Al-Iman al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf رضي الله عنه berkata di dalam satu majlis maulid di kediaman beliau di Jeddah:
“Tujuan dari diadakan pembacaan kisah maulid Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم semata-mata agar bashirah (matahati) kita terbuka dan dapat menjadi orang yang lebih baik dalam akhlaq tatkala kita menyemak keindahan peribadi Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dimulai dengan keindahan basyariyyah (fizikal) Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dan hal ini (keindahan basyariyyah) diluar kemampuan kita, kerana masalah penciptaan itu mutlak hak Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya (bermaksud): Dialah yang membentuk kamu dalam rahim-rahim sebagaimana yang dikehendakiNya (Aali ‘Imran: 6).
“Jikalau keindahan fizikal Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sudah pasti kita tidak dapat menyamainya, namun apabila hal itu berkaitan dengan masalah sifat, akhlaq Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka kita semua dapat mengambil dan meneladani sebahagian daripada akhlaq yang telah dicontohkan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Akhlaq Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan perilaku seharian Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ………..” [beliau meyebutkan beberapa contoh akhlaq Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, di mana al-Fagir tidak bawakan disini …..]
“…… Inilah intipati dari pembacaan maulid Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Tidak cukup orang sekadar membaca shalawat ketika mendengar keindahan sifat (akhlaq) Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, kerana tujuan utamanya adalah hati-hati kalian memandang kepadanya serta tersentuh untuk mengamalkannya. Dan kelak setelah mengamalkannya, kalian akan mendapat perhatian dan pandangan khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dengan demikian, kalian akan mendapat cucuran rahmat dari Allah Ta’ala, dan pastinya apabila seseorang mendapat rahmat ini, maka ia akan menjadi orang yang didekatkan dan dicintai oleh Allah Ta’ala. …………”
4 komen:
Ya Allah..Campakkanlan Nur Mu Kedalam Hati2 Kami..Sehingga Meliputi Zahir & Batin Kami
Assalamu'alaikum Ustaz. Saya nak mohon pandangan tuan tentang buku Furu'ul Masa'il keluaran Telaga Biru, tulisan Ustaz Abu Hasan Din alHafiz. Saya masih belum membeli buku itu. Sebagai seorang org awam saya amat berminat nak baca buku itu tetapi nak minta pdpt ke-2 akan kesahihan kandungan itu sama ada menepati kehendak kitab asal jawi Furu'ul Masa'il? Saya kurang berkemampuan untuk memahami kitab asalnya dan perumian kitab itu amat menarik perhatian saya. Tetapi saya risau juga jika buku baru itu tidak menepati maksud asal tuan punya kitab. Lebih membimbangkan jika syarahnya menyimpang jauh. Terima kasih
Assalamualaikum,
Mohon Izin Copy Artikel2 Blog Tuan Syeikh, Syukran.
Majlis Maulid Bersama Baba Aziz, Syeikh Fahmi dan Habib Ali : http://wp.me/piAx4-45i
Majlis Ta'lim Bulanan : http://wp.me/piAx4-4eH
LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh
Akhina bsyafie, afwan, ambo tak thau kerna ngak punya buku Furu` Masail versi bhs melayu. Cuma pernah tgk kat kedai je .... rasanya bukan transliterasi tetapi dimodenkan ayat2nya untuk memudahkan pembaca. Ambo belek buku tu sikit-sikit je so tak bolehlah nak komen. Kalau dapat ngaji berdasarkan kitab jawinya lagi baguih ...
Akhina Muhammad, silahkan.
Catat Ulasan