Rabu, 4 Mei 2011

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Bagaimana Cara Mengubah Kemungkaran?


Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah:

كيف يغـيّـر المنكر؟
وأوَّل ما يجب عند مشاهدة المنكر: التعريف والنهى بلطف ورفق وشفقة, فإن حصل بذلك المقصود, وإلا انتقل منه إلى الوعظ والتخويف والغلظة في القول والتعنيف, ثم إلى المنع والقهر باليد وغيرها, ومباشرة تغيير المنكر بالفعل.
والحاصل – أن الإنسان يأتى من ذلك بما يستطيع, ولا يقصِّر في نصرة دين الله, ولا يعتذر فى إسقاط ذلك بالأعذار التى لاتصح ولا يسقط بها ما وجب عليه من أمر الله.

Bagaimana Cara Mengubah Kemungkaran? 
Perkara pertama yang harus dilakukan ketika melihat kemungkaran adalah memberitahu tentang kemungkaran itu dan melarang dengan lemah lembut dan kasih sayang. Maka sekiranya dengan cara yang demikian itu berhasil maka alhamdulillah, namun jika tidak berhasil maka dengan cara nasihat, ancaman, kecaman dan sikap keras. Jika tidak berhasil juga maka dengan cara dilarang secara paksa, baik dengan tangan mahupun dengan lainnya serta segera mencegahnya.

Kesimpulannya bahawa seseorang harus melakukan amar ma’ruf nahi mungkar sesuai dengan cara yang dia sanggup melakukannya, jangan sesekali lalai dalam menolong agama Allah dan jangan sesekali beralasan untuk tidak melakukan kewajiban itu dengan alasan-alasan yang tidak dibenarkan agama juga dan tidak boleh membebaskannya dari perintah Allah yang diwajibkan kepadanya.


Sumber: Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyyah wal Washoya al-Imaniyyah (Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman) - Ringkasan serta takhrij hadits oleh Syeikhuna, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله diterjemah oleh Ustaz  Haji Ahmad Busyairi.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails