Selasa, 17 Jun 2008

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan - Siri 7

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan - Siri 7

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab kanzul minan ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Adapun Hikam Abu Madyan dan syarah Tok Syaikh Daud ini juga memerlukan kupasan dan penjelasan yang halus lagi untuk memahaminya. Sekian.)



لاَيَصِحُّ سَمَاعُ هَذَا العِلمِ إِلاَّ لِمَنْ حَصَلَتْ لَهُ أَرْبَعَةٌ ، الزُّهْدُ وَالعِلْمُ وَالتَّوَكَلُ وَاليَقِيْنُ
Tiada patut mendengar bagi ilmu ini melainkan bagi orang yang hasil baginya, yakni ada empat (4) shifat. Pertamanya zuhud dan keduanya ilmu, dan ketiga tawakal dan keempat yaqin.

…. sambungan dari siri yang lalu.

(Yang ketiganya) tawakkal dan iaitu memadai dengan pengetahuan Allah pada kamu daripada bergantung hati akan yang lain [daripada Allah]. Maka apabila engkau ketahui bahwasanya Allah itu Tuhan yang ‘Aalim yakni Yang Mengetahui dengan segala hal kamu lagi Amat Kuasa atas memada akan segala hajatmu, lagi terlebih kasih sayang bagimu daripada bapa dan ibu tetapi [bahkan] terlebih lagi daripadamu atasmu dirimu, nescaya berhimpunlah hatimu itu atasnya dan tiada berhadap dengan hatimu melainkan kepadanya dan tiada engkau jatuhkan melainkan padaNya dan ialah yakni bertawakkal ini terlebih sangat berkehendak orang yang salik itu pada perjalanannya terlebih sangat kehendak daripada orang yang dahaga kepada air.

[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M]


والله تعالى أعلى و أعلم


0 komen:

Related Posts with Thumbnails