
Kebinasaan Kelima:
الآفة الخامسة الخصومة
Artinya: Bermula kebinasaan yang kelima itu, iaitu berkelahi dan berbantah-bantahan dan iaitu dicela oleh syara’ dan lagi haram.Kata Imam al-Ghazali رحمه الله maksudnya:
Dan iaitu dicela pula oleh syara’ dan iaitu bahwa engkau berkelahi akan manusia kerana engkau tuntut daripadanya [supaya] menyempurnakan akan hakmu atau kerana engkau menuntut akan hartamu
(Kerana) sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
إن أبغض الرجال إلى الله الألد الخصامArtinya: Bermula [bahwasanya] yang terlebih benci seorang laki-laki itu kepada Allah Ta’ala itu, iaitu orang yang sangat kuat berkelahi (Menurut takhrij al-‘Iraqi, hadits ini riwayat al-Bukhari)
Dan (lagi) sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
من جادل في خصومة بغير علم لم يزل في سخط الله حتى ينزعArtinya: Barangsiapa mujadalah didalam perkelahian dengan tiada ilmu nescaya sentiasa ia di dalam murka Allah Ta’ala hingga kembali ia daripada perkelahiannya kepada berdamai. (Menurut takhrij al-‘Iraqi, hadits ini Ibn Abi ad-Dunya dan al-Asbahani didalam at-Targhib wa at-Tarhib, Dhoif)
Bersambung ke kebinasaan lidah yang keenam …
0 komen:
Catat Ulasan