
(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Faqir al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh, tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri, ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Isi kandung kitab ini hendaklah dipelajari kepada tuanguru yang arif dan berkelayakan. Ampun maaf diatas segala kelemahan pentransliterasi. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
Artinya bermula Allah Ta’ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu [surah as-Shaffat:96].
Dan lagi firman Allah Ta’ala
قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ فَمَالِ هَـٰؤُلاۤءِ ٱلْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثاً
Artinya: Katakan olehmu hai Muhammad segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah Ta’ala maka betapakah bagi mereka itu kaum tiada hampir faham mereka itu akan perkataan. [surah an-Nisaa: 78]
Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
لاتتحرك ذرة الا باذن الله
Artinya tiada bergerak di dalam ‘alam ini sesuatu dzarrah jua pun melainkan dengan izin Allah Ta’ala.[1]
Dan kata Sidi ‘Umar al-Faridh [2] رضي الله عنه:
ولو خطرت لي في سواك اوادة على خاطري سهوا قضيت بردتي
Artinya:Jikalah terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu murtad.
……. bersambung disiri akan datang, insyaAllah ….. والله تعالى أعلى و أعلم
[Transliterasi berdasarkan kepada kitab Risalah 'Amal Ma'rifat MengEsakan Allah oleh Syaikh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad 'Afif al-Banjari. Terbitan Khazanah al-Fathoniyyah, Kuala Lumpur, Malaysia, 2005M/1426H]
Notakaki:
[1] Menurut ulama hadits, kata-kata ini adalah merupakan kata-kata ulama dan bukannya hadits. Wallahu a’lam.
[2] Sidi Umar ibn Faridh adalah seorang shufi yang dilahirkan di Mesir pada tahun 576/577H. Beliau terkenal sebagai seorang sufi yang melantunkan syair-syair shufi. Syair-syairnya melambangkan hubb ilahi yang mendalam dan konsep wahdatus syuhud. Kata-kata beliau dalam maksudnya tidak boleh difahami dengan makna dzahir semata-mata. Oleh kerana inilah terdapat ulama yang mengkafirkan beliau sebagaimana juga Ibn ‘Arabi. Pun begitu tidak sedikit ulama yang mempertahankan mereka berdua Beliau hidup sezaman dan Ibn ‘Arabi. Wafat pada tahun 632H di Mesir.
2 komen:
bila nak sambung balik bab nie
InsyaAllah, bila ada kelapangan. ambo sedikit sibuk sekarang.
Catat Ulasan