Di dalam kitab Husnul Maqshid fi ‘Amal
al-Maulid karangan Imam as-Sayuthi رحمه الله, beliau menaqalkan
pendapat Syeikhul Islam, al-Haafidz Abu al-Fadhl Ahmad ibn Hajar رحمه
الله: Telah
ditanya kepada Syeikhul Islam, Haafidz al-‘Ashr Abu al-Fadhl Ahmad ibn Hajar mengenai
(sambutan) maulid Nabi صلى الله عليه وآله
وسلم,
maka di jawab: “Asal amalan menyambut Maulid adalah perkara baru
yang tidak pernah diriwayatkan dari seorang pun di kalangan salafus sholeh dalam tiga abad pertama.
Akan tetapi, ia mengandungi kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan. Maka barangsiapa yang mengambil segala kebaikan dan menjauhi keburukannya, maka ia
Bid’ah Hasanah. Jika tidak, bukanlah ia Bid’ah Hasanah. Dan sesungguhnya telah jelas
kepadaku dalam mentakhrij hadith tentangnya atas apa yang thabit di dalam
Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله
وسلم datang ke Madinah, lalu
mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram). Nabi صلى الله عليه وآله
وسلم lalu bertanya kepada mereka
tentang perkara tersebut. Mereka menjawab: Ia adalah hari di mana Allah menenggelamkan
padanya Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Lalu kami berpuasa pada hari ini
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala. Maka apa yang boleh diambil faedah
daripada perkara ini ialah kesyukuran kepada Allah dilakukan pada hari tertentu
kerana mensyukuri nikmat atau tertolaknya bala. Dan diulangi perkara tersebut
kerana perkara itu pada setiap tahun. Dan berterima kasih kepada Allah boleh
juga dengan mempelbagaikan ibadah seperti sujud, puasa, sedekah, membaca
Al-Qur’an. Dan apakah nikmat yang paling besar pada hari itu dari nikmat-nikmat
lain selain dari lahirnya Nabi صلى الله عليه وآله
وسلم ini, Nabi صلى الله عليه وآله
وسلم yang membawa rahmat?
Mengenai persoalan sambutan maulid ini, bolehlah rujuk buku yang ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll yang judul Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'. Inilah Jawapannya ....
Pendapat Imam Ibnu Hajar ini juga dinaqal oleh al-'Alim al-'Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani di dalam kitab beliau Haula al-Ihtifal bi Dzikra al-Maulid an-Nabawi asy-Syarif |
0 komen:
Catat Ulasan