Sewaktu pengajianku minggu lepas, seorang pelajar telah bertanya kepadaku mengenai hukum memakan biawak. Maka aku katakan bahwa disisi mazhab Syafie BIAWAK adalah HARAM dimakan kerana BIAWAK dikategorikan sebagai khabaaits (keji/kotor). Kemudian pelajarku berkata lagi, seorang ustaz (berasal dari sebuah negeri paling utara di Malaysia …tak payahlah aku sebutkan namanya disini ….) berkata bahwa biawak boleh dimakan. Maka aku minta kepastian, apakah biawak yang dimaksudkan itu dhab [yang disini dikenali sebagai biawak padang pasir]. Katanya: Ustaz tu kata …. biawak yang ada di Malaysia ……
Persoalan ini sebenarnya sudahpun berlaku sebelum ini dimana seorang ustaz yang membawa aliran tajdid ke negeri Perlis Indera Kayangan yang bernama Ustaz Abu Bakar al-Asy’ari pun pernah berpendapat sedemikian bahkan beliau berkata selain biawak, halal memakan ular, penyu dan labi-labi. Dan seorang ulama besar Alam Melayu yang bermastautin di Mekah iaitu al-‘Allamah asy-Syaikh Abdul Qadir al-Mandili telahpun menjawab persoalan tersebut didalam kitabnya berjudul Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari. Jadi, abu zahrah bawakan disini sedikit sedutannya. Nak tahu lebih lanjut maka dapatkan lah kitab tersebut atau boleh di download disini.
Kalau nak disamakan biawak padang pasir [dhab] dengan biawak yang ada di negara kita ni, maka ianya tidak tepat. Biawak padang pasir [dhab] habitatnya didaratan saja manakala biawak kita dalam habitatnya didaratan juga didalam air, atas pokok pun dia duduk. Dulu saya pernah tengok dhab kalau tak silap lidah biawak padang pasir persis lidah manusia manakala lidah biawak kita bercabang seperti lidah ular.
Jadi kesimpulannya memakan biawak seperti mana yang terdapat di negara kita adalah HARAM, tidak halal dimakan. Adapun biawak padang pasir ataupun yang lebih tepatnya dhab maka ianya halal dimakan. Maka terpulanglah kalau golongan tersebut nak makan biawak yang ada di negara kita, tapi jangan memaksa orang untuk memenangkan pendapat mereka. Dan jangan jadi lidah bercabang lagumana biawak dinegara kita sudah lah ….…….. Ampun maaf diatas segala salah silap dan ketelanjuran kata. والله أعلم

Kemudian berkata ia pada muka (177): Adapun lembu kambing, susu, labi-labi dan penyu, BIAWAK, landak dan ular, tetap atas hukumnya yang asal, iaitu mubah atau halal, kerana tidak terdapat satu pun dalil yang mengharamkan.
Berkata aku [al-‘Allamah asy-Syaikh Abdul Qadir al-Mandili]: Adapun lembu dan kambing dan susu bagi binatang halal dan landak maka benar dan betul bahwa hukumnya halal. Dan adapun labi-labi dan penyu dan BIAWAK dan ular maka hukumnya HARAM dimakan. Dan bermula perkataan al-Ustaz Abu Bakar dengan bahwa hukumnya mubah atau halal jauh ia daripada kebenaran. Demikian juga perkataan “kerana tidak terdapat satu pun dalil yang mengharamkannya” tiada betul bahkan salah kerana ada beberapa banyak dalil atas haramnya setengah daripadanya firman Allah:
وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَآئِثَArtinya: Dan menghalalkan Ia bagi mereka akan segala yang membilang baik akan dia oleh nafsu dan dan ingin ia akan dia, dan mengharamkan Ia atas mereka itu akan segala yang membilang keji akan dia oleh nafsu dan tiada ingin ia kan dia. [Surah al-A’araf: 157]
Dan firman Allah:
يَسْأَلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَاتُ
Artinya: Selagi bertanya mereka itu akan dikau, ap yang dihalalkan bagi mereka itu? Bersabda olehmu, dihalalkan bagi kamu akan segala yang membilang baik akan dia oleh nafsu dan ingin ia akan dia. [Surah al-Maaidah:4]
Dan difaham daripadanya akan bahwasanya barang yang tiada membilang baik akan dia oleh nafsu dan tiada ingin ia akan dia seperti ular dan labi-labi dan penyu dan BIAWAK tiada halal akan dia, bahkan diharamkan akan dia kerana masuk di dalam al-Khabaaits. Adapun firman Allah Ta’ala
قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَآ أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَماً مَّسْفُوحاً أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقاً أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِArtinya: Bersabda olehmu hai semulia-mulai Rasul bagi sekelian mereka yang jahil yang menghukumkan oleh mereka itu dengan halal dan haram daripada sisi mereka itu sendiri: Tiada mendapat aku di dalam al-Quran akan makanan yang diharamkan dia daripada segala makanan yang mengharamkan oleh kamu akan dia atas orang yang makan yang memakan ia akan dia daripada laki-laki dan perempuan melainkan bahwa adalah ia bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, maka bahwanya babi itu najis atau bahwa ada ia sembelihan yang keluar daripada yang halal disembelih akan dia atas nama berhala.
Berkata al-Imam asy-Syafie: Dan ini (makna) lebih utama daripada segala makna bagi ini ayat, kerana berdalil dengan hadits. والله أعلم
Bermula kehendak imam kita dengan hadits itu iaitu segala hadits yang menunjukkan atas haram yang lain daripada yang tersebut didalam ayat ini, seperti hadits Muslim yang shahih:
كُلَّ ذِيْ نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ فَأَكْلُهُ حَرَامٌ
Artinya: Tiap-tiap yang mempunyai taring daripada binatang yang buas maka memakannya haram.
Dan hadits Ibn Abbas رضي الله تعالى عنهما
إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ ذِي نَبٍ مِنَ السَّبَاعِ وَكُلِّ ذِيْ مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِArtinya: Bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم melarang ia daripada memakan tiap-tiap yang mempunyai taring daripada binatang yang buas dan tiap-tipa yang mempunyai kuku yang tajam daripada burung. Menceritakan dia oleh Muslim.
Dan telah menceritakan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abi Tsa’labah رضي الله عنه :
إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ ذِي نَبٍ مِنَ السَّبَاعِArtinya: Bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم melarang ia daripada makan akan tiap-tiap yang mempunyai taring daripada binantang buas.
Ketahui olehmu bahwasanya segala hadits ini dan segala hadits ini dan segala hadits yang lain yang menunjuk atas haram binatang yang melata pada bumi semuanya tiada berlawan ia dengan ayat:
قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَآ أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماًKerana bahwasanya segala Allah Ta’ala menyuruh ia akan NabiNya bahwa mengkhabarkan ia dengan bahwasanya tiada mendapat ia akan yang diharamkan pada ketika itu (ketika turun ayat itu) melainkan ini (yang disebut didalam ayat itu) kemudian datang wahi [wahyu] yang lain yang mengkhabarkan akan haram binatang buas yang mempunyai taring dan burung yang mempunyai kuku yang tajam dan binatang yang melata maka mengkhabarkan dia oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. …………
[ [Tamat petikan dari kitab Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari, halaman 77 – 80]
Kalau nak disamakan biawak padang pasir [dhab] dengan biawak yang ada di negara kita ni, maka ianya tidak tepat. Biawak padang pasir [dhab] habitatnya didaratan saja manakala biawak kita dalam habitatnya didaratan juga didalam air, atas pokok pun dia duduk. Dulu saya pernah tengok dhab kalau tak silap lidah biawak padang pasir persis lidah manusia manakala lidah biawak kita bercabang seperti lidah ular.
Jadi kesimpulannya memakan biawak seperti mana yang terdapat di negara kita adalah HARAM, tidak halal dimakan. Adapun biawak padang pasir ataupun yang lebih tepatnya dhab maka ianya halal dimakan. Maka terpulanglah kalau golongan tersebut nak makan biawak yang ada di negara kita, tapi jangan memaksa orang untuk memenangkan pendapat mereka. Dan jangan jadi lidah bercabang lagumana biawak dinegara kita sudah lah ….…….. Ampun maaf diatas segala salah silap dan ketelanjuran kata. والله أعلم
0 komen:
Catat Ulasan