Ahad, 31 Julai 2011

Kelebihan Membaca Surat al-Fath Pada Malam Awal Ramadhan

Tersebut di dalam kitab Kanz an-Najaah wa as-Surur fi ad-Ad'iyah al-Ma`tsurah allati Tasyrah ash-Shuduur karya Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali  bin ‘Abdul Qaadir al-Quddus al-Makki asy-Syafie tentang kelebihan membaca surah al-Fath pada malam awal Ramadhan.



Faedah: Membaca Surah al-Fath Pada Malam Awal Ramadhan.
Telah berkata Abu Bakar an-Naisaaburi: Aku telah mendengar Muhammad bin ‘Abdul Malik berkata: Aku telah mendengar Yaziid bin Haaruun berkata: Aku telah mendengar as-Sam’uudi berkata: Telah sampai kepadaku bahawa barangsiapa membaca ia akan surah al-Fath yakni - إنّا فتحنا لك فتحا مبينا – pada malam awal (malam pertama) Ramadhan di dalam sholat tatawwu’ (solat sunat), dia berada di dalam penjagaan Allah untuk tahun tersebut. (Tamat petikan)

Maka kaifiyyatnya: Dirikanlah sholat sunat apapun (samada ba’diah Maghrib, Awwabin dan sebagainya) selepas yakin zahir anak bulan Ramadhan, dan bacalah padanya setelah membaca surah al-Fatihah separuh/sebahagian daripada surah al-Fath dan sempurnakan sebahagian lagi di dalam rakaat kedua. – abu zahrah -

 
Tersebut juga di dalam kitab al-Wasaailul asy-Syaafi’ah fi al-Adhkar an-Naafi’ah wa al-Auraad al-Jaami’ah wa ats-Tsimaar al-Yaani’ah wa al-Hujub al-Hariizah al-Maani’ah ‘an an-Nabiy صلى الله عليه وآله وسلم karya  al-Imam al-‘Allamah as-Sayyid asy-Syarif al-Muhaddits al-Habib Muhammad bin ‘Ali Khirid al-‘Alawi al-Husaini at-Tarimi (wafat 960هـــ), halaman 474:


Daripada Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda: Telah diturunkan kepadaku semalam akan satu surah yang ianya lebih kukasihi daripada segala apa yang terbit matahari atasnya (yakni dunia dan segala isinya), dan disukai agar ianya dibaca pada awal malam bulan Ramadhan. Maka kalian bacakanlah ia dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kalian, insyaAllah mereka tidak akan ditimpa kepapaan.

Berkata Syeikh Hussin Qadri Martapura di dalam karyanya berjudul Senjata Mukmin, pada halaman 92:


Surah al-Fath
(Khasiatnya) barangsiapa membaca akan dia 3 (tiga) kali pada malam permulaan timbul bulan Ramadhan, insyaAllah terpelihara ia di dalam setahunan itu daripada marabahaya dan diluaskan rezekinya. Tamat.


Sekian dari
العبد الحقير الفقير إلى عفو ربه
abu zahrah al-qadahi
taman seri gombak
sebelum ‘ashar, 29 Sya’ban 1432/31 Julai 2011

Khamis, 28 Julai 2011

Lagi Mengenai Puasa: Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin

Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Mohd. Shagir Abdullah (kanan) berdoa di pusara yang dipercayai milik Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani (beliau dipercayai syahid atau 'ghaib' di Fathani, di tempat ini). Wallahu a'lam.

Di dalam kitab Sair as-Salikin oleh al-‘Allamah al-‘Arifbillah asy-Syeikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani رحمه الله, pengarang menyebut:

فصل في أسرار الصوم وشروطه الباطن
Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin

Ketahui olehmu, hai orang yang menjalani jalan akhirat dan jalan kepada Allah Ta’ala, bahwa adalah bagi puasa itu 3 darjat:

Darjat Pertama - Puasa orang yang awwam yakni puasa kebanyakkan manusia yaitu menegahkan ia daripada makan dan minum dan jima’ [bersetubuh] dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya seperti yang tersebut pada fashal yang lalu

Darjat Kedua - Puasa orang yang khawwas iaitu puasa orang yang sholihin dan orang yang muttaqin iaitu menegahkan segala yang tersebut daripada yang pertama itu [seperti diatas] dan menegahkan pula akan segala anggotanya daripada berbuat ma’siat dan daripada berbuat yang sia-sia yang tiada memberi manfaat kepada akhirat dan hasil kesempunaan puasa mereka itu dengan 7 perkara:

(Pertama) memejamkan kedua matanya dan menegahkan keduanya itu daripada melihat kepada suatu yang mubah yang membimbangkan hatinya dari dhikruLlah Ta’ala dan daripada ingat kepada Allah. Sabda [Nabi] صلى الله عليه وآله وسلم:

النظر سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله، فمن تركه خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه – رواه الحاكم، صحيح (العراقي)

Ertinya: Melihat dengan syahwat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis, maka barangsiapa meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Ta’ala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta’ala akan iman yang mendapat akan manis iman itu di dalam hatinya.
Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

خمس يفطرن الصائم، الكذب، والغيبة، والنميمة واليمين الكاذبة والنظر بشهوة – رواه الأزدي، ضعيف (العراقي)

Ertinya: 5 perkara yang membatalkan (pahala) puasa: (pertama) berdusta; (kedua) mengumpat; (ketiga) mengadu-ngadu akan orang; (keempat) bersumpah dengan dusta; (kelima) melihat akan sesuatu dengan syahwatnya, yakni dengan ingin.

(Kedua) memelihara lidah:
  • daripada perkataan yang haram dan
  • daripada perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat dan
  • memeliharakan pula akan lidah daripada berdusta dan
  • daripada mengumpat akan orang dan
  • daripada mengadu-ngadu akan orang dan
  • memelihara pula akan dia daripada segala perkataan yang keji-keji dan
  • memelihara pula akan dia daripada  berbantah-bantah dan berkelahi dengan orang dan
  • memelihara daripada memaki orang.

Dan sayogianya hendaklah orang yang puasa itu
  • melazimkan diam dan
  • masyghul [sibuk] ia dengan membanyakkan dhikrullah Ta’ala dan
  • membanyakkan membaca al-Quran.

Dan kata Mujahid رحمه الله تعالى

خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذب
Ertinya: 2 perkara membinasakan ia akan puasa: (pertama) mengumpat-umpat akan orang dan(dua) berdusta.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

إنما الصوم جنة، فإذا كان أحدكم صائما فلايرفث ولايجهل، وإن امرؤقاتله أو شاتمه فليقل إني صائم، إني صائم

Ertinya: Hanyasanya puasa itu perisai. Maka apabila ada seorang kamu puasa, maka jangan mengerjakan suatu yang sia-sia dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil. Dan jika ada seorang hendak membunuh akan dia atau memaki akan dia maka hendaklah ia berkata bahwasanya aku puasa, bahwasanya aku puasa.  (Hadits Muttafaqun ‘alaih). Maka jangan dilawan akan orang itu.

(Ketiga) sayogia bagi orang yang puasa itu memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم

Ertinya: Orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu keduanya itu pada berdosa (Hadits riwayat ath-Thabrani, dhaif - al-‘Iraqi)

(Keempat) seyogianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala makruh dan segala yang sia-sia, tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

(Kelima) memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram atau memakan yang syubhat. Maka tiada faedah bagi puasa, iaitu meninggalkan daripada makan yang halal kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram. Maka adalah misal orang yang puasa itu seperti misal orang yang berbuat mahligai pada hal ia merobohkan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya. Dan puasa itu mensedikitkan makan yang halal, iaitu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan agama. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

كم صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Ertinya: Beberapa daripada orang yang puasa padah al tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua.

Maka kata ulama [dalam menjelaskan maksud hadits diatas] orang itu ialah orang yang berbuka dengan memakan yang haram. Dan kata setengah ulama, iaitu menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-umpat akan orang dan mengumpat itu haram. Dan kata setengah ulama iaitu orang yang tiada memelihara akan segala anggota daripada yang haram yang membawa kepada dosa.

(Keenam) seyogianya bahwa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya, kerana sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

ماملأابن آدم وعاء شرا من بطنه

Ertinya: Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuh perutnya dengan memakan yang halal.

Ini kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhoif syahwat nafsunya dan syahwat syaitannya, maka jika dihimpunkan makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan sekali maka pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu. Jadi tiada manfaat puasanya itu melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana mengurangkan makan itu meringankan tubuh pada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang tahajjud pada malam hari dan merajinkan mengerjakan wiridnya dan dhikirnya hingga terang hatinya.

(Ketujuh) sayogia bahwa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’ yankni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta’ala dan antara harap akan Allah Ta’ala kerana tiada diketahui adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang muqarrabin atau ditolongkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta’ala. Dan seyogianya ia menghadirkan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu. والله أعلم

Darjah ketiga - Puasa orang khawwasul khawwas iaitu puasa orang yang muqarrabin yang ‘arifin iaitu menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati [sirr] daripada barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan sentiasa hatinya itu syuhud kepada Allah Ta’ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala dan yang lain lain daripada negeri akhirat. Demikian lagi batal puasa itu dengan memikir akan pekerjaan dunia, melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat akhiratdan jadi bekal baginya di dalam akhirat, maka iaitu tiada dinamakan dunia. Kerana inilah kata ulama ahlul bathin:

من تحركت همته بالتصرف في نهاره لتدبر ما يفطر عليه كتبت عليه خطيئة

Ertinya: Barangsiapa bergerak cita-citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan sesuatu yang akan dimakannya pada ketika berbukanya itu, nescaya disurat atasnya akan dosa.

Dan yang demikian itu kerana kurang percaya dengan anugerah Allah Ta’ala dan kemurahanNya pada memberi rezqi akan dia dan kurang yaqin ia dengan rezqinya yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Dan darjat puasa yang ketiga iaitu martabat anbiya’ dan orang-orang siddiqin dan orang-orang muqarrabin yang ‘arifin, kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta’ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta’ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah:


Ertinya: Ucap olehmu akan Allah Ta’ala kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu pada hal bermain-main mereka itu. (Surah al-An’am: 91)

[Petikan dari kitab Sair as-Salikin ila ‘Ibaadati Rabbil ‘Alamin, tahqiq al-Fadhil Ustaz Abu ‘Ali Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, edisi jawi, halaman 414 – 419]

Usahakanlah paling kurang puasa peringkat kedua. Semoga kita memperolehinya dengan rahmat dariNYA.


al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
taman seri gombak, selangor darul ehsan
khamis, 26 Sya’ban 1432/28 Julai 2011

Ramadhan 1432H

InsyaAllah beberapa hari lagi, kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Allah Ta’ala menyampaikan kita semua ke bulan yang mulia tersebut dan diberi kekuatan untuk melaksanakan perintah puasa dan memperbanyakkan ‘amal ibadah di dalamnya.

Di dalam satu riwayat, ketika berada dipenghujung bulan Sya’ban, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah berkhutbah kepada para shahabat رضي الله عنهم mengenai bulan keutamaan Ramadan Mari kita ikuti khutbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersebut dan hayatilah khutbah ini dengan merasakan seolah-olah khutbah itu dibacakan Baginda صلى الله عليه وسلم kepada kita ……..

عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ فَقَالَ : أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ، شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ. قَالُوا : لَيْسَ كُلُّنَا نَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ، فَقَالَ : يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ، أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ، وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: خَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ، وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهُمَا، فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ: فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا اللَّتَانِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهمَا : فَتُسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ، وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النَّارِ، وَمَنْ أَشْبَعَ فِيهِ صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ 

Daripada Sayyidina Salman رضي الله عنه beliau berkata: Telah berkhutbah Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’ban: “Wahai para manusia, telah menyelubungi kalian bulan yang agung, bulan yang dilimpahi keberkahan yang padanya terdapat suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (yakni lailatul qadr), Allah jadikan puasa padanya (pada bulan Ramadhan) suatu kewajiban, dan shalat malamnya (shalat tarawikh) sunnah. Barangsiapa yang menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) dengan amal yang baik (amalan sunat) maka baginya ganjaran seumpama melakukan ibadah yang fardhu. Barangsiapa mengamalkan amal yang fardhu maka (ganjarannya) seumpama mengerjakankan 70 amalan yang fardhu dibulan yang lain. Dia (Ramadhan) ialah bulan kesabaran, dan balasan sabar adalah syurga. Dialah bulan simpati terhadap satu sama lain, bulan yang ditambahkan (oleh Allah) padanya rezeki orang-orang mukmin. Barangsiapa yang menjamu orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari neraka, dan ia mendapat pahala puasa seperti orang itu tanpa dikurangkan.

Maka berkatalah sebahagian dari mereka: Tidak semua dari kami mempunyai rezeki menjamu orang berbuka puasa. Maka Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم  menjawab: Allah tetap memberikan pahala itu walaupun hanya dengan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yang pada awalnya rahmat (kasih-sayang Allah), dan pertengahannya pengampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. Barangsiapa yang memberi keringanan pada budaknya (atau hambanya, pembantunya) maka diampuni dosa-dosanya dan baginya pembebasan dari neraka.

Maka perbanyaklah empat hal, yang dua hal adalah keredhaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki). Dua hal yang pertama adalah syahadat bahwa tiada Tuhan selain Allah (لا اله إلا الله), dan yang kedua adalah kalian beristighfar kepadaNya. Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah mintalah syurga dan berlindunglah padanya dari neraka. Barangsiapa yang memberi minum untuk berbuka orang yang berpuasa di bulan itu maka Allah akan memberinya minum dari telagaku hingga tidak akan dia haus hingga dia sampai ke syurga. (Hadits riwayat Ibn Khuzaimah didalam Shahihnya; al-Baihaqi didalam Syu’abul Iman dan Fadhail al-Auqaat; Ibn Abi Dunya di dalam kitab Fadhail Syahr Ramadhan;Ibn Syahin di dalam kitab Fadhail Syahr Ramadhan, Ibn Hibban;al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Mathalibul ‘Aliyah, kitab puasa, bab kelebihan bulan Ramadhan ).

Dan sebelum melangkah masuk bulan Ramadhan yang penuh barokah, marilah kita mengulang kaji sedikit mengenai Ramadhan dan Puasa, yakni tentang kelebihan dan adab-adabnya sebagai persediaan kepada diri kita. Al-Fagir petik daripada dari kitab Mukhtasor al-Nasho`ih al-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah atau Ringkasan Dari Nashihat Agama dan Wasiat Iman untuk renungan bersama. Kitab ini adalah karya Quthubul Irsyad al-Habib Abdullah bin 'Alawi al-Haddad رضي الله عنه. Yang al-Fagir ambil petikan ini adalah dari yang telah diringkas dan ditakhrij hadits-haditsnya oleh Tuan Guru al-Fagir asy-Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Busyairi حفطهما الله. Adapun mengenai hukum-hakam, sah-batalnya maka boleh rujuk di dalam kitab-kitab/buku feqah.
مكانة شهر رمضان: (واعلموا معاشرالإخوان) – يسرنا الله وإياكم لليسرى، وجنبنا العسرى، وغفر لنا في الآخرة والأولى – أن شهر رمضان شهر عظيم القدر والمنزلة عند الله وعند رسوله، وهو سيد الشهور، فرض الله صيامه على المسلمين، وكتب عليهم، فقال تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ  (سورة البقرة :183)، - أعنى – شهر رمضان، أنزل الله كتابه، وجعل من لياليه ليلة القدر التي هي خير من ألف شهر، والألف شهر أكثر من ثلاث وثمانين سنة، فتأمل حساب ذلك، وتفكر في نفسك أي ليلة هذه الليلة! التي صارت عند الله خيرا وأفضل من هذه المدة الطويلة. وقال الله تعالى: شَهْرُ رَمَضَانَ  الَّذِىْ  أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى  لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ (سورة البقرة : 185 ). فعرفنا أنه سبحانه أنه أنزل القرآن في رمضان، ثم أنه أنزل في ليلة القدر منه على الخصوص، وهذا الإنزال من اللوح المحفوظ إلى بيت العزة من السماء الدنيا، نزل القرآن جملة واحدة من اللوح إلى بيت العزة، ونزل به جبريل بأمر الله على رسوله - عليهما والسلام – مفرقا في نحو ثلاث وعشرين سنة
Kedudukan Bulan Ramadhan: Ketahuilah, wahai saudara-saudaraku kaum Muslimin, semoga Allah Ta’ala melapangkan jalan yang mudah bagi kita dan menjauhkan kita dari jalan yang sukar, serta memberikan ampunan kepada kita di dunia dan akhirat; bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang tinggi darjatnya dan besar martabatnya di sisi Allah Ta’ala dan RasulNya. Ia juga menjadi penghulu bagi segala bulan. Pada bulan ini Allah memfardhukan puasa ke atas kaum Muslimin, dan dicatit sebagai kewajiban yang tidak boleh ditinggalkan. Firman Allah Ta’ala: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar  kamu bertakwa.” (Surah: al-Baqarah: 183). 
Pada bulan Ramadhan pula Allah Ta’ala menurunkan kitab suciNya (al-Qur’an), dan dipilih di antara malam-malamnya suatu malam yang disebut Lailatul Qadr, dimana ia lebih utama dari seribu bulan, atau lebih dari 83 tahun. Maka renungkanlah kadar ini, dan sematkan di dalam fikiranmu, malam apakah itu yang dipandang oleh Allah Ta’ala, lebih baik dan lebih utama dari masa yang begitu panjang sekali. Firman Allah Ta’ala: “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” (Surah. al-Baqarah: 185)

Dari firman Allah Ta’ala ini kita tahu bahwa al-Qur’an itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul Qadar sebagai tanda keistimewaannya. Al-Qur’an diturunkan dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Ia diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah, sesudah itu diturunkan pula oleh Jibril عليه السلام kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan perintah Allah Ta’ala satu persatu dalam jangkamasa 23 tahun.

فضائل شهر رمضان: وفي فضل شهر رمضان قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: رمضان إلى رمضان، والجمعة إلى الجمعة، والصلاة إلى الصلاة، مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر. (حديث صحيح. رواه مسلم، وأحمد، والبيهقي عن أبي هريرة رضي الله عنه) وقال عليه السلام في شهر رمضان: هو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة (رواه ابن خزيمة، والبيهقي عن سلمان الفرسي رضي الله عنه).وقال فيه: أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه. (رواه ابن خزيمة، والبيهقي) وقال جبريل لرسول الله – عليهما السلام -: من أدرك رمضان فلم يغفر له أبعده الله، قل : آمين ، قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: آمين. ( الحديث رواه ابن حبان، والبيهقي، والحاكم، والطبراني )
(قلت): ذلك لتيسر أسباب المغفرة في رمضان أكثر منها في غيره من الشهور، فليس يحرم المغفرة فيه إلا من تفاحش إعراضه عن الله وعظمت جرائته على الله، فاستوجب البعد والطرد عن باب الله. نسأل الله العافية من سخطه وعذابه وجميع بلائه. وقال عليه الصلاة والسلام : من صام رمضان وقامه إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. (حديث صحيح رواه الشيخان، وأبو داود ، والنسائي، وابن ماجه عن أبي هريرة رضي الله عنه)

Kelebihan Bulan Ramadhan: Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Bulan Ramadhan satu ke bulan ke bulan Ramadhan berikutnya, Jum’at satu ke Jum’at berikutnya, dan satu shalat ke shalat berikutnya menjadi  penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar.” (Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan al-Baihaqi)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda mengenai bulan Ramadhan: “Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah syurga.” (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi). Sabda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم lagi: “Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, tengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Sesungguhnya Allah Ta’ala memerhati kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat perhatian Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya. Selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

Jibril عليه السلام berkata kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم: “Siapa yang menemui (mendapati) bulan Ramadhan sedangkan dia tidak diampuni Allah Ta’ala nescaya dia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Katakanlah amin!’ Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. berkata: ‘Amin.” (Hadits riwayat: Ibnu Hibban, Thabrani, Hakim dan Baihaqi)

Hal itu disebabkan pada bulan Ramadhan begitu mudahnya mendapatkan sebab-sebab maghfirah dibandingkan bulan-bulan lainnya. Kerana itu tiada seorangpun yang diharamkan memperoleh ampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak berpaling dari Allah Ta’ala dan sangat berat penentangannya. Oleh kerananya dia dijauhkan dan diusir dari pintu (rahmat) Allah. Kita memohon perlindungan dan keselamatan dari kemurkaan Allah Ta’ala dan siksaNya serta segala bencanaNya.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Siapa berpuasa Ramadahan dan berjaga malamnya dengan penuh iman dan ihtisab, nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu.” (Hadits riwayat: al-Bukhari, Muslim dan yang lainnya)

آداب الصيام: للصائم آداب لايكمل صيامه إلا بها، فمن أهمها: أن يحفظ لسانه عن الكذب والغيبة، وعن الخوض فيما لايعنيه، ويحفظ عينه وأذنه عن الاستماع والنظر إلى ما لا يحل له، وإلى ما يعد فضولا في حقه. وكذلك يحفظ بطنه من تناول الحرام والشبهة، وخصوصا عند الإفطار يجتهد جدا أن لا يفطر إلا على الحلال. قال بعض السلف: إذا صمت فانظر على أى شيء تفطر، وعند من تفطر؟ إشارة على الحث على التحرى والاحتياط فيما يفطر عليه. وترك المعاصى واجب على الدوام على الصائم وعلى المفطر، غير أن الصائم أولى بالتحفظ، وهو عليه أوجب وآكد، فافهم.
ومن آداب الصائم – أن لا يكثر النوم بالنهار، ولا يكثر الأكل بالليل، وليقتصد في ذلك حتى يجد مس الجوع والعطش، فتتهذب نفسه وتضعف شهوته، ويستنير قلبه، وذلك سر الصوم ومقصوده. وليجانب الصائم الرفاهية والاكثار من تناول الشهوات واللذات كما ذكرنا
ومن آدابه – أن لا يكثر التشاغل بأمور الدنيا في شهر رمضان، بل يتفرغ عنها بعبادة الله وذكره ما أمكنه، ولا يدخل في شيء من أشغال الدنيا إلا إن كان ضروريا في حقه، أو في حق من يلزمه القيام به من العيال ونحوهم، وذلك لأن شهر رمضان في الشهور بمنزلة يوم الجمعة في الأيام. فينبغي للمؤمن أن يجعل يوم جمعته وشهره هذا لآخرته خصوصا.
ومن السنة – تعجيل الفطر، وأن يكون على التمر، فإن لم يجده فعلى الماء، وكان عليه السلام يفطر قبل أن يصلى المغرب ويقول: لا تزال أمتي بخير ما عجلوا الفطر وأخروا السحور. (متفق عليه)، فتأخير السحور من السنة أيضا.
وينبغي للصائم أن يقلل من الأكل ولا يستكثر منه، وذلك حتى يظهر عليه أثر الصوم، ويحظى بسره ومقصوده الذي هوتأديب النفس، وتضعيف الشهوات، فإن للجوع وخلو المعدة أثرا عظيما في تنوير القلوب، ونشاط الجوارح في العبادة. والشبع أصل القسوة والغفلة، والكسل عن الطاعة، قال عليه الصلاة والسلام : ما ملأ ابن آدم وعاء شرا من بطنه، حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه، فإن كان لا محالة فثلث لطعامه، وثلث لشرابه، وثلث لنفسه. (رواه الإمام أحمد، والترمذي، وابن ماجه، وابن سعد، والدارمي عن المقدم بن معدى كرب رضي الله عنه). وقال بعضهم: إذا شبعت البطن جاعت جميع الجوارح، وإذا جاعت البطن شبعت جميع الجوارح. ومن المستحب المتأكد – تفطير الصائمين ولو على تمرات أو بشربة ماء، قال عليه السلام: من فطر صائما كان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء. (رواه البيهقي، وابن خزيمة عن سلمان الفارسي رضي الله عنه) يعني من أجر الصائم.

Adab-adab Berpuasa: Setiap orang yang berpuasa mempunyai adab, tidaklah sempurna puasa itu tanpa adab.Di antara adabnya yang terpenting adalah, memelihara lidah daripada berdusta, mencaci, mencampuri urusan orang lain, mengekang mata dan telinga dari melihat atau mendengar sesuatu yang tidak halal, yang tiada sangkut paut dengan dirinya.
Berbuka Puasa di Darul Musthafa, Tarim, Hadramaut

Selanjutnya hendaklah ia menahan perut dari makanan yang haram atau syubhat, terutama sekali ketika waktu berbuka puasa. Ia wajib berusaha mencari yang halal untuk berbuka puasa. Sebahagian kaum salaf berkata: Jika engkau berpuasa, perhatikanlah makanan yang engkau makan untuk berbuka dan dimana engkau berbuka. Hal ini merupakan anjuran kepada kita supaya berhati-hati dan mengambil berat terhadap makanan yang kita makan untuk berbuka.

Meninggalkan maksiat hukumnya wajib untuk selama-lamanya bagi orang yang berpuasa dan tidak berpuasa. Hanya saja terhadap orang yang berpuasa lebih wajib memelihara diri, kerana ianya sangat dituntut dan dikuatkan.

Di antara adab puasa yang lain adalah hendaklah orang yang berpuasa itu tidak terlalu banyak tidur di waktu siang dan tidak terlalu banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia sederhana dalam kedua perkara tersebut, agar ia dapat merasakan pedihnya lapar dan dahaga, hingga dengan begitu jiwanya boleh terdidik, syahwatnya boleh berkurang dan hatinya akan bercahaya. Di situlah letak rahsia dan tujuan berpuasa yang sebenarnya. Selanjutnya hendaklah ia meninggalkan segala kemewahan dalam segala hal, memperbanyak makanan dan minuman yang memancing selera dan yang lazat-lazat, sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini.

Di antara adabnya lagi, ialah hendaklah pada bulan Ramadhan tidak terlalu banyak melibatkan diri dalam urusan dunia, tetapi hendaklah ia menumpukan dirinya untuk beribadat kepada Allah sebanyak-banyaknya dan berzikir semampunya. Tidak mengusahakan sesuatu dari urusan dunia, melainkan yang perlu untuk dirinya dan orang-orang yang ada dalam tanggungannya, seperti anak-isteri dan sebagainya. Sebab bulan Ramadhan itu bila dibandingkan dengan bulan yang lainnya adalah seperti kelebihan hari Jumaat atas hari-hari lainnya. Maka adalah wajar bagi setiap Mu’min mengkhususkan hari Jumaat dan bulan Ramadhan untuk mengumpulkan bekal akhiratnya.

Diantara yang sunat bagi orang yang berpuasa ialah menyegerakan berbuka puasa. Yang paling baik adalah dimulai dengan buah kurma. Jika tidak ada maka dengan air tawar. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berbuka dahulu sebelum menunaikan shalat Maghrib. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Umatku tetap akan berada dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan makan sahur.” (Hadits riwayat: Bukhari dan Muslim). Dari hadits [diatas] maka jelas bahawa mengakhirkan makan sahur untuk orang berpuasa merupakan amalan yang sunat.

Orang yang berpuasa hendaklah membiasakan diri makan sedikit, tidak terlalu banyak makan, sehingga kesan puasa itu dapat ia rasakan, ia akan memperoleh rahsia dan tujuan berpuasa; iaitu mendidik nafsu dan melemahkan keinginannya. Kerana bahawasanya dengan berlapar dan mengosongkan perut itu meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati nurani serta menimbulkan semangat pada anggota tubuh untuk beribadah. Manakala perut yang kenyang merupakan punca segala kekerasan dan kelalaian hati, dan menimbulkan perasaan malas untuk beribadah. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda : “Tidak ada suatu wadah yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Memadailah bagi anak Adam itu beberapa suap untuk menyambung hidupnya. Jika ini tidak mecukupi, maka hendaklah sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga lagi untuk pernafasannya.” (Hadits riwayat: Imam Ahmad, at-Tirmidzi, dan yang lainnya). Sebahagian ahli hikmah berkata: Jika perut kenyang, laparlah seluruh anggota tubuh. Dan jika perut lapar, kenyanglah seluruh anggota tubuh.

Diantara yang sangat dianjurkan adalah mengundang orang-orang yang berpuasa untuk berbuka berpuasa, sekalipun dengan beberapa butir kurma, ataupun dengan sedikit air minum. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda :  “Siapa yang mengundang orang yang berpuasa untuk berbuka maka baginya  pahala orang yang berpuasa itu, tidak dikurangi dari pahala itu sedikitpun.” (Hadits riwayat: al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

صلاة التراويح: وصلاة التراويح في كل ليلة من رمضان سنة مأثورة، وعادة السلف – رحمة الله عليهم – توزيع القرآن من أوله إلى آخره عليها، يقرءون منه فيها كل ليلة ما تيسر، ويجعلون الختم في بعض الليالى من آخر الشهر، فمن أمكنه أن يقتدى بهم في ذلك قليشمر ولا يقصر، فإن الخير غنيمة: وَمَا تُقَدِّمُوْا ِلأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ ( سورة البقرة : 110 )
ومن لم يتفق الاقتداء بهم في ذلك فليحذر من التخفيف المفرط الذي يعتاده كثير من الجهلة في صلاتهم للتراويح، حتى ربما يقعون بسببه في الإخلال بشيء من الواجبات، مثل ترك الطمأنينة في الركوع والسجود، وترك قراءة الفاتحة على الوجه الذي لا بد منه بسبب العجلة
 
Shalat Tarawih: Shalat Tarawih yang dikerjakan pada setiap malam Ramadhan adalah sunat yang harus dipatuhi. Para salaf رحمة الله عليهم membaca al-Qur’an dari awal hingga akhir dalam shalat tarawih. Setiap malam dibacanya sekadar yang mampu sampai mereka khatamkan al-Qur’an itu pada malam-malam tertentu di akhir bulan Ramadhan. Siapa yang boleh mengikuti teladan ini maka lakukanlah dan jangan abaikan, sebab segala kebajikan yang dilakukan dalam bulan ini adalah besar pahalanya. Firman Allah Ta’ala: “Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah.” (Surah al-Baqarah: 110 ).
 
 
 
Barangsiapa yang tidak memiliki kesempatan untuk mengikuti jejak langkah para salaf dan amalannya, maka hendaklah berhati-hati, jangan meringankan shalat tarawih itu, sebagaimana yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang jahil, sehingga ada sebahagian mereka mengabaikan suatu rukun yang wajib dalam sembahyang itu, seperti meninggalkan tuma’ninah pada ruku’ dan sujud oleh kerana terlalu cepat, ataupun tidak memperhatikan bacaan al-Fatihah menurut petunjuk yang harus dilakukan, kerana ingin segera selesai.

استحباب الاكثار من البر في رمضان: واستكثروا من أعمال البر، وأفعال الخير ما استطعتم في شر رمضان، لفضل أوقاته وحصول المضاعفة فيه، وكثرة الثواب، وتيسير العمل بالخيرات. فأما المضاعفة فلما ورد: أن النافلة في رمضان يعدل ثوابها ثواب الفريضة ، والفريضة فيه بسبعين فريضة في غيره. (رواة خزيمة، والبيهقي، وأبو الشيخ ابن حبان عن سلمان رضي الله عنه).
وكما ينبغي للمؤمن أن يستكثر من الأعمال الصالحة في هذا الشهر ويسارع فيها، كذلك ينبغي له أن يبالغ في التحرز عن المخالفات، ويكون في نهاية البعد عنها، فإن المعاصى في الأوقات الفاضلة يكون إثمها عظيما، ووزرها كثيرا، نظير كثرة الثواب على الأعمال الصالحة الواقعة في الأوقات الفاضلة

Memperbanyak Kebajikan di Bulan Ramadhan: Perbanyakkanlah kalian daripada amal ibadah dan perbuatan baik sejauh kemampuan kalian di dalam bulan Ramahan disebabkan kelebihan waktu-waktunya dan hasil ganjaran yang dilipatgandakan, disamping pahalanya yang banyak dan mudahnya seseorang melakukan segala yang baik.
Adapun mengenai ganjaran yang berlipatganda, terdapat satu riwayat yang mengatakan bahwa shalat sunat pada bulanRamadhan pahalanya seperti pahala shalat fardhu. Sedangkan pahala shalat fardhu dilipatgandakan seperti pahala tujuh puluh shalat fardhu pada selain bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Abu al-Sheikh Ibnu Hibban)
Sebagaimana seorang Mu’min itu harus memperbanyak amal ibadah pada bulan Ramadhan dan berlumba-lumba untuk mengerjakannya, demikian pula hendaknya ia berwaspada  dari melakukan dosa dan maksiat. Hendaklah ia menghindarkan diri sejauh kemampuannya, dari perkara-perkara yang dilarang oleh agama, kerana bahawasanya melakukan maksiat di waktu-waktu yang dimuliakan Allah itu dosanya amat besar dan berlipatganda, sebagaimana berlipatgandanya pahala amal ibadah dan kebajikan pada waktu-waktu yang mulia tersebut.

فضل العشر الأواخر من رمضان وليلة القدر: وقد ورد أنه عليه الصلاة والسلام كان يجتهد في رمضان مالا يجتهد في غيره وكان يجتهد في العشر الأواخر منه مالا يجتهد في غيرها من رمضان. (قلت): وذلك لفضل العشر الأواخر على غيرها من الشهور وقد أمر عليه السلام بالتماس ليلة القدر فيها. قال العلماء – رحمهم الله - : وهي في الأوتار منها أرجى . وقال بعضهم : إنها متنقلة في لياليه ، وليست ليلة بعينها

Keutamaan Sepuluh Hari Terakhir Dan Malam Lailatul Qadar: Diriwayatkan bahwa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sering menggandakan amal dalam bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan yang lain. sementara pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, Baginda صلى الله عليه وسلم akan lebih bersungguh lagi beramal daripada seluruh bulan Ramadhan itu.

Nyatalah bahawa Baginda صلى الله عليه وسلم melakukan yang demikian itu tidak lain kerana keutamaan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dari hari yang lain-lain di bulan itu. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم juga menyeru kita agar mencari malam Lailatul Qadar pada malam-malam sepuluh terakhir itu pula. Para ulama رحمهم الله berkata: “Kemungkinan adanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan”. Yang lain mengatakan, bahawa malam itu berpindah-pindah, tidak dapat ditentukan pada suatu malam yang tetap.

Jadual untuk mencari lailatul qadar berdasarkan pengalaman para ulama 'arifbillah. Beramallah dari awal Ramadhan sehingga akhir Ramadhan dan dilipat-gandakan amalan pada 10 malam terakhir. InsyaAllah bagi yang ikhlas beramal keranaNYA maka akan dipertemukan dengan malam yang mulia ini. Wallahu a'lam.
 تعهد الفقراء والأرامل والأيتام في رمضان: (وينبغي) الاكثار من الصدقة والمواساة، وتعهد الفقراء والمساكين، وتفقد الأرامل والأيتام فى هذا الشهر الشريف، فقد ورد: أنه كان عليه الصلاة والسلام أجود بالخير من الريح المرسلة ، وأنه أجود ما يكون في رمضان "(حديث صحيح . رواه البخاري ، ومسلم عن ابن عباس رضي الله عنهما). وينبغي الاكثار فيه من تلاوة القرآن ومدارسته، ومن الاعتكاف في المساجد، ولا سيما في العشر الأواخر ، إذ كان عليه السلام يعتكفها
(ثم اعلم) أن شهر رمضان شهر مبارك على المسلمين، وفي اليوم السابع عشر منه كانت وقعة بدر، وهو يوم الفرقان يوم التقى الجمعان، وفي رمضان كان فتح مكة المشرفة، ودخول الناس في دين الله أفواجا، وفيه ليلة القدر التي هي خير من ألف شهر، ومن أدركها وعمل فيها بطاعة الله اثنتى عشرة سنة مثلا، كان بمثابة من عاش في طاعة الله ألف سنة، فهل شيء أعظم من ذلك وأجل قدرا؟ وكم في رمضان من البركات والخيرات!

Membantu Fakir-Miskin, Anak-anak Yatim Dan Janda. Sebaik-baik amal di bulan Ramadhan ialah memperbanyak sedekah dan membantu fakir-miskin, anak-anak yatim dan para janda. Ada sebuah riwayat yang mengatakan bahwa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم lebih murah hati untuk berbuat dan melakukan kebajikan daripada angin kencang yang berhembus, dan pada bulan Ramadhan Baginda صلى الله عليه وسلم lebih murah hati lagi.
Sesudah itu hendaklah memperbanyak membaca al-Quran dan memahami makna-maknanya. Memperbanyak i’tikaf di masjid, terutama sekali pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, kerana pada waktu-waktu tersebut Nabi صلى الله عليه وآله وسلم selalu beri’tikaf.
Selanjutnya, hendaklah engkau ketahui bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati bagi kaum Muslimin. Pada hari ke-17 dari bulan ini telah terjadi perang Badar; iaitu hari penentuan antara haq dan bathil, dimana kedua belah pihak, Muslimin dan Musyrikin, bertempur. Pada bulan Ramadhan pula terjadinya penaklukan kota Makkah al-Musyarrafah, dimana sesudah itu semua penduduk kota Makkah berbondong-bondong memeluk Islam. Pada bulan ini pula terdapat malam Lailatul Qadr, suatu malam yang lebih utama dari seribu bulan. Siapa yang menemui malam tersebut seraya mengerjakan ketaatan kepada Allah Ta’ala sebanyak 12 tahun umpamanya, adalah sama seperti mengerjakan amal ibadah selama seribu tahun. Adakah sesuatu yang lebih besar dari yang demikian itu, ataupun lebih mulia kedudukannya?! Disamping itu, amat banyak berkat dan kebajikan dibulan Ramadhan. Tamat petikan

Maka  al-Fagir simpulkan:

  • Sentiasalah perbaiki dan perhatikan niat kita, agar apa yang yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
  • Sambutlah kedatangan bulan yang penuh barokah ini dengan berazam untuk meningkatkan keta’atan kepadaNya. Besarkan dan muliakan bulan Ramadhan. Jangan di sia-siakan bulan ini dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, apatah lagi dengan kema’siatan. Hindari atau kurangkanlah melakukan perkara-perkara yang melalaikan atau yang sia-sia. Penuhilah waktu dengan beribadah kepadaNya.
  • Berpuasalah dengan ertikata yang sebenar. Yakni janganlah sekadar menahan diri dari makan dan minum dan dari melakukan perbuatan yang membatalkan puasa sahaja tetapi hendaklah menahan segala anggota tubuh dari segala kema’siatan - tahanlah mata dari melihat sesuatu yang diharamkan dan dimakhruhkan – tahanlah lidah dari mengumpat, memfitnah, mengadu domba, berbahas perkara-perkara khilafiah, berkata yang sia-sia - tahanlah telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram dan dari yang melalaikan - tahanlah tangan dari mengambil yang haram - tahanlah kaki dari berjalan ketempat yang haram dan yang melalaikan – tahanlah fikiran dari memikirkan apa yang hendak dimakan tatkala berbuka nanti, apa yang mau dibeli dibazaar Ramadhan petang nanti, dimana mau berbuka nanti dan sebagainya. Tahanlah diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Dan yang terlebih utama lagi adalah menahan hati daripada mengingati selain ALLAH. InsyaAllah semoga kita beroleh TAQWA.
  • Bertarawikh dan berwitirlah pada malamnya. Usah diperbahaskan akan bilangan rakaatnya. Kerjakanlah tarawikh sebanyak 20 rakaat dan diikuti dengan witir 3 rakaat sekurang-kurangnya, kalau dikerjakan witir sebanyak 11 rakaat itulah yang terbaik. Jangan sesekali  diremehkan atau tinggalkan sholat tarawikh kerana ianya adalah anugerah khusus di bulan Ramadhan. Lakukanlah sholat tarawikh dengan tenang, jangan tergesa-gesa. Disamping itu perbanyakkan sholat-sholat sunat yang lainnya seperti sholat Dhuha, Tasbih dan lain-lain
  • Usahakan agar dapat mengerjakan sholat-sholat yang difardhukan secara berjemaah di masjid atau surau, atau sekurang-kurangnya berjema’ah bersama keluarga dirumah atau bersama teman-teman dipejabat.
  • Perbanyakkan i'tikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadhan, mudah-mudahan dipertemukan dengan satu malam yang sangat istimewa iaitu lailatul qadar.
  • Banyakkanlah membaca atau bertadarrus al-Quran. Bacalah, bertadarusslah dengan penuh tadabbur. Bulan Ramadhan adalah bulan dimana al-Quran diturunkan padanya. Bacalah, bertadarruslah dan fahamilah akan tuntutan al-Quran dan berazamlah untuk memenuhi tuntutannya. Semoga kita beroleh petunjuk dan keredhaanNya.
  • Perbanyakkan mengucapkan لا إله إلا الله , bershalawat, beristighfar dan berdoa kepadanya sebagaimana yang diajarkan oleh Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.
  • Perbanyakkan sedekah dan membantu golongan yang memerlukan dibulan ini. Guru kami pernah berpesan kepada kami: “Kalau nafsumu ghairah menginginkan kau berbelanja besar dibulan ini, maka lakukanlah TAPI bukan untuk dirimu, sebaliknya untuk mereka yang memerlukan. Kau berbelanjalah/belilah apa yang kau hajatkan dan kemudiannya kau sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Belilah pelbagai juadah yang kau inginkan kemudian datangilah kepintu-pintu rumah mereka yang memerlukan dan kau sedekahkan. Usahakanlah agar kau dapat untuk memberi makan kepada mereka yang berpuasa terlebih lagi mereka yang faqir dan miskin atau anak-anak yatim atau musafir yang terlantar dijalanan walaupun cuma seorang! Lakukan begitu untuk mendidik nafsumu!” Boleh berbelanja lebih untuk keluarga tetapi biarlah berpada-pada!
  • Jangan biarkan Ramadhan berlalu pergi tanpa kita mendapat keampunan, rahmat dan keredhaanNYA. 
Akhirkata al-fagir memohon para pengunjung al-Fanshuri agar tidak lupa mendoakan al-fagir di bulan Ramadhan yang mulia. Ampun maaf atas segala kesalahan dan kesilapan. ….. Semoga kita semua beroleh keampunan dan keredhaanNYA. Dan semoga kita semua keluar dari Universiti Ramadhan bersama dengan ijazah TAQWA.


al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
taman seri gombak, selangor darul ehsan
khamis, 26 Sya’ban 1432/28 Julai 2011

Related Posts with Thumbnails