Jumaat, 15 Julai 2011

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi - 6


Sayyid Muhamamd Amin ibn Sayyid ‘Umar ibn Sayyid ‘Abd al-Aziz ibn Sayyid Ahmad ibn Sayyid ‘Abdurrahim ibn Sayyid Najmuddin ibn Sayyid Muhammad Shalahuddin atau lebih masyhur dengan panggilan Ibn ‘Abidin asy-Syami di lahirkan di Damsyiq pada tahun 1198H/1783M. Beliau berasal dari keturunan yang mulia dimana keturunan beliau bersambung kepada Sayyidina ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin, putera kepada Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina Fathimah az-Zahra bin RasuliLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Beliau lahir dari keturunan yang mulia dan membesar di dalam didikan yang sempurna. Ayah dan ibu kepada Ibn ‘Abidin terkenal sebagai orang yang jujur dan bertaqwa. 

Guru-guru kepada Ibn ‘Abidin, antaranya ialah: Syeikh al-Qurra al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad ibn Ibrahim al-Hamawi (w.1236H), Syeikh Syakir al-Aqqad atau lebih dikenali sebagai Ibn al-Maqdam Sa’ad (melalui guru inilah beliau mendalami fiqh Hanafi, yang mana sebelumnya beliau bermazhab Syafie, Syeikh Sayyid al-Halabi (merupakan murid utama kepada Syeikh Syakir al-‘Aqqad) dan lain-lain. Selain dari guru-guru yang beliau tekuni, beliau juga mendapat ijazah ammah daripada para ulama seperti Syeikh Muhammad al-Kuzbari al-Kabir (w.1221H, merupakan seorang muhaddits pada zamannya. Ibn ‘Abidin mendapat ijazah dari beliau pada ketika beliau berusia 12 tahun iaitu pada tahun 1210H), Syeikh Ahmad ‘Attar (w.1218H, juga seorang muhaddits. Ibn ‘Abidin mendapat ijazah dari beliau pada tahun 1216H ketika berusia 18) dan asy-syeikh al-Amir al-Kabir (w.1232H. Ibn ‘Abidin mendapat ijazah dari beliau pada tahun 1228H).

Hasil karya Ibn ‘Abidin: Radd al-Muĥtār ála Ad-Durr al-Mukhtār, Minĥatul Khāliq, Al-Úqūd ad-Durriyyah fī Tanqīĥi Al-Fatāwā al-Ĥāmidiyyah, Ĥāshiyah álā Sharĥ Multaqā al-Abĥur, Ĥāshiyah álā Tafsīr al-Qāđī al-Bayđāwi, Ĥāshiyah álā Ifāđātu'l Anwār Sharĥ al-Manār, Ĥāshiyah álā Sharĥ At-Taqrīr wa’t Taĥbīr fī’l Uşūl, Rafá al-Anžār Ámmā Awradahū al-Ĥalabī álā Ad-Durr al-Mukhtār, Nasmāt al-As’ĥār álā Ifāđāt al-Anwār, Ĥāshiyah al-Mutawwal, Ĥāshiyah Fat’ĥi Rabb al-Arbāb álā Lubb al-Albāb Sharĥ Nubdhatil Aárāb,  Ad-Durar al-Muđ’iyyah fī Sharĥ Nažm Al-Abĥur ash-Sharýiyyah, Fatāwā fī’l Fiqh’li Ĥanafī ( atau dikenali juga sebagai Ajwibatun Muĥaqqaqah, Sharĥ Al-Kāfī fi’l Úrūđ wa’l Qawāfī, Silk ad-Durar, Majmūú an-Nafāyis wa’n Nawādir, Qişşatu’l Mawlid an-Nabawī al-Sharīf,.Nažm al-Kanz, Al-Álam až-Žāhir fī Nafýi’n Nasab at-Ţāhir, Sharĥ Manžūmah Úqūdi Rasmi’l Muftī, Al-Fawāyid al-Mukhaşşasah bi Aĥkāmi Kayy al-Ĥummaşah, Manhal al-Wāridīn min Biĥāri’l Fayđi álā Dhukhri’l Muta’ahhilī, Rafá at-Taraddud fī Áqdi’l Aşābiý índa’t Tashahhud, Tanbīh Dhawi’l Afhām álā Aĥkāmi’t Tablīghi Khalf al-Imām, Shifā al-Álīl wa Ball al-Ghalīl fī Ĥukmi’l Waşiyyati bi’l Khitmāti wa’t Tahālīl, Minĥatu’l Jalīl li Bayāni Isqāţi mā álā adh-Dhimmati min Kathīrin wa Qalīl, Tanbīh al-Ghafīl wa’l Wasnān álā Aĥkāmi Hilāli Ramađān, It’ĥāf adh-Dhakī an-Nabīh fī Jawābi mā Yaqūlu al-Faqīh, Al-Ibānah án Akdhi’l Ujrati álā al-Ĥađānah, Taĥrīr an-Nuqūl fī Nafqati’l Furūýi wa’l Uşūl, Rafá al-Intiqāş wa Dafá al-Iýtirāđ álā Qawlihim, Rafá al-Ishtibāh án Íbārati’l Ashbāh, Tanbīh al-Wulāti wa’l Ĥukkām álā Aĥkāmi Shātimi Khayril Anām aw Aĥada Aş’ĥābihī’l Kirām, Al-Aqwāl al-Wāđiĥah al-Jaliyyah, Al-Úqūd ad-Durriyyah fī Qawli al-Wāqifi álā al-Farīđati ash-Sharýiyyah, Ghāyatu’l Maţlab fī Ishtirāţi al-Wāqifi Áwd an-Naşībi ilā Ahli’d Darajati al-Aqrabu fa’l Aqrab, Ghāyatul Bayān fī anna Waqf al-Ithnayni álā Anfusihimā Waqfun lā Waqfān, Tanbīh ar-Ruqūd álā Masāyil an-Nuqūd, Taĥbīr at-Taĥrīr fī Ibţāli al-Qađāya bi’l Faskhi bi’l Ghabani’l Fāĥishi Bilā Taghrīr, Tanbīhi Dhawil Afhām álā Baţlāni'l Ĥukmi bi Naqđi ad-Daáwā Baáda'l Ibrāyi'l Áām, Iýlām al-Aálām bi Aĥkāmi’l Iqrāri’l Áām,  Nashr al-Árf fī Bināyi Baáđ al-Aĥkāmi álā al-Úrf, Taĥrīr al-Íbārah fī man huwa Aĥaqqu bi’l Ijārah, Ajwibatun Muĥaqqiqah án As’ilatin Mutafarriqah, Manāhil as-Surūr li Mubtaghiya’l Hisābi bi’l Kusūr, Ar-Raĥīq al-Makhtūm Sharĥ Qalāyid al-Manžūm, Ijābati’l Ghawth bi Bayāni Ĥāli’n Nuqabāyi wa’n Nujabāyi wa’l Abdāli wa’l Awtādi wa’l Ghawth, Sall al-Ĥusām al-Hindī li Nuşrati Mawlāna Khālid an-Naqshbandī,. Al-Fawāyid al-Ájībah fī’l Iýrābi’l Kalimāti’l Gharībah, Bughyatu’n Nāsik fī Adýiyati al-Manāsik, Nasmātu’l As’ĥār álā Ifāđat al-Anwār sharĥ Kitāb al-Manār [fi usūl al-fiqh], Úqūd al-La’āli fī’l Asānīd al-Áwāli, Maqāmat dan Nuz’hatu’n Nawāžir álā Al-Ashbāh wa’n Nažāyir. (dipetik secara ringkas dari tulisan akhuna Sidi Abu Hasan di masabih forum – nukilan beliau daripada biografi Imam Ibn Áābidīn asy-Syami pada nota biografi dalam kitab Radd al-Muhtar, Dār Ihya at-Turāth oleh Shaykh Abd al-Jalil ‘Atha Damsyik)

Al-Imam Ibn ‘Abidin wafat pada hari Rabu, 21 Rabi’ ats-Tsani 1252H/1836M pada usia 54 tahun. Dikebumikan  berhampiran dengan kubur Syeikh ‘Alauddin al-Haskafi, pengarang Durr al-Mukhtar dan bersebelahan dengan kubur al-Muhaddits asy-Syeikh Sholeh al-Jaynīnī di Damsyiq.

Al-Imam Ibn ‘Abidin adalah merupakan ulama besar di dalam mazhab Hanafi dan pernah menjadi ketua mufti di Damsyik. Karya beliau yang paling terkenal iaitu Radd al-Muĥtār ála Ad-Durr al-Mukhtār menjadi rujukan ulama sehingga hari ini. Mari kita lihat apa yang beliau sebut tentang Wahhabi sepertimana yang telah beliau sebutkan di dalam kitabnya Radd al-Muĥtār ála Ad-Durr al-Mukhtār


Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Puak Khawarij Dalam Zaman Kita.
 
Adapun perkataan: (Dan mengkafirkan mereka itu (yakni puak Khawarij) akan para shahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ):Aku memahami bahwasanya hal ini bukanlah syarat di dalam penamaan puak Khawarij, akan tetapi hal ini (yakni penyebutan “khawarij”) menjelaskan bagi siapa sahaja bagi mereka yang keluar (berpaling tadah) dari pihak Sayyidina ‘Ali رضي الله عنه, dan jika sememangnya tidak demikian maka cukuplah dengan mengkafirkan siapa sahaja yang bertentangan dengan pendapat (yakni aqidah) mereka, seperti halnya yang dapat ditemui di zaman kita saat ini, iaitu pada pengikut (Muhammad ibn) Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramain (dua tanah suci – Makkah dan Madinah) dan mereka mengaku-ngaku bermadzhabkan Hanaabilah (bermazhab Hanbali), akan tetapi mereka menganggap puak mereka sahajalah adalah muslimin yang sebenarnya, dan orang-orang yang bertentangan dengan aqidah mereka adalah kaum musyrik. Dengan sebab yang demikian, mereka pun membolehkan (menghalalkan) membunuh (atau memerangi) kaum ahlussunnah wal jama’ah dan membunuh (memerangi) para ulama’ mereka (yakni ulama ahlussunnah wal jama’ah).Sehinggalah kemudiannya Allah mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri dan bala tentera orang Islam (yakni ahlusssunnah) berjaya menawan mereka pada tahun 1233H. - tamat petikan -

Maka al-Fagir simpulkan bahwa dikatakan bahwa puak Wahhabi itu dikatakan Khawarij pada zaman ini kerana terdapat ciri utama/penting puak Khawarij yang menjadi ajaran atau pegangan puak Wahhabi, iaitu takfir wa istihlal dima’ al-mukhalifin (yakni mengkafirkan dan menghalalkan darah kaum Muslimin yang berbeza pendapat dengan mereka).

Sekian dari
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
jum’at, 13 Sya’ban 1432H/15 Julai 2011
taman seri gombak, selangor darul ehsan

0 komen:

Related Posts with Thumbnails