan mereka yg telah dijanjikan oleh Allah swt..amin...

Allahukbar! jauhnya daku....

Related Posts with Thumbnails