Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan
(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: hamba yang Faqir lagi Haqir, Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab kanzul minan ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Adapun hikam Abu Madyan dan syarah Tok Syaikh Daud ini juga memerlukan pengupasan dan penjelasan yang halus lagi untuk memahaminya. Sekian.)
القرآن نزل وننزل فالنزول قد مضى والتنزل باق الى يوم القيامة
Bermula Quran telah diturunkan dan lagi akan diturunkan. Maka yang sudah diturunkan sanya telah lalu dan lagi diturunkan itu berkekalan hingga hingga hari qiamat.Yakni, Quran yang diturunkan atas penghulu kita Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan lidah Jibril عليه السلام telah lalu, yakni telah selesailah turunnya pada zaman Nabi kitab Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Quran yang diturunkan atas hati segala auliya’Nya daripada barang yang diilhamkan mereka itu akan dia pada waktu jernih hati mereka itu dan dipahamkan maknanya apabila bersunyi dengan kekasih mereka itu iaitu berkekalan turunnya hingga hari qiamat seperti barang yang diisyaratkan kepada yang demikian sabda Nabi صلى الله عليه وسلم didalam sabdanya (استفت قلبك وان افتاك المفتون) [artinya] minta fatwa olehmu akan hati engkau dan jika difatwa akan oleh yang memfatwakan dan kata setengah ‘arifin telah memfatwa akan daku hatiku daripada Tuhanku dan kata Abu Yazid [al-Bistami] رضي الله عنه , kami ambil ilmu kami daripada Tuhan yang al-Hayy al-Qayyum la yamut maka dikatakan orang baginya: Adakah bagimu daripada syahid [dalil atas dakwaan tersebut] atas kata [kebenaran]mu itu daripada kitab [al-Quran] dan daripada sunnah [al-Hadits]? Maka katanya [Abu Yazid al-Bistami]: Bahkan! Iaitu firman Allah Ta’ala (واتقوا الله ويعلمكم الله) [artinya: takutlah kamu kepada Allah, maka Allah akan mengajar kamu – al-Baqarah:282] (dan) hadits Nabi صلى الله عليه وسلم [artinya] barangsiapa mengerjakan barang yang diketahuinya dipusakakan dia Allah akan ilmu yang tiada diketahuinya
(Dan) kata Sayyiduna ‘Ali رضي الله عنه , ditanyai orang akan dia: Adakah menentukan kamu Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan suatu yang tiada diberikan [kepada] manusia [yang lain]? Jawabnya: Tiada ada pada kami melainkan paham kami didalam kitabullah dan barang yang di dalam shahifah dan tiada didalam shahifah melainkan beberapa masail [masalah-masalah] yang berbilang-bilang jua, tiada bergantung baginya pengetahuan dan sungguhnya kelakuan sekeliannya pada paham di dalam kitab yang diturunkan atas segala hati yang suci daripada aghyar dan lagi barang yang dinaqal daripada Sayyidi Abi Abbas al-Mursi رضي الله عنه pada firman Allah Ta’ala (يخرج الحي من الميت ويخرج الميت من الحي) [Artinya: Dikeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan dikeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup - surah aali-Rum:19] yakni dikeluarkan yang hidup daripada yang mati dan dikeluarkan yang mati daripada yang hidup, katanya seperti manusia mengerjakan dosa maka didapatkan dia dengan minta ‘uzur dan inkisar, maka ini hidup dan iaitu minta ‘uzur keluar ia daripada yang mati iaitu dosa dan seorang pula mengerjakan taat dan dirubahkan dia dengan ‘ujub dan bermegah-megah maka ini mati iaitu ‘ujub dikeluarkan daripada yang hidup dan iaitu taat
(Dan hasil) daripadanya bahwasanya orang yang salik itu apabila disucikan dzahirnya dan bathinnya dan jernih hatinya daripada segala aghyar dan jalan thoriqat al-Muhammadiyyah nescaya bersihlah cermin hatinya daripada kekeruhan kauniah dan hapuslah daripadanya segala karat tulus nafsiah. Maka jadi ahli ia ketika itu hatinya bagi tempat turun limpah nur ar-rabbaniah dan jadi ahlilah ia bagi musyahadah dan mukamalah, maka paham ia daripada Quran barang yang tiada mafhum oleh orang yang lainnya dan turunlah pada hatinya makna asrari ditentukan dia dan dapatnya akan hikam rabbaniah kerana inilah kata ‘ar`if [iaitu] Ibn ‘Athoillah:
فرغ قلبك من الاغيار تملأ ه بالمعارف والاسرار
Selesaikankan olehmu akan hatimu daripada segala aghyar, dipenuhkan akan dia [yakni hatimu] dengan ma’rifat dan asrarBersambung……..
[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M]
0 komen:
Catat Ulasan