Sabtu, 20 Mac 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010: Promosi Buku Karya Ustaz Raja Mukhlis


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 telah pun bermula yakni pada 19 Mac (Jum'at) dan akan berlangsung sehingga 28 Mac 2010 (Ahad). Seperti biasalah ramailah peminat buku, ulat-ulat buku akan berpesta menghabiskan masa disana untuk membelek-belek buku yang berkenan dihati ....... ada yang sekadar belek, ada yang borong sakan ........ :)

Jomlah pakat pi beramai-ramai .... tang sana, pakat boleh beli buku-buku yang bermutu dan harga diskaun yang istimewa. Jimat la sikit. Namun kena berpada-padalah tatkala berbelanja. Jangan rambang mata sangat dengan pelbagai buku yang ada. al-Fagir pun dulu ni teruja juga dengan pesta buku ni, habih masa berjam-jam belek buku, kemudian borong sakanlah mana yang berkenan tu, bila bawak balik rumah baca pun gitu-gitu saja .... Namun nafsu memborong kitab/buku tu mula kendoq setelah membaca pesanan al-Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad di dalam kitab Tatsbit al-Fuad bi Dhikr Kalam Majalis al-Quthub al-Imam 'Abdullah
bin 'Alwi al-Haddad (kitab ini adalah himpunan kalam Imam Abdullah oleh murid beliau, Syeikh Ahmad bin 'Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar). Kata al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad menegur keinginan Syaikh 'Abdul Karim ketika beliau ingin memiliki kitab tertentu: Tidak ada gunanya engkau mengumpulkan kitab-kitab. Curahkanlah perhatianmu kepada ilmu dan amal, tidak usah mengumpulkan kitab-kitab ... fahamilah, bahawa kata-kata yang sedikit tidak memerlukan perbicaraan yang panjang lebar. Apa guna mempunyai timbunan kitab kalau hanya seperti keldai yang membawa muatan kitab-kitab tebal? Biarlah engkau mempunyai satu tekad sahaja ......

Tambah beliau رضي الله عنه lagi: Yang dituntut dari ilmu adalah adalah pengamalannya. Jika tidak demikian, apa guna tompokan (timbunan) kitab? Berapa banyak orang yang mempunyai tompokan (timbunan) kitab, tetapi tidak mendatangkan manfaat apapun baginya ........

Allahu Allah ..... :'( . Walaubagaimanapun, bukan kata tak boleh beli langsung tapi kalau nak beli buku, biaqlah yang berguna, yang bermanfaat pada kita. Dan lepaih beli tu bacalah, ngaji lah dan amalkanlah isikandungnya. Allahu Allah .... peringatan buat al-Fagir sendiri niiii ...... :'( Sempena pesta buku ni, insyaAllah, al-Fagir nak tolong mempromosikan beberapa buah buku yang ditulis oleh shahabat, juga guru kepada al-Fagir iaitu al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis. Buku-buku beliau insyaAllah, baguih, bermanfaat ..... ada 3 buah karya beliau. Al-Fagir cerita sikit di bawah .....


Karya terbaru beliau bertajuk Al-Quran Berbicara Tentang Takwa - Neraca Kemuliaan Insan di Sisi Allah. Al-Fagir pun belum baca buku ni, maka tak leh lah nak komen. tapi menurut penulisnya, buku ini adalah merupakan tafsir ayat-ayat mengenai takwa. Baru keluaq ni. Kalau yang berminat boleh dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010, di Booth Suficube di G03, di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, dekat Dewan Kedah.

Mai tang ni, penulis ada ceritasikit mengenai karya beliau.

Buku beliau yang lain boleh baca seterusnya ......



Buku Menjiwai Tauhid, Memurnikan dan Menyingkap Tabir Bahagia Menyediakan Prasarana Jiwa Buat Mendakap Bahagia Hakiki.

Al-Fadhil Ustaz Raja Mukhlis bin Raja Jamaluddin, menulis di multiply beliau:

Suatu ketika, guru kami Al-Murobbi, Sheikh Yusuf Al-Hasani (Syaikh Thariqah Syadhuliyyah) bertanyakan kepada kami, suatu soalan yang akhirnya membuatkan saya yang penuh hina ini berfikir sejenak.

Persoalan yang beliau lontarkan adalah: "Bagaimana kita yang sudah membahaskan tentang sebahagian sifat-sifat Allah dalam ilmu Tauhid, namun masih tidak menghayati kewujudan Allah dalam kehidupan kita seharian. Sifat Wujud Allah yang menjadi sifat pertama perbahasan dalam ilmu Tauhid sendiri pun tidak dapat dihayati oleh kita, dalam segenap kehidupan kita, bagaimana pula dengan penghayatan terhadap sifat-sifatNya yang lain?"

Jadi, dalam pada sedang memikirkan jawapannya, saya mula berfikir tentang suatu perbahasan Tauhid yang dapat menggabungkan antara ilmu berbentuk teori dan praktikal. Namun, setelah saya yang faqir membaca beberapa karangan ulama' dalam ilmu Tauhid secara meluas, saya dapati di penghujung perbahasan mereka, mereka pasti mengajak kepada mengamalkan ilmu Tasawwuf samada dengan memperbanyakkan zikir ataupun berakhlak mulia.

Maka, saya dapati, kunci sebenar yang membawa seseorang daripada memahami ilmu Tauhid secara teori kepada penghayatan makna Tauhid dalam praktikal kehidupan adalah pada ilmu Tasawwuf itu sendiri. Bahkan, menurut sebahagian ulama' sufi, pelajaran-pelajaran yang disampaikan oleh para murobbi sufi adalah suatu Tauhid Amali iaitu, sebuah tauhid yang terpancar hasil dari hubungan kehambaan mereka kepada Allah Ta'ala.

Maka, Allah Ta'ala membantu saya dengan memberi kesempatan kepada saya untuk mempelajari beberapa kitab-kitab tasawwuf yang membicarakan perbahasan aqidah khususnya karangan Imam Al-Qusyairi (dalam Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah), Imam Ibn Ata'illah As-Sakandari (Al-Hikam dan At-Tanwir), Imam An-Nablusi (kitab Khamr Al-Khan), Sheikhu Sheikhna Sayyidi Muhammad Al-Hasyimi (Miftah Al-Jannah) dan sebagainya, melalui beberapa guru yang sangat dihargai jasa mereka.

Maka, Allah membantu saya dalam menyusun sebuah kitab yang serba ringkas ini untuk cuba menggabungkan perbahasan ilmu tauhid nazhori (teoritikal) berteraskan manhaj Al-Asya'irah (sifat 20) dengan perbahasan ilmu Tasawwuf yang merupakan sebuah ILMU TAUHID AMALI.

Perbahasan ilmu Tauhid dari sudut teorinya juga dipermudahkan agar merai kemampuan masyarakat awam khususnya di Malaysia yang jauh daripada tradisi warisan ulama' silam khususnya dalam ilmu Tauhid. Mudah-mudahan Allah Ta'ala membantu urusan umat Islam dalam memperkasa dan memurnikan aqidah dan tauhid mereka agar mereka mampu menjadi Ummah yang terbaik dalam segenap aspek.

Komen al-Fagir: Buku ini sangat menarik, penting dan mudah untuk difahami. bahasannya ringkas dan padat dengan pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak semasa. Dan ianya mengabungkan antara ilmu tauhid dan ilmu tasawwuf bagi memudahkan para pembaca untuk menghayatinya di dalam kehidupan.


Sinopsis: "Mencari Bahagia… Ungkapan ini sering berlegar-legar di benak fikiran setiap manusia. Mengapa bahagia? Kebahagiaan adalah antara nikmat Allah Ta'ala yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara tanda sifat pemurah Allah Ta'ala kepada manusia.

Namun, ramai manusia gagal mencarinya. Mengapa? Ini kerana, manusia cuba mencari makna kebahagiaan selain daripada makna kebahagiaan sebenar. Oleh itu, semakin manusia mendekati makna kebahagiaan ciptaannya, semakin dia menjauhi makna kebahagiaan hakiki dan abadi. Oleh kerana itu, semakin dia mencari “bahagia”, semakin dia temui duka dan sengsara.

Maka, hadirnya buku yang serba ringkas ini, untuk mengajak manusia agar mereka melalui jalan kebahagiaan hakiki, dengan meninggalkan kebahagiaan palsu yang lahir daripada angan-angan dan persepsi. Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia. Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki dan abadi, maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan, begitulah sebaliknya. Oleh kerana itu, buku ini menyeru ke arah: “Marilah Menuju Kebahagiaan…”.

Ia bermula daripada kita memperbaiki makna kebahagiaan dalam diri kita dengan makna kebahagiaan hakiki, lalu kita terus melangkah menujunya dengan langkah yang teliti berdasarkan petunjuk Ilahi. Pada ketika itulah, kita akan menjalani sebuah kehidupan Rabbani yang membawa kebahagiaan abadi, di dunia ini dan di akhirat nanti". - Raja Ahmad Mukhlis


2 komen:

alQasam berkata...

Askum. Pakcik wa Sidi Abu Zahrah yang diRahmati

Apahabaq P.cik? Semalam dan beberapa hari lepas Syaikh Rohimuddin mai Terengganu. Sudi pula Syaikh mai ke rumah kami.

Syaikh baca Hadrah yang tak pernah ana alami sebelum ini. Sungguh menggugah dan membuahkan cinta dan rindu pada beliau.

Berkenaan pesta buku, sangat benarlah kalam Habib di atas. Ana dan suami selai dari faktor masa bercadang menghabiskan dulu beberapa buku penting yang di beli tahun lepas. Teringin juga untuk ke sana. Terutamanya Penerbitan Pustaka Nasional dll.

Kitab Ustaz Sidi Mukhlis memang suami kepingin sangat. Moga ada peluang untuk memilikinya.

Bahkan, amal itu tidak berasaskan teori yakni ilmu. Walau sedikit mampu hasilkan faham dan penghayatan. Itulah nur.

Allahu, ALLAHU. Memang ibarat keldailah keadaan kami.

Perumpaan yang pensyarah ana beri juga dulu pada student2 yang membondong kitab, tetapi ibarat keldai.

Da'watukum yang Sidi Ustazd

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam wa RahmatuLlahi wa Barakatuh.

AlhamduLillah P.cik sekeluarga sihat wal 'afiat. Demikian juga hendaknya Ustazah S dan Dr. S

Beruntunglah rumah yang dijejaki oleh ulama 'arifbillah.... Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya.

P.cik pun tak pi lagi ke Pesta Buku tu. Tak tau bila nak pi, belum ada rasa lagi, bukan apa, sesak sangat. Rimas bila ikhtilath ni. Kalau nak pi pun kena time orang pakat pi kerjalah. Kurang orang,lebih selesa dan santai untuk membelek-belek buku.

Untuk dapatkan buku Sidi Mukhlis, hubungi beliau dan insyaAllah, boleh beliau poskan. Adakan no hp beliau?

Allahu Allah .... ustazah dan Dr tak sampai lagu tuu ... kerana setahu pcik kalian rajin membaca, menuntut ilmu dan ber'amal ....

La tansa ni fi du'aikum.

Related Posts with Thumbnails