Khamis, 20 Ogos 2009

Belasungkawa

إنا لله وإنا إليه راجعون


Selasa, 27 Sya’ban 1430H bersamaan 18 Ogos 2009M, jam 2.20 WIB telah kembali ke rahmatUllah, hambaNya Kiyai Haji Ahmad Asrori bin Kiyai Utsman al-Ishaqi رحمه الله.


Beliau adalah merupakan Mursyid Tariqah Qadiriyah wan Naqsyabandiyah Jawa Timur juga Pengasuh Pondok Pesantren (Ponpes) al-Fitroh, Kedinding Lor, Semampir, Surabaya. Muridnya berjumlah puluhan ribu orang dari Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia dan Australia.



Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Jenazah beliau telah dimakamkan di dalam serambi Masjid Kompleks Ponpes jam 10.00.


Semoga segala kebajikan beliau dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah, segala dosa kesilapan kekhilafan beliau diampuni, dan ditempatkan beliau dalam kelompok orang-orang yang berjaya daripada kalangan para nabi dan shiddiqin, syuhada` dan sholihin. Allahumma aamiin ... al-Faatihah.


اللهم اغفر له و ارحمه ...بحرمة الفاتحة

*******

Pengajian Yang Diadakan Oleh KH Ahmad Asrori al-Ishaqi

0 komen:

Related Posts with Thumbnails