
12/08/2009 1:21pmKUALA LUMPUR 12 Ogos – Seniman terkemuka negara, Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62, meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung. Jenazah beliau akan dimandikan di Masjid Sri Gombak di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Jelebu untuk dikebumikan petang ini. - Utusan
Ambo sering membaca tulisan penulis prolifik yang merupakan jiran se taman dengan ambo nii di blognya yang bernama Pustaka Adimul. Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau dan menempatkan beliau bersama-sama para sholihin.
Kejutan ketiga - Kemarin dulu, ambo terima sms dari seorang kawan, katanya isteri dan anak Bob meninggal kerana accident. Tengok Metro Isnin 11 Ogos.
Maka akupun layarilah Metro Online ....
Allahu Allah .... aku dah baca berita ini sebenaqnya, tapi tak tau pulak yang ianya adalah isteri kenalan lama ambo, Azhar yang mesra dengan panggilan Bob. Hampir 20 tahun tak pernah ketemu dengan Bob, hanya mendapat berita melalui kawan-kawan lain.

Maka akupun layarilah Metro Online ....
TEMERLOH: Tiga sekeluarga maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta Perodua Kancil di Kilometer 118, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Nor Aizam Jaffar, 36, anaknya, Nur Nisa Izzati Azhar, setahun dan ibunya, Norimah Mat Ripin, 60, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Dua lagi anak Nor Aizam, Mohd Sukril Amri, 13, dan Nur Alia Imani, 12, masih menerima rawatan di hospital sama akibat parah.
Allahu Allah .... aku dah baca berita ini sebenaqnya, tapi tak tau pulak yang ianya adalah isteri kenalan lama ambo, Azhar yang mesra dengan panggilan Bob. Hampir 20 tahun tak pernah ketemu dengan Bob, hanya mendapat berita melalui kawan-kawan lain.
al-Faatihah buat mereka semua yang telah pergi mengadap penciptaNYA ....................
0 komen:
Catat Ulasan