Isnin, 4 Jun 2007

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah
(Siri - 6)

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan yang sebenar. Sekian.)

Fashal (فصل) pada menyatakan tawajuh kepada Allah

Hai saudaraku! Sucikan olehmu akan baitullah(1) daripada yang cemar-cemar iaitu berhadap kepada lain daripada Allah, istimewa pula berhadap kepada dunia bangkai yang sangat busuk seperti sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

الدنيا جيفة وطالبهاكلاب الدنيا حلالها حساب

“Bermula dunia itu bangkai yang busuk dan yang menuntut dia anjing(2). Bermula halalnya kena hisab dan haramnya kena siksa(3)

Maka hiasi olehmu akan baitullah(1) dengan tawajuh kepada Allah. Janganlah kamu jauhkan dia daripada hatimu kerana ia babullah (باب الله) (pintu untuk mengenal Allah) maka Ia hadir serta engkau dan menilik Ia kepada hatimu maka janganlah lalai engkau daripada Tuhanmu yang menjadikan kamu yang terlebih hampir kepadamu dari dirimu. Maka suka olehmu dengan Allah dan jangan engkau carikan Dia diluarmu kerana hatimu itu baitullah, disanalah kamu cari nescaya dapatlah engkau akan Allah dengan dia.

Maka tatkala adalah dunia dan akhirat itu haram keduanya atas ahlullah maka beri olehmu keduanya kepada ahli keduanya dan (masuk olehmu) - tinggal dua negeri itu - (kedalam baitullah) nescaya memadai akan kamu oleh Allah. Barangsiapa ada himmahnya hendak berjinak-jinak dengan Allah lemahlah lidah daripada memperikan [memperkatakan] labanya [untungnya] seperti sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

لي وقت مع الله يسعني فيه ملك مقرب ولا نبي مرسل

Artinya: Bagiku itu waktu serta Allah tiada luas padanya malaikat yang hampir dan tiada nabi yang mursal.(4)

Demikianlah segala warisnya (ulama’) maka yang demikian itu tatkala berhadap mereka itu bagi tajalli dzat kerana ketika itu lemahlah segala ‘ibarat dan hilanglah segala isyarat dan kelulah lidah dan hairanlah hati. Maka inilah pekerjaan yang tiada boleh mengetahui akan dia melainkan orang yang merasai akan dzauq ini seperti kata ‘arifin:

من ذاق طعم شراب القوم يدريه ومن دراه غدا بالروح يشريه

Barangsiapa merasaikan rasa minuman qaum shufi nescaya tahulah ia akan dia dan barangsiapa mengetahuikan dia (minuman qaum shufi) nescaya jadilah ia dengan ruh pun membeli kan dia.


____________________________________

Notakaki:-

(1) Maksudnya hati. Dimana hati yang bershifat lathifah rabbaniyyah itulah tempat tajalliNya

(2) Lafaz ini sebagaimana yang terdapat didalam kitab Kashful Khafa, hadits yang ke-1311

الدنيا جيفة وطلابها كلاب

Menurut as-Shaghani hadits ini maudhu’. Kata Shaikh Ismail al-‘Ajuluni, maknanya shahih tetapi ianya bukan hadits. Imam as-Sayuthi menyebut didalam tafsirnya dengan lafaz:

الدنيا جيفة والناس كلابها

Walaubagaimana pun kami [pent] dapati terdapat hadits yang menunjukkan bahwasanya dunia ini diumpamakan bangkai, sebagaimana sebuah hadits riwayat Imam Muslim didalam Kitabuz Zuhd: “Jabir bin Abdullah رضي الله عنهmeriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri baginda. Baginda melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Baginda lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda: “Siapa diantara kalian yang mahu membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. Mereka menjawab, “Kami tidak mahu membelinya dengan apapun. Apa yang kami boleh perbuat dengannya?” Kemudian beliau صلى الله عليه وسلم bertanya, “Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. Mereka menjawab, “Demi Allah, seandainya ia hidup, ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. Maka baginda صلى الله عليه وسلم bersabda, “Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.”

(3) Matannya:
الدنيا حلالها حساب وحرامها عقاب
Ianya disebut didalam kitab Ihya. Dan diriwayatkan oleh Ibn Abi Dunya dan al-Baihaqi daripada Sayyidina ‘Ali رضي الله عنه .secara mauquf dengan lafaz وحرامها النار dan sanadnya munqati’.Dan berkata an-Najm, dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad didalam Zawaid al-Zuhd daripada Malik

قال قالوا لعلي بن أبي طالب يا أبا الحسن صف لنا الدنيا، قال أطيل أو أقصر‏؟‏ قالوا أقصر، قال حلالها حساب وحرامها النار

(4) Hadits ini disebut didalam Kashful Khafa oleh Ismail al-‘Ajuluni; Cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut-Lubnan, tahun 2001; Jilid 2, halaman 156 hadits no 2157.

Sabtu, 2 Jun 2007

Syarah Hikam Ibn Atho'illah oleh Tok Pulau Manis
(Siri – 6b)

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Ibn Athoillah al-Sakandari oleh Shaikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi @ Tok Pulau Manis

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab hikam, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Adapun syarah Tok Pulau Manis ini juga memerlukan penjelasan yang halus lagi untuk memahaminya. Sekian.)

فهو ضمن لك الاجابة فيمايحتارلك لافيماتختارلنفسك

Maka [Dia] iaitu [Allah] سبحانه وتعالى telah mengakui bagimu akan perkenankan pintamu pada yang dipilihNya bagimu, tiada pada yang kau pilih akan dia bagi dirimu, kerana rahmat kepadamu, maka bahwasanya terkadang engkau benci akan sesuatu iaitu baik bagimu dan terkadang engkau kasih akan suatu iaitu jahat bagimu dan Allah Ta’ala jua yang mengetahui Dia dan engkau tiada tahu(1). Maka jangan engkau pilih (seperti kata) Sheikh Hasan ash-Shadhuli رضي الله عنه jangan engkau pilih daripada pekerjaanmu akan sesuatu dan pilih olehmu bahwa tiada engkau memilih, dan engkau lari daripada demikian yang dipilih dan daripada tiap-tiap suatu kepada Allah Ta’ala dan Tuhanmu yang menjadikan barang yang dikehendakinya dan yang dipilihnya(2).

(Dan adalah) diperkenankan doa itu (iaitu) terkadang diberi dengan ‘ain yang dipinta (dan) terkadang diberi gantinya yang terlebih baik daripadanya seperti menolakkan bala dan beroleh ni’mat (dan) terkadang diakhirkan(3) dalam akhirat seperti yang tersebut dalam hadits riwayat daripada Muslim tiada jua seorang hamba yang mendoakan kepada Allah dengan suatu doa yang tiada derhaka dalamnya melainkan dikurniai Allah akan dia dengan salah satu daripada tiga perkara (iaitu) ada kalanya disegera akan baginya doanya (dan) ada kalanya ditaruhkan baginya dalam akhirat (dan) ada kalanya ditolakkan dengan dia daripada balanya dengan sekadarnya(4) (maka) sanya diakui bagimu akan berkenankan pintamu.



______________________________

Notakaki:-

(1) Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216:

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “ … Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


(2) Maksud ayat dari surah al-Qashas:68

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ وَيَخْتَارُ
(3) Ditangguhkan atau dilewatkan

(4) Sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la dan al-Hakim daripada Abu Said al-Khudri رضي الله عنه mempunyai maksud seumpamanya:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةِ لَيْسَ فِيْهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيْعَةُ رَحِمَ إِلاَّ أَعْطَاهُ الله بِهَا إحْدَى ثَلاَثٍ: إمَّا أنْ يُعَجِّلَ لَهُ دَعْوَتَهُ، وَإمَّا أنْ يُدَخِّرَهَا لَهُ فِيْ الآخِرَةِ، وَإمَا أنْ يَصْرِفَ عَنْهُ من السُّوْء مِثْلَهَا

Maksudnya: Tiada seseorang dari seorang Muslim berdoa dengan doa [yang] tiada pada (doa)nya (perkara yang) durhaka/dosa dan tiada memutuskan hubungan silaturrahmi melainkan dikurniakan Allah akan dia dengan salah satu daripada 3 perkara:

  1. samada disegerakan baginya permintaannya itu; atau
  2. samada disimpan baginya diakhirat (diberi ganjaran/balasannya diakhirat); atau
  3. samada ditolak dengannya dari kejahatan (atau atau keburukan atau bala) yang seumpama/setara dengan yang dimohon.

Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مامن داع إلا وهو بين إحدى ثلاث، إما أن تعجل له طلبته أو يؤخرله ثوبهاأويصرف عنه السوء بمثله

Maksudnya:Tiadalah seseorang itu berdoa melainkan baginya salah salah satu daripada tiga perkara, samada disegerakan baginya permintaannya, atau atau ditanggungkan baginya pahalanya atau dipalingkan darinya keburukan yang setimpal dengannya. [Hadits riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang jayyid dan al-Hakim menyatakan bahwa ianya shahih]

Jumaat, 25 Mei 2007


al-Fanshuri akan bercuti .... 26Mei - 3 Jun 2007


Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
InsyaAllah kita jumpa lagi

Majlis Ilmu

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الجكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر



Pengajian Kitab Hidayatus Salikin bersama al-Fadhil Shaikh Ahmad Fahmi Zam Zam an-Nadwi al-Maliki asy-Syadhuli


Tarikh : 17 Jumadil-awal 1428 / 3 Jun 2007 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Masjid al-Falah USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

Majlis Bersama Habib Umar

Alhamdulillah semalam majlis bersama al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, berjalan dengan lancar walaupan pada awalnya terdapat sedikit gangguan elektrik. Sebelum kehadiran al-Habib Umar, bacaan Maulid Diya’ al-Lami’ dialunkan.






Kemudian disusuli dengan ceramah oleh al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa. Beliau adalah merupakan murid awal kepada Habib Umar di Dar al-Mustafa, Tarim, Hadralmaut Yaman. Beliau juga adalah pemimpin Majlis Rasulullah di Jakarta, Indonesia. Penerangan lanjut boleh didapati disini. Walaupun Habib Munzir tidak sempat menghabiskan ceramahnya, tetapi alhamdulillah ..... sungguh indah. Aku harap Masjid al-Falah akan menjemput Habib Munzir datang lagi ke Masjid al-Falah untuk menyampaikan kuliahnya. Aku sering dengar suaranya di laman web kelolaan beliau ... bahkan kalau dengar beliau membaca Diya' al-Lami' sungguh merdu .... Kalau nak tahu lebih lanjut atau mendengar cerahmah-ceramah beliau datanglah kesini.


Turut sama hadir di majlis tersebut adalah al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri dari Solo. Beliau juga merupakan generasi awal dari kalangan murid kepada al-Habib Umar. Juga merupakan murid kepada al-Habib Anis Solo. Aku dengar ceramah beliau di Masjid Baitulaman, Ampang. Alhamdulillah.

Ceramah yang disampaikan oleh al-Habib Umar menusuk hati. Insyaallah, kalau punya kesempatan, aku akan kongsikan bersama apa yang telah disampaikan. Dan yang sangat mengembirakan pabila al-Habib Umar sudi mengijazahkan sanad kepada para hadirin. Sebak rasanya apabila Habib Umar mendoakan para hadirin .... tak terasa airmata laju mengalir. Allahu Allah!

Terharu sungguh aku melihat para hadirin yang beratur panjang untuk bersalaman dengan Habib Umar walaupun terpaksa tunggu agak lama ... Allahu Allah bukan mudah nak dapat bersalaman dengan ulama ahlul bait ini ......

Moga-moga majlis sebegini akan kerap diadakan lagi ………… Terimakasih kepada Jawatankuasa Masjid al-Falah dan mereka yang terlibat didalam menjayakan majlis yang sangat baik ini. Semoga ianya diteruskan lagi ….

Khamis, 24 Mei 2007

Semak Arah Kiblat Anda

Tadi ada terbaca disatu ruangan yang mengatakan bahwa pada 28 Mei 2007 pada jam 5.16 petang (Waktu Malaysia). Ini adalah kerana pada waktu tersebut berlakunya fenomena istiwa matahari bertepatan diatas Ka’bah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi. Ia merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi. Yang utamanya pastikan masa itu tepat. Aku dah check tahun 2001 dulu. Ni saja nak habaq mai , kut-kut sapa yang ada masa maka bolehlah buat. Tapi pastikan tarikh dan masanya tepat dulu nooo!

Kalau dapat hubungilah mana-mana pejabat agama atau pejabat mufti untuk mengesahkan tarikh dan masa diatas tuh. Aku Cuma ada terbaca dalam internet ni saja. Mana tau kut-kut silap. InsyaAllah bahagian falak jabatan agama atau jabatan mufti ada maklumat yang tepat. Kalau kat Selangor bolehlah hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Selangor, No talipon nya 03 - 55143716, 3717, 3718 ,3720




Bagaimanakah caranya untuk menentukan arah kiblat ?

Dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas:
  1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.
  3. Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.

Tepat pada masanya pada 28hb Mei 2007, jam 5.16 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah yang mengadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi- sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.








Aku minta maaflah kalau ada kesilapan dalam menyampaikan maklumat niii ....

Kitab Mawa’idz al-Badii’ah (مواعظ البديعة)

Tengahari kemarin (orang KL kata semalam … hehehe) sedang aku sibuk mengemaskini koleksi kitab-kitab aku. Maka terjumpalah sebuah kitab jawi yang nipis dan agak uzur. Belek punya belek baru perasan, kitab ini aku ambil dari rumah datuk di Kuala Kangsar, Perak setelah beliau meninggal dunia pada awal tahun 80an dulu. Bila teringatkan datuk aku ni, aku jadi sebak … apa taknya, aku hanya dapat tahu kewafatannya setelah seminggu beliau kembali kepadaNYA. Waktu tu aku dok tengah exam di universiti. Keluarga ambil keputusan tak bagi tahu pasai tak mahu ganggu pelajaran aku … Allahu Allah sedihhhhnyaaa … Sedih sungguh! Akulah satu-satu cucunya yang boleh tidoq sebelah dia bila aku balik kampung … dari kecik sampai ke besaq. Datuk aku wafat dalam usia 80an juga. Jadi kitab ini merupakan satu nostalgia buat aku. Aku sempat ambik beberapa buah kitab datuk aku. Selain dari kitab ini ada satu lagi yang dah agak uzur juga, iaitu kitab Bahrul Maadhi (بحر الماذى) karangan asy-Syaikh Muhammad Idris al-Marbawi, iaitu cetakan tahun 1933M. Yang lain bapa saudara dah ambil dulu. Hah … kalau aku ada waktu tu, sah aku akan ambil semuanya. Tak mengapalah … itu kisah lama.

Kitab nipis yang dah uzur tu, cetakan tahun 1936M. Bayangkan dah hampir 71 tahun. Kitab tersebut bertajuk Mawaa’idz al-Badii’ah (مواعظ البديعة). Dalam cetakan ini tidak disertakan nama pengarang atau penterjemahnya. Berdasarkan pada isinya ada sedikit persamaan dengan al-Mawaa’idz fi al-Ahaadits al-Qudsiyyah yang dinisbahkan kepada Imam al-Ghazali. Tapi kitab al-Imam al-Ghazali hanya setakat al-Mau’idzatus Thaminatu was Tsalatsun (Pelajaran 38) manakala kitab jawi klasik aku ni sehingga pengajaran ke-50. Tak samalah tu …. Mungkin tajuknya sahaja dan sedikit isi kandungannya sahaja. Tak mengapalah … tapi hati kecil aku nak tahu juga siapa pengarang kitab jawi nih ….

Nak dijadikan cerita, sebelum ‘asar, seorang rakan dari Kajang yang juga murid kepada Tuan Guru Hj Wan Muhmmad Saghir, talipon, maka aku mengambil kesempatan bertanya kepada beliau …. Alhamdulillah, terungkai lah tanda tanya aku. Kitab tersebut adalah karangan
asy-Syaikh Abdur Rauf bin ‘Ali al-Fanshuri. Ianya juga ada dicetak bersama dengan kitab Muhimmah yang dikarang oleh Syaikh Abdur Rahim al-Fathoni. Allahu Allah … aku terlepas pandang rupanya. Apa taknya … kitab Muhimmah dah khatam pun tapi tak belek habis. Tamat baca Muhimmah, tutup kitab simpan ….

Maka aku baca Mawaa’idz al-Badii’ah ni dan mendapati ianya sarat dengan mutiara peringatan yang bermutu tinggi. Ni, aku nak kongsi sikit sebagai pengenalan. Nanti kalau ada kesempatan kita kongsi lagi, insyaAllah ………

(Aku mulai) kitab ini dengan nama Allah yang amat murah pada memberi rezki akan segala hambanya yang mu’minin dan kafir dalam negeri dunia ini lagi yang amat mengasihani akan segala hambanya yang mu’minin di dalam negeri akhirat itu. Segala pujian bagi Allah yang memiliki sekelian ‘alam. Bermula rahmat Allah dan salam Allah itu, iaitu tsabit atas penghulu kita Muhammad صلى الله عليه وسلم iaitu penghulu segala Nabi dan penghulu segala Nabi yang mursal [Nabi yang diangkat menjadi Rasul], dan atas segala keluarganya dan segala shahabatnya segala mereka itu. Adapun kemudian dari itu.

Maka inilah suatu kitab yang kunamai akan dia al-Mawa’idz al-Badii’ah artinya segala pengajaran yang indah-indah. Hai segala anak adam laki-laki dan perempuan percayakan oleh kamu akan segala pengajaran ini. Jangan engkau syak akan dia kerana segala pengajaran ini setengahnya aku ambil daripada perkataan Allah Ta’ala dan setengahnya aku ambil daripada perkataan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan setengahnya aku ambil daripada perkataan shahabat رضي الله عنهم dan setengahnya aku ambil daripada perkataan auliya’ رضي الله عنهم dan setengahnya aku ambil daripada perkataan hukama’ dan ulama yang ‘aamilin رحمه الله عليهم.

(Hai anak adam) taruhkan pada sisi kamu, jangan kamu beri jauh akan dia dan tilik oleh kamu kepadanya sehari sekali atau seJum’at sekali atau sebulan sekali. Jangan kamu ta’khirkan daripadanya, mudah-mudahan jadi lembut hati kamu. (Hai anak adam) jika kamu percaya akan menegah. Pengajaran ini serta kamu amalkan akan dia maka kamulah hamba yang pilihan dan jika kamu munkir akan dia dan tiada kamu amalkan akan dia maka kamulah makhluq Allah yang kerugian dan jikalau ada kamu hafaz seribu kitab sekalipun. (dan barangsiapa) berkehendak kemenangan di dalam dunia dan dalam akhirat maka hendaklah menaruh akan kitab ini serta melezimkan menilik kedalamnya kerana adalah di dalam kitab ini beberapa pengajaran.

(Maka pengajaran yang pertama) Berkata Allah سبحانه وتعالى:
  • tercengang [hairan/ ‘ajib] Aku bagi barangsiapa [yang] yaqin ia akan hisab (yakni) kira-kira pada hari qiamat, maka betapa ia menghimpunkan harta
  • (dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang yaqin ia akan kubur maka betapa ia tertawa-tawa
  • (dan) ajiblah Aku [yakni hairanlah Aku] bagi barangsiapa yang yaqin ia akan akhirat maka betapa bersenang-senang ia di dalam dunia
  • (dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang yaqin ia akan fana’ [binasa] dunia dan hilangnya betapa mengambil ketetapan ia di dalam dunia
  • (dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang ‘alim ia dengan lidahnya dan jahil dengan hatinya
  • (dan) tercengang Aku bagi orang yang bimbang dengan keaiban orang pada hal lupa ia akan keaiban dirinya
  • (dan) tercengang Aku bagi orang yang bersuci ia dengan air pada dzahir jua pada hal tiada ia menyuci akan hatinya
  • (dan) tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahwasanya Allah Ta’ala itu melihat Ia kepadanya maka betapa durhaka ia akan Dia
  • (dan) tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahwasanya dirinya itu akan mati, pada halnya seorang dirinya dan masuk kubur ia seorang dirinya, maka betapa berjinak-jinak ia dengan segala manusia.
  • Tiada Tuhan melainkan Allah, bahwasanya Muhammad itu hambaKu dan rasulKu sebenarnya.

[Transliterasi kami adalah berdasarkan kepada kitab Mawa’idz al-Badii’ah; diterbitkan oleh Wan Abdul Jalil bin Wan Hasan – Orang Kaya Temenggung Paduka Raja, Perak; Tarikh 10-5-1936. Adapun yang cetakan bersama kitab Muhimmah kami gunakan sebagai rujukan apabila bahagian dari kitab kami yang rosak. Kami dapati terdapat sedikit perbezaan pada susunan ayat dengan yang terdapat pada cetakan bersama kitab muhimmah – abu zahrah-]

Insyaallah, kalau ada kesempatan aku akan kongsi bersama, mutiara nasihat dan pengajaran dari kitab ini … dari pengajaran 1 sehingga pengajaran 50. InsyaAllah.

Rabu, 23 Mei 2007

Mengubat Hati Yang Gundah Gulana

Setiap manusia tiada terlepas ia daripada pelbagai masalah. Masalah di pejabat, masalah di rumah, masalah anak-anak, masalah dengan rakan taulan, masalah dengan pasangan hidup, masalah kewangan dan 1001 masalah lagi. Akibatnya hati manusia menjadi gundah-gulana, berdukacita dan sebagainya. Dada sesak bagaikan ditimpa batu besar walaupun ternyata tiada masalah jantung. Maka untuk keluar dari masalah, pelbagai cara yang dilakukan.

Namun bagi orang-orang yang beriman, maka meraka punya jalan penyelesaian tersendiri. Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , iaitu kitab terjemahan bagi kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani رحمه الله تعالى عنه. pada halaman 10:

عن بعض الحكماء: ثلاثة أشياء تفرج الغصص: ذكر الله تعالى، ولقاء أولياء وكلام الحكماء

[Artinya]: Daripada setengah hukama’: Tiga (3) perkara meluaskan dan membukakan dukacita [ialah]
• Dhikrullah dan
• Berjumpa berhimpun orang auliya [wali-wali Allah] dan
• Mendengar perkataan hukama’ dan ulama dan [orang] sholeh

Asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى, di dalam kitabnya Nasha-ihul Ibad fi bayani al-Faadzi al-Munabbihaat 'alal Isti'daadi Li Yaumil Ma'adi memberi penjelasan ringkas bahwa yang dimaksudkan dengan:
  • Sebahagian hukama’ itu ialah tabib [doktor] bagi hati. [Iaitu ulama tasawwuf atau ulama sufi yang tahu hal ehwal mengenai penyakit-penyakit hati dan bagaimana rawatannya]
  • تفرج الغصص bermaksud menghilangkan kedukacitaan; tersingkap kedukacitaan
  • Dhikrullah itu boleh dilakukan dengan pelbagai seperti membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir, hauqalah atau dengan bermunajat.
  • Wali Allah adalah daripada ulama’ [yang mengamalkan ilmunya] dan sholihin
  • Kata-kata hukama’ itu ialah kata-kata para hukama’ yang memberi petunjuk atas kebaikan didunia dan diakhirat.


Tambahan dari abu zahrah:
Menurut guru kami Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-banjari, apa bila ditanya dhikir apa yang sayogia dibacakan ketika perasaan hati gundah-gulana, berdukacita? Maka beliau menjawab, bacalah:

لاَّ إِلَـٰهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ

Artinya: "Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (dari melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."


Ayat diatas adalah merupakan doa Nabi Allah Yunus عليه السلام semasa baginda berada di dalam perut ikan ‘nun’ yang gelap gulita. Menurut hadits Nabi صلى الله عليه وسلم bahwasanya doa Nabi Yunus in amat mustajab dimana tidak ada seorangpun yang doa kepada Tuhannya dengan doa ini untuk memohon sesuatu hajat melainkan diperkenankan permohonannya itu. (Sila rujuk hadits-hadits riwayat Imam Ahmad, at-Tirmidhi, an-Nasai dan lain-lainnya)

Dalam hadits yang aku petik dari tafsir Ibn Katsir, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

من دعى بدعاء يونس أستجيب له

Artinya: Barangsiapa yang berdoa dengan doanya Nabi Yunus, pasti diperkenankan baginya.

Doa ini dibaca oleh Nabi Allah Yunus عليه السلام ketikamana baginda berada didalam perut ikan ‘nun’. Didalam kegelapan perut ikan, kegelapan dasar lautan yang dalam …. Adapun kita pula sekarang berada didalam kegelapan akhir zaman yang penuh dengan ma’siat, kedurjanaan ditambah pula dengan kegelapan hati dengan dosa, ma’siat dan kesalahan yang kita lakukan …. maka kesan dari itu hati kita gelisah, gundah-gulana. Kita mengzalimi diri kita dengan berbuat dosa, ma’siat; menniggalkan yang diperintahNYA dan melakukan yang ditegahNYA. Maka, dengan berdhikir dengan bacaan ini, moga-moga Allah menyelamatkan kita dari kegelapan tersebut sebagaimana Dia menyelamatkan Allah Yunus عليه السلام

وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِباً فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَاتِ أَن لاَّ إِلَـٰهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَفَٱسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ ٱلْغَمِّ وَكَذٰلِكَ نُنجِـي ٱلْمُؤْمِنِينَ

Artinya: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Dzu’n-Nun [dzu’n-nun adalah Nabi Yunus عليه السلام yang telah ditelan oleh ikan nun], ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka Kami tidak akan mengenakan kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan gelap-gulita [menyeru “dalam gelap-gelita” yakni semasa ia berada dalam gelap fikiran, gelap-gelita perut ikan Nun dan gelap-gelita lautan] dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (dari melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri [“menganiaya diri sendiri” yakni kerana tidak bersabar bahkan marah dabn merajuk disebabkan keingkaran kaumnya dan ia terburu-buru meninggalakn mereka dengan tidak mendapat izin dari Allah ‘Azza wa Jalla] (Surah al-Anbiya’:87 – terjemahan ayat – pimpinan ar-Rahman, JPM; Dar al-Kitab Malaysia)

Penyakit 16 - 18

Terjemahan dari kitab “عيوب النفس ودواؤها” oleh Imam Abu Abdurrahman as-Sulami
(Keaiban Nafsu Yang Ke 16, 17 dan 18)


Penyakit Keenambelas : Malas iaitu akibat daripada perut yang sentiasa kenyang. Kerana bahwasanya nafsu itu akan menjadi kuat apabila perut kenyang. Apabila ia menjadi kuat maka ia akan mengambil kedudukannya yang mantap dan kukuh lalu terusirlah hati dan kekuatannya.

Rawatannya : Ialah dengan berlapar. Apabila perut kosong, nafsu akan menjadi lemah serta terusir dari kedudukannya lalu akan mudah dikalahkan oleh hati. Setelah nafsu dikalahkan, hati akan memimpin kearah ketaatan, maka terhindarlah sifat malas di dalam diri. Oleh itu, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

ما ملأآدمي أشرمن بطنه حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه. فإن كان ولابد فثلث للطعام, وثلث للشراب, وثلث للنفس

Yang bermaksud: Tidak ada perbuatan anak seseorang yang lebih buruk selain daripada perbuatan memenuhi perutnya. Dengan perkiraan beberapa keping roti akan menguatkan tubuhnya. Namun begitu, dia sepatutnya menentukan 1/3 bahagian untuk makanan, 1/3 bahagian lagi untuk minuman dan 1/3 bahagian lagi untuk pernafasan.(1)



Penyakit Ketujuhbelas : Menuntut akan jawatan dengan ilmunya, takabbur, berbangga dengan jawatan tersebut serta mempamerkan kebanggaannya itu kepada semua manusia.

Rawatannya : Ialah dengan sentiasa menyedari limpahan nikmat Allah yang telah diterima dan menganggap diri adalah tempat tumpahnya seluruh peraturan Allah. Untuk menyedari betapa kurangnya diri mensyukuri nikmat Allah ialah melalui proses ilmu, hikmah dan iltizam dengan perintah Allah serta tawadhu’, menghancurkan-luluhkan hati daripada berpegang kepada selain Allah, bersifat kasihan belas terhadap sesama makhluq serta menasihati mereka. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

من طلب العلم ليباهي به العلماء, أو ليماري به السفهاء, أو ليصرف به وجوه الناس إليه, فليتبوأ مقعده النار

Maksud: Sesiapa yang menuntut ilmu bertujuan membanggakan diri kepada para ulama’ atau untuk bertengkar dengan orang-orang yang lemah atau untuk menarik perhatian manusia kepadanya, bererti dia menyediakan tempatnya di dalam neraka.(2)




Penyakit Kelapanbelas : Banyak cakap, sifat ini melahirkan dua (2) perkara:
  1. 1. Suka merebut jawatan ketua, dia berkehendak supaya dengan cakap-cakapnya itu orang ramai akan tertarik melihat kehebatan ilmu serta kebijaksanaanya.
  2. 2. Tidak berilmu atau ilmu hanya sedikit memaksanya supaya banyak bercakap.

Rawatannya : Ialah dengan mempercayai penuh yakin bahawa setiap perkataan yang diluahkan itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kerana ianya akan tercatat di dalam buku catitan amalannya. Firman Allah Ta’ala:

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ كِرَاماً كَاتِبِينَ

Maksudnya: Pada hal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu (mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis amal-amal kamu. (Surah al-Infitar: 11)

Firman Allah Ta’ala maksudnya: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukan) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf: 18)

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
البلاء موكل با لمنطق
Maksudnya: Bala bencana itu adalah juga berpunca daripada percakapan(3)

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم:

قال النبي صلى الله عليه وسلم: وهل يكب الناس على مناخرهم إلاحضائد ألسنتهم

Maksudnya: Tidakkah ditelangkupkan muka manusia itu kedalam neraka disebabkan angkara perbuatan lidahnya.(4)

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lagi:

كلام ابن آدم عليه لا له, إلا ما أمر بمعروف أو نهي عن منكر

Maksudnya: Perkataan setiap orang akan mendakwanya di hadapan Allah bukan memihak kepadanya kecuali perbuatannya menyeru ke arah melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran.(5)

Firman Allah Ta’ala maksudnya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali (bisikan-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. (Surah an-Nisa’:114)


Notakaki:

(1) Hadits riwayat: at-Tirmidhi (kitab az-Zuhd), Ibn Hanbal 4/132


Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

حدثنا ‏ ‏أبو المغيرة ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏سليمان بن سليم الكناني ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏يحيى بن جابر الطائي ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏المقدام بن معدي كرب الكندي ‏ ‏قال ‏ ‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏ما ملأ ابن ‏ ‏آدم ‏ ‏وعاء شرا من بطن حسب ابن ‏ ‏آدم ‏ ‏أكلات يقمن صلبه فإن كان لا محالة فثلث طعام وثلث شراب وثلث لنفسه

Sunan at-Tirmidhi

حدثنا ‏ ‏سويد بن نصر ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏عبد الله بن المبارك ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏إسمعيل بن عياش ‏ ‏حدثني ‏ ‏أبو سلمة الحمصي ‏ ‏وحبيب بن صالح ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى بن جابر الطائي ‏ ‏عن ‏ ‏مقدام بن معدي كرب ‏ ‏قال ‏ ‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏ما ملأ آدمي وعاء شرا من بطن بحسب ابن ‏‏ آدم ‏‏ أكلات يقمن ‏‏ صلبه ‏ ‏فإن كان لا محالة فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفسه ‏‏حدثنا ‏ ‏الحسن بن عرفة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إسمعيل بن عياش ‏ ‏نحوه ‏ ‏و قال ‏ ‏المقدام بن معدي كرب ‏ ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ولم يذكر فيه سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث حسن صحيح

(2) at-Tirmidhi (kitab al-Ilm), Abu Daud (al-Muqaddimah), Ibn Majah (al-Mudaqqimah), Ibn Hanbal 1/160

سنن الترمذي - العلم عن رسول الله - ما جاء فيمن يطلب بعلمه الدنيا
‏حدثنا ‏ ‏أبو الأشعث أحمد بن المقدام العجلي البصري ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أمية بن خالد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إسحق بن يحيى بن طلحة ‏ ‏حدثني ‏ ‏ابن كعب بن مالك ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏قال ‏ ‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏من طلب العلم ليجاري به العلماء أو ‏‏ ليماري ‏ ‏به ‏‏ السفهاء ‏ ‏أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار ‏‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث غريب ‏ ‏لا نعرفه إلا من هذا الوجه ‏ ‏وإسحق بن يحيى بن طلحة ‏ ‏ليس بذاك القوي عندهم تكلم فيه من قبل حفظه

سنن ابن ماجه - المقدمة - الانتفاع بالعلم والعمل به
حدثنا ‏ ‏هشام بن عمار ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حماد بن عبد الرحمن ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو كرب الأزدي ‏ ‏عن ‏ ‏نافع ‏ ‏عن ‏ ‏ابن عمر ‏ ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من طلب العلم ‏‏ ليماري ‏ ‏به السفهاء أو ليباهي به العلماء أو ليصرف وجوه الناس إليه فهو في النار

سنن ابن ماجه - المقدمة
حدثنا ‏ ‏أحمد بن عاصم العباداني ‏ ‏حدثنا ‏ ‏بشير بن ميمون ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏أشعث بن سوار ‏ ‏عن ‏ ‏ابن سيرين ‏ ‏عن ‏ ‏حذيفة ‏ ‏قال ‏ ‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏لا تعلموا العلم لتباهوا به العلماء أو ‏‏ لتماروا ‏ ‏به السفهاء أو لتصرفوا وجوه الناس إليكم فمن فعل ذلك فهو في النار

سنن الدارمي - المقدمة - التوبيخ لمن يطلب العلم لغير الله
أخبرنا ‏ ‏محمد بن يوسف ‏ ‏عن ‏ ‏سفيان ‏ ‏عن ‏ ‏برد بن سنان أبي العلاء ‏ ‏عن ‏ ‏مكحول ‏ ‏قال ‏ ‏من طلب العلم ‏‏ ليماري ‏ ‏به السفهاء وليباهي به العلماء أو ليصرف به وجوه الناس إليه فهو في نار جهنم

(3) Dalam riwayat al-Bukhari ( أن زنا اللسان النطق ). Perawi yang lain daripada ashab al-sunan ada meriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal. Ibn Rejab al-Hanbali mengatakan bahawa sanad hadits dari riwayat ini munqati’ (terputus). Lihat syarah Ibn Rejab al-Hanbali di dalam “ Hadith Empat Puluh”.

(4) at-Tirmidhi (kitab al-Zuhd)

(5) at-Tirmidhi (kitab al-Zuhd)

Selasa, 22 Mei 2007

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah
(Siri - 5)

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan yang sebenar. Sekian.)


(Hai saudaraku, tiliklah olehmu) kepada hatimu iaitu baitullah, jika ada kasih kepada ma-siwallah seperti harta punya [harta yang dimiliki] dan anak isteri [tulisan kitab rujukan saya agak kabur, manakala saya pula tidak membuat sebarang cacatan sewaktu mempelajarinya – pent] dan segala perhiasan dunia dan kemegahannya dan lainnya, maka hendaklah kamu usaha menghilangkan dia dengan banyak dhikrullah dan banyak berfikir.

(Dan jika menahan [menghalang] kamu) oleh nafsu amarah daripada banyak berzikir maka kamu perangkan dia serta kamu pelapar [berlapar – mengurangkan makan] penjaga [berjaga malam - tidak/kurang tidur] kan dia hingga kamu dapat lazat kasih rindu kepada Allah. Maka hilanglah segala kasihkan ma-siwallah dan jadilah engkau setengah daripada ahlullah yang sangat tinggi martabatnya.

(Maka jika tiada engkau mengusahakan) pada menghilangkan kasih ma-siwallah itu, maka [d]ia lah membimbangkan kamu daripada dhikrullah dan hubbullah [menyintai Allah] dan [d]ialah yang yang memutus kamu daripada wushul kepada Allah. Maka sangatlah rugi kamu. (Dan jadilah kamu) daripada ahlid-dunya yang haram atas mereka itu akhirat dan wushul kepada Allah.

(Hai saudaraku) janganlah kamu jadi daripada ahlid-dunya dan hendaklah banyakkan berfikir dan berdhikrullah. Wallahu a’lam.

Siri seterusnya insyaAllah …. (Fashal) pada menyatakan tawajuh kepada Allah ….

Karunia

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan keizinana dariNYA aku dapat menghadiri majlis pengajian kitab bersama asy-Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari. Disamping itu dapat juga ketemu dengan saudara-saudara sepengajian aku. Hari Sabtu dan Ahad, mengaji kitab hadits riwayat 10 orang shahabat رضي الله عنهم himpunan tuan guru kami asy-Syaikh Muhammad Nuruddin dan juga kitab an-Nasho-ih ad-Diniah wal Washoya al-Imaniah karangan al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘alawi al-Haddad رضي الله عنهPada mula aku merancang mau mengikuti pengajian Shaikh di Ipoh, tetapi tak dapat, ada sedikit keuzuran. Ya kalau ke Ipoh boleh juga ziarah rakan taulan disana. Dah lama tak singgah rumah seorang rakan di Bukit Meru.

Setelah habis pengajian cadangnya mau mengikuti Shaikh ke Surau an-Nur, Seremban 2. Arghhh … tertidur pulak. Bangun pun dah masuk waktu ‘asar. . Keletihan! MasyaAllah, telinga ku dikencing syaitan … sampai tidak kedengaran azan dikumandangkan. Keletihan cuma satu alasan! Maka aku ambil keputusan untuk ke Masjid Baitul Aman untuk menghadiri majlis bersama al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Ramai juga yang datang. Tapi kemudian diumumkan bahwa al-Habib Umar tidak dapat bersama. Namun aku bersyukur kerana beberapa nikmat yang Allah berikan kepadaku, antaranya:

(Pertama) Dapat bersama-sama dengan para habaib. Bersholat bersama mereka. Berik’tikaf bersama mereka bahkan dapat makan setalam dengan mereka. Bagi aku itu satu nikmat. Sememangnya aku sangat menyintai ahlul bait. Menyintai ahlul bait bukan bererti kita syiah … itu satu tafsiran yang salah yang datang dari mereka yang tidak bertanggungjawab. Tuntutan menyintai ahlul bait adalah merupakan salah satu daripada pegangan ahlus sunnah. Kalau nak tau lagi tentang kelebihan ahlul bait, maka bacalah kitab Ihya-ul Mayyit bi Fadho-ili Aali al-Baiti karangan Imam as-Sayuthi رحمه الله Aku sekadar nak bawak sepotong dua hadits untuk dikongsi bersama.

Hadits 1
Dikeluarkan oleh at-Tirmidzi, ath-Thabarani dan al-Hakim daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما , beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (artinya): Cintailah Allah kerana nikmat kurniaNya memberikan kamu makan. Cintailah aku kerana cintakan Allah dan cintailah ahli baitku kerana mencintai aku. [at-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkan hadits ini dan dipersetujui oleh az-Zahabi di dalam al-Takhlis]

Hadits 2
Dikeluarkan oleh ath-Thabrani di dalam kitabnya al-Ausath sebuah hadits daripada al-Hasan bin ‘Ali رضي الله عنهما bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (artinya): “Lazimilah mencintai kami ahlul bait kerana barangsiapa yang menemui Allah Ta’ala dalam keadaan mencintai kami, akan dimasukkan ke dalam syurga dengan syafaat kami. Demi Allah yang jiwaku berada di dalam kekuasaanNya, tidak bermanfaat amalan seseorang hamba melainkan dengan mengetahui hak-hak kami. “ [Hadits riwayat ath-Thabrani di dalam al-Ausath. Juga diriwayatkan oleh as-Sakhawi di dalam Istijlab dan beliau berkata hadits ini dhoif]

Al-Rabi’ (murid kepada Imam asy-Syafie) berkata, ketika beliau mengerjakan haji bersama gurunya Imam asy-Syafie رضي الله عنه , kami melihat beliau tidak mendaki suatu tempat tinggi atau menuruni kawasan lembah melainkan beliau menangis dan dan melantunkan nasyid yang menujukkan kecintaannya yang mendalam kepada ahulu bait. Antara nasyidnya:
Ahlul bait Nabi رضي الله عنهما adalah perisaiku dan mereka adalah wasilahku kepada Allah. Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (buku catatan amalan) dengan tangan kananku [al-Bayan fi Mazhab al-Imam asy-Syafie]


Bahkan sebelum wafatnya Imam asy-Syafie mewasiatkan agar jenazahnya disholatkan oleh Sayyidah Nafisah yang merupakan seorang ahlulbait yang tinggal di Mesir. Aku ada membaca kisah seorang ulama besar Mesir iaitu Shaikh Mutawalli Sya’rawi رحمه الله تعالى juga seorang yang sangat menyintai ahlul bait. Kalau nak cerita banyak lagi … buka kitab insyaAllah jumpa lah … Bukan itu saja hatta Sayyidina Umar al-Khattab رضي الله عنه mengahwini Ummu Kalthum binti Sayyidina ‘Ali رضي الله عنهما semata-mata kerana ingin menghubungkan dirinya dengan ahlul bait, kerana beliau pernah dengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Semua sebab, nasab dan persemendaan akan terputus pada hari Qiamat melainkan sebabku, nasabku dan persemendaanku”. Didalam Fadidul Qadir disebutkan bahwa nasab itu anak yang lahir dari kerabat sebelah bapa manakala sebab ialah perhubungan yang terhasil melalui perkahwinan, manakala al-Dailami berkata sebab itu ialah pertalian dan kasihsayang. الله أعلم. Aku bukan nak tulih bab ni pun Cuma kebetulan.

(Kedua) Dapat mendengar tazkirah dari Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri dari Solo Indonesia. Beliau merupakan salah seorang murid awal al-Habib Umar. MasyaAllah, bagus sekali tazkirah yang diberinya. Setelah itu dapat mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dari UIA. Pengajian kitab ad-Da’wah at-Tammah oleh al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘alawi al-Haddad. Alhamdulillah, santapan rohani yang lazat! Semoga hati hidup dan segar …..

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الجكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر


(Ketiga) Kebetulan sewaktu hidangan makan selepas sholat Isya’ saya dapat makan dengan seorang ustaz muda Syed Hafiz namanya kalau tidak silap. Merupakan cucu-cicit tokku paloh. Masyaallah, usianya muda, ilmunya tua. Pernah bertemu ramai ulama ketika belajar di Mesir dan juga Yaman. Allahu Allah …. Gembiranya hatiku pabila aku yang serba kerdil ini bertemu mereka. Aku bertuah kerana dapat makan sehidang dengan mereka yang berilmu, sholeh lagi bertaqwa, hafaz al-Quran dan ahli zikir. Masyaallah! MasyaAllah! Bukankah ada hadits yang mengatakan jangan kamu makan melainkan dengan orang bertaqwa. Allahu Allah besarnya karunia Allah padaku malam ini. Dan sewaktu kami menjamah makanan, dikhabarkan bahwa nanti, insyaAllah, al-Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith dari Madinah al-Munawwarah akan Malaysia. MasyaAllah, satu khabar gembira buat aku. Selama ini aku hanya ketemu murid beliau dan membacakan kitab-kitab beliau. Dan moga-moga dipanjangkan umurku untuk bertemu dengan ulama habaib ini. آمين

Alhamdulillah. ًWalaupun aku terlepas untuk mengikuti majlis ilmu di Surau an-Nur Seremban 2, namun dengan kasih-sayangNYA digantikan dengan satu majlis yang lain yang tersangat besar artinya padaku.

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan
oleh Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni
(Siri – 1)

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab kanzul minan ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Adapun syarah Tok Syaikh Daud ini juga memerlukan pengupasan dan penjelasan yang halus lagi untuk memahaminya. Sekian.)

بســــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــم الله الرحمن الرحيم

وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم الحمدلله رب العالمين اللهم اجعل ظاهرنا مزينا بالشريعة وباطننا محلى بالطريقة

Hei tuhanku! Jadikan olehmu akan zhahir kami berhias dengan syariat dan bathin kami berpakai dengan thoriqat

كي تشرق علينا أنوار الحقيقة، واجعل معاني شجرة لا إله إلا الله محمد رسول الله ثابتة راسخة فينا حتى نؤتي أكلها كل حين بإذن ربها

Supaya benderang atas kami beberapa cahaya haqiqat. Dan jadikan olehmu akan makna pohon kayu لاإله إلا الله محمد رسول الله itu tetap lagi biasa pada kami hingga mendatangkan buahnya pada tiap-tiap ketika dengan kurnia Tuhannya.

وأينع ثمرات هذه الشجرة حتى نتفكه بها ونواسي فيها الإخوان

Dan memasakkan buah kayu ini hingga bersedap makan dengan dia dan hingga kami bahagikan padanya akan segala saudara

واسقها من مياه أنهار الفضل والإحسان حتى نتحلى بفواكه لاحول ولا قوة إلابالله

Dan dijiruskan olehMu akan dia daripada air beberapa sungai kurnia dan ihsan hingga
kami merasai akan manis buah kayu لاحول ولا قوة إلابالله

وننفق من هذا الكنزونعم به ونخص كل أواه، لابحولي ولا بقوتي، مذهبي العجز والسلام

Dan hingga kami bahagikan daripada [per]bendaharaan ini dan kami le[n]gkap sekalian dan kami tentukan akan tiap-tiap hati hati yang khusyuk. Tiada daya bagiku dan tiada kuat bagiku. Adalah pada aku itu lemah dan harap sejahtera.

Hei orang yang yang gemar akan berjalan kepada Allah, yang berkehendak akan merasai dengan dzauq manis ma’rifah, jangan engkau mengenderai didalam jalan kepada Allah melainkan dengan kenderaan dhulli (hina) dan iftiqar (berhajat) dan jangan engkau mengambil bekal kepadanya di dalam padang ini melainkan dengan taqwa dan inkisar [pecah atau luluh hati kerana Allah](1). Maka tatkala demikian itu adalah engkau orang yang melentangkan diri bagi nafahaat lagi berjalan yang terlebih hampir jalan ahli mu’amalat lagi terhias bagi turun faidhun yakni limpah pemberian rahmat daripada tuhan yang memberi akan beberapa pemberian.

Maka pahamlah ia akan barang yang telah mengisyarat kepadanya oleh al-‘arif ar-rabbani kamil al-mukammil, waliAllah bila niza’ [wali Allah yang tiada dipertikaikan lagi akan kewaliannya] mursyidul muridin bila difa’ [mursyid bagi murid-murid yang tiada ditolak akan kewibawaan kemursyidannya] yang terlebih besar masyaikh magharib, qutub dairah az-zaman yang mempusaka[i] ulum [ilmu-ilmu] Nabi akhir zaman [iaitu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ] [iaitu] Sayyidi Abu Madyan kunyahnya. Syuib nama dirinya, Maghribi nama negeri, Bijabiah tempat kediamannya, Tilmasani tempat quburnya قدس الله سره .

(Telah muwafaqat) segala masyaikh atas menta’zimkan dan membesarkan dia dan mereka itu beradab pada hadapannya dan adalah رضي الله عنه sangat elok rupanya lagi bersih tubuhnya lagi banyak tawadhu’ lagi zahid akan dunia algi wara’ lagi adalah muhaqqiq ilmunya. Sanya telah menghimpunkan atas baik kelakuannya dan baik perangainya dan karamatnya amat banyak.

Maka adalah suatu hati lalu ia atas himar dan harimau memakan dia setengah tubuhnya dan empunyanya [pemilik himar] itu melihat ia akan dia dari jauh tiada kuasa hampir akan dia. Maka berkata syaikh رضي الله عنه bagi empunya himar mari kita pergi kepadanya. Dan berkata ia pegang olehmu dengan telinganya dan pakaikan dia akan ganti tempat himar engkau selama hari hidupnya. Maka mengambil empunya himar itu akan telinga harimau dan ditunggangnya akan dia dan duduk ia kerjakan pekerjaannya hingga mati harimau itu beberapa tahun dengan karamah syaikh رضي الله عنه .

__________________________

Notakaki:
(1) Dalam sebuah hadits Qudsi Allah Ta’ala berfirman:
أنا عند المنكسرة قلوبهم من أجلي
Artinya: Aku disisi orang-orang yang hatinya hancur luluh keranaKu.

[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M]

Isnin, 21 Mei 2007

Jatuh

Pagi tadi aku terjatuh didalam bilik ayaq. Tergelinciaq. Masyaallah! Sakitnya masih terasa, especially dibahagian tulang belakang dan kaki. Bengkak tak surut lagi.Pulak tu tak dak sapa dirumah melainkan anak bungsu yang baru nak masuk 3 tahun, umuqnya. Maka gagah sorang-soranglah. ‘Ala kulli hal … aku bersyukur, kerana insiden ini membuat aku tahu diri …

Kejadian pagi ini membuat aku teringat perbualan aku dan beberapa orang rakan pada hari Sabtu (kemarin dulu) sewaktu habis makan malam setelah kuliah Shaikh Nuruddin di Masjid al-Falah. Kami bersembang pasai umur yang sudah melebihi 40 tahun dan berkenaan kederat yang tak serupa waktu umuq 20an dan 30an. Apa daknya ….. buat kerja berat sikit, sakit habih satu badan. Pendekata macam-macam lagilah. Maka dalam kerancakan berbual itu, Imam 3 Masjid al-Falah [maaf tok Imam, ana lupa nama ente …] mencelah, membacakan sepotong ayat ….. ini untung dok dengan orang yang hapai al-Quran …

Ayatnya berbunyi:

ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمْ مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفاً وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ وَهُوَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْقَدِيرُ

Artinya: Allah yang menciptkan kamu bermula dari keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu ia menjadikam kamu kuat. Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakinya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa (Surah ar-Rum:54)

MasyaAllah ….. kini aku didalam proses untuk kembali ke fasa ‘lemah’ setelah dikurniakan fasa ‘kuat’. Sayangnya tidakku pergunakan ‘fasa’ kuat itu untuk berbakti kepadanya.

Peristiwa pagi ini menyedaqkan aku … aku dalam proses untuk ke umur tua. Tu pun kalau dan … kalau dak … tak dan tua … jalan dulu. Kan ada firmanNya:

ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَـبْلُغُوۤاْ أَشُدَّكُـمْ ثُمَّ لِتَكُـونُواْ شُيُوخاً وَمِنكُمْ مَّن يُتَوَفَّىٰ مِن قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوۤاْ أَجَلاً مُّسَمًّى وَلَعَلَّـكُمْ تَعْقِلُونَ

Artinya: “….. kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmah-hikmah kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)” – (Surah al-Mu’min/al-Ghafir:67)

Teringat masa dok ngaji kitab Risalah Sabil al-Adkar wa al-I’tibar karangan Imam al-Habib Abdullah al-Haddad dulu …. Ada disebut di dalam kitab tu, kata-kata Shaikh Abdul Wahab asy-Sya’rani ….

Ikatkanlah janji dengan dirimu bahwa apabila engkau berumur 40 tahun, hendaklah kamu lipat tikar bantal segera dan ingatkanlah diri engkau bahwa engkau sekarang sedang dalam perjalanan keakhirat, dan bahwa setiap nafas yang engkau sedut itu itu tiada lagi dipergunakan kepentingan dunia samasekali …..


Allahu Allah ….. Lupa! Lupa! Ralit dengan dunia! Ya hidup ini adalah satu perjalanan. Perjalanan untuk kembali kepadaNYA. Lani umoq aku sudah lebih 40 tahun. Makna kata sudah lebih 40 tahun umoq aku dah berlalu ….. kalau pada ghalibnya umoq umat Rasulullah صلى الله عليه والسلام lebih kurang 65 tahun (ambil saja pertengahan diantara 60 – 70) maka, aku sudah melepasi 2/3 perjalanan. Tinggal 1/3 lagi sisanya untuk aku manfaatkan … Tapi kalau dijemput lebih awal?????? Alhamdulillah kerana DIA mengingatkan aku! Tidak sia-sia aku jatuh pagi tadi …. Penuh dengan hikmah!

Bila diingatkan begini baru teringat sabdaan Rasulullah صلى الله عليه والسلام antaraya:


Rebut 5 sebelum 5 perkara. Masa muda sebelum tiba masa tua; masa sihat sebelum tiba masa sakit; masa lapang sebelum tiba masa sibuk; masa kaya sebelum tiba masa miskin papa; dan masa hidup sebelum masa mati

Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri dihadapan Tuhannya pada Hari Qiamat, sehingga selesai di tanya tentang 4 perkara; tentang UMURnya untuk apa dihabiskan; tentang masa MUDAnya, untuk apa dipergunakan; tentang hartanya, dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan; tentang ilmu, apa yang sudah dibuat dengannya


Sesungguhnya aku lalai. Aku leka. Aku alpa. Aku tenggelam dengan kilauan dunia ….. hingga lupa padaNYA. Pelbagai tanda yang datang padaku…. Namun aku lupa! Endah tak endah …. Uban dah berteraboq dikepala … penglihatan koi dok rabun (dulu rabun jauh, sekarang sudah rabun dekat juga) pendengaran pun koi kurang … qudrat koi dok lemah. … Aduhhhh 1001 tanda …. Tapi aku mudah lupa!

Jumaat, 18 Mei 2007

Syarah Hikam Ibn Atho'illah oleh Tok Pulau Manis
(Siri – 6a)

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Ibn Athoillah al-Sakandari oleh Shaikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi @ Tok Pulau Manis

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab hikam, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Adapun syarah Tok Pulau Manis ini juga memerlukan penjelasan yang halus lagi untuk memahaminya. Sekian.)

لا يكن تأخر أمد الطاء مع الا لحاح في الدعاء موجباليأسك

Artinya: Jangan ada kiranya lambat masa kurniaNya serta bersungguh-sungguh dalam minta doa itu mewajibkan bagi putus harapnya.

(Yakni) jangan engkau putuskan dalam minta doa serta bersungguh-sungguh kerana lambat masa kurnia telah diakui dalam firmanNya Ta’ala: Pinta oleh kamu akan Aku maka Kuperkenankan bagi kamu(1), ada kalanya dalam dunia dan ada kalanya dalam akhirat dengan keadaan yang ditentu atau dengan gantian dan engkau baiki akan sangka kepada Tuhanmu yang tiada sekali-kali menyalahi akan janjiNya.(2)

______________________________________________

Notakaki:

(1) Surah al-Mu’min : 60 - ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

(2) Sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la dan al-Hakim daripada Abu Said al-Khudri رضي الله عنه:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةِ لَيْسَ فِيْهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيْعَةُ رَحِمَ إِلاَّ أَعْطَاهُ الله بِهَا إحْدَى ثَلاَثٍ: إمَّا أنْ يُعَجِّلَ لَهُ دَعْوَتَهُ، وَإمَّا أنْ يُدَخِّرَهَا لَهُ فِيْ الآخِرَةِ، وَإمَا أنْ يَصْرِفَ عَنْهُ من السُّوْء مِثْلَهَا

Maksudnya (lebihkurang): Tiada seseorang dari seorang Muslim berdoa dengan doa [yang] tiada pada (doa)nya itu (perkara yang) durhaka/dosa dan tiada memutuskan hubungan silaturrahmi melainkan dikurniakan Allah akan dia dengan salah satu daripada 3 perkara:

  • samada disegerakan baginya permintaannya itu; atau
  • samada disimpan baginya diakhirat (diberi ganjaran/balasannya diakhirat); atau
  • samada ditolak dengannya dari kejahatan (atau atau keburukan atau bala) yang seumpama/setara dengan yang dimohon.

Segala kebinasaan lidah – Siri ke 3

Segala kebinasaan lidah itu iaitu duapuluh (20) perkara.


Kebinasaan Ketiga:

الآفة الثالثة الحوض في الباطل وهو الكلام في المعاصي

Artinya bermula kebinasaan yang ketiga itu, iaitu masuk berkata-kata di dalam yang bathil dan iaitu berkata-kata di dalam perkataan yang maksiat (seperti) menghikayatkan [menceritakan] akan segala kelakuan perempuan yang helat dan menghikayatkan akan kelakuan yang meminum arak dan menghikayatkan ia akan segala tempat pekerjaannya yang membawa kepada fasiq.

Dan kepada yang tersebut itu diisyaratkan oleh Allah Ta’ala padahal menghikayatkan akan perkataan orang yang di dalam neraka dengan firmanNya:

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلُخَآئِضِينَ

Artinya: Dan adalah kami masuk berkata-kata akan perkataan yang bathil dan perkataan yang maksiat bersama orang-orang yang memperkatakannya. (Surat al-Mudattsir:45)

(Dan) lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

أعظم الناس خطايا يوم القيامة أكثرهم خوضا في الباطل

Artinya: Bermula yang terlebih besar dosa itu pada hari qiamat itu, iaitu orang yang membanyakkan masuk di dalam perkataan yang bathil yakni orang yang membanyakkan menghikayatkan akan perkataan yang maksiat.(1)

Dan kata Sulaiman(2) رضي الله عنه :

أكثر الناس ذنوبا يوم القيامة أكثرهم كلاما في معصية الله تعالى

Artinya: Bermula orang yang terlebih banyak dosanya pada qiamat itu, iaitu orang yang membanyakkan berkata-kata di dalam perkataan yang maksiat akan Allah Ta’ala.

(Dan kata) Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى di dalam Ihya Ulumiddin:

ويدخل فيه الخوض في حكاية البدع والمذاهب الفاسدة وحكاية ما جرى من قتال الصجابة على وجه يوهم الطعن في بعضهم. فكل ذلك باطل، والخوض فيه خوض في الباطل

Artinya: Dan termasuk pula di dalam perkataan yang bathil itu, iaitu masuk di dalam berhikayat [perkara-perkara] yang bid’ah dan menghikayatkan segala madzhab yang fasid dan menghikayatkan akan perkataan yang berlaku daripada kelakuan [peristiwa] perang shahabat Nabi صلى الله عليه وسلم setengahnya dengan setengahnya atas jalan yang membawa mencela akan setengah daripada mereka itu. Maka sekalian yang demikian itu bathil dan masuk berkata-kata di dalamnya itu, iaitu perkataan yang bathil lagi haram.

[Ditransliterasi berdasarkan kitab Sairus Salikin; Shaikh Abdusshamad al-Falimbani; Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie, Singapore 1372H – 1953M; Juzuk ke-3; Halaman 76]


_________________________________

Notakaki
(1) Hadits ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Dunya dari hadits Qatadah secara mursal dan rijalnya tsiqah. Dan diriwayatkan oleh ath-Thabrani dari Ibn Mas’ud dengan sanad yang shahih.
(2) Berdasarkan kitab Ihya Ulumiddin yang kami rujuk, kata-kata tersebut adalah kata-kata Sayyidina Salman al-Farisi رضي الله عنه. Berkumungkinan kitab yang kami guna untuk transliterasi ini tersalah cetak.

Khamis, 17 Mei 2007

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah
(Siri - 4)

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى عنه atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)


(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan yang sebenar. Sekian.)


Fashal (فصل) pada menyatakan kasih kepada Allah

Hai saudaraku! Sucikan olehmu akan hatimu daripada kasihkan ma-siwallah (ما سوى الله) (barang yang lain daripada Allah) dan engkau hiasi akan dia dengan segala permata kasihkan Allah. Jangan engkau kasih ma-siwallah kerana kasih itu permata yang sangat indah, maka janganlah engkau taruhkan dia kepada tempat yang kotor lagi cemar iaitu ma-siwallah. Maka jangan engkau kasih kepada yang lain daripada Allah. (Maka hendaklah engkau) kasihkan dia [ma-siwallah] kerana Allah supaya tiada dibalakan kamu oleh Allah dengan sebab dia (ma-siwallah). Maka jadi sakit hatimu dan merasailah engkau akan pahit bercerai dengan dia. Maka janganlah engkau kasih dengan sebenar-benar melainkan Allah kerana [D]ialah taulan engkau yang menolongkan kamu dan tiada bercerai daripada engkau sekejip mata daripada dunia hingga akhirat. Dan [D]ialah yang memberi rahsiaNya kepada engkau dan mengampunkan dosa kamu.


(Dan hatimu itu) cermin bagi jamaal Allah dan tempat berkhalwat berjumpa dengan Allah dan [D]ialah serta engkau barang dimana engkau. (Dan ma-siwallah) itu tiada kekal baginya, hanya ghaib ia dengan bercerai dengan tinggal dan mati. Maka keluh-kesahlah engkau dan merasalah engkau dengan pahit bercerai dengan kekasih. (Maka hendaklah engkau berpaling) daripada sekalian yang lain, dan hampakan [kosongkan] hatimu bagi kasihkan Allah jua. Dan tiap-tiap saat engkau sebutkan Allah, hingga jadilah engkau daripada ahlullah dan masuklah kedalam syurga Allah iaitu hatimu dan kamu dapat padanya hudhur serta Allah dan mabuklah engkau dengan minum arak berjinak-jinak dengan Allah.

Related Posts with Thumbnails