Ahad, 5 September 2010

CATATAN PERJALANAN ABU ZAHRAH KE TARIM, HADRAMAUT, YAMAN - SIRI 2


Bab al-Yaman adalah kota lama San’aa. Sebuah kota yang unik. Ianya dikelilingi dengan tembok yang tebal setinggi lebihkurang 6 – 9 meter. Kota ini mempunyai tujuh buah pintu, untuk keluar-masuk. Pintu utama dan yang terkenal di panggil Bab al-Yaman. Pintu ini masuh wujud sehingga kini dan merupakan satu warisan sejarah bagi San’aa. Di dalam kota ini terdapat lebihkurang 6,500 buah rumah, 12 hammam (tempat mandi awam) dan 100 buah masjid. Bayangkan betapa besarnya kota lama ni …….. 

Dan disini terdapat deretan kedai-kedai, suq dan bazaar untuk membeli-belah. Dan pasar yang masyhur adalah Suq al-Milh, iaitu sebuah suq yang berusia lebih dari 1,000 tahun. Dan suatu yang unik yang ingin ambo kongsikan di sini adalah sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Jami’ al-Kabir.


Masjid Jami al-Kabir
Masjid Jami’ al-Kabir dan Keistimewaannya
Masjid ini merupakan yang paling tua. Dibina oleh shababat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang bernama Wabr ibn Yuhannas al-Khuzai رضي الله عنه. Beliau diutuskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ke San’aa pada tahun ke-6H untuk menyampaikan dakwah dan menjadi guru agama disana dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم memerintahkan beliau untuk membina masjid dengan panduan-panduan khusus yang berikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thabarani kitabnya al-Mu’jam al-Ausath, Wabr ibn Yuhannas al-Khuzai al-Anshori رضي الله عنه berkata:
قال لي رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: إذا بنيت مسجد صنعاء فاجعله عن يمين جبل يقال له ضين
Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepadaku:Apabila engkau membina Mesjid Sana’a, maka jadikanlah ia disebelah kanan bukit yang dipanggil Dhin (Hadits riwayat ath-Thabarani. Al-Haitsami berkata di dalam kitabnya Majma’ al-Zawaaid: Ath-Thabrani meriwayatkannya di dalam al-Ausath dengan sanad hasitsnya hasan). Ibn Sakan dan Ibn Mundah juga meriwayatkannya sebagaimana dinyatakan oleh oleh Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani di kitabnya al-Ishobah.
Al-Hafiz al-Muhaddis Ahmad bin Abdullah bin Muhammad ar-Razi (wafat 460H). menyebutkan dalam kitabnya Tarikh San’aa: Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah mengarahkan Wabr bin Yuhannas Al-Ansari رضي الله عنه tatkala Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengutusnya ke Sana’a: “Serulah mereka kepada iman, sekiranya mereka patuh serta taat kepada engkau maka sebutkan kepada mereka tentang syariat sholat, sekiranya mereka patuh serta taat kepada engkau maka suruhlah mereka membina masjid di taman kepunyaan Bazan (Gabenor Yaman. – insyaAllah kisah mengenai keislamannya akan ditulis dalam siri seterusnya) daripada batu besar yang asal dari Ghamdan dan jadikanlah kiblatnya ke arah bukit yang dipanggil Dhin”.
Dan apabila Wabr رضي الله عنه memberitahu kepada mereka tentang ciri-ciri binaan masjid yang diarahkan oleh Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. lalu Aban bin Sa’id datang serta membina masjid tersebut mengikut ciri-ciri yang diarahkan oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di dalam taman kepunyaan Bazan yang asal batu besar dan beliau menghadapkan arah kiblatnya ke bukit Dhin.


Ar-Razi berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah menulis surat kepada Wabr supaya beliau membina masjid daripada pagar kepunyaan Bazan dan menjadikannya bermula daripada batu besar sehingga ke temboknya serta menghadapkan kiblatnya ke arah bukit Dhin”. Dan sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: “Maka suruhlah mereka membina masjid di taman kepunyaan Bazan daripada batu yang asalnya dari Ghamdan dan jadikanlah kiblatnya ke arah bukit yang dipanggil Dhin”.
Dan apa yang telah disebutkan di dalam surat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kepada Wabr رضي الله عنهMembina masjid daripada pagar kepunyaan Bazan dan menjadikannya bermula daripada batu besar sehingga ke temboknya” adalah penentuan yang terperinci tentang kedudukan dan tempat masjid tersebut.
Dan sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: “Dan jadikanlah kiblatnya ke arah bukit yang dipanggil Dhin”, dan juga sabdaan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم: “Serta menghadapkan kiblatnya ke arah bukit Dhin”, adalah penentuan yang tepat tentang arah kiblat masjid tersebut. Kedudukan bukit Dhin adalah lebihkurang 30km dari San’aa.
Dan kini telah terbukti (melalui google earth map) bahwa kedudukan arah qiblat yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu adalah garis lurus yang tepat menghadap ke Ka’bah. 

Qiblatnya Masjid Jami al-Kabir tepat menghala ke dinding Ka’bah iaitu diantara rukun Yamani dan Hajarul Aswad. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم memberi panduan tanpa perlu apa-apa peralatan canggih. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak pernah sampai ke San’aa. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak pernah melihal Jabal Dhin. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak pernah milihat batu Mulamlamah. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak pernah mengukur jarak di antara San’aa dengan Mekah yang yang berukuran lebih dari 800km. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak pernah melihat taman milik Bazan … Inilah nubuwwah! Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memperkatakan apa yang diwahyukan kepadanya, sebagaimana firman Allah:
 Maksudnya: “Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” (Surah an-Najm 3 – 4)
Walaupun masjid ini telah diperluaskan, namun binaan asalnya masih dipelihara. Ianya terletak di kawasan dua tiang yang bertanda Manqurah dan Masmurah. 
Ruang asal Masjid Jami al-Kabir
Sebahagian makumat tentang masjid ini diperolehi dari Majalah E’jaz Ilmi. Bil: 26. Muharram 1428H, oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindany yang telah diterjemahkan oleh Ustaz Abu Hashim al-Yahya.

..... bersambung ke siri seterusnya, insyaAllah  .... 




 

4 komen:

~albazrah~ berkata...

Assalamualaikum Pakcik, dalam Babul Yaman tu masih ada beribu-ribu rumah sampai hari ini kah? Lepas tu suq tu orang masih berjual sampai hari ini jugak kah?

Bestnya...

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam. Azma, rasanya, rumah-rumah tu masih ada kerana masih banyak bangunan-bangunan lama yang berwarna merah/coklat (maaf laa ... pcik ni kan rabun warna!)dan kawasan kota tu pulak luas sangat.

Suqnya pun masih ada. Syurga membeli belah bg yang gemar shopping. Dan kalau leka berjalan dicelah lorang-lorongnya .... bisa tersesat.

Pcik tak jalan byk sangat kat suq ... rimas.

Awanama berkata...

Assalamu'alaikum Pakcik,

Alhamdulillah, pakcik sudah kembali. Didoakan semoga pakcik sihat2, insyaAllah ada masa kami ziarah nanti. Satu perkara, saya dah mula kerja, di MTD gombak, alhamdulillah, rezeki memanggil di bulan Ramadhan.

Salam ramadhan yang terlewat,
-alida-

THE GREEN berkata...

salam,

singgah sebentar untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.

kalau lalui perjalanan jauh, pandu berhati2...
nyawa hanya satu, cuai jgn skali..

regards,
BLADE EDGE

Related Posts with Thumbnails