الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
AlhamduliLlah tsumma alhamduliLlah, al-Fagir Abu Zahrah panjatkan jutaan kesyukuran ke hadratNYA yang telah menyampaikan al-Fagir ke bumi Tarim al-Ghanna, Hadramaut, Yaman buat kali kedua.
Keistemewaan Yaman: Yaman, bumi yang berkat kerana beberapa sebab kerana ianya disebut di dalam hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan bumi Yaman adalah salah satu bumi yang pernah didoakan oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم:
اللهم بارك لنا في شامنا، اللهم بارك لنا في يمننا. قالوايارسول الله، وفي نجدنا. قال : اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا. قالوا يارسول الله، وفي نجدنا. قال : هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”
Siapalah yang tidak ingin untuk menjejakkan kaki kebumi yang pernah didoakan oleh penghulu segala anbiya dan mursalin, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Di dalam hadits yang lain Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
إني لأجد نفس الرحمن من هاهنا- و أشار إلى اليمن. وفي روية : إني اجد نفس الرحمن من قبل اليمن
Maksudnya: “Sesungguhnya aku mendapati ‘nafas ar-Rahman’ dari sebelah sana – dan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengisyaratkan ke arah Yaman. Dan dalam riwayat lain Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Sesungguhnya aku menemukan ‘Nafas ar-Rahman’ dari arah Yaman.”
Yaman yang dikhabarkan oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengenai sifat ahlinya, iaitu:
أتاكم أهل اليمن هم أرق أفئدة وألين قلوباً الإيمان يمان والحكمة يمانية
Maksudnya: “Telah datang kepada kalian orang-orang Yaman. Mereka ini adalah orang-orang paling halus sanubarinya dan paling lembut hatinya. Keimanan itu ada pada orang Yaman dan hikmah itu ada pada orang Yaman”. Manakala di dalam riwayat yang lain disebutkan: “Keimanan itu ada pada orang Yaman, fiqih itu ada pada orang Yaman dan hikmah itu ada pada orang Yaman”.
Di dalam kitab al-Fadhoil al-Yaman, seorang ulama hadits iaitu al-Hafidz al-Quraisyi menyebutkan, Sayyiduna Abu Dzar al-Ghiffari رضي الله عنه meriwayatkan, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): “Jika timbul fitnah, hendaklah kalian (tinggal) di Yaman, kerana (tempat) itu diberkati”. Dalam sebuah Hadits lain disebutkan: “Sebab, penduduknya bersifat pengasih, tanahnya diberkati, dan ibadah disana pahalanya besar”. Dan di dalam kitab Wasilatul Muta’abbidin, tercantum sebuah hadits dari Sayyidina Jabir bin Abdullah al-Anshari, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): “Sepertiga keberkahan dunia kembali ke Yaman. Barangsiapa (yang ingin) lari dari fitnah hendaklah ia lari ke Yaman”.
Demikianlah serba-sedikit tentang keistimewaan bumi Yaman sebagaimana yang terdapat di dalam riwayat. Inilah yang membuat al-Fagir sentiasa rindu untuk ke bumi Yaman. Dan pada al-Fagir, qalbu Yaman itu adalah Hadramaut, manakala qalbu Hadramaut adalah kota Tarim.
Alhamdulillah pada hari Ahad tanggal 14 Rajab 1431 bersamaan 27 Jun 2010, al-Fagir beserta dengan beberapa orang teman berangkat ke Tarim untuk menyertai Daurah Soifiyyah ke-16 di Darul Musthafa.
Terimakasih … Sebelum meneruskan catatan ini, terlebih dahulu al-Fagir ingin merakamkan ucapan TERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA kepada pihak yang menaja al-Fagir untuk menyertai daurah ini, iaitu Hawi al-Khairat Malaysia, khususnya ‘Ammi ‘Abdul Rahman al-Haddad. Juga tidak lupa kepada teman-teman yang membantu al-Fagir, antaranya al-Fadhil Ustaz Azian Man (Imam Masjid al-Falah), al-Fadhil Ustaz Azhar Hasyim al-Tarimi, jemaah Rahmatan lil ‘Alamin pimpinan al-Fadhil Ustaz Azhar Hasyim al-Tarimi dan individu-individu tertentu yang tidak mahu namanya dipaparkan disini. Semoga Allah membalas sebaik-baik ganjaran di atas sumbangan kalian. آمين
Setelah beberapa jam penerbangan maka sampailah kami ke lapangan terbang San’aa. San’aa adalah merupakan ibukota Yaman. Cuaca di San’aa agak sejuk. Kami bermalam di sebuah hotel di San’aa 1 malam.
Photo ini diambil dari hotel tempat kami menginap di San'aa |
Bermalam di San’aa. Sewaktu di San’aa, kami mengambil peluang untuk melawat Babul Yaman, iaitu sebuah Kota Lama Yaman. Kata orang kalau datang ke Yaman, tak sah kalau tak melawat ke Babul Yaman. Bagi yang suka shopping … inilah tempatnya.
Babul Yaman adalah bandar lama San’aa, dikenali juga dengan panggilan San’aa Gadeem. Ia adalah merupakan satu-satunya kota lama dan menjadi penempatan awal manusia yang ditemui oleh Sam bin Nabi Nuh عليهما السلام. Menurut sejarah Sam telah datang ke Yaman dari utara untuk meninjau tempat yang lebih baik untuk dibuat penempatan. Beliau telah memilih tempat tersebut mengikut halatuju seekor burung. Tempat itulah sekarang dikenali sebagai Kota Babul Yaman. Di situlah Sam telah membina Istana Ghomdan. Manakala buku-buku sejarah lain mengatakan nama untuk kota ini ialah Azal, sepertimana juga tercatat dalam puisi-puisi Arab. Azal ialah anak lelaki kepada Joktan Ibn Amir Ibn Shalikh Ibn Arfakhashd Ibn Sam Ibn Nuh.
Sehingga sekarang kota ini masih segar dengan gelaran Bandar Sam. Pada 1984 pihak UNESCO telah mengisytiharkannya sebagai “ Warisan Manusia di Dunia” . Dahulu kota ini adalah menjadi hub perniagaan bagi saudagar-saudagar Arab.
Sehingga sekarang kota ini masih segar dengan gelaran Bandar Sam. Pada 1984 pihak UNESCO telah mengisytiharkannya sebagai “ Warisan Manusia di Dunia” . Dahulu kota ini adalah menjadi hub perniagaan bagi saudagar-saudagar Arab.
2 komen:
assalamualaikum.. patutlah blog ditutup... pakcik, saya dok baca berita2 la ni banyak kata kat yaman ni pusat terroris? yaman salah 1 target amerika kan?
Wa'alaikumussalam. Ya kat sini ada juga puak yang melampau jenama 'W'. Depa ni memang suka letup-letup. Bahkan sewaktu pakcik di Tarim tahun 2008 dulu, puak ni cuba buat huru-hara berhampiran dengan Darul Musthafa dan Darul Zahra' sewaktu warga Tarim menghadiri ziarah Hud tapi berjaya dipatahkan oleh pihak pemerintah. Mereka bukan dari asli Tarim tapi dari Syimal (Utara Yaman). Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga bunyi tembakan ....
Catat Ulasan