Isnin, 9 Februari 2009

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 18

Pemandangan lembah Hud dari jauh. Kubah putih yang kelihatan adalah merupakan makam Nabi Hud عليه السلام


Pemandangan lembah Hud pada sebelah malam


Pemandangan lembah Hud diambil dari Kubah Hud. Batu besar yang kelihatan, dipanggil Batu Naqah. Dari batu inilah dikatakan sebagai tempat keluarnya unta Nabi Shalih عليه السلام . Disinilah shalat berjemaah diadakan. Begitu juga dengan majlis maulid dan ceramah selepas ziarah diadakan.


Para jemaah sedang menunggu waktu sholat. Para jemaah mengambil peluang untuk bersalam dengan Habib Salim bin 'Abdullah bin Umar asy-Syathiri.


Sedang menunggu masukkan waktu maghrib. Kelihatan Habib 'Abdullah BinSyihab menghadap kepada jemaah. Beliau diberi julukan sebagai 'Ain Tarim (sebelumnya gelaran ini disandang oleh Habib Hasan bin 'Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dan sewaktu Habib Hasan di gelar 'Ain Tarim, Habib 'Abdullah BinSyihab digelar Qalbu Tarim). Beliaulah yang menjadi imam shalat berjemaah dan mengetuai memberi salam kepada Nabi Hud عليه السلام.


Para jemaah yang sedang menanti masuknya waktu sholat di Kubah Hud


bersambung .......

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

MasyAllah!! Berbahagialah Ahl Tarim dan mereka yang mencintai Ahl Tarim insyAllah di dunia dan akhirat!!

Ahmad

Related Posts with Thumbnails