Sambutan masyarakat setempat sempena acara tahunan Ziarah Hud. Diadakan berhampiran dengan Dar al-Mushthafa
Inilah sungai yang terdapat di Lembah Hud. Agak luas juga dan airnya pun banyak. Ada kawasan tohor ada kawasan dalam. Sejuk airnya ... sempat juga kami mandi. Tetapi bila berjalan bailk ke tempat penginapan kami yang terletak hampir 1km juga rasanya ... badan kembali berpeluh. Suhu melebihi 40 darjah celcius ... bayangkan!
Dikawasan inilah kami mandi. Jauh dari orangramai. Kawasan ini redup kerana di kiri-kanan sungai terdapat banyak pokok. Airnya lebih nyaman. Ada yang ambil kesempatan menyuci pakaian. Bila dah berendam .... tak mau naik lagi dah ... panehhhh ...
Aku dan Ustaz Azian al-Hafiz, Imam Masjid al-Falah. Santai-santai .... selepas mengerjakan sholat jemaah.
Khemah yang kelihatan tuuu ... adalah tempat penginapan kami. Kekadang pada sebelah malamnya kami tidur di Kubah Hud dengan berbumbungkan langit. Berlampukan bintang bergemerlapan. Disapa angin sepoi-sepoi bahasa .... nyaman sekali. Cheeewah .......
Dok tengah bersembang dengan Ustaz Adnan, Pendang di luar khemah dengan pelajar Dar al-Mushthafa. Ustaz Azhar pula berbual dengan Ustaz Fitri. Orang utara belaka ... hehehe. Orang Kedah pi mana pun cari orang Kedah jugak .... Ustaz Adnan merupakan ketua pelajar Malaysia di Dar al-Mushthafa. Betoi kan ustaz?
Suasana pada sebelah malam. Ceramah oleh Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Masjid Ba'Abbad. Allahu Allah ... peringatan yang sangat menusuk ke qalbu. Ramai yang tidak dapat menahan airmata dari mengalir ...... bahkan ada yang menangis seumpama anak- kecil ... Allahu Allah ... Kata-kata yang terbit dari hati maka akan jatuh ke hati .... Bila hati dah tak tertanggung ... berderailah ayaqmata ...
0 komen:
Catat Ulasan