Saudara-saudaraku, pengunjung al-fanshuri, hari ini al-fagir ingin berkongsi lagi tentang hadits yang mengkhabarkan kepada kita tentang kasihnya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم terhadap kita, umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Sayyidina ibnu Mas’ud رضي الله عنه.. Haditsnya berbunyi:
حَيَاتِي خَيْرٌ لَكُمْ تُحَدِّثُونَ وَنُحَدِّثُ لَكُمْ، وَوَفَاتِي خَيْرٌ لَكُمْ تُعْرَضُ عَلَيَّ أَعْمَالُكُمْ، فَمَا رَأَيْتُ مِنَ خَيْرٍ حَمِدْتُ اللَّهَ عَلَيْهِ، وَمَا رَأَيْتُ مِنَ شَرٍّ اسْتَغْفَرْتُ اللَّهَ لَكُمْ
Terjemahannya: “Hidupku merupakan kebaikan bagi kalian. Kalian dapat berbicara (bertanya masalah dan hukum-hakam kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم) dan dibicarakan bagi kalian (dengan wahyu dari Allah dengan perantaraan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم). Dan kewafatanku juga merupakan kebaikan bagi kalian, kerana dibentangkan atasku amalan-amalan kalian. Maka apa yang aku lihat dari amalan itu kebaikan, aku memuji Allah atasnya dan apa yang aku lihat dari amalan kejahatan, aku akan memohon keampunan kepada Allah untuk kalian”. - (Hadits riwayat al-Bazzar (5/308) dan Ibn Sa’d di dalam ath-Thabaqat al-Kubra (2/194) dan al-Harits ibn Abi Usamah di dalam Musnadnya seperti tersebut di dalam Bughyah al-Baahits (2/884). Di antara penghafadz dan peneliti hadits yang menshahihkan hadits ini adalah Abu Zur’ah al-Iraqi, al-Haitsami, al-Qusthullani, as-Sayuthi al-Munziri, az-Zurqani, asy-Syihab al-Khafaji dan Mulla ‘Ali Qaari. Hadits ini juga disebut oleh Ibn Hajar al-‘Asqolani di dalam Mathoolib al-‘Aaliyyah dengan matan yang sedikit berbeza)
Dua perkara yang ingin al-fagir ingin sentuh untuk renungan kita bersama. (Pertama) bahwa ‘amal kita yang dibentangkan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Al-Imam al-Qurthubi menyebut di dalam kitab beliau, at-Tazkirah, Bab Ma Jaa`a fi Syahaadah al-Nabiy صلى الله عليه وآله وسلم ‘ala Umatihi:
(قال) ابن المبارك أخبرنا رجل من الأنصار عن المنهال بن عمرو أنه سمع سعيد بن المسيب يقول: ليس من يوم إلا يعرض فيه على النبي صلى الله عليه وسلم أمته غدوة وعشية فيعرفهم بسيماهم وأعمالهم فذلك يشهد عليهم، يقول الله تبارك وتعالى: فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَـٰؤُلاۤءِ شَهِيداً
فصل: قلت: قد تقدم أن الأعمال تعرض على الله يوم الخميس ويوم الإثنين، وعلى الأنبياء والآباء والأمهات يوم الجمعة، ولا تعارض؛ فإنه يحتمل أن يخص نبينا بما يعرض عليه الصلاة والسلام بالعرض كل يوم، ويوم الجمعة مع الأنبياء، والله أعلم
Terjemahannya: (Telah berkata Ibn Mubarak di dalam kitabnya Zawaaid az-Zuhd), telah mengkhabarkan kepada kami seorang lelaki daripada kaum Anshor daripada Minhal bin ‘Amr dari Sa’id bin Musayyib bahwa dia berkata: Tidaklah dalam satu hari melainkan dibentangkan kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ‘amalan-‘amalan umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, pagi dan petang. Maka Nabi صلى الله عليه وآله وسلم mengenali mereka melalui tanda-tanda dan ‘amalan-‘amalan mereka. Dengan demikian itulah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memberi kesaksian keatas mereka. Allah Ta’ala berfirman (terjemahannya): Maka bagaimanakah, apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?(surah an-Nisa`: 41)
(Fashal): Aku (al-Qurthubi) berkata: Telah disebutkan terdahulu (sebelumnya) bahwasanya ‘amalan-‘amalan dibentangkan kepada Allah pada hari Khamis dan hari Itsnain dan kepada para Nabi-nabi, para ayah dan ibu pada hari Jum’at. Dan ini tidak bertentangan kerana bahwa ianya diihtimalkan iaitu dikhususkan kepada Nabi kitaصلى الله عليه وآله وسلم dengan dibentangkan ‘amalan-‘amalan umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم pada setiap hari dan pada hari Jum’at pula bersama para anbiya`. (tamat petikan)
Allahu Allah …. Saudara-saudaraku, ‘amalan kita dibentengkan kepada Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم setiap hari, pagi dan petang! ‘Amalan kita dibentengkan kepada Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم setiap hari, pagi dan petang! Allaaah! Maka perhatikanlah apa yang kita lakukan, agar apa yang dibentangkan mengembirakan Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ….. Berhati-hati kita dalam setiap gerak langkah hatta detik hati kita. Apakah kita mahu yang dipamerkan, yang dibentangkan kepada Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ‘amalan buruk, keji dan dosa-dosa yang kita lakukan? Apakah kita tidak terdetik merasa malu, bersalah dan 1001 rasa lagi (yang sukar diterjemahkan)…. apabila yang dibentangkan kepada Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم adalah perkara yang Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tegah kita dari melakukannya. Allahu Allah …. Jangan kecewakan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Jangan membuat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sedih! Jangan membuat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم malu! Jangan … jangan …. Jangan sesekali …..!
Saudara-saudaraku, al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyebut di dalam karyanya Lathoiful Ma’aarif:
أعمال الأمة تعرض على نبيها في البرزخ فليستح عبد أن يعرض على نبيه من عمله ما نهاه عنه لما وقف صلى الله عليه و سلم عام حجة الوداع قال : [ إني فرطكم على الحوض و أني مكاثر بكم الأمم فلا تسودوا وجهي ] يشير إلى أنه صلى الله عليه و سلم يستحي من سيئات أمته إذا عرضت عليه -
Terjemahannya: ‘Amalan-‘amalan umat dibentangkan ke atas Nabi mereka di barzakh. Maka hendaklah seseorang hamba itu malu bahwa dibentangkan ke atas Nabinya daripada ‘amalannya dari apa yang ditegahkan oleh Nabinya dari melakukannya. Tatkala Nabi صلى الله عليه وآله وسلم wuquf (di ‘Arafah) pada Haji Perpisahan, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sesungguhnya aku mendahului kalian mendatangi Haudh dan aku berbangga dengan banyaknya bilangan kalian diantara sekelian umat dan janganlah kalian memalukan aku. (Hadits ini) mengisyaratkan bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم malu dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم apabila dibentangkan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. (Tamat petikan)
(Kedua) Mengenai betapa kasihnya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada umat, kerana tatkala dibentangkan ‘amalan umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم akan memohonkan keampunan sekiranya ‘amalan tersebut jahat/buruk/keji. Allahu Allah ………. Begitulah kasih dan cintanya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada umat. Cinta Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang unggul, kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umat yang tidak pernah bersua dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. namun beriman kepadanya. Hatta di barzah pun Baginda صلى الله عليه وآله وسلم akan sentiasa mengikuti perkembangan umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. , memohon keampunan buat umat yang berbuat dosa. Allahu Allah ….. alangkah tulusnya rasa kasih dan cinta Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada umat! Kasih yang melebihi kasih ibubapa kita kepada anak-anaknya. Kasih dan cinta yang berpanjangan … semasa hayat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, ketika hampir wafat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ketika di barzakh, ketika hampir kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan di mahsyar (kelak) …. yang terpacul dari lisan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم Umati! Umati! Kasihnya, cintanya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada umat!
Tanyalah kepada diri kita bagaimana pula kasih dan cinta kita kepada Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Saudaraku, hanya orang yang berakal serta mempunyai matahati yang akan memahami, menghayati, merasai dan menghargai cinta dan kasihsayang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. lantas dia akan menyahutnya dengan menumpahkan sepenuh rasa cinta serta ketaatan yang tidak berbelah-bagi.
Hargailah kasihnya dan cintanya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada kita dengan mengikuti apa yang diajarkan kepada kita.
لو كان حبك صادقاً لأطعته إن المحب لمن يحب مطيع
sekiranya cintamu benar pasti engkau akan menta’atinya # sesungguhnya orang yang mencintai taat terhadap orang yang dicintai
Saudaraku, antara tanda cinta adalah sering menyebut yang dicintainya itu.
من أحب شيئاً أكثر ذكره
Ertinya : Barangsiapa mencintai sesuatu nescaya dia banyak menyebutnya (yang dicintai itu).
Oleh itu wahai saudara-saudaraku, marilah kita memperbanyakkan sholawat sebagai tanda kita menyintainya صلى الله عليه وآله وسلم. Saudaraku, shalawat berfungsi sebagai cahaya yang menerangi hati dan menyingkir kegelapan dosa. Shalawat menghadirkan nur Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. agar Baginda صلى الله عليه وآله وسلم senantiasa bertakhta dihati kita, sehingga keagungan diri dan perilaku Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjadi acuan dan barometer bagi kehidupan kita sepanjang hayat. Shalawat adalah penyingkap tabir dari dimensi ruang dan waktu untuk menyatukan kita dengan nur Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Shalawat adalah sebuah ungkapan cinta kita kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan shalawat adalah merupakan pintu untuk kita wushul (sampai) kepada Allah (yakni meraih keredhaanNya).
وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
sekian dari
al-fagir ilaLlah abu zahrah abdullah thahir al-qadahi
isnin, dhuha,12 jumadilakhirah 1432/16 mei 2011
taman seri gombak, selangor darul ehsan
0 komen:
Catat Ulasan