Rabu, 30 Januari 2008

Hilangnya Ilmu Dengan Kematian Ulama’

Tengahari tadi hamba mendapat sms yang membawa khabar sedih dari al-Fadhil Ustaz Azian, Imam Masjid al-Falah USJ. Khabar sedih yang hamba terima adalah Kembalinya kerahmatUllah Sahibus Samahah Dato’ Haji Ishak Baharom, Bekas Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan pada tengahari ini (21 Muharram 1429/ 30 Januari 2008). Seorang lagi ulama’ yang berjasa kepada masyarakat Islam di Malaysia pergi meninggalkan kita. Teringat hamba akan sebuah hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Para ulama seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan [Hadits riwayat Imam Ahmad]
Dalam sepotong hadits lain menceritakan bahawa kewafatan seorang ulama itu adalah merupakan suatu musibah yang besar pada umat Islam.


Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]


Ucapan takziah hamba buat keluarga Dato’ Haji Ishak Baharom.

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuni, merahmati, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau dan seterusnya mendoakan beliau.


اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة


Selasa, 29 Januari 2008

Catatan Perjalanan Ke Jakarta - Bogor Menghadiri Program Bersama Habib Umar - 2

Oh ya aku terlupa khabarkan … sebelum kami berangkat ke Masjid al-Munawar, kami mengambil kesempatan menziarahi pusara al-Habib Novel (Naufal) bin Salim bin Ahmad bin Jindan bin Syaikh Abu Bakar bin Salim.


Sedikit Memgenai Habib Naufal (gambar bawah sebelah kanan) dan Ayahandanya Habib Salim
Habib Novel (Naufal) bin Salim bin Ahmad bin Jindan adalah ayahanda kepada Habib Jindan dan Habib Ahmad. Beliau kembali ke rahmatuLlah pada jam 5.00 petang (waktu Indonesia) pada hari Jum’at 25 Rabiulakhir 1426H bersamaan 3 Jun 2005, pada usia 64 tahun. Beliau adalah seorang ulama dan mubaligh yang tersohor di Jakarta. Beliau merupakan murid kepada al-Habib Sayyid ‘Alwi al-Maliki dan Sayyid Amin al-Kutbi semasa menuntut di Makkah.

Beliau merupakan anakanda kepada Habib Salim bin Ahmad bin Jindan. Habib Salim adalah merupakan seorang ulama habaib terkenal. Habib Salim hidup sezaman dengan Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi Kwitang, Habib Ali bin Hussin al-Attas Bungur. Bahkan mereka ibarat ulama habaib 3 serangkai (gambar bawah sebelah kiri. Dari kanan Habib Salim Jindan, Habib Ali Kwitang). Boleh dikatakan majoriti ulama dan habaib di Jakarta berguru kepada mereka, terutama dengan Habib Salim.

Antara keistimewaan Habib Salim adalah, beliau mempunyai koleksi kitab sekitar 15,000 buah termasuk kitab-kitab langka (yang susah didapati). Dan beliau sendiri menulis sekitar 100 buah kitab antara lain mengenai hadits dan tarikh. Habib Salim yang dilahirkan di Surabaya pada 18 Rejab 1324 (7 September 1906M) dan wafat di Jakarta pada 16 Rabiulawal 1389 (1 Jun 1969).

Antara guru-guru kepada Habib Salim adalah Habib Abdullah bin Muhsin al-Attas (Habib Empang, Bogor), Habib Muhammad bin Ahmad al-Mihdhar (Bondowoso) [gambar sebelah], Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi (Surabaya), Habib Abubakar bin Muhammad as-Seggaf (Gresik), Habib ‘alwi bin Abdullah Syahab (Tarim) dan ramai lagi. Dan kalau diperhatikan guru-guru beliau bukan sahaja terkenal dengan kealiman bahkan mereka bertaraf wali Allah. Allahu Allah ….

Sedikit Pengalaman di Masjid al-Munawar
Sepertimana yang aku katakan didalam penulisan sebelumnya, kehadiran di majlis ini amatlah luar biasa. Bukan sekadar itu, para hadirinnya sangat menghormati para habaib dan tetamu yang datang. Walaupun terpaksa berebut-rebut untuk bersalam dengan Habib Umar tetapi mereka berdisplin. Mereka yang tidak mendapat kesempatan untuk bersalaman, tidaklah pula bersesak-sesak merempuh untuk mengambil peluang bersalaman. Selain itu mereka juga akan mendatangi para habaib dan para tetamu meminta untuk didoakan bahkan ada dari kalangan mereka membawa anak-anak kecil untuk didoakan. Tidak kurang juga yang membawa air meminta supaya didokan. Mereka ingin mengambil berkat para habaib, ulama dan tetamu mereka. Dan kami juga tidak terlepas dari didatangi mereka. Pengalaman ini sungguh mencuit hati kecilku …….

(Inilah tempat penginapan kami sewaktu berlansungnya multaqo)



(Pemandangan ditempat penginapan kami. Kelihatan al-Fadhil Shaikh Azhar Hashim at-Tarimi dan Tuan Haji Ya'akub sedang berbual dengan salah seorang santri dari Ma'had az-Zein yang ditugaskan untuk berkhidmat pada kami)

Antara intisari ceramah Habib Umar adalah:-
Menceritakan mengenai hijrah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, menceritakan kelebihan Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه, menyampaikan nasihat mengenai dengan bersuhbah dengan orang-orang yang baik yang berpegang kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم , pengertian al-Hurriyah, menasihatkan umat untuk melakukan beberapa perkara yang mana perkara tersebut dapat mengangkat atau menghindarkan dari bala bencana, antaranya memakmurkan masjid dengan mengerjakan sholat berjemaah dimasjid, berdhikir, menghubungkan silaturrahmi dan lain-lain, mengajak para hadirin melihat dan mensyukuri pelbagai ni’mat yang telah Allah kurniakan, menceritakan bagaimana kasihnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada umatnya walaupun baginda disakiti, dilontar dengan batu, ditaburkan duri, diletakkan dibelakang baginda dengan kotoran dari binatang, namun baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah mendoakan kebinasaan kepada umatnya, dan banyak lagi isi ceramah yang disampaikan. Seterusnya beliau mendoakan semoga Allah mengangkat bala’ daripada diturunkan kepada umat Islam Indonesia. Dengarlah disini ceramah dari Habib Umar [Multimedia Terbaru: Ceramah Habib. Umar bin Hafidz di al-Munawar, 21-01-2008. ……] Sungguh mengharukan apabila Habib Umar menceritakan kisah da’wah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke Thaif … sewaktu mendengarnya aku tidak dapat menahan airmataku. Sesungguhnya ni’mat Islam dan Iman yang kita kecapi sekarang adalah dari hasil pengorbanan, titisan darah dan titik peluh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersama para shahabat baginda. Maka marilah kita mensyukurinya …… Ikutilah ajarannya, banyakkanlah shalawat kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Allahu Allah.

(Suasana bahagian dalam tempat penginapan kami. Dari kiri, al-Habib Sayyid Abdullah al-Junaidi [sedang bersandar], al-Fadhil Shaikh Fahmi Zamzam, Tuan Haji Ya'akub, al-Habib Sayyid Hussin al-Junaid, Tuan Haji Rashid dan Abu Zahrah [aku lah tuuu])

Berangkat Ke Puncak Bogor
Disebabkan kesesakan lalu-lintas, kami agak lewat bergerak ke Puncak, Bogor. Kami sampai disana sudah lewat malam. Alhamdulillah disambut oleh santri dari Ma’had az-Zein (pengasasnya guruku, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari) yang menguruskan urusan penginapan. Resort yang kami diami eksklusif sekali. MasyaAllah. Puncak memang terkenal sebagai tempat peranginan untuk bersantai-santai. Cuaca dan suasananya seperti di Genting atau Cameron Highland. Dingin sekali. Hinggakan rumah yang kami menginap tidak diperlukan kipas angin ataupun air-cond. Sungguh nyaman. Di Puncak, Bogor, kami semua ditempatkan didalam satu rumah. Alhamdulillah.

Program bermula selepas shubuh dengan kuliah oleh Habib Umar. Rombongan kami ramai yang tidak hadir kecuali Habib Abdullah al-Junaid. Mungkin keletihan dan kami juga tidak dimaklumkan dengan program berkenaan. Lagi pula masjidnya agak jauh dari tempat penginapan. Sungguh kerdil sekali aku disini kerana semua peserta yang menghadiri multaqo ini adalah daripada kalangan para habaib dan ulama’ dari seluruh pelusok Indonesia. InsyaAllah akan aku sambung lagi mengenai multaqo yang diadakan … insyaAllah ….

Catatan Perjalanan Ke Jakarta - Bogor Menghadiri Program Bersama Habib Umar

Sejak terbaca akan khabar berita tentang siri lawatan al-‘Allamah al-Musnid al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz pada bulan Januari 2008 ke Indonesia, di website Majelis Rasulullah kelolaan al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa, hati kecil ku teramat rindu untuk mengikuti program bersama dengan Habib Umar. Walaupun beliau akan datang ke Malaysia, namun kurasakan begitu lambat sekali. Entahkan sempat bertemu entahkan tidak …. Namun apa dayaku yang ngak punya apa-apa ini … harga tiket saja sudah hampir RM400 .. cukup untuk belanja rumahku untuk 2-3 bulan. Itu belum masuk perbelanjaan lain. Dek kerana hati ini begitu kuat untuk menenui Habib Umar maka aku bermunajat kepada Allah memohon moga-moga aku bersempat bertemu beliau samada di Indonesia atau di Malaysia. Aku sangat rindu menatap wajah beliau …. Rindu untuk mendapat doa dan nasihat dari beliau .. aku bermunajat dan terus bermunajat …..kerana desakan hati sungguh kuat terasa …… Allah Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu. DIA memberi rezqi kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Beberapa hari selepasnya, maka sungguh tak kuduga, seorang hamba Allah telah menaliponku bertanyakan apakah kau mau ke Indonesia menjadi pengiring/pembantu Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam, ke Majlis Multaqo Ulama bersama Habib Umar di Bogor, dimana segala perbelanjaan ditanggung oleh hamba Allah tersebut. Allahu Allah … ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Allahu Allah …. Hanya Allah sahajalah yang tahu bagaimana perasaanku. Tak dapat kugambarkan. Sebak dadaku apabila menerima tawaran tersebut … airmata mengalir deras … Allah mendengar rintihan hati kecilku … DIA memaqbulkan keinginanku. DIA MAHA BErkuasa ATAS Segala Sesuatu. DIA Memberi reqzi kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Allahu Allah. Apalagi yang nak kukatakan …. Bertemu dengan ulama, terlebih lagi ulama ahl bait merupakan suatu ni’mat bagiku ….Sungguh aku mencintai mereka kerana cintaku kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Merekalah pernghubung aku kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Teringat aku akan sepotong hadits sebagaimana yang terdapat didalam kitab Kanzul Ummal Kanz al-'Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af'al oleh al-Allamah 'Alauddin Ali al-Muttaqi bin Hisam ad-Din al-Hindi [wafat 975 H], Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

أربعة أنا لهم شفيع يوم القيامة المكرم لذريتي، والقاضي لهم حوائجهم، والساعي لهم في أمورهم عندما اضطروا إليه، والمحب لهم بقلبه ولسانه


Maksudnya: 4 golongan dimana aku menjadi syafi’ bagi mereka iaitu yang menghormati zuriatku, yang memmenuhi keperluan mereka, yang membantu urusan mereka sewaktu diperlukan dan yang mencintai mereka dengan hatinya dan lisannya.

Maka dipendekkan cerita maka pada jam 9.50pagi, 21 Januari 2008, berangkatlah aku mengiringi Syaikh Fahmi Zamzam dan Tuan Haji Yaakub ke Indonesia. Kami mendarat di lapangan terbang Soekarno-Hatta pada jam 11.00pagi (waktu Indonesia). Sesampai disana, Pak Yusuf sudah siap menunggu kami. Dan kebetulan al-Fadhil Ustaz Tengku Fauzy dari Singapura juga sampai pada masa yang sama. Maka kami berempat terus dibawa ke Yayasan Fakhriyyah yang terletak di Ciledug, Tenggerang, Banten. Pengasuh Yayasan ini adalah al-Habib Jindan bin Novel (Naufal) bin Salim bin Ahamd bin Jindan bin Syaikh Abu Bakar bin Salim [gambar diatas Ust Azian, Habib Jindan dan Tuan Haji Yaakub]. Jemaah dari Malaysia yang sampai pada hari yang sama tapi dengan penerbangan lain adalah al-Habib Sayyid Hussin al-Juneid. Manakala al-Habib Sayyid Hussin al-Juneid, al-Fadhil Ustaz Azian (Imam Masjid al-Falah, USJ), al-Fadhil Ustaz Azhar Hashim at-Tarimi dan Tuan Haji Rashid, sudah sampai kesini sejak dari hari Sabtu. Sewaktu kami tiba di Yayasan Fakhriyyah, mereka tiada disana kerana mengikuti beberapa program Habib Umar. Beruntunglah mereka!

(Dari kanan - Tuan Haji Yaakub, al-Fadhil Ustaz Tengku Fauzy, al-Fadhil Syaikh Fahmi Zamzam dan al-Habib Sayyid Abdullah al-Junaid - Sedang berehat sambil berbual di Yayasan Fakhriyyah - Habib Jindan)

Maka dipendekkan cerita maka pada jam 9.50pagi, 21 Januari 2008, berangkatlah aku mengiringi Syaikh Fahmi Zamzam dan Tuan Haji Yaakub ke Indonesia. Kami mendarat di lapangan terbang Soekarno-Hatta pada jam 11.00pagi (waktu Indonesia). Sesampai disana, Pak Yusuf sudah siap menunggu kami. Dan kebetulan al-Fadhil Ustaz Tengku Fauzy dari Singapura juga sampai pada masa yang sama. Maka kami berempat terus dibawa ke Yayasan Fakhriyyah yang terletak di Ciledug, Tenggerang, Banten. Pengasuh Yayasan ini adalah al-Habib Jindan bin Novel (Naufal) bin Salim bin Ahamd bin Jindan bin Syaikh Abu Bakar bin Salim. Jemaah dari Malaysia yang sampai pada hari yang sama tapi dengan penerbangan lain adalah al-Habib Sayyid Abdullah al-Juneid. Manakala al-Habib Sayyid Hussin al-Juneid, al-Fadhil Ustaz Azian (Imam Masjid al-Falah, USJ), al-Fadhil Ustaz Azhar Hashim at-Tarimi dan Tuan Haji Rashid, sudah sampai kesini sejak dari hari Sabtu. Sewaktu kami tiba di Yayasan Fakhriyyah, mereka tiada disana kerana mengikuti beberapa program Habib Umar. Beruntunglah mereka!

Sementara untuk menunggu program seterusnya disebelah malam, kami mengambil peluang untuk berehat dek kerana keletihan dengan kesesakan lalulintas di Jakarta. Sebelah petangnya Habib Jindan sebahagian rombongan Malaysia tiba. Sebelum berangkat ke Majlis Habib Umar di Masjid al-Munawar, kami telah diraikan oleh Habib Jindan. Alhamdulillah …… sejuk mataku memerhatikan kejernihan wajahnya. Allahu Allah ……….

Sebelah malamnya kami berangkat ke Masjid al-Munawar dimana program bersama Habib Umar diadakan oleh Jemaah Majlis Rasulullah pimpinan Habib Munzir al-Musawa. Allahu Allah …. Pertama kali aku melihat lautan manusia menghadiri majlis maulid … hampir 40,000 hadirin yang majoritinya adalah anak-anak muda …. MasyaAllah. Hatiku sebak melihat sambutan yang begitu besar.... Lautan anak muda. Rasanya susah untuk melihat majlis maulid yang dihadiri oleh ribuan manusia …. Bahagian dalam masjid, tingkat atasnya, kawasan luarnya penuh sesak dengan para muhibbin …. Kesesakan lalu-lintas berbatu-batu … Allahu Allah. Satu perkara yang kuperhatikan bahwa mereka sangat menghormati para ahl bait terutama ulamanya.

(Habib Umar sedang menyampaikan ceramahnya dan diterjemahkan oleh Habib Ahmad bin Novel [adik kepada Habib Jindan])

Ya! Memang kita dituntut untuk menghormati bahkan mencintai ahlul bait. Bukankah, panutan kita, al-Imam asy-Syafie ada menyebut didalam syairnya:

ياآل بيت رسول حبكم - فرض من الله في القرآن أنزله
يكفيكم من عظيم القدر أنكم - من لم يصل عليكم لا صلاة له

Wahai ahli bait Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) kecintaan kepada kalian
Kewajipan dari Allah yang diturunkan dalam al-Quran
Cukuplah bukti betapa tinggi nilai martabat kalian [dimana]
Tiada sempurna sholat tanpa sholawat kepada kalian

Tersebut juga didalam asy-Syifa bi Ta’rifi Huquq al-Mushtafa oleh al-Qadhi ‘Iyadh رحمه الله berkata: Dan termasuk tanda mencintai Nabi صلى الله عليه وسلم adalah mencintai orang yang dicintainya. Mereka adalah keluarganya (keturunannya) dan para shahabatnya dari kalangan muhajirin dan anshar.Bahkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah memerintahkan kita untuk berpegang dengan bimbingan mereka.

(Habib Umar sedang berdoa. Saat ini terdengar tangisan mereka yang mengaminkan doanya)

Dalam sepotong hadits Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda:

حَدَّثَنَا ‏ ‏عَلِيُّ بْنُ الْمُنْذِرِ الْكُوفِيُّ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏الْأَعْمَشُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَطِيَّةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي سَعِيدٍ ‏ ‏وَالْأَعْمَشُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ‏ ‏قَالَا ‏ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنْ الْآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنْ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ فَانْظُرُوا كَيْفَ ‏ ‏تَخْلُفُونِي ‏ ‏فِيهِمَا ‏ قَالَ ‏ ‏هَذَا ‏ ‏حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Haddatsana[1] Ali bin Mundzir al-Kufi, Haddatsana Muhammad bin Fudhail, Haddatsana al-A'masy, dari 'Athiyyah, dari Abi Sa'id dan al-A'masy, dari Habib bin Abi Tsabit, dari Zaid bin Arqam رضي الله عنهما yang berkata: 'Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, 'Sesungguhnya aku tinggalkan padamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh kepadanya nescaya kamu tidak akan tersesat sepeninggalku, yang mana yang satunya lebih besar dari yang lainnya, yaitu Kitabullah, yang merupakan tali penghubung antara langit dan bumi, dan 'itrah ahlul baitku. Keduanya tidak akan pernah berpisah sehingga datang menemuiku di telaga. Maka perhatikanlah bagaimana kamu memperlakukan keduanya. [Hadits riwayat imam at-Tirmidhi. Beliau berkata hadits ini hasan ghorib]

Manakala didalam Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal, terdapat beberapa hadits mengenai perintah untuk berpegang kepada mereka, antaranya:

حَدَّثَنَا ‏ ‏ابْنُ نُمَيْرٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏عَبْدُ الْمَلِكِ يَعْنِي ابْنَ أَبِي سُلَيْمَانَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَطِيَّةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ‏ ‏قَالَ ‏ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ ‏ ‏الثَّقَلَيْنِ ‏ ‏أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ الْآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنْ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ‏ ‏ وَعِتْرَتِي ‏ ‏أَهْلُ بَيْتِي أَلَا إِنَّهُمَا لَنْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ- مسند أحمد

Haddatsana Ibn Numair, haddatsana ‘Abdul Malik, yaitu Ibn Abi Sulaiman, dari 'Athiyyah, dari Abi Sa'id al-Khudri, beliau berkata, Telah bersabda 'Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya Aku telah tinggalkan kepada kalian dua pusaka, yang mana salah satunya lebih besar dari yang lainnya, yaitu Kitab Allah عزوجل , yang merupakan tali penghubung antara langit dan bumi, dan 'itrah ahlul baitku. Ketahuilah, sesungguhnya keduanya tidak akan pernah berpisah sehingga datang menemuiku di telaga.

Sekadar bawa 2-3 potong hadits untuk menunjukkan kemuliaan para ahlul bait. Maka sayogialah kita mendatangi atau menghadiri majlis-majlis mereka (ulama’ ahlul bait) seandainya mereka menjejakkan kaki kebumi Malaysia. Janganlah kita percaya dengan dakyah-dakyah, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka yang membenci ahlul bait sepertimana yang pernah diucapkan oleh seorang mufti diutara tanah air. Janganlah turut bersekongkol dengan mereka yang merendah-rendahkan para ulama’ ahlul bait.

Namun perlu diingatkan bahwa kecintaan kita kepada ahlul bait bukannya sepertimana kecintaan golongan syiah kepada mereka. Syiah menyintai mereka, tetapi dalam masa yang sama membenci para shahabat. Kecintaan syiah kepada mereka adalah cinta palsu. Kupetik coretan saudaraku, Sidi Abumuhd di blognya:

Sungguh kecintaan kepada ahli bait tidak dapat bersama dengan kebencian kepada para sahabat. Cintakan ahli bait bererti kita kena turut mencintai para sahabat. Inilah pesanan Imam Ali رضي الله عنه:

لا يجتمع حبي و بغض ابي بكر و عمر

Tidak akan berhimpun kecintaan kepadaku dan kebencian kepada Abu Bakar dan 'Umar.


Maka orang yang mengakui cintakan ahli bait, cintakan Imam Husain, cintakan Imam 'Ali, sedangkan dalam masa yang sama membenci Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina 'Umar dan sahabat yang lain رضي الله عنهم , kecintaannya itu adalah palsu. Justru kecintaan kepada ahli bait Junjungan dan para sahabat baginda adalah daripada keimanan, bahkan menjadi perkara pokok dan asas dalam Islam sebagaimana dinyatakan dalam satu hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu an-Najjar dalam tarikhnya di mana Imam Hasan رضي الله عنه menyatakan bahawa Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم. bersabda:-


لكل شيء اساس و اساس الإسلام حب اصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم و حب اهل بيته

"Setiap sesuatu itu ada asasnya, dan asas Islam adalah kecintaan kepada sahabat-sahabat Rasululah صلى الله عليه وسلم dan kecintaan kepada ahli bait baginda."

Allahu ... Allah, maka di manakah dasar dan asas bagi Islamnya seseorang yang hatinya membenci para sahabat dan ahli keluarga Junjungan.


Bahkan berdasarkan risalah yang diutuskan kepada Rabithah al-Alawiyyah di Indonesia. Risalah ini ditanda tangani oleh 27 orang ulama’, munsib dan tokoh-tokoh keluarga Abi Alawi di Hadramaut dan al-Haramain [antara yang menandatanganinya adalah al-Habib Salim bin Abdullah asy-Syathiri, al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smith, al-Habib Ali Masyhur bin Muhamad bin Hafidh, al-Habib Umar bin Muhamad bin Hafidh] Para saadah ba’alawi telah memberi peringatan seperti berikut:




Dan kami menegaskan kepada saudara-saudara mengenai urusan seputar Rabithah Alawiyah agar tetap kukuh dan istiqamah di atas asas, aturan-aturan dan landasan yang telah disusun oleh para pengasas dan pengurusan Rabithah Alawiyah terdahulu yang berjalan di atas thariqah Ahlu Sunnah Wal Jamaah, mengikuti madzhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali) dan jalan al-Asy'ariyah yang suci.


Keluarga Abi Alawi adalah bahagian yang tidak terpisah dari golongan yang terbanyak dari umat (as-Sawaadil ‘Adzhom) iaitu dari golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, dan mereka dalam i'tiqad, berpegang kepada manhaj al-Asy'ariyah dan dalam masalah furu' (fiqih) berpegang kepada madzhab al-Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi’i al-Muttholibi, serta berjalan diatas manhaj tasawuf yang suci, jauh dari bid'ah-bid'ah dan penyimpangan. Maka hati-hatilah untuk merubah sesuatu dari apa yang telah mereka tetapkan atau menyimpang dari jalan dan aturan-aturan mereka, atau mengganti dengan manhaj selain manhaj mereka, walaupun bagaimana bentuknya.

Maka inilah buktinya bahwa para ulama ahlul bait adalah mereka yang berpegang kepada aqaidah ahlus sunnah wal jamaah. Mereka bukannya syiah. [kerana ada seorang Mufti di utara sana serta kuncu-kuncunya… mengatakan bahwa mereka ini syiah. Allahu Allah. Satu pembohongan dan fitnah yang besar]

Kembali ke cerita di Masjid al-Munawar …….. Setelah tamat maulid dan qasidah, majlis didahului dengan ucapan walikota (wakil pemerintah), beberapa orang habaib yang bersama rombongan Habib Umar. Aku tertarik melihat seorang murid habib Umar, mat saleh dari Australia. Abdul Karim namanya, kalau tak silaplah! MasyaAllah … beruntung beliau ditarbiah oleh seorang ulama seperti Habib Umar. Setelah mereka membari ucapan … Habib Umar memulakan dengan membaca dan mengijazahkan sepotong hadits dari Shohih al-Bukhari. Seterusnya Habib Umar menyampaikan nashihatnya …. Sila kesini untuk mendengar ceramahnya yang diterjemahkan oleh Habib Munzir al-Musawa dan kemudiannya diganti oleh Habib Ahmad bin Novel bin Jindan [adik kepada Habib Jindan bin Novel]

Setelah tamat majlis, maka rombongan kami pun terus berangkat ke Puncak di Bogor untuk mengikuti Multaqo Ulama Bersama Habib Umar pada keesokkan harinya. Sungguh banyak kenangan manis yang menitiskan airmata ketika aku di Majlis Maulid Masjid al-Munawar ini …. Allahu Allah. InsyaAllah nanti aku sambung pengalaman perjalanan seterusnya … ketika menghadiri multaqo di Puncak Bogor…….

Ampun maaf dengan susunan bahasa yang kelam-kabut. Catatan ini adalah berdasarkan kepada apa yang ku ingat saja kerna aku tidak mencatat apa-apa disepanjang perjalanan ku ini.

_____________________________________________

Notakaki:

Haddatsana adalah merupakan satu isthilah didalam ilmu hadits. Ianya bermaksud ‘telah menceritakabn kepada kami’. Menurut dari sudut istilah adalah berita yang diperolehi itu dengan perawi tersebut mendengarnya sendiri daripada bacaan Shaikhnya. Manakala jika hadits tersebut dibacakan oleh murid (perawi) di mana Shaikh mendengarnya maka apabila perawi mwriwayatkan hadits itu kepada orang lain maka lafaz yang digunakan adalah akhbarana atau akhbarani. Wallahu a’lam.

Jumaat, 18 Januari 2008

Pengajian Kitab Hidayatus Salikin dan Hikam Oleh Shaikh Ahmad Fahmi Zamzam


Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam akan membimbing Pengajian Kitab Hidayatus Salikin (karangan Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani) dan Kitab Hikam Ibn 'Athoillah sebagaimana jadual berikut:-




KITAB HIDAYATUS SALIKIN
Tarikh: 20hb Januari 2008 (Ahad)
Masa: Bermula dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.
Tempat: Masjid al-Falah, Seksyen 9, USJ

KITAB HIKAM IBN 'ATHO`ILLAH
Tarikh: 20hb Januari 2008 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Tempat: Anjung Rahmat, Gombak (Ibupejabat ABIM Pusat)



Semua dijemput hadhir

Khamis, 17 Januari 2008

Ar-Rasail al-Darqawiyah - Siri 8

Transliterasi Kitab ar-Rasail ad-Darqawiyah - Surat-surat Maulay al-‘Arabi ad-Darqawiy yang diterjemah dan diberi syarah oleh al-Faqir-ilallah Muhamad bin ‘Ali bin Ahmad al-Ibrahimiy as-Sulaimani al-Fathoni tsumma al-Taranqanuwi tsumma al-Kelantani

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan tambahan pada notakaki oleh: hamba yang faqir lagi haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya mempelajarinya dengan tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian kerana terdapat isitilah-istilah yang sukar difahami dan perlu dirujuk kepada mereka yang berkeahlian. Semoga kita dikurniakan taufiq untuk memahami hakikat pelajaran yang terdapat didalam kitab ini. Sekian.)

Sambungan dari siri sebelumnya ….

Ma’ani dzat Ilahiyah melimpah ke dalam orang yang sedemikian sehingga ia fana’ pada dzat Ilahiyah ini dan dengan demikian menjadi merdeheka [merdeka] daripada waham bahwa adanya maujud selain daripada HAQ Ta’ala. Kerana kearah jurusan inilah dzat Ilahiyah membimbing orang-orang yang yang pandangan matahatinya tertumpu terus-menerus kepadaNYA Ta’ala. Disebaliknya, barangsiapa yang bercita-cita hanya untuk memperoleh ilmu semata-mata (tidak untuk beramal) atau bercita-cita untuk beramal semata-mata, tiadalah akan menerima ma’ani demi ma’ani. Ia tiada akan bersukacita dengan ma’ani itu kalau pun ia menerimanya kerana kemahuannya itu tertumpu kepada sesuatu yang lain daripada dzat Ilahiyah. Walhal Allah Ta’ala memberi anugerah kepada setiap orang menurut menurut kadar cita-citanya. Memang setiap manusia menyertai dalam alam rohani sebagaimana segala ombak itu merupakan bahagian daripada lautan. Tetapi syahwat jasmaniah pada ghalibnya menguasai kebanyakkan manusia. Syahwat itu menguasai hati mereka dan seluruh anggota mereka dan tak mengizinkan mereka bertumpu kepada ruh, kerana berseronok-seronok dengan pengalaman pancaindera atau jasmani adalah berlawanan dengan kehidupan secara rohaniah. Dan dua perkara yang berlawanan ini tak biasa bertemu.

Lagi pun, matlamat rohaniah itu bukanlah tercapai dengan banyak beramal dan bukan dengan sedikit beramal, tetapi semata-mata dengan rahmat Ilahiyah. Seperti kata Sidi Syaikh Ibn ‘Athoillah رضي الله عنه didalam kitabnya al-Hikam:

لو أنك لا تصل إليه إلا بعد فناء مساويك ومحو دعاويك لم تصل إليه أبدا ولكن إذا أراد أن يوصلك إليه ستروصفك بوصفه وغطى نعتك بنعمته فوصلك إليه بما منه إليك لا بما منك إليه .

Artinya: Jikalau dikata bahwasanya engkau tiada sampai kepada ALLAH melainkan kemudian daripada fana’ (yakni lenyap) segala kejahatanmu dan hapus segala dakwamu, nescaya tiada engkau sampai kepadaNYA selamanya. Akan tetapi apabila ALLAH menghendaki menyampaikan dikau kepadaNYA nescaya ditutupinya shifatmu dengan shifatNYA dan ditudunginya peri kelakuanmu dengan peri kelakuanNYA, maka disampaikannya engkau kepadaNYA dengan suatu yang daripadaNYA kepadamu, tiada dengan suatu yang daripadamu kepadaNYA


…. Bersambung kesiri yang akan datang, insyaALLAH

Baca al-Qur’an di kubur bidaah?

Sekadar berkongsi apa yang telah hamba baca di ruangan ad-Din akhbar Harian Metro Online sebentar tadi. Ini artikel lama. Tapi tak mengapalah.
*************
ZIARAH kubur menjadi amalan bagi sesetengah anggota masyarakat dan tidak terkecuali bagi orang Melayu, terutama pada hari kebesaran seperti hari raya.



Apabila berziarah, kita akan berzikir atau membaca tahlil untuk disedekahkan kepada arwah.


Ada juga yang membaca ayat suci al-Quran seperti al-Fatihah, Yasin dan disusuli doa dengan harapan roh si mati mendapat keampunan dan ditempatkan di kalangan golongan aulia dan alim.

Namun, timbul dakwaan amalan membaca al-Quran di kubur dilarang beralasan Rasulullah s.a.w tidak melakukan perbuatan itu malah tiada dalil mengenainya. Jika dilakukan ia dikira bidaah.

Justeru, wujud perbezaan pendapat yang mungkin mengelirukan umat Islam mana satu yang betul dan perlu diikuti, sama ada harus membaca al-Quran atau tidak harus membacanya?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata amalan membaca al-Quran di kubur adalah perkara ranting dalam agama, bukannya perkara tunjang mendasari iman dan Islam.

“Amalan ranting biasanya bersifat elektif bukannya subjek teras untuk seseorang mukmin.

“Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan. Manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan,” katanya.

Menurutnya, untuk memberikan justifikasi dalam perkara ini boleh dirujuk kepada lembaran suci al-Quran antaranya ayat 21 surah as-Thur, ayat 38 dan 39 surah an-Najm, ayat 261 surah al-Baqarah, ayat 82 surah al-Kahf dan ayat 204 surah al-A'raf.

Katanya, dalil syarak ada ketika bersifat qatie (tetap) dan ada ketika pula bersifat dzanni (membuka ruang kepada ulama untuk berijtihad).

“Justeru, perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi dalam permasalahan ranting agama.

“Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan situasi ini. Ini penting supaya kehidupan seharian menepati hukum syarak.

“Ia juga bagi mengelak diri bersikap keras kepala terhadap amalan yang diiktiraf ulama,” katanya.

Beliau berkata, amalan membaca al-Quran di kubur berteraskan kepada dalil yang pelbagai yang ada ketikanya berstatus sahih, hasan, daif dan amat daif.

Katanya, Imam Muslim meriwayatkan: “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperoleh melalui dua rakaat solat pada waktu dhuha.”

“Imam al-Qurtubi mengatakan berdasarkan dalil inilah ulama menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Quran itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa penziarah kubur.

“Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan hadis ini memberi kita satu kefahaman bacaan al-Quran juga termasuk dalam erti kata sedekah menurut syarak.

“Sebenarnya isu klasik ini sudah diselesaikan ulama dengan jayanya. Antaranya Muhammad bin Ahmad al-Muruzi yang berkata: Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: Apabila kamu masuk ke kubur, bacalah Fatihah al-Kitab dan ayat Muawwizatain dan surah al-Ikhlas. Jadikanlah pahalanya untuk penghuni kubur itu kerana pahalanya itu sampai kepada mereka.”

“Dalam kitab al-Azkar bawah tajuk: Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian? Imam an-Nawawi menyebutkan: As-Syafie dan kalangan sahabat (ulama Syafiiyyah) mengatakan: Disunatkan membaca di sisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran semuanya, itu adalah (sesuatu yang) baik.

“Imam al-Zahabi dalam Takzikah al-Huffaz ketika membicarakan biodata al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan: Tatkala beliau meninggal dunia orang membacakan al-Quran di atas kuburnya dengan beberapa kali dikhatamkan.

“Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za'farani berkata: Aku bertanya kepada al-Syafi'ie mengenai bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya'bie katanya: Orang Ansar apabila berlaku kematian di kalangan mereka selalu mengunjungi kubur untuk membaca al-Quran di sisinya.”

Zamihan berkata, himpunan dalil yang ada menjelaskan perbuatan itu sebagai amalan sunat atau aksesori saja.

“Kita perlu memahami permasalahan usul dan furuk (cabang) secara menyeluruh serta dalil dan kaedah syariah yang jelas.

“Hal ini penting supaya sesuatu isu yang dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak, di samping boleh mengelak diri dari bersikap fanatik dan melampau,” katanya.

Beliau berkata, amalan yang tidak dilakukan Rasulullah s.a.w dan generasi salaf (terdahulu) tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.

Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkata jika masuk kawasan perkuburan lalu menyedekahkan bacaan al-;Fatihah, ada ulama mengatakan sunat.

“Tetapi mazhab Imam Malik mengatakan makruh, namun pengikut mazhab itu yang kemudian mengatakan tidak sedemikian.

“Ulama aliran Syafie ada membuat komentar pada hadis berkaitan pelepah tamar yang dibelah dua oleh nabi, kemudian baginda memacakkannya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain. Kemudian baginda bersabda mudah-mudahan ia dapat meringankan azab mereka berdua selagi kedua-duanya tidak kering.

“Daripada hadis di atas ulama terbabit melakukan istinbat (mengambil usul) mayat itu mendapat manfaat daripada bacaan al-Quran, kerana pelepah tamar iaitu hanya tumbuhan dan berkeyakinan ia bertasbih, inikan pula manusia.

“Pasti bacaan ayat suci itu lebih istimewa daripada pelepah tamar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Ibnu Taimiyah pernah mengatakan sampai pahala bacaan al-Quran apabila ditanya mengenai bacaan al-Quran untuk mayat serta tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat.

“Dalam hal ini yang penting jangan suka menyalahkan orang. Jika hendak buat, kita buat dan jika tidak mahu buat, lebih baik berdiam diri,” katanya.

Terjemahan dari kitab “عيوب النفس ودواؤها” - Penyakit 37 – 39

Penyakit Ketigapuluh Tujuh: Nafsu dan kecenderungannya kepada kejahatan serta syahwat yang ditaati akan mematikan hati dan jiwa. Hal ini adalah kerana sekiranya jiwa itu berjaya dikalahkan bererti ia akan mati serta tidak mampu lagi melaksanakan segala ketaatan serta kecenderungan kepada Allah.

Rawatannya: Ialah setiap individu hendaklah sentiasa berhati-hati serta menolak segala pengaruh kejahatan nafsu itu. Disamping itu ia perlu dikekang serta dipaksa melaksanakan perintah Allah. Hal ini adalah kerana tabiat nafsu itu sentiasa bertentangan dengan hukuman Allah Ta’ala. Apabila nafsu dapat ditundukkan dengan melakukan amal ketaatan bererti ia telah berjaya dikalahkan serta dimatikan.

Abu Hafs telah ditanya, “Bagaimana seseorang itu dapat membentuk jiwa yang suci dan sejahtera?” Dia menjawab: “Lawanlah kehendak nafsu itu kerana ia adalah sumber segala kejahatan dan kerosakan.”


Penyakit Ketigapuluh Lapan: Merasa selamat daripada pujukan serta tipu daya syaitan.

Rawatannya: Ialah memperbetulkan hakikat pengabdian diri kepada Allah Ta’ala dengan menyempurnakan segala tuntutan dan syarat-syaratnya serta merendah dan menghina diri kepadaNya, semoga Allah Ta’ala akan menganugerahkan pemeliharaan daripada kejahatan syaitan sepertimana firmanNya:

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ.

Maksudnya: “Sesungguhnya hamba-hambakKu tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka …..” (Surah al-Hijr:42)

Penyakit Ketigapuluh Sembilan: Mempamerkan gaya seperti orang-orang sholeh sedangkan hati tidak dibentuk untuk berlaku ikhlas. Adapun keikhlasan itu adalah merupakan ciri yang penting bagi orang-orang yang sholeh.

Rawatannya: Ialah tidak memberi perhatian kepada lakonan kepura-puraan untuk bergaya seperti orang sholeh. Sebaliknya mengembelingkan usaha untuk menghasilkan khusyuk yang haqiqi di dalam bathin dan didalam rahsia (سر). Hal ini disebut oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadith:
إن النبي صلى الله عليه وسلم قال التشبع بما لم يعط كلابس ثوب زور

Maksudnya: “Orang yang kenyang daripada sumber yang tidak halal samalah seperti memakai baju yang dicuri.”(1)


__________________________________________________________________

Notakaki:-
(1) Tidak ditemui asalnya. Tetapi dalam riwayat ada menyebutkan:
من تحلى يما لم يعط كان كلابس ثوب زور
Kata Tirmizi, hadith ini hasan gharib, didalam Tuhfah al-Ahwazi 6/183, 184. Ia juga dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam bab al-Adab al-Mufrad, Abu Daud dan Ibn Hibban. Kata Imam al-Munawi hadith ini isnadnya shohih.





Ceramah Habib Umar di terjemah oleh Habib Munzir

Setiap kali aku mendengar ceramah Habib Umar ataupun Habib 'Ali al-Jufri, maka berderailah airmata ku. Allahu Allaaaah .....

Isnin, 14 Januari 2008

Puasa Sunat

Hamba petik dari kitab an-Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman) oleh Quthubul Irsyad wal Ghausul 'Ibad al-Imam al-Habib Abdullah bin 'Alawi al-Haddad رضي الله عنه. Yang mana ringkasan kitab ini beserta dengan takhrij hadits-hadits didalamnya telah diusahakan oleh guru hamba Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari حفظه الله dan beri nama Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniah.

أفضل الصيام
واعلم - أن أفضل الصيام صيام شهر رمضان، وكذلك يكون الأمر في جميع الفرائض، أعنى أنها تكون أفضل من النوافل التي من جنسها بشيء كثير، لقوله عليه السلام عن الله تعالى: " ما تقرب المتقربون إلي بمثل ما افترضته عليهم ، و لا يزال العبد يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه (الحديث)

ثم صوم الأشهر الحرم وهي أربعة : ذو القعدة وذو الحجة ومحرم ورجب
وقد ورد: " أن صوم يوم من الأشهر الحرم يعدل صيام ثلاثين يوما من غيرها ، وصيام يوم من رمضان يعدل ثلاثين يوما من الأشهر الحرم "


Puasa Yang Utama

Ketahuilah bahwa puasa yang paling utama ialah puasa pada bulan Ramadhan, sebagaimana fardhu-fardhu yang lain, dari segi kelebihan dan keutamaannya. Yakni, semua yang fardhu itu tentu lebih utama dari yang sunat dari yang sama jenisnya.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidaklah sama sesuatu yang dilakukan oleh orang-orang yang mendekatkan dirinya kepadaKu, sebagaimana mereka mengerjakan sesuatu yang Aku fardhukan kepada mereka. Dan selama seseorang itu mendekatkan dirinya kepdaKu dengan mengerjakan amalan-amalan sunnat hingga Aku mencintainya…” Sesudah itu puasa pada bulan Haram; yaitu empat bulan, terdiri dari Dzul Qa’idah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rejab.


Ada suatu riwayat yang mengatakan berpuasa sehari dalam bulan Haram itu menyamai pahala berpuasa tiga puluh hari dibulan lainnya. Selanjutnya berpuasa sehari pada bulan Ramadhan menyamai pahala berpuasa tiga puluh hari pada bulan-bulan Haram.


فضل صوم يوم عرفة ويوم عاشوراء
ومن الفضائل: صوم يوم عرفة، وهو يوم الحج، التاسع من ذي الحجة، وقد ورد أن صومه يكفر سنتين، وصوم يوم عاشوراء، وهو العاشر من المحرم، وقد ورد أن صومه يكفر سنة


Puasa Hari Arafah dan Hari Asyura

Di antara puasa yang utama lagi ialah berpuasa pada hari Arafah; yaitu hari kesembilan dari bulan Dzul-Hijjah. Ada satu riwayat yang mengatakan bahwa berpuasa pada hari itu akan menebus dosa selama dua tahun. (Hadits riwayat: Muslim dan yang lainnya)(1)


Adapun puasa 'Asyura ialah puasa pada tanggal 10 bulan Muharram. Ada riwayat yang mengatakan bahwa berpuasa pada hari itu akan menebus dosa selama setahun.(2)




Notakaki:-

(1) Haditsnya adalah seperti berikut:

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال : سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صوم يوم عرفة؟ فقال: يكفّر السنة الماضية و الباقية – رواه مسلم واللفظ له، وأبو داود، والنسائي، وابن ماجه، والترمذي، ولفظه: إن النبي صلى الله عليه وسلم قال: صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله أن يكفّر السنة التي بعده، و التي قبله


(2) Haditsnya adalah seperti berikut:
عن أبي قتادة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام عاشوراء؟ فقال: يكفّر السنة الماضية - رواه مسلم وغيره


Puasa Sunat

(Bermula) bagi puasa itu beberapa fadhilat dan pahala yang tiada dapat dihingga kan dia melainkan Allah Ta’ala jua dan dari karena inilah di idhafah oleh Allah Ta’ala akan amal puasa itu kepadaNYA tiada yang lainnya daripada segala ‘ibadat seperti yang tersebut pada hadits qudsi ……… [al-Bahr al-Waafi wa an-Nahr al-Shofi, Syaikh Muhammad Ismail Daudi al-Fathoni,halaman 373]

(Bermula) puasa sunat itu tiga bahagi. (Maka bahagi yang pertamanya) berulang-ulang ia dengan berulang-ulang tahun, seperti puasa hari ‘arafah iaitu hari kesembilan dhulhijjah dan puasa hari ‘asyura dan hari taasuu’a iaitu hari yang kesepuluh dan kesembilan daripada Muharram ……..[al-Bahr al-Waafi wa an-Nahr al-Shofi,halaman 373]

…… (Dan sunnah) muakkad puasa hari ‘asyura iaitu hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram karena ia mengkafaratkan dosa setahun yang lalu seperti yang tersebut pada hadits Muslim (Dan sunnah) puasa pada hari taasuu’a iaitu hari yang kesembilan daripada bulan Muharram kerana hadits Muslim, sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع - فمات قبله
Yakni sungguhnya jika hidup aku kepada tahun yang lagi akan datang, nescaya aku puasa pada hari yang kesembilan. – Maka wafat ia [baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم] dahulu daripadanya.

(Dan sunat puasa) hari yang kesebelas daripada bulan Muharram kerana warid hadits pada puasa hari yang kesebelas dan kesepuluh dan yang kesembilan daripada bulan Muharram yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود وصوموا قبله يوما وبعده يوما
Yakni puasa oleh kamu hari ‘asyura dan menyalahi kamu akan Yahudi dan puasa oleh kamu dahulunya sehari dan kemudiannya sehari. [al-Bahr al-Waafi wa an-Nahr al-Shofi,halaman 374]

Sabtu, 12 Januari 2008

Indera Kayangan

Arakian tersebutlah satu kisah disebuah negeri yang ma’ruf dengan nama Indera Kayangan bahwa para khatibnya telah berkhutbah mereka itu di atas mimbar-mimbar masjid pada hari Jum’at yang lalu, mengatakan bahwa amalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijriah sebagai suatu amalan bid’ah kerana tidak pernah dibuat oleh Rasulllah صلى الله عليه وسلم.

Adapun pada fahaman mereka itu, tiada namanya bid’ah hasanah kerna bagi mereka setiap bid’ah itu dholalah dan setiap dholalah itu tempatnya di neraka. Maka berkata-katalah hati kecilku …. Biaq pi lah apa hampa nak kata. Hampa dengan fahaman hampa, aku dengan fahaman aku!



Kemudian terbaca aku di dalam laporan BERNAMA …. Begini tulisnya:

Perlis Sambut Maal Hijrah
Di PERLIS, mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 36, penasihat agama kerajaan negeri Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin, 65, dan Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad, 72, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perlis. Masing-masing menerima RM5,000 dan sijil yang disampaikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan 2020 di sini. – Bernama


Maka tercenganglah aku, tertanya-tanyalah aku …. Siapa agaknya tokoh ma’al hijrah di zaman Rasulllah صلى الله عليه وسلم? Siapa pula tokoh ma’al hijrah dizaman Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه? Siapakah gerangan tokoh ma’al hijrah di zaman Sayyidina Umar al-Faruq رضي الله عنه? Tidakkah perbuatan menobatkan tokah ma’al hijrah itu juga bid’ah? Atau bagaimana tafsiran mereka? Sungguh aku tidak faham! Sungguh aku tak faham! Bahkan setahu aku ….. Tahun Hijrah pun tak dak pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم dulu … bahkan kalau tidak silap perkiraan aku diperkenalkan ianya ketika zaman pemerintahan Sayyidina Umar. Lebih buat aku tak faham … yang membid’ahkan tu pun sambut ma’al hijrah bahkan dianugerahi tokoh ma’al hijrah lagiiii …. ishh.. ishh... ishh ….

Teringat aku akan sebuah kisah, di Saudi Arabia nama negerinya. Kisah seumpama juga berlaku. Pada ketika datangnya bulan Rabi’ul Awwal maka berkatalah mereka kepada pendududk disana, jangan kalian sambut maulidurrasul … bid’ah!…bid’ah! bid’ah! Tetapi ketika ulangtahun lahirnya panutan mereka, Muhammad Abdul Wahab maka disambutnya. Ulangtahun mereka menakluk bumi hijaz dan terbentuknya dinasti Suud disambutnya bahkan ulangtahun keputraan King Fahd, King Khalid .. disambutnya juga. Tidak bid’ah pula. ?????? Sungguh aku tidak faham! Sungguh aku tidak faham! Maka tahulah aku kini bahwa mereka yang kat Indera Kayangan tu sama manhajnya dengan yang satu iniiiii ……

Teringat kata orang tua-tua dulu kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi ... Entah boleh pakai ka tidak tak taulah kata-kata tu dengan kisah ditas tuuuu .... :) :) :)

Salam Ma’al Hijrah
-abuzahrah-

Rabu, 9 Januari 2008

Awal Muharram

Tirai 1428H akan berlabuh sat lagi, dan insyaAllah kita akan melangkah masuk ke tahun 1429H. Sepertimana biasa umat Islam di Malaysia akan menyambutnya dengan membaca doa akhir tahun pada petang 30 Dhulhijjah 1428 dan akan membaca doa awal tahun apabila masuknya Muharram 1429H.

Dan lagumana biasa, akan kedengaranlah kata-kata [maupun dalam bentuk tulisan] …. Doa akhir tahun bid’ah! …. Doa awal tahun bid’ah!Setiap bid’ah dholalah dan setiap dholalah tempatnya di nereka …. Dan pelbagai ungkapan seumpamanya. Seumpama anjing menyalak bukit … namun bukit tetap utuh!
Biaq pi ka depa lah! Toksah dok peduli ka depa.

Maka hari ini hamba ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai baca doa awal tahun, akhir tahun dan tradisi buat bubur ‘asyura, yang hamba baca dari kitab yang ditulis oleh ulama besar Nusantara iaitu al-‘Allamah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni رحمه الله تعالى. Kitab tersebut bertajuk Jam'u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid. Adapun tentang sunatnya berpuasa pada hari tasu’a dan ‘asyura maka tiadalah hamba sentuh kerana telah maklum semuanya.

Disini hamba bawakan sedikit maklumat mengenai kitab tersebut sebagaimana yang di tulis oleh Tuan Guru hamba al-Marhum Syaikh Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah رحمه الله تعالى

Kitab ini selesai penulisannya di Makkah al-Mukarramah pada Jumaat, 27 Jumadilawal 1239H. Di antara manuskrip salinan yang baik dan lengkap yang ditemui ialah salinan oleh 'Abdus Shamad Mahmud Jala, tinggal di Kampung Pusin, Fathoni. Tarikh selesai penyalinan pada Ahad selepas Asar, 8 Rabiulawal 1286H. Tempat melakukan penyalinan di Kampung Pusin, Patani.


Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1303H atas usaha dan tashhih Syeikh Ahmad al-Fathoni رحمه الله تعالى. Ada beberapa lagi edisi cetakan lainnya di antaranya oleh Mathba'ah al-Maimuniyah, Mesir, di Zuqaq Saiyidi Ahmad Dardir, berhampiran Jami' Al-Azhar Al-Munir, pada Zulkaedah 1311. Daripada cetakan pertama hingga terakhir dicantumkan pada bahagian tepinya ‘al-Fawaid al-Bahiyah’ karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri رحمه الله تعالى, membicarakan pelbagai hadits. Pentashhih pertama Syeikh Ahmad al-Fathani, cetakan 1311H ditashhih oleh Syeikh Muhammad Tahir bin Muhammad Jalaluddin al-Minankabawi رحمه الله تعالى.


Kandungan secara umum membicarakan pelbagai ilmu pengetahuan: sejarah, aqidah, fiqh, tasawuf, akhlak, hadits, tafsir, doa dan sebagainya. Kandungan dimulakan halaman depan cetakan 1311H tercatat nama al-'Allamah al-Imam Bahjah Din al-Islam, kalimat ini jika diterjemahkan, maksudnya ialah ‘yang sangat alim, imam keindahan agama Islam’. Sesudah kalimat itu, disambung dengan nama beliau iaitu asy-Syeikh Daud ibn as-Syeikh 'Abdullah al-Fathani رحمه الله تعالى.



Pada mukadimah Syeikh Daud as-Syeikh 'Abdullah al-Fathoni رحمه الله تعالى menulis: “Maka inilah beberapa faedah yang amat nyata, dan beberapa kalimah yang tinggi dan beberapa nasihat yang amat nyata, dan beberapa hikayat bagi ahlillah, dan sholihin yang elok. Telah mengasihani Allah akan seseorang yang mengira-girakan barang yang tersebut dalamnya dan iktibar, dan mengamalkan dengan barang yang terkandung padanya, dan mencubakan daripada beberapa hikmah yang dibangsakan daripada Tuhan, dan beberapa nasihat yang amat nyata. Telah aku pungut akan dia daripada beberapa kitab kaum ahli tasawuf daripada beberapa hadits Nabi صلى الله عليه وسلم, dan perkataan sahabat, dan ahli al-wilayat.”


Pada halaman 129, dibawah bab فضل عاشوراء وفضل صوم يومه, al-‘Allamah al-Imam Bahjah Din al-Islam Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni menulis:

Ini suatu bab pada menyatakan kelebihan hari ‘asyura dan kelebihan berpuasa pada harinya. (Ketahui) olehmu, makna ‘asyura, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Kata qil hari kesembilan daripada Muharram, kata qil hari yang kesebelas Muharram. Dan qaul yang shohih, hari yang kesepuluh dinamakan hari ‘asyura dan hari yang kesembilan dinamakan tasu’a.


(Dan) dibaca pada awal tahun iaitu awal bulan Muharram seperti kata Syaikh Jamaluddin Sibth ibn al-Jawzi تغمده الله برحمة, katanya telah mengajar akan daku Syaikh ‘Umar ibn Qudamah al-Maqdisi akan doa akhir tahun dan doa bagi awal tahun katanya sentiasa guru kami berwasiat mereka itu dengan doa ini dan membaca akan dia dan tiada meluputkan daku sepanjang umurku. (Maka adapun) doa awal tahun, maka iaitu:

اللهم أنت الابدى القديم الاول وعلى فضلك العظيم وكرم جودك المعول وهذه عام جديد قد أقبل أسألك العصمة فيه من الشيطان الرجيم وأوليائه والعون على هذه النفس الامارة بالسوء والاستقبال بمايقربني اليك زلفى ياذا الجلال والاكرام

(Dibaca akan dia tiga kali) maka bahwasanya syaithon berkata sanya meminta aman daripada dirinya pada barang yang tinggal daripada umurnya dan wakil Allah dengan dia akan dua malaikat mengawal keduanya daripada syaithon dan tenteranya.


(Dan kata) Syaikh Abu al-Yasiir al-Qatthaan khalifah asy-Syaikh Karim ad-Din al-Khalwati daripada Mirdaas رحمه الله تعالى [Syaikh Karim al-Din Muhammad ibn Ahmad al-Khalwati. Seorang ahli sufi kurun ke-10H berasal dari Khurasan. Wafat.986H di Mesir. Wallahu a’lam – tambahan dari abuzahrah] bahwasanya barangsiapa membaca ayat al-Kursi pada awal Muharram pada pertama tahun, tiga ratus enam puluh kali dengan بسم الله pada awalnya tiap-tiap kalinya dan pada tatkala tamamnya [sempurnanya] dibaca doa ini:

اللهم يا محول الاحوال حول حالنا إلى أحسن الاحوال بحولك وقوتك ياعزيز يامتعال وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Maka dipelihara akan daripada barang yang dibenci akan dia dan telah dicuba, maka sah ia.


(Dan adapun) doa pada akhir tahun maka dibacakan doa ini, iaitu:

بسم الله الرحمن الرحيم اللهم ما علمت في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم أتب وحملت فيها عني بفضلك على عقوبني ووعدتني التوبة من بعد جراءتي على معصيتك فإني أستغفرك فاغفرلي وماعلمت فيها مما ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك أن تقبله عني ولا تقطع رجائي منك ياكريم

(Dibaca) tiga kali maka bahwasanya syaithon berkata ia telah kami fitnah sepanjang-panjang tahun maka dibinasakan dia di dalam satu saat.


Dalam bulan yang Muharram ini iaitu pada hari ‘Asyura antara yang menjadi kebiasaan kita dikampung-kampung adalah membuat bubur ‘asyura. Maka didalam kitab Jam'u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid, pada halaman 132:

(Dan kata) Syaikh Ajhuuri dan aku lihat bagi orang yang lain nashnya bahwasanya [Nabi] Nuh [عليه السلام] tatkala turunnya dari safinah [bahtera] dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka menyruh akan mereka itu bahwa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan ini dengan segenggam gandum, dan ini dengan kacang ‘adas dan ini dengan kacang ful [pol] dan ini dengan setapak tangan kacang himmasun [kacang kuda] hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya dan adalah iap ada hari ‘asyura, maka mengucap Nabi Nuh عليه السلام dengan bismillah dan dimasakkan dia, maka sekaliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh عليه السلام . Firman Allah Ta’ala:

قيل يا نوح اهبط بسلام منا وبركات عليك وعلى أمم ممن معك وأمم سنمتعهم- سورة هود:48

[Maksudnya] Dikatakan: Hai Nuh, turunlah olehmu dengan sejahtera daripada Kami dan berkat atasmu dan atas umam [umat-umat] sertamu dan umam [umat-umat] yang Kami sukakan mereka itu.


(Dan) adalah demikian ini pertama-tama makana yang dimasakkan diatas muka bumi kemudian daripada taufan. Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari ‘asyura dan adalah padanya itu pahala yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu dan memberi maka segala fuqara [orang-orang yang faqir] dan masaakin [orang-orang yang miskin], maka dinamakan bubur ‘asyura. Dan jika bid’ah sekalipun, [maka ia] bid’ah hasanah dengan qasad itu.

Sekian, coretan hamba untuk tahun 1428H. Semoga dizinkan Allah Ta'ala untuk hamba terus menulis diblog ini di tahun 1429H - abuzahrah

Isnin, 7 Januari 2008

Program Pengajian Bersama Syeikh Nuruddin Bulan Januari

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر


Jadual Pengajian Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - Januari 2008


Tarikh : 30 Dhulhijjah 1428 / 9 Januari 2008 (Rabu)
Masa: Bermula jam 6.15 petang
Tempat: Masjid asy-Syakirin, Maran, Pahang, Darul Makmur
Pengijazahan Ratib al-Haddad, pembacaan doa akhir tahun dan awal tahun dan ceramah

Tarikh : 1 Muharram 1429 / 10 Januari 2008 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Cawangan Kuantan

Masa: Malam (Selepas Maghrib)
Tempat: Masjid Negeri di Kuantan


Tarikh : 3 Muharram 1429 / 12 Januari 2008 (Sabtu)
Masa: Bermula 9.00 pagi
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9 Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Kitab: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.

Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9 Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Program: Ceramah Ma’al Hijrah

Tarikh : 4 Muharram 1429 / 13 Januari 2008 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9 Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Kitab: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.

Masa: Selepas Sholat Maghrib
Tempat: Surau an-Nur, Bandar Seremban Selatan
Program: Kuliah Maghrib

Anda juga boleh dapatkan jadual-jadual pengajian disini.

Related Posts with Thumbnails