Rabu, 23 Mac 2011

Hukum Berakad Nikah di Masjid

Gambar Hiasan

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama

Marilah kita kembali merujuk kepada para fuqaha kita untuk mengetahui sebenaq-benaqnya hukum mengadakan akad nikah dalam semejid (baca: masjid jangan dibaca samjid). Kalu kita bukak telaah kitab fiqh mazhab Syafi`i kita, antaranya yang hok mudah didapati lagi banyak manfaat dan berkatnya, karya waliyUllah Sidi Abu Bakar ad-Dimyathi rahimahUllah iaitu "Hasyiah I`aanathuth Thaalibin" jilid 3 halaman 315 kita dapati ibaratnya sebagai berikut: ....... pakat sambung baca tang ni Bahrusshofa: Hukum Berakad Nikah Di Masjid


0 komen:

Related Posts with Thumbnails