Selasa, 24 Mei 2011

يـَـانُــوْ رَ قَــلْـبِـيْ وَ يــَا أُمِّـيْ عَــلَــيْـكِ الـسَّـــلا َمْ

Beliau dilahirkan pada di Makkah pada tanggal 20 Jumad ats-Tsani, 5 tahun sebelum bi'tsah (yakni sebelum diturunkan wahyu kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menurut sesetangah riwayat). (Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran beliau)

Seorang yang sangat dicintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan beliau juga tersangat-sangat menyintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, ayahanda beliau. Dinamakan beliau dengan nama Fathimah. Ada riwayat menceritakan kenapa beliau dinamakan Fathimah.

أنما سميت فاطمة  لأن الله فطمها وحجبها عن النار (الحاكم والديلمى)
Terjemahannya: Sesungguhnya dia diberi nama Fathimah, kerana Allah telah melindungi dan menjauhkannya dari api neraka. (Hadits riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Beliau sangat istimewa .....

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنَّهَا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ أَحَدًا كَانَ أَشْبَهَ سُمْتًا وَهَدْيَا وَدَلاًّ بِرَسُوْلِ اللهِ مِنْ فَاطِمَةَ، وَكَانَ إِذَا دَخَلَتْ عَلَيْهِ قَامَ إِلَيْهَا فَأَخَذَ بِيَدِهَا فَقَبَّلَهَا وَأَجْلَسَهَا فِيْ مَجْلِسِهِ، وَكَانَتْ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهَا قَامَتْ إِلَيْهِ فَأَخَذَتْ بِيَدِهِ فَقَبَّلَتْهُ، وَأَجْلَسَتْهُ فِيْ مَجْلِسِهَا.

Terjemahannya: Daripada Ummul Mu’minin, Sayyidatuna ‘Aisyah
رضي الله عنها, bahwasanya beliau telah berkata: Aku tidak pernah melihat seorangpun lebih mirip dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  selain dari Fathimah رضي الله عنها dalam sifatnya, cara hidup dan gerak-gerinya. Ketika Fathimah رضي الله عنها datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berdiri menyambutnya lalu mengambil tangan Fathimah رضي الله عنها, kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mencium Fathimah رضي الله عنها dan membawanya duduk di tempat duduk Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Dan apabila Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم datang kepada Fathimah رضي الله عنها, maka Fathimah رضي الله عنها berdiri menyambut Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم lalu mengambil tangan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, kemudian mencium Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, setelah itu ia mempersilakan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم duduk di tempatnya. (Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi dan an-Nasaie)

InsyaAllah, akan al-Fagir tulis mengenai beliau sedikit masa lagi ....Untukmu Bonda Fathimah عَــلَــيْـكِ الـسَّـــلا َمْ....


QASIDAH “BIFATIMAH”
(Terjemahan Gasidah ini al-Fagir petik dari laman web Majelis Rasulullah yang dipimpin oleh al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa)

بِفَـاطِــمَـةْ قَـدْ صَــفَـا حَــاِلـي وَ نـِـلْـتُ الْـمَـرَ امْ
بِــضْـعَــةْ مُـحَــمَّـدْ حَــبِـيْبُ اللهِ خَــيْـرُ ا لأَ نــَامْ
Dengan Fathimah telah tersucikan keadaanku dan kudapatkan segala cita-cita luhurku,
Belahan tubuh Muhammad Habibullah (صلى الله عليه وآله وسلم) sebaik-baik manusia.

أَعْــلَـى لــَــهَـا الُلهُ قَـدْرً ا فِـي اْلــعُـلا َ وَ الْــمَــقَـامْ
نِــعْمَ الْــبَــتُـوْ لِ الرَّ ضِــيَّـةْ نُــوْرٌ كُـلِّ الــظُّـلا َمْ
Allah telah mengagungkan derajat Fathimah dengan Keluhuran dan Maqam Mulia,
Albatul yang Suci dalam Samudra Keridhoan Ilahi, Cahaya segala Kegelapan.

أُمُّ الْـحَـسَـنْ وَ الْـحُـسِـيـن أَهْـلُ الْــمَرَ قِـي الْــعِـظَـا مْ
لــَـهُمْ عَـطَـايــَا مِنَ الْــمَـوْ لَـى كِــبَـارْ جُــسَـامْ
Ibu Hasan dan Husein pemilik maqam puncak kemuliaan,
Atas mereka limpahan Anugerah dari Sang Pencipta Pemilik Anugerah terbesar.

هُمْ سَـادَ ةُ أَهْــلُ الْـجِـنَـانِ الْــعَـالـِـيـَّةْ يـَـا غُــلا َمْ
مَــنْ حُــبُّـهُمْ صَــدَ قْ بـَـا يـَـسْـكُــنْ بِــدَ ارِ الــسَّــــلا َمْ
Merekalah pembesar ahli surga yang luhur wahai anak,
Maka yang mencintai mereka dengan kesungguhan akan menghuni surga Darussalam.

وَ مَـنْ تـَـــعَـلَّـقْ بِـــهِمْ يــَـظْــفَرْ بِـــنَــيْـلِ الْــمَرَ امْ
أَكــرَ مْـتِ يـَـا بِــضْــعَـةْ أَحْــمَـدْ فَـانْــعِـمِـي بـِالـتَّـــمَـامْ
Dan yang berpegang dengan mereka akan beruntung mendapatkan cita-citanya,
Mulialah engkau wahai belahan tubuh Ahmad maka limpahilah kami kemuliaan.

وَ امْــنَـحِــيْ عَــبْـدَ كُمْ فِـي الْــقُرْ بِ أَعْـلَـى وَ سَـــامْ
نَــقُــو مُ بِـحَــمْـلِ الرَّ يـَـاتِ الْـحَــمْـدِ أَحْـسَـنْ قِــيَــامْ
Perhatikanlah dengan lembut budakmu ini, dengan kedekatan sebagai anugerah agung,
Agar kami tegak memegang Panji Dakwah Alhamd dengan tegak sempurna.

تَـــعُمُّ دَ عْــوَ تَـــةُ فِـي ا لأ َ كْــــوَ انِ كُــلَّ ا لأَ نَــامْ
نــَـلْـــبَــسُ خَــلْـعِ إِرْثُ مَــا يــَصِـفْ سَــنَـاهَــا كَـــلا َمْ
Hingga tersebar da`wahnya di seluruh dunia kepada seluruh manusia,
Hingga kami memakai baju warisanmu yang bercahaya terang benderang tak tersifatkan oleh kalimat.

يـَـانُــوْ رَ قَــلْـبِـيْ وَ يــَا أُمِّـيْ عَــلَــيْـكِ الـسَّـــلا َمْ
فِـيْ كُــلِّ حَــالٍ وَ شَــأْنٍ كُــلِّ لــَحْـظَــةٍ دَوَامْ
Wahai cahaya hatiku, wahai ibuku kuucapkan salam,
Setiap waktu, kejap dan saat dengan abadi.

عَــلَــيـْكَ صَـلَّـى ِإ لـــهِـيْ مَــعَ أَبِــيْـكَ ا لإِ مَـــامْ
ِإ مَـــامْ كُــلِّ الْــوَ رَ ى فِـي كُــلِّ خَــاصٍّ وَ عَــامْ
Atasmu limpahan shalawat Tuhanku, juga atas Ayahmu Sang Imam,
Pemuka semua pemuka dari semua golongan khusus dan awam.

الــشَّــا فِــعُ الْــمَــبْـتَــغِ يَــوْ مُ الـلِّــقَـاءِ وَ الزِّ حَـــامْ
يـَـوْ مُ الْــمَــلا َ ئِــكْ تُـــنَـادِ يْ جَــمْـعَ كُــلَّ ا لأَ نَــامْ
Pemilik Syafa’ah idaman dan tujuan di Hari Pertemuan dan Perkumpulan,
Hari para malaikat berseru pada seluruh manusia.

غُـضُّــوْ ا أَبـْـصَــارَ كُمْ تَــمُـرُّ بِــنْـتِ الـنَّـبِـيِّ بِـالـسَّــــلا َمْ
وَ نــَكِّـسُـوْ ا رُ ؤُ وْ سَـكُـمْ مَــاأَعْــظَـمَـهُ وَ الله ُ مَــقَـامْ
Tundukkan pandangan kalian untuk lewatnya Putri Nabi dengan Salam Sejahtera …..!
Tundukkan kepala kalian…, Maqam yang alangkah Agungnya Demi Allah.

أتَــَـذْ كُـرِ يــْنِـي مَــعَـكِ أَعْـبُرْ وَ مَـنْ لَــهُ ذِ مَـــامْ
حَـاشَـــاكِ يـَـا أُمُّـــنَـا تـَــنـْسِـيْنَ هَــذَا الْـغُــــلا َمْ
Apakah engkau mengingatku saat itu untuk masuk dan lewati shirath bersamamu dan bersama mereka yang termuliakan,
Alangkah sedih dan tak mungkin ….. wahai Ibu kami, Engkau lupakan anakmu ini.

مَـحْــسُـو بِــكُـمْ يـَـرْ تـَـجِــيْـهِ مِـنـْكُـمْ بِــهِ ا لإِ هْــتِـمَـامْ
أَ نْـتُــمْ مَــرَ ا مُــهْ وَ مَـقْـصُـوْ دُهُ وَ نـِـعْمَ الْــمَـرَ امْ
Bocah kesayanganmu mengharapkan kasih sayang dan perhatianmu ini,
Engkaulah cita-cita dan maksud, dan semulia-mulia cita-cita.

يـَـا بِــنْـتَ طــهَ فَـــؤَ ادِ يْ فِـيْ مَـحَـــبَّــتِـكِ هَــــامْ
وَ اللهِ أَ نْــتُـــمْ مُــرَ ادِ يْ فِي الــدُّ نــَا وَ الْــقِــــيَـامْ
Wahai Putri Tha Haa, sanubariku bergejolak dalam mahabbah padamu,
Demi Allah, Engkau maksudku di dunia dan di hari kebangkitan.

وَ مَــا أَنــَا ِإ لاَّ بِــكُـمْ يـَـا سَـــادَ تِــيْ يـَـا كِــرَ امْ
عَـــلَــيْـكِ مَـــعَ وَ الِـــدْكِ أَذْ كَـي الـصَّــــلا َةُ وَ الـسَّـــلا َمْ
Dan aku ini hanyalah karenamu Wahai Pembesarku, Wahai Imam mulia,
Atasmu bersama ayahmu sesuci-suci shalawat dan salam.

وَ أَهْـلُ الْـكِــسَـاءْ وَ اهْـلِ بَـــيـْتِـهِ عَــالِــيِـيْنَ الْــمَـــقَـامْ
وَ الـصَّـحْـبِ أَجْــمَــعْ وَ مَـنْ عَــلَـى هُـدَ اهُ اسْــتَــقَـامْ
Dan atas Ahlul Kisa serta Ahlul Baitnya para maqam yang luhur,
Dan para Shahabat semua dan seluruh yang tegak dengan petunjuknya


0 komen:

Related Posts with Thumbnails