Ahad, 23 Ogos 2009

Hanya 27 Ada Sijil Halal

Di akhbar UM (versi online) bertarikh 23 Ogos 2009/2 Ramadhan 1430 memaparkan berita berikut:

Hanya 27 ada sijil halal

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.


Para ulama kita sering berpesan, sebagaimana yang disebut oleh al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, di dalam kitabnya an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah:

..... Selanjutnya hendaklah ia menahan perut dari makanan yang haram atau syubhat, terutama sekali ketika waktu berbuka puasa. Ia wajib berusaha mencari yang halal untuk berbuka puasa. Sebahagian kaum salaf berkata: Jika engkau berpuasa, perhatikanlah makanan yang engkau makan untuk berbuka dan dimana engkau berbuka. Hal ini merupakan anjuran kepada kita supaya berhati-hati dan mengambil berat terhadap makanan yang kita makan untuk berbuka.....




5 komen:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya disiarkan nama hotel yang ade sijil halal daripada kita tertanya2.

al-fagir abu zahrah berkata...

sila hubungi JAKIM untuk senarai hotel yang dibderikan sijil HALAL. Dan yang terbaik tak payah makan kat holel. Menjauhi perkara yang syubhah itu lebih aula untuk menjaya agama. والله أعلم

Tanpa Nama berkata...

salam , terima kasih tapi kenapa Jakim tak boleh siarkan kat media utama? setakat 27 hotel list tak panjang pun. Memang kalau boleh kita cuba elakkan makan kat hotel-hotel 5 star ni tetapi sekarang ni meeting / kursus /kenduri kahwin kat hotel...

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam,
Bertanyalah kepada JAKIM. Layari laman web mereka atau hubungi KP JAKIM. InsyaAllah mereka dapat membantu. والله أعلم

abeaji berkata...

assalamualaikum wbth.. mungkin ini antara hotel list yang ada sijil halal daripada JAKIM. http://knowledge.hdcglobal.com/en/indices/index_67.html

Related Posts with Thumbnails