Terjemahan dari kitab “عيوب النفس ودواؤها” oleh Imam Abu Abdurrahman as-Sulami
(Keaiban Nafsu Yang Ke 13, 14 dan 15)
(Keaiban Nafsu Yang Ke 13, 14 dan 15)
Penyakit Ketigabelas: Sibuk menghiaskan diri dengan perhiasan lahiriah, dan berpura-pura khusyuk serta beribadah tanpa menghadhirkan hati.
Rawatannya: Ialah sentiasa memelihara rahsia-rahsia ketuhanan supaya cahaya bathinnya dapat menghias perbuatana lahiriyyah. Oleh itu ia kelihatan berhias tetapi bukannya perhiasan yang bersifat lahiriyyah. Ia kelihatan hebat tetapi bukannya melalui kesan-kesan yang zahir, ia kelihatan bangga dan mulia tetapi bukan kerana ramainya anak-pinak. Oleh itu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda:
من أصلح سريرته أصلح الله علانيته
Yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara dan memperelokkan rahsia-rahsianya maka Allah akan memelihara dan memperelokkan segala lahiriyyahnya. [Menurut pentahqiq kitab ini, Dr Muhammad al-Sayyid al-Julainid: Makna hadith ini sahih tetapi saya (pentahqiq) tidak temui di dalam kitab hadith. Dan menurut tahqiq Abu Maryam Majdi Fathi al-Sayyid, beliau membawa sebuah hadits yang diriwayatkan oleh ad-Dailami didalam kitabnya al-Firdaus tetapi dengan lafadz yang agak berbeza.adapun maknanya sama]******
Penyakit Keempatbelas: Sentiasa mengharapkan balasan terhadap setiap ‘amalan yang dilakukan.
Rawatannya: Ialah sentiasa memerhatikan kecuaiannya didalam amal yang diperintahkan oleh Allah dan tipisnya sifat ikhlas ketika beramal.
******
Penyakit Kelimabelas: Tidak dapat merasakan kelazatan serta kemanisan ketika melakukan perintah Allah. Hal ini adalah kerana hati itu berpenyakit serta berlaku kecurangan terhadap rahsia Allah (al-Sirr)
Rawatannya: Ialah memakan makanan yang halal, iltizam dengan zikir, berkhidmat kepada para solihin serta mendampingi mereka, menghinakan diri dengan bergantung harap kepada Allah supaya Allah menganugerahkan kesejahteraan hati setelah terhapusnya segala penyakit. Setelah itu hati akan dapat mencapai kemanisan iman semula di dalam amal ketaatan.
0 komen:
Catat Ulasan