Beberapa tahun kebelakangan ini kejadian gempa-bumi sering terjadi. Kejaidan gempa bumi ini berentetan dari satu kawasan ke satu kawasan. Mungkin bagi sesetengah orang, kejadian ini adalah fenomena alam yang biasa-biasa sahaja. Namun bagi mereka yang beriman kepada hari akhirat, maka kejadian ini adalah merupakan satu peringatan buatnya. Peringatan tentang qiamat sudah hampir.
Syaikh 'Utsman Jalaluddin bin Muhammad bin 'Abdus Shamad al-Kelantani رحمه الله atau lebih dikenali sebagai Syaikh Utsman Jalaluddin Penanti yang merupakan antara murid al-Marhum Tok Kenali رحمه الله yang menjadi ulama besar serta pengasas pondok yang terbilang menyebut di dalam kitab beliau berjudul ad-Durratun Naafi`ah fi Asyraathis Saa`ah yang membahaskan mengenai tanda-tanda hari qiamat, pada tajuk Kenyataan ‘Alamat Qiamat Yang Telah Jatuh (Berlaku):
Transliterasi: ‘Alamat yang (20) banyak jatuh (berlaku) bergerak (gerak gempa) bumi dan banyak jatuh berbunuh-bunuhan kerana di riwayat daripada (Sayyidina) Abi Hurairah (رضي الله عنه), bersabda Nabi (صلى الله عليه وآله وسلم): Tiada berdiri qiamat hingga diambil akan ilmu agama, ertinya dipermatikan segala ‘alim ‘ulama yang mu’tabar dan hingga banyak bergerak bumi dan hingga jadi pendek segala masa pada akhir zaman dan hingga dzahir segala fitnah-fitnah dan banyak jatuh (terjadi) berbunuh-bunuhan (yang telah jatuh sekarang).
0 komen:
Catat Ulasan