Rabu, 31 Mac 2010

Pesan Guru: Jangan Tidur Setelah Shalat Shubuh

Ada hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berbunyi:

نَوْمَةُ الصُّبْحِ تُوْرِثُ الفَقْرِ

Ertinya: “Tidur di waktu pagi itu mewariskan kemiskinan.”


Waktu pagi adalah waktu memulai aktiviti. Ada orang yang mengatakan: “Bila seseorang tidur pagi, rezekinya dipatuk ayam.” Mungkin, itulah makna hadits tersebut.

Di samping itu, kalau tidur di pagi hari (yakni setelah sholat Shubuh sebelum terbitnya matahari), kita tidak akan mendapatkan keberkatan dari doa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang berbunyi:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهِمْ

Ertinya: “Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku di waktu pagi mereka.”


Jadi, waktu pagi merupakan waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala. Sekarang, kalau kita menjalankan aktiviti pada waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala, jelas terkandung makna yang lain. Ini kerana dari kata al-Barakah sendiri, arti bahasanya adalah ziyadatul khair (menambah kebaikan). Jadi yang seharusnya sekian, tetapi kerana mendapat barakah dari Allah Ta’ala, maka akan menjadi berlipat ganda.


Demikian petikan dari buku Rahsia Keutamaan Sholat Shubuh oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله.

Di dalam kitab Risalah Mu’awanah, al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه juga ada menyebut: Berwaspadalah, jangan engkau tidur setelah sholat Shubuh, kerana sesungguhnya, ianya menghalang rezeki


Sekian dari:
Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
15 Rabi’ulakhir 1431/31 Mac 2010

Selasa, 30 Mac 2010

Perjalanan Dakwah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz متعنا الله بطول حياته

Perjalanan dakwah Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله و متعنا بطول حياته ke desa Buzuun, di kota Masiilah, Yaman.

Arak: Brunei vs Malaysia

عَنِ ابْنِ عُمَرَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا – أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وآله وسلم قَالَ : لَعَنَ اللهُ الْخَمْرَ وَلَعَنَ شَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَحَامِلَهَا وَمَحْمُوْلَةَ إِلَيْهِ وَآكِلَ ثَمَنِهَا - رواه أحمد وأبو داود وابن ماجه

Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Allah melaknat khamar (arak) dan melaknat pula kepada orang yang meminumnya, orang yang menuangkannya, yang memerahnya, yang memesannya, yang menjualnya, yang membeli, yang membawakannya, yang minta dibawakan, dan orang yang memakan hasil penjualannya.” (Hadits riwayat: Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah ). – Petikan dari kitab Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2, dihimpun oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله


Negara Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP



Malaysia

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3. (Sumber: Harakahdaily)

Sabtu, 20 Mac 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010: Promosi Buku Karya Ustaz Raja Mukhlis


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 telah pun bermula yakni pada 19 Mac (Jum'at) dan akan berlangsung sehingga 28 Mac 2010 (Ahad). Seperti biasalah ramailah peminat buku, ulat-ulat buku akan berpesta menghabiskan masa disana untuk membelek-belek buku yang berkenan dihati ....... ada yang sekadar belek, ada yang borong sakan ........ :)

Jomlah pakat pi beramai-ramai .... tang sana, pakat boleh beli buku-buku yang bermutu dan harga diskaun yang istimewa. Jimat la sikit. Namun kena berpada-padalah tatkala berbelanja. Jangan rambang mata sangat dengan pelbagai buku yang ada. al-Fagir pun dulu ni teruja juga dengan pesta buku ni, habih masa berjam-jam belek buku, kemudian borong sakanlah mana yang berkenan tu, bila bawak balik rumah baca pun gitu-gitu saja .... Namun nafsu memborong kitab/buku tu mula kendoq setelah membaca pesanan al-Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad di dalam kitab Tatsbit al-Fuad bi Dhikr Kalam Majalis al-Quthub al-Imam 'Abdullah
bin 'Alwi al-Haddad (kitab ini adalah himpunan kalam Imam Abdullah oleh murid beliau, Syeikh Ahmad bin 'Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar). Kata al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad menegur keinginan Syaikh 'Abdul Karim ketika beliau ingin memiliki kitab tertentu: Tidak ada gunanya engkau mengumpulkan kitab-kitab. Curahkanlah perhatianmu kepada ilmu dan amal, tidak usah mengumpulkan kitab-kitab ... fahamilah, bahawa kata-kata yang sedikit tidak memerlukan perbicaraan yang panjang lebar. Apa guna mempunyai timbunan kitab kalau hanya seperti keldai yang membawa muatan kitab-kitab tebal? Biarlah engkau mempunyai satu tekad sahaja ......

Tambah beliau رضي الله عنه lagi: Yang dituntut dari ilmu adalah adalah pengamalannya. Jika tidak demikian, apa guna tompokan (timbunan) kitab? Berapa banyak orang yang mempunyai tompokan (timbunan) kitab, tetapi tidak mendatangkan manfaat apapun baginya ........

Allahu Allah ..... :'( . Walaubagaimanapun, bukan kata tak boleh beli langsung tapi kalau nak beli buku, biaqlah yang berguna, yang bermanfaat pada kita. Dan lepaih beli tu bacalah, ngaji lah dan amalkanlah isikandungnya. Allahu Allah .... peringatan buat al-Fagir sendiri niiii ...... :'( Sempena pesta buku ni, insyaAllah, al-Fagir nak tolong mempromosikan beberapa buah buku yang ditulis oleh shahabat, juga guru kepada al-Fagir iaitu al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis. Buku-buku beliau insyaAllah, baguih, bermanfaat ..... ada 3 buah karya beliau. Al-Fagir cerita sikit di bawah .....


Karya terbaru beliau bertajuk Al-Quran Berbicara Tentang Takwa - Neraca Kemuliaan Insan di Sisi Allah. Al-Fagir pun belum baca buku ni, maka tak leh lah nak komen. tapi menurut penulisnya, buku ini adalah merupakan tafsir ayat-ayat mengenai takwa. Baru keluaq ni. Kalau yang berminat boleh dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010, di Booth Suficube di G03, di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, dekat Dewan Kedah.

Mai tang ni, penulis ada ceritasikit mengenai karya beliau.

Buku beliau yang lain boleh baca seterusnya ......



Buku Menjiwai Tauhid, Memurnikan dan Menyingkap Tabir Bahagia Menyediakan Prasarana Jiwa Buat Mendakap Bahagia Hakiki.

Al-Fadhil Ustaz Raja Mukhlis bin Raja Jamaluddin, menulis di multiply beliau:

Suatu ketika, guru kami Al-Murobbi, Sheikh Yusuf Al-Hasani (Syaikh Thariqah Syadhuliyyah) bertanyakan kepada kami, suatu soalan yang akhirnya membuatkan saya yang penuh hina ini berfikir sejenak.

Persoalan yang beliau lontarkan adalah: "Bagaimana kita yang sudah membahaskan tentang sebahagian sifat-sifat Allah dalam ilmu Tauhid, namun masih tidak menghayati kewujudan Allah dalam kehidupan kita seharian. Sifat Wujud Allah yang menjadi sifat pertama perbahasan dalam ilmu Tauhid sendiri pun tidak dapat dihayati oleh kita, dalam segenap kehidupan kita, bagaimana pula dengan penghayatan terhadap sifat-sifatNya yang lain?"

Jadi, dalam pada sedang memikirkan jawapannya, saya mula berfikir tentang suatu perbahasan Tauhid yang dapat menggabungkan antara ilmu berbentuk teori dan praktikal. Namun, setelah saya yang faqir membaca beberapa karangan ulama' dalam ilmu Tauhid secara meluas, saya dapati di penghujung perbahasan mereka, mereka pasti mengajak kepada mengamalkan ilmu Tasawwuf samada dengan memperbanyakkan zikir ataupun berakhlak mulia.

Maka, saya dapati, kunci sebenar yang membawa seseorang daripada memahami ilmu Tauhid secara teori kepada penghayatan makna Tauhid dalam praktikal kehidupan adalah pada ilmu Tasawwuf itu sendiri. Bahkan, menurut sebahagian ulama' sufi, pelajaran-pelajaran yang disampaikan oleh para murobbi sufi adalah suatu Tauhid Amali iaitu, sebuah tauhid yang terpancar hasil dari hubungan kehambaan mereka kepada Allah Ta'ala.

Maka, Allah Ta'ala membantu saya dengan memberi kesempatan kepada saya untuk mempelajari beberapa kitab-kitab tasawwuf yang membicarakan perbahasan aqidah khususnya karangan Imam Al-Qusyairi (dalam Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah), Imam Ibn Ata'illah As-Sakandari (Al-Hikam dan At-Tanwir), Imam An-Nablusi (kitab Khamr Al-Khan), Sheikhu Sheikhna Sayyidi Muhammad Al-Hasyimi (Miftah Al-Jannah) dan sebagainya, melalui beberapa guru yang sangat dihargai jasa mereka.

Maka, Allah membantu saya dalam menyusun sebuah kitab yang serba ringkas ini untuk cuba menggabungkan perbahasan ilmu tauhid nazhori (teoritikal) berteraskan manhaj Al-Asya'irah (sifat 20) dengan perbahasan ilmu Tasawwuf yang merupakan sebuah ILMU TAUHID AMALI.

Perbahasan ilmu Tauhid dari sudut teorinya juga dipermudahkan agar merai kemampuan masyarakat awam khususnya di Malaysia yang jauh daripada tradisi warisan ulama' silam khususnya dalam ilmu Tauhid. Mudah-mudahan Allah Ta'ala membantu urusan umat Islam dalam memperkasa dan memurnikan aqidah dan tauhid mereka agar mereka mampu menjadi Ummah yang terbaik dalam segenap aspek.

Komen al-Fagir: Buku ini sangat menarik, penting dan mudah untuk difahami. bahasannya ringkas dan padat dengan pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak semasa. Dan ianya mengabungkan antara ilmu tauhid dan ilmu tasawwuf bagi memudahkan para pembaca untuk menghayatinya di dalam kehidupan.


Sinopsis: "Mencari Bahagia… Ungkapan ini sering berlegar-legar di benak fikiran setiap manusia. Mengapa bahagia? Kebahagiaan adalah antara nikmat Allah Ta'ala yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara tanda sifat pemurah Allah Ta'ala kepada manusia.

Namun, ramai manusia gagal mencarinya. Mengapa? Ini kerana, manusia cuba mencari makna kebahagiaan selain daripada makna kebahagiaan sebenar. Oleh itu, semakin manusia mendekati makna kebahagiaan ciptaannya, semakin dia menjauhi makna kebahagiaan hakiki dan abadi. Oleh kerana itu, semakin dia mencari “bahagia”, semakin dia temui duka dan sengsara.

Maka, hadirnya buku yang serba ringkas ini, untuk mengajak manusia agar mereka melalui jalan kebahagiaan hakiki, dengan meninggalkan kebahagiaan palsu yang lahir daripada angan-angan dan persepsi. Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia. Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki dan abadi, maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan, begitulah sebaliknya. Oleh kerana itu, buku ini menyeru ke arah: “Marilah Menuju Kebahagiaan…”.

Ia bermula daripada kita memperbaiki makna kebahagiaan dalam diri kita dengan makna kebahagiaan hakiki, lalu kita terus melangkah menujunya dengan langkah yang teliti berdasarkan petunjuk Ilahi. Pada ketika itulah, kita akan menjalani sebuah kehidupan Rabbani yang membawa kebahagiaan abadi, di dunia ini dan di akhirat nanti". - Raja Ahmad Mukhlis


Jumaat, 19 Mac 2010

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Keutamaan Hari Jum'at

Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya yang terkenal bertajuk an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah tentang keutamaan hari Jum'at dan perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari Jum'at

فضل يوم الجمعة

واعلم – أسعدك الله – أن يوم الجمعة سيد الأيام، وله شرف عند الله عظيم، وفيه خلق الله آدم عليه السلام ، وفيه يقيم الساعة، وفيه يأذن لأهل الجنة في زيارته، والملائكة تسمى يوم الجمعة: يوم المزيد، لكثرة ما يفتح الله فيه من أبواب الرحمة، ويفيض من الفضل، ويبسط من الخير

وفي هذا اليوم ساعة شريفة يستجاب فيها الدعاء مطلقا، وهي مبهمة في جميع اليوم، كما قاله الإمام الغزالى – رحمه الله – و غيره
فعليك في هذا اليوم بملازمة الأعمال الصالحة، والوظائف الدينية، ولا تجعل لك شغلا بغيرها، إلا أن يكون شغلا ضروريا لابد منه، فإن هذا اليوم للآخرة خصوصا، وكفى بشغل بقية الأيام بأمر الدنيا غَبْنًا وإضاعة! وكان ينبغي للمؤمن أن يجعل جميع أيامه ولياليه مستغرقة بالعمل لآخرته، فإذا لم يتيسر له ذلك، وعوقته عنه أشغال دنياه فلا أقل له من التفرغ في هذا اليوم بأمور الآخرة

Keutamaan Hari Jum'at


Ketahuilah, semoga Allah Ta’ala membahagiakanmu, bahawa hari Juma’at adalah penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi Allah Ta’ala. Pada hari itulah Allah Ta’ala menciptakan Nabi Adam عليه السلام Pada hari itu juga Hari Qiamat akan tiba, dan Allah akan mengizinkan ahli syurga untuk mengunjungi syurga. Para malaikat menamakan hari Juma’at itu sebagai hari Penambahan, disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga Allah Ta’ala akan melimpahkan kurniaNya dan menabur kebaikanNya.

Pada hari itu pula ada saat yang mulia, dimana segala permohonan dan doa akan dikabulkan. Saat yang mulia itu dirahsiakan, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan selainnya. Kerana itu hendaklah engkau melazimkan diri melakukan amalan-amalan yang shaleh dan pekerjaan-pekerjaan yang berkaitan dengan urusan agama pada hari itu. Jangan melakukan pekerjaan-pekerjaan selain dari itu, kecuali pekerjan-pekerjaan yang penting yang tidak boleh tidak mesti engkau lakukan. Jadikanlah hari Jum’at itu sebahagian dari hari yang dikhususkan untuk amalan-amalan akhirat semata-mata. Memadailah hari-hari yang lain itu untuk pekerjaan dunia yang dianggap sebagai sia-sia dan tidak menguntungkan.

Tambahan lagi, hendaklah seorang mu’min itu menjadikan semua siang dan malamnya tidak terluput dari amalan-amalan untuk akhirat. Jika tidak mampu disebabkan tenaganya telah habis oleh pekerjaan-pekerjaan dunia, maka sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari dia mempunyai waktu meskipun hanya sedikit untuk amalan-amalan akhirat.


ما يسن في يوم الجمعة

ومن السنة قراءة سورة الكهف، والإكثار من الصلاة على النبي صلى الله عليه وآله وسلم في يوم الجمعة وليلتها، فعليك بذلك، وبالبكور إلى الجمعة، وأقل ذلك أن تروح قبيل الزوال أو معه

وكن – رحمك الله – حسن الإصغاء والاستماع إلى الخطبة والوعظ، واتعظ بما تسمعه، واستشعر في نفسك أنك مقصود ومخاطب لذلك


Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jum’at


Di antara perkara sunat yang patut dilakukan pada hari Jum’at, ialah membaca surat al-Kahfi, kemudian memperbanyak shalawat atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم pada siang dan malam Jum’at. Hendaklah engkau pelihara perkara sunat ini baik-baik. Pada hari Jum’at pula, hendaklah engkau segera ke masjid, atau sekurang-kurangnya engkau berangkat sebelum tergelincir matahari, ataupun pada saat tergelincirnya.


Ketika Imam berkhutbah hendaklah engkau memasang telinga baik-baik untuk mendengarkan segala yang disampaikan, yang berupa petunjuk, ajaran dan nasihat. Kemudian hendaklah engkau menurut apa yang dikatakannya di dalam khutbah itu. Anggaplah dirimu sebagai orang yang dituju oleh segala nasihat dan pembicaran itu.



Sumber: Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyyah wal Washoya al-Imaniyyah (Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman) - Ringkasan serta takhrij hadits oleh Syeikhuna, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله.

Khamis, 18 Mac 2010

Pesan Guru

"Jika di majlis itu, ada yang lebih tua darimu, lebih tinggi kedudukan ilmunya, maka jangan engkau mendahului mereka di majlis. Dan diantara tanda seseorang itu jujur dalam tujuannya adalah dia menghormati orang lain dan mengorbankan keinginan dirinya buat orang lain.

Apabila seseorang itu mempunyai luas pandangan(masyhad) dan adab, dibentangkan kepadanya kebaikan yang orang lain tidak melihatnya(kebaikan). Maka tempat terletaknya madad (pertolongan/rahasia) dari Allah adalah tergantung akan kejernihan hati seseorang dan baik sangkanya terhadap orang lain."


"Dan diantara tanda kamu itu di jalan ALLAH, kamu itu merasakan kehadiran ALLAH bersamamu, kamu tidak sabar untuk berzikir padaNYA dan kamu merasa sempit/tidak suka dengan perkara-perkara yang melalaikan kamu dariNYA"


Tatkala seorang lelaki Britain menceritakan tentang kisah beliau memeluk Islam dan bagaimana beliau datang ke Tarim Hadramaut ... Beliau telah memeluk Islam selama 9 tahun. Diceritakan secara ringkas: Beliau apabila membuat keputusan untuk memeluk agama Islam, isterinya minta memilih antara dirinya, anak-anak atau Islam, diminta untuk keluar dari rumah serta ditahan dari mengambil wangnya jika memeluk agama Islam Dan berbagai lagi kesukaran yang dihadapinya ...... namun beliau memilih Islam dan mengorbankan yang lainnya ....

Ketika giliran Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz Ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim untuk memberi kilmah ... beliau berkata:

Wahai saudara-saudaraku,
Orang yang memeluk agama Islam selama 9 tahun,
Memilih Allah dan mengorbankan selainNYa,
Dan engkau yang Allah anugerahkan Islam sejak lahir lagi...
Segalanya melalaikan engkau daripadaNYA?!

Wahai orang Mukmin,
Dimanakah pengorbanan yang dilakukan buatNYA?
Engkau tidak beriman dengan Tuhan ini?
Adakah engkau tahu makna Tuhan?

Agungkan TuhanMU,
Katakanlah 'Allahu Akbar' dari hatimu,
Tinggalkan selainNYA kerana DIA,
Dan apa itu selainNYA???
Segala apa yang ada pada dirimu...

Datang padaNYA..
Minta padaNYA..
DIA membahagiakan engkau dengan sesuatu yang tidak terfikir dalam benak fikiranmu...



Sumber: al-Maarif


Imam Ash'ari Repudiating Asha'rism

Imam Ash'ari Repudiating Asha'rism

Question: The Salafis claim that Abul Hasan Ash‘ari formulated the Ash‘ari tenets of Islamic faith (‘aqida) while he was between the Mu‘tazila and Ahl al-Sunna, and that he later refuted his formulations and joined Ahl al-Sunna in the Hanbali madhhab before he died. Is there any truth in this? They say his last book, al-Ibana, contains the refutations. If not, how can I prove it to these people? They also say that he had a second dream in which the Prophet (Allah bless him and give him peace) appeared to him and told him that his Ash‘ari positions were wrong!




Answer (by Syaikh Nuh Ha Min Keller): The Ash‘ari school and Maturidi schools have represented the ‘aqida or "tenets of belief" of the majority of Sunni Muslims for more than a thousand years; just as the Hanafi, Maliki, Shafi‘i, and Hanbali schools have represented the shari‘a or "Sacred Law" for the majority of Sunni Muslims for this period. Those against these two traditional schools of tenets of faith are people of bid‘a, defined in a fatwa or formal legal opinion by Imam Ibn Hajar Haytami as "whoever is upon other than the path of Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a, Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a meaning the followers of Sheikh Abul Hasan Ash‘ari and Abu Mansur Maturidi, the two Imams of Ahl al-Sunna" (Haytami, al-Fatawa al-hadithiyya, 280).

In the past, such contraventions, aside from Mu‘tazilites, Shiites, and purely sectarian movements, were confined to a handful of mainly Hanbalis, whose bone of contention with the two traditional schools was that neither had anything to do with their literalist, anthropomorphic understanding of Allah Most High, which they promoted by all means at their disposal.

In answer to your question, the claims that Imam Abul Hasan Ash‘ari (d. 324/936) repudiated his own positions are not new, but have been circulated by these Hanbalis for a long time, a fact that compelled the hadith master (hafiz) Ibn ‘Asakir to carefully investigate this question, and the sanads (chains of narrators) for the attribution of these repudiations to Ash‘ari. The results of his research furnished probably the best intellectual biography of Ash‘ari ever done, a book that rebuts these claims thoroughly and uniquivocally, called Tabyin kadhib al-muftari fi ma nusiba ila al-Imam al-Ash‘ari [On showing the untruth of the liars, concerning what has been ascribed to Imam Ash‘ari], that proves that there are liars in all the sanads that impute this to Imam Ash‘ari. The book is in print, and whoever would like the details should read it.


Imam Ash‘ari’s al-Ibana ‘an usul al-diyana [The clarification of the bases of the religion] was not his last book, but rather among the first after he broke with Mu‘tazilism. Imam Kawthari (d. 1371H) states:

The Ibana was authored at the first of his return from Mu‘tazilite thought, and was by way of trying to induce [n: the Hanbali literalist] Barbahari (d. 328/940) to embrace the tenets of faith of Ahl al-Sunna. Whoever believes it to be the last of his books believes something that is patently false. Moreover, pen after pen of the anthropomorphists has had free disposal of the text—particularly after the strife (fitna) that took place in Baghdad [n: after A.H. 323, when Hanbalis ("the disciples of Barbahari") gained the upper hand in Baghdad, Muslims of the Shafi‘i madhhab were beaten, and anthropomorphism became the faith (‘aqida) of the day (Ibn Athir: al-Kamal fi al-Tarikh, 7.114)]—so that what is in the work that contradicts the explicit positions transmitted from Ash‘ari by his own disciples, and their disciples, cannot be relied upon (al-Sayf al-Saqil, 108).

This is borne out by hadith master (hafiz) Dhahabi in his Siyar a‘lam al-nubala’ (15.90), as well as Ibn ‘Asakir’s Tabyin kadhib al-muftari. As for seeing dreams, dreams may warm the heart, but they are not a proof for either Islamic law or tenets of faith. In his introduction to Ibn ‘Asakir’s work, Kawthari notes that "the anthropomorphists are the ones who seem to need this [relating of dreams]: when unable to prove their point while awake, they go to sleep, to find the proofs they are looking for while asleep, to fill their books with them" (Tabyin Kadhib al-Muftari (21–22).

In relation to your questions in general, it is noteworthy that Saudi Arabia has printed and distributed worldwide thousands of copies of a Salafi book called Manhaj al-Asha‘ira fi al-‘aqida [The methodology of the Ash‘aris in tenets of faith] by one Safar Hawali, a professor at Umm al-Qura University in Mecca. It ascribes to the Ash‘ari school the misrepresentations typical of that part of the world, identifying the school with the positions of heretical sects like the Jahmiyya, the Qadriyya, Murjiites, and so on, and contains a number of the things you asked about the Ash‘aris, so I would guess this is the misinformation that your English Salafis are going upon. One can find the details in Hasan Saqqaf’s recent rebuttal of the work entitled Tahni’a al-Sadiq al-Mahbub, wa Nayl al-Surur al-Matlub, bi Maghazala Safar al-Maghlub [The greeting of the beloved friend, and attainment of happiness sought, in affectionate discourse with Safar the defeated]. I have heard that Hawali has since moved on from his positions, though I do not know the details. Saqqaf also talks in his work about the bogus Hanbali "repentances" of various Ash‘ari Imams such as Ash‘ari, Juwayni, and Ghazali, that don’t appear in their books but have rather reached us by sanads each containing an anti-Ash‘ari or two, as is also corroborated by Ibn Subki in his Tabaqat al-Shafi‘iyya al-Kubra [The greater compendium of the successive generations of Shafi‘i scholars] under the biographical entries on each of these scholars.

From the wider perspective of Islamic law, these forgeries are rather meaningless, since a Muslim may not believe in the Islamic faith (‘aqida) of Ahl al-Sunna merely because his Imam has said it, but rather because he sincerely believes it is the truth. Scholars say that it is not legally valid to follow qualified scholarship (taqlid) in tenets of Islamic faith (as opposed to rulings of Islamic law) unless one has full conviction of these tenets of faith from one’s own heart—which is why they tell us that one’s faith (iman) by taqlid in such tenets is only legally valid on condition that if one’s Imam were to cease believing something of them, one would not. So the forgeries would seem to have little scholarly relevance, other than to show the lengths to which their perpetrators were willing to go.


Sources: The Mas'ud Questions


Nota: Entri dalam bahasa omputih ni khas buat rakan yang bertanya masalah tersebut kepada al-Fagir.


Khamis, 11 Mac 2010

Perbanyakkan Shalawat Pada Malam dan Hari Jum'at

Al-Hakim berkata: Hadits ini adalah khabar yang syaz tetapi sanadnya shahih. Dan ini diakui oleh az-Zahabi. Hadits ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Ibnu ‘Adiy daripada daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه dan Sa’id bin Manshur daripada Sayyidina al-Hasan al-Bashri dan Khalid bin Ma’daan رضي الله عنهما secara mursal. Hadits ini juga diriwayatkan oleh ath-Thabarani daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه

Imam al-Munawi berkata di dalam al-Faidh al-Qadir: Yakni malam Jum’at dan siangnya. Didahulukan sebutan malam daripada siangnya kerana ia terdahulu wujud daripada siang. Malamnya disifatkan dengan al-Gharra’ kerana ramainya malaikat pada malam itu dan mereka itu cahaya bagi keistimewaannya melalui tajalli khusus, manakala siang harinya disifatkan dengan al-Azhar kerana ia adalah hari yang paling afdhal di dalam seminggu.

Syaikh Muhammad Riyadh al-Malih berkata: Hari Jum’at dinamakan Azhar adalah kerana ia akan menerangi ahli Jum’at supaya mereka berjalan di bawah cahayanya pada hari kiamat.



Rabu, 10 Mac 2010

Syeikhul Azhar, asy-Syeikh Muhammad Sayyid at-Tantawi Kembali ke RahmatuLlah


إنا لله وإنا إليه راجعون

Syaikhul Azhar, Asy-Syaikh Muhammad Sayyid at-Tantawi, telah kembali ke rahmatuLlah selepas mengalami serangan jantung, di Saudi.


Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.


"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie," katanya.

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين


Semoga Allah mengampuni, merahmati, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Faatihah kepada beliau dan seterusnya mendoakan beliau.


اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة






Latar belakang ringkas Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi رحمه الله:

  • Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr.
  • Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.
  • Memperoleh ijazah PhD dalam bidang Hadits dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang)
  • Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Qaherah.
  • Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir.
  • Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.
  • Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yang mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yang bermutu.
  • Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)
Sumber: http://www.islamonline.net/; http://arabic.cnn.com/; http://www.alarabiya.net/; http://www.bbc.co.uk/arabic/

Perhatian! Memang tidak dinafikan Syaikh Tantawi رحمه الله pernah mengeluarkan fatwa yang kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yang tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yang berkelayakan dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.

Ingatlah pesanan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

ُErtinya: Sebutlah kalian akan kebaikan-kebaikan orang-orang yang mati di kalangan kalian dan tahanlah (diri kalian) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka. (Hadits diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibnu Hibban, ath-Thabrani, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Baghawi)


Sumber: Laman Ulama dan Du'at


al-Fagir Abu Zahrah

Jumaat, 5 Mac 2010

Kalam Salaf: Pesanan Habib 'Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi Kepada Penuntut Ilmu

Habib ‘Umar bin Muhammad Maulakheila menyebut di dalam Jawahir al-Anfaas fi maa Yurdhi an-Nas I, Kumpulan Kalam Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi:

Pada hari Ahad, 11 Syawwal 1322H di Anisah, Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi mengundang dan menjamu para penuntut ilmu. Habib 'Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi berkata:

Ketahuilah, hari ini aku mengundang kalian dengan tujuan agar kalian bangkit dengan penuh semangat untuk menuntut ilmu. Ketahuilah ‘aib bagi seorang pelajar jika ia tidak membawa kitabnya. Giatlah belajar, semoga Allah Ta’ala menberkati kalian. Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu. Perhatikanlah salaf kalian, mereka menghafal berbagai matan. Mereka telah menghafal kitab Zubad, Mulhah dan Alfiyyah di masa kecilnya. Setelah dewasa, ada yang telah menghafal kitab al-Minhaj, al-Irsyad dan ada pula yang telah menghafal al-Ubab. Sedangkan kalian …..???? satu kitab pun tak ada yang hafal. Andaikata ada yang hafal, dia tidak faham dan tidak mengamalkan isinya

Aku inginkan setiap pelajar membawa alat tulisnya ketika mengikuti pelajaran, kemudian mencatat persoalan-persoalan yang telah dihafalnya. Ketahuilah, manfaat ilmu terletak pada pengamalan dan pencatatannya.

Pelajarilah cara mematikan hawa nafsu, pelajarilah adab. Tuntutlah ilmu baik dari orang dewasa mahupun anak-anak. Jika yang mengajarkan ilmu jauh lebih muda, jangan berkata: “Kami tidak mahu kepadanya, aib bagi kami”. Ketahuilah, Allah telah memberinya ilmu, meskipun ia masih kecil. Dengan belajar kepadanya, mengakui dan menghormatinya, Allah Ta’ala akan memuliakan kamu sebagaimana Dia telah memuliakannya. Jauhi dengki dan irihati. Ketahuilah, kedua sifat ini dapat mencabut keberkatan ilmu. Ambillah manfaat dari setiap orang yang dapat memberimu manfaat. Andainya seorang yang pekerjaannya membaja tanah dengan najis haiwan hendak memberimu manfaat, maka ambillah manfaat darinya.

Pelajarilah pelajaran yang hendak kalian bacakan di hadapan guru kalian. Dengan cara demikian kalian akan memetik banyak manfaat. Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi membaca pelajarannya sebanyak 25 kali sebelum mengikuti pelajaran gurunya. Dan beliau mengulang pelajarannya sebanyak 25 kali seusai pelajaran. Adapun kalian, hanya membuka kitab itu ketika telah berada di depan guru kalian. [1] Lihatlah Syeikh Fakhrurrazi, dia mengulang pelajarannya sebanyak 1,000 kali.

Ketika masih menuntut ilmu di Mekah, setiap malam aku bersama abangku Hussin dan Alwi as-Seggaf mempelajari 12 kitab syarah dari al-Minhaj lalu menghafal semuanya. [Allahu Allah ….] Suatu ketika di akhir malam ayahku keluar dari biliknya dan mendapati kami sedang belajar. Beliau berkata: “Wahai anak-anakku, kalain masih belajar? Semoga Allah memberkati kalian.

Ketahuilah menghafal di waktu kecil seperti mengukir di atas batu. Manfaatkanlah masa muda kalian, masa lapang kalian dan tenaga kalian. Perhatikanlah bagaimana orang-orang tua menghadapi kesulitan ketika menghafal.


[1] Syaikhuna Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdurrahman (Pak Teh Kroh, Madrasah ad-Diniyyah al-Latifiyyah, Pengkalan Ulu) juga pernah menegur kami di dalam satu majlis pengajian, perkara sedemikian. Antara tegurannya …. Sebelum hadir pengajian atau sebelum tok guru mengajar, baca dulu paling kurang 5 – 15 kali, waktu pengajian catit mana yang penting kemudian setelah usai pengajian, ulang balik lebih kurang begitu juga, baru lekat… Allahu Allah ….. Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan diberi kekuatan untuk mencurahkan ilmunya kepada para penuntut ilmu.

Sumber: Petikan dari buku Biografi Habib ‘ali al-Habsyi Muallif Simtud Durar oleh Habib Novel (Naufal) bin Muhammad al-Aidarus dan Drs. Abu ‘Abdillah al-Husaini.

Sekian,
Al-Fagir Abu Zahrah
Gombak
Jum’at, 19 Rabi’ul Anwaar 1431/5 Mac 2010

Khamis, 4 Mac 2010

Tuan Guru Haji Zakaria bin Muhammad Saman (Pondok Alor Janggus) Kembali ke RahmatuLlah



إنا لله وإنا إليه راجعون



Rabu (malam Khamis),18 Rabiulawwal 1431H bersamaan 3 Mac 2010M, lebih kurang jam 10.58 malam telah kembali ke rahmatUllah, Tuan Guru Pak Lang Haji Zakaria bin Muhammad Saman رحمه الله (Pondok Alor Janggus) - (mohon maaf kerana tersilap menulis tarikhnya sebelum ni . JazakumuLlah Syaikh Husni kerana membetulkan)

Beliau adalah merupakan salah seorang daripada murid Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, (Tuan Guru Pak Lang Zakaria merupakan khadam kepada Syaikh Abdul Qadir al-Mandili) Syeikh Yasin al-Fadani, Syaikh Syafie Teluk Bagan dan lain-lain ulama terkenal ketika menuntut ilmu di Mekah di Mekah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kedah.

Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Sayyidina Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)


Mereka yakni para ulama seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.

Imam Ahmad meriwayatkan hadits daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan

Kematian seorang ulama itu adalah merupakan suatu musibah yang besar pada umat Islam.

Di dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuni, merahmati, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Faatihah kepada beliau dan seterusnya mendoakan beliau.


اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة




al-Fagir Abu Zahrah

Rabu, 3 Mac 2010

Kalam Salaf : Kelebihan Duduk Bersama Para Auliya dan Sholihin atau Membaca Karangan Mereka

Ini adalah sebutir mutiara daripada kumpulan mutiara ucapan dan wasiat dari al-'Arifbillah al-Quthb al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas [1] رضي الله عنه sewaktu beliau berada di kota Tarim pada suatu majlis yang dihadiri oleh banyak orang dari golongan Saadah Bani Alawi dan lainnya. Setelah selesai pembacaan kitab dan qasidah daripada kalam salaf (para leluhur ahlulbait terdahulu), beliau رضي الله عنه berkata:
Majlis-majlis seperti ini adalah merupakan hidangan bagi arwaah yang bertebaran dan merupakan asroor (rahasia-rahasia) yang berterbangan. Semua yang hadhir akan mendapatkan jalan petunjuk. Semua yang hadhir akan mendapatkan kenaikan darjat dan semua akan mendapatkan curahan rahmat. Barakah dari pada majlis ini, oleh Allah akan disampaikan ke pelbagai tempat (meliputi berbagai tempat) dan Allah Ta'ala akan menurunkan pada majlis ini berbagai macam kebaikanNya, kemurahanNya, dan pemberianNya.

Sebahagian yang hadhir mendapatkan barakah disebabkan sebahagian yang lainnya, dan orang yang tertolak (ghairu maqbuulin) akan mendapatkan barakah daripada orang-orang yang diterima (almaqbuulin). Majlis ini merupakan suatu tempat yang sangat bagus, bagaikan tanah subur yang dapat menyerap air dan yang dicurahkan diatasnya hujan rahmat.

Selanjutnya beliau رضي الله عنه berkata:
Apabila seseorang merasakan hatinya susah atau anggota badannya terasa malas untuk melakukan amal kebajikan, maka lihatlah atau bacalah kalam (ucapan) para salaf, agar hilang perasaan susah dan rasa malas yang ada pada dirinya. Janganlah seseorang memaksakan diri untuk melakukan hal-hal yang tidak mampu untuk dilakukan. Bertakwalah kepada Allah semampumu. Bersyukurlah kepada Allah jika engkau diberi taufiq untuk dapat melakukan amal-amal shaleh.



[1] Beliau adalah Habib Ahmad bin Hasan bin 'Abdullah bin 'Ali bin 'Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin al-Imam Hussin bin al-Quthub al-Kabir Umar bin Abdurrahman bin Aqil al-Atthas [shohib ratib al-Atthas yang masyhur itu, dan gambar qubah beliau رضي الله عنه seperti gambar di atas] bin Salim bin 'Adullah bin 'Abdurrahman bin Abdullah bin al-Quthub Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin 'Alwi al Ghoyur bin Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin al-Imam Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Kholi' Qosam bin Alwi bin Muhammad Shohib Shouma'ah bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad an-Naqib bin Ali al-Uraidhi bin Jaafar as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussein as-Sibth bin putera Sayyiduna Ali bin Abi Thalib dan al-Batul Fathimah az-Zahra binti Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم



Sekian dari,

Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
Rabu, 17 Rabiulawwal 1431H

Isnin, 1 Mac 2010

Berittiba’ kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

Kalam al-Mukarram al-Habib Ali bin ‘Abdurrahman al-Jufri حفظه الله

Aku bermohon ampun kepada Allah seraya merasa malu kepada Allah. Alhamdulillah yang telah menjadikan kita sebagai umat dari kekasihNya dan manusia pilihanNya. Alhamdulillah yang telah menjadikan kita sebagai umat dari manusia terpilih yang Allah telah menentukan hal itu dan mensucikannya. Alhamdulillah yang telah menjadikan keberuntungan kita dengan Sayyidina Muhammad diantara para Nabi dan menjadikan kita sebagai keberuntungannya diantara para umat. صلى الله عليه وآله وسلم.


Dan aku bersaksi bahwasanya tidak ada Tuhan kecuali Allah, Tuhan satu-satunya yang tiada sekutu bagiNya, suatu kesaksian yang cahayanya terpahat dalam kalbu-kalbu dari pintu kesungguhan ittiba’ (mengikuti) kepada al-Habib صلى الله عليه وآله وسلم yang tercinta. Dan aku bersaksi bahwasanya Junjungan kita, Kekasih kita, Penyejuk Mata-mata kita, Baginda kita, Cahaya kalbu-kalbu kita, Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Kekasih yang terpilih, pemimpin orang-orang yang tulus, penghulu para penyuluh, yang dengan rasa cinta, ittiba’ dan ta’dhim (pengagungan) kepadanya, Allah akan memuliakan siapa saja yang memuliakan (Baginda صلى الله عليه وآله وسلم), memberikan karunia kepada siapa saja yang memberikan sesuatu (kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم), mendekatkan siapa saja yang mendekat (kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم). Shallallahu wasallam wa baraka alaihi wa ala alihi. Shalawat dan salam yang tiada terhenti banyaknya dan tiada habis karunianya, semoga dengan keduanya (sholawat dan salam tadi) kita tercatat sebagai golongan yang dicintaiNya daripada kelompok yang didahulukan dengan kebahagiaan yang paling besar di dunia dan di akhirat.



Berbicara mengenai Junjungan Para Makhluk صلى الله عليه وآله وسلم adalah suatu perbincangan yang dapat mengikat perhatian, tiada pernah berhenti dan tiada pernah habis. Akan tetapi, ketika berbicara di majlis-majlis seperti ini, sesungguhnya jalan menuju Allah عزوجل daripada keterhubungan makhluk dengan penciptanya, adalah kita harus mengetahui jalan menuju Allah itu melalui siapa? Perhatian kita kepada Allah عزوجل itu melalui siapa harus kita kerahkan?. Ketika suatu kaum mengaku cinta kepada Allah Jalla Jalaaluhu wa Ta’alat ‘Adhomatuhu, Allah berfirman kepada junjungan kita Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم,

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ

“Katakanlah, jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, maka Dia akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (Aali ‘Imran: 31)


Maka keterhubungan kita dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, adalah pintu keterhubungan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah berfirman kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم,
“Katakanlah, jika kalian mencintai Allah…” …….. (seakan-akan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم disuruh berkata):
“Jika tampak dalam diri kalian kesungguhan rasa cinta kepada Allah عزوجل, maka pintu cinta kepada Allah عزوجل, adalah saya inilah representasinya, maka ikutilah aku.”

Renungkanlah “ikutilah aku”, maka (disana) tidak dikatakan “ikuti petunjuknya”, tidak cukup seperti itu, atau (tidak dikatakan) cukup hanya sunnahnya, atau (tidak dikatakan) cukup hanya manhajnya, ataupun (tidak dikatakan) cukup hanya kitab yang diturunkan kepadanya, akan tetapi Allah memberikan petunjukNya agar mengarahkan kalbu-kalbu umat kepada sosok Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, dalam dzatnya, sifatnya, akhlaknya, petunjuknya, manhajnya, syariahnya, muamalahnya, agama (yang dibawa)nya, dan kitab yang diturunkan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Dan Allah menuntun kita kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.

Allah menjadikan irtiqo’ (naiknya darjat) seorang hamba untuk mencari cinta kepada Allah عزوجل, jika datang dari arah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Allah tidak menjadikan bahwa buah hasilnya itu adalah engkau mencintai Allah, akan tetapi buah hasilnya adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mencintaimu. Jika engkau mencari cinta kepada Allah, dan engkau memahami arti isyarat dan berbeloknya (rasa cinta) kepada kekasihNya dan manusia pilihanNya, maka buah hasilnya dengan perantaraan ini adalah naiknya darjatmu daripada orang yang cinta kepada Allah sampai darjat mahbubiyyah, sehingga engkau akan menjadi dicintai oleh Allah عزوجل.

Maka jadikanlah sebagai nikmat, muliakanlah, kepada seorang hamba yang dicintai di sisi Tuhannya, manusia yang dekat (di sisiNya), yang dapat dipercaya dalam menyampaikan sesuatu dan amanah. Keterhubungan dengannya dapat merubah seorang hamba dari derajat khotib (yang mencari dan meminta) menjadi makhtub (yang dicari dan diminta), dari derajat roghib (yang menginginkan) menjadi marghub (yang diinginkan), dari derajat mutaqorrib (yang mendekatkan diri kepadaNya) menjadi mutaqorrab ilaihi (yang didekatkan diri kepadaNya).

Makna inilah yang menjadikan para sahabat radhiyallahu anhum wa ardhahum sebagai orang-orang yang paling meningkat derajatnya dalam mengambil sesuatu dari Al-Habib صلى الله عليه وآله وسلم diantara para umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka (para sahabat) adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah. Allah telah memilih mereka (para sahabat) untuk menjadi orang-orang penerima dari Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, untuk menjadi khazanah (tempat untuk menyimpan) apa-apa yang disampaikan oleh Al-Habib صلى الله عليه وآله وسلم sehingga dapat dipakai sebagai bekal bagi para umat sesudahnya generasi demi generasi. Mereka (para sahabat) mengerti makna ini. Mereka tidak hanya melihat kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dikarenakan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم membawa risalah. Sungguh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah menyampaikan risalah dan mereka menerima risalah yang dibawa tersebut dan menjalaninya. Akan tetapi mereka melihat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم karena sesungguhnya beliau inilah yang sebenar-benarnya risalah.

Perbedaan orang yang berhubungan dengan Al-Habib صلى الله عليه وآله وسلم karena mengingat bahwa sesungguhnya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم membawa al-muhimmah (sesuatu yang penting) yang telah dilaksanakannya, kemudian menunaikannya dan ia sibuk dengan al-muhimmah tadi, dengan orang yang menganggap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم itu sendiri yang sebagai al-muhimmah, adalah bahwa orang yang kedua ini memahami ayat “ikutilah aku” dengan segenap yang ada pada diri Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Para sahabat menjalani atas makna ini, maka mereka mencintai Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dengan seluruh yang ada pada diri Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Dan arti mereka (para sahabat) mengikuti Rasulullah dengan seluruh yang ada pada diri Baginda صلى الله عليه وآله وسلم adalah mereka sampai pada batas ketinggian ittiba’.

Sumber: Bisyarah


Related Posts with Thumbnails