Fadhilatus Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah,
Mufti Mesir, di dalam kitab beliau al-Bayan lima Yasyghal al-Azhaan,
pada halaman 164 (soalan 42) menyatakan:
“ …..
Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Maulid Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar
qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi
atas kegembiraan dan kecintaan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan.
Dan telah shohih sabdaan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang menyatakan: “Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya,
tidaklah beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman)
sehinggalah jadi aku paling dikasihinya berbanding ayah dan anaknya” Dan
bahawasanya Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:- “Tidak beriman seseorang daripada kamu (yakni
tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku yang paling dikasihinya berbanding
anaknya, ayahnya dan manusia sekaliannya.”
0 komen:
Catat Ulasan