Khamis, 27 November 2008

Burdah

Rabu, 26 November 2008

Ayahanda dan Bonda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم - Bahagian 1

Al-Faqir telah diminta oleh beberapa orang kawan untuk menulis satu artikel yang sangat berat bagi al-Faqir. Sehari dua lepas, seorang kenalan semasa daurah tahun lepas menalipon al-Faqir lagi dan minta supaya dituliskan juga, dan “paparkan di al-Fanshuri” katanya. al-Faqir sekadar menjawab insyaAllah. Sebelum ini juga ada pengunjung menyuarakan permintaan dishoutbox untuk menulis tajuk yang sama. Artikel yang diminta al-Faqir tulis adalah mengenai kedudukan ibubapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Menurut mereka, ada segolongan yang bermazhab ‘tiada bermazhab’ …. (faham-faham je lah …) telah melemparkan isu yang sensitif [dan biadab] di khalayak awam iaitu … ibubapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم di neraka, ibubapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mati dalam keadaan musyrik dan sebagainya. Bahkan salah seorang dari mufti dikalangan mereka disebuah tanah ‘arab juga berfatwa sedemikian … Ya Allah, aku berlindung denganMu dari beraqidah yang sedemikian rupa.

Memandangkan isu sensitif ini yang dilontarkan kepada masyarakat awam yang rata-rata tidak mengetahui dalil bagi pendapat yang mengatakan bahwa ibubapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , selamat dari azab nereka, maka al-Faqir mengambil keputusan untuk menulis sekadar pengetahuan yang ada. Maka terlebih dahulu al-Faqir memohon ampun dan maaf andaikata terdapat kesalahan dan kesilapan dalam menukilkan pendapat para ulama. Teguran dan tunjuk ajar daripada para asatizah, terlebih dahulu ucapkan terimakasih. Pada mulanya al-Faqir bercadang untuk meminta Ustaz Khuwaidim menyemaknya dahulu, tetapi memandangkan beliau sibuk dengan pengajian kilat bersama pelajar beliau, maka al-Faqir papar sekadar apa adanya sajalah.

Sebenarnya persoalan ini telah pun dijawab oleh para ulama besar ahl al-Sunnah wa al-Jamaah seperti Imam as-Sayuthi didalam kitabnya al-Ta’zim wa al-Minnah fi Anna Abawayy al-Rasul fi al-Jannah dan Masalik al-Hunafa' fi Walidayy al-Mustafa, Abu Hafs Umar Ibn Syahin, Imam al-Qurtubi di dalam al-Tazkirah, Syaikh Ibrahim al-Baijuri didalam Tuhfatul Murid ‘ala Jauharatit Tauhid, Mufti Mesir Dr. Ali Jum’ah di dalam al-Bayan Lima Yusygilu al-Adzhan, Dr Abdul Malik bin Abdurrahman al-Sa’adi didalam al-Bid’ah al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiiq dan lain-lain.

Selain itu, ulama kita juga telah menjawab persoalan ini seperti Syaikh Nawawi al-Banteni didalam Nuruz Zholam Syarah Mandzumah ‘Aqidah al-‘Awaam, Sayyid Yusuf bin ‘Ali aL-Zawawi, Mufti Terengganu didalam fatwanya yang dikeluarkan pada tahun 1971, Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi didalam bukunya Wahabisma dari Neraca Syara’, Ustaz Mujahid bin Abdul Wahab didalam bukunya Keislaman Ayahanda dan Bonda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dan bebaru ini di ruangan bicara agama di akhbar Utusan Malaysia bertarik 9 November 2008, soalan yang sama dikemukan, dan ianya dijawab oleh Ustaz Muhammad Yusof Abas dengan baik. Al-Faqir paparkan disini untuk dikongsi bersama.


SOALAN: Adakah ibu bapa Nabi [صلى الله عليه وآله وسلم] termasuk dalam mereka yang terselamat di akhirat nanti sedangkan ada hadis yang mengatakan bahawa Baginda pernah bersabda: "Bapa kamu dan bapaku dalam neraka" - Sanusi Samsul, Taiping, Perak.


JAWAPAN: Menurut pendapat ahlul haq, mereka yang berada di antara dua masa para rasul itu (mereka yang dikenali sebagai ahlul fatrah) atau mereka yang tidak diutuskan rasul kepada mereka itu, mereka dikira terselamat dan tidak diazabkan di akhirat nanti. Ini termasuklah ibu bapa Nabi kita. Ia berdasarkan firman-Nya yang bermaksud "Kami tidak menyeksa (sesiapa) sehingga Kami utuskan Rasul dan utusan (untuk menerangkan yang benar dan salah)" (Maksud Surah al Israa' ayat 15).


Adapun sabda Nabi [صلى الله عليه وآله وسلم] tadi yang mengatakan "Bapamu dan bapaku dalam neraka" itu dikatakan hadis ahad yang tidak dapat menolak dalil qat'ai dari al-Quran. Justeru itu para ulama kita mengatakan maksud dengan perkataan bapaku dalam hadisnya tadi boleh difahami sebagai bapa keturunan (seperti datuk neneknya, bapa saudara seperti Abu Talib dan Abu Lahab dan lainnya. Ini kerana Abu Talib adalah bapa angkat yang memelihara dan menjaganya sejak kecil lagi dan bagaimana hubungan kasih sayang yang terjalin antara anak saudara dengan bapa saudaranya itu. Menurut pendapat yang terkuat, ibu bapanya (ibu bapa nabi) adalah terselamat, malah kata para ulama lagi, seluruh datuk nenek dari keturunannya dikira dari ahlul fatrah lagi bersih dari sebarang keaiban. Ini berdasarkan sabdanya yang bermaksud: "Aku sentiasa berpindah-pindah dari benih yang suci dari satu generasi ke satu generasi yang baik-baik (tidak bercampur) bukan dari benih yang kotor dan jahat'' (Riwayat Abu Nu'aim)


Malahan dikatakan ada hadis riwayat dari Urwah dari Aisyah: "Bahawa kedua ibu bapa Nabi pernah dihidupkan kerana permohonannya lalu hiduplah keduanya dan beriman dengannya lalu terus meninggal" (Riwayat Ibnu Syahin).


Kesimpulannya, akidah yang perlu dipegang ialah kedua ibu bapa Baginda adalah selamat sejahtera. Wallahualam.

Bagi al-Faqir, secara peribadinya, pertanyaan atau membangkitkan persoalan sebegini adalah merupakan satu perbuatan yang jahat adab kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, yang lahir dari seseorang yang kering hatinya daripada rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Sedangkan kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم adalah merupakan qurb yang paling utama disisi Allah. Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda:

والذي نفسي بيده لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين

Artinya: Demi dzat yang diriku berada didalam genggamanNya, tidak beriman seseorang dari kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada ibubapanya, anaknya dan manusia sekeliannya. [Hadits riwayat al-Bukhari dan Ahmad]

Salah satu tanda cinta kita kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ialah dengan tidak membuat atau membangkitkan sesuatu yang menyakiti baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Maka tidak diragukan bahawa membicarakan yang tidak baik tentang kedua ibubapa baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, menyakiti baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Allah Ta’ala berfirman:

وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Artinya: Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah at-Taubah: 61)

Didalam ayat lain Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِي ٱلدُّنْيَا وَٱلآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَاباً مُّهِيناً

Artinya: Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya, Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Surah al-Ahzab: 57)

Janganlah kita menjadi seumpama kaum Yahudi yang menyakiti Nabi Musa عليه السلام , sebagaimana firman Allah:

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ آذَوْاْ مُوسَىٰ فَبرَّأَهُ ٱللَّهُ مِمَّا قَالُواْ وَكَانَ عِندَ ٱللَّهِ وَجِيهاً

Artinya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah menyakiti Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala tuduhan yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah. (Surah al-Ahzab: 69)

Qadhi Hussin berkata: Maka, kami tidak mengatakan sesutu kecuali apa yang diredha oleh Tuhan kami dan diredhai oleh Rasul kami. Dan kami tidak berani memberanikan diri terhadap kedudukan baginda yang mulia dan menyakiti baginda صلى الله عليه وآله وسلم dengan perkataan yang membuatkan baginda صلى الله عليه وآله وسلم tidak redha.

Qadhi Abu Bakar Ibn al-’Arabi, salah seorang imam didalam mazhab Maliki pernah ditanya perihal seorang lelaki yang mengatakan bahwa bapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada di dalam neraka. Maka beliau (Qadhi Abu Bakar) menjawab: Sesungguhnya lelaki tersebut dilaknat Allah Ta’ala, kerana Allah Ta’ala telah berfirman maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya, Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Surah al-Ahzab: 57). Dan tiada perkara yang menyakiti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang terlebih besar daripada seseorang itu mengatakan bahwa bapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada di dalam neraka.

Apa untungnya mereka melemparkan isu ini ketengah masyarakat awam? Mengapa mereka mengajar masyarakat untuk tidak beradab dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Apa manfaatnya? Entahlah … akhir-akhir ini, ramai yang mencari ke‘glamour’an dengan melontarkan isu-isu yang sensitif, membesar-besarkan persoalan-persoalan khilafiah yang sepatutnya dihadapi dengan berlapang dada … porak-peranda kesatuan umat bila hal sebegini dilontarkan kepada masyarakat awam. Dan terdapat juga trend kini yang mengambil ilmu agama dengan hanya sekadar membaca dari buku-buku tanpa belajar dari mereka yang berkeahlian dan yang benar pegangan aqidahnya.

Adapun mengenai kedudukan ibubapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sebagaimana yang tersebut didalam kitab-kitab yang al-Faqir nyatakan diatas, secara mudahnya dijawab berdasarkan firman Allah iaitu:

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولاً

Artinya: Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Dan firman Allah:

رُّسُلاً مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلاَّ يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى ٱللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ ٱلرُّسُلِ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزاً حَكِيماً

Artinya: Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (surah an-Nisa: 165)

Imam al-Baijuri menyebut didalam kitab Tuhfatul Murid ‘ala Jauharatut Tauhid:

Tanbih: Apabila engkau telah mengetahui bahwa ahli fatrah adalah golongan yang terselamat di akhirat menurut qaul yang raajih, maka mengetahuilah engkau bahwa kedua ibubapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم juga terselamat, disebabkan keduanya tergolong daripada ahlul fatrah. Bahkan semua nenek moyang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم terselamat dan dihukumkan sebagai generasi yang beriman dan tiada seorang pun di antara mereka yang (terjatuh) didalam kekufuran, kekotoran, keaiban (yang menjatuhkan maruah) dan tidak pula oleh sesuatu diantara apa-apa yang pernah dilakukan oleh kaum arab jahiliah, berdasarkan dalil naqliah, seperti firman Allah Ta’ala:


وَتَقَلُّبَكَ فِي ٱلسَّاجِدِينَ
Artinya: Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud (asy-Syu’ara: 219)

Dan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:


لم أزل انتقل من الاصلاب الصاهرات إلى الأرحام الزكيات

Artinya: Sentiasa aku berpindah dari sulbi generasi-generasi yang suci kepada rahim-rahim yang bersih.

Dan selain yang demikian itu daripada hadits-hadits yang telah mencapai darjat mutawatir. – sekian petikan dari Tuhfatul Murid, halaman 68 -

Mengenai firman Allah Ta’ala dalam ayat 219 surah asy-Syu’ara diatas - وتقلبك في الساجدين Diriwayatkan dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما bahwa dia berkata: “Yakni diantara tulang-tulang sulbi nenek moyang Nabi Adam عليه السلام, Nabi Nuh عليه السلام dan Nabi Ibrahim عليه السلام, sampai Allah Ta’ala mengeluarkan baginda صلى الله عليه وآله وسلم sebagai seorang Nabi.” [lihat tafsir Qurthubi dan Thabari]

Diriwayatkan dari Watsilah bin Asqa’ bahawa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya):

“Sesungguhnya Allah Ta’ala memilih Nabi Ismail عليه السلام dari anak-anak Nabi Ibrahim عليه السلام, memilih Bani Kinanah dan anak cucu Nabi Ismail عليه السلام, memilih Quraisy dari Bani Kinanah; memilih Bani Hasyim dari Quraisy, dan memilih diriku dari Bani Hasyim.” [hadits riwayat Ahmad dan Muslim. Hadits ini adalah riwayat Ahmad]

Dari Sayyidina Abbas رضي الله عنه diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan makhluk, lalu Dia menjadikan aku yang terbaik di antara mereka dan dari generasi terbaik mereka. Kemudian Allah Ta’ala memilih kabilah-kabilah, lalu menjadikan aku dari kabilah terbaik. Kemudian Dia memilih keluarga-keluarga, lalu menjadikan aku dari keluarga terbaik. Maka, aku adalah (makhluk) terbaik peribadinya dan terbaik keluarganya.” [hadits riwayat Ahmad dan at-Turmidhi]

Maka, jelas bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menyebut, asal-usul keturunannya dengan sifat baik dan suci. Itu adalah dua sifat yang berlawanan dengan sifat kekafiran dan kesyirikan. Allah Ta’ala berfirman dengan menyebutkan sifat kaum musyirikin (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (jiwa musyirikin itu dianggap kotor, kerana menyekutukan Alllah - surah at-Taubah: 28

Mufti Terengganu, Sayyid Yusuf bin ‘Ali az-Zawawi, ketika ditanyakan soalan siapakah ahlul fatrah dan kesudahan mereka, maka beliau menjawab:
Ulama-ulama Islam maksudkan dengan “ahli fatrah” itu ialah mereka yang tidak sampai seruan Nabi dan tidak dibangkitkan kepada mereka utusan [Rasul] daripada Allah Ta’ala. Ulama` ini berkata bahwa mereka ini terlepas dari azab siksa hari akhirat. Sebagaimana firman Allah “وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا” Artinya: “Kami tidak akan menyiksa sehingga telah kami mengutus rasul”. Ayat 15 surah al-Isra’. Ulama juga meletakkan istilah ahli fatrah itu kepada kaum Quraisy dan lainnya yang telah mati sebelum diutus junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم menjadi Rasul dan mereka itu mengatakan bahwa mereka ini terlepas daripada azab siksa dengan sebab tidak sampai seruan Islam kepada mereka termasuklah kedua ibubapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri.

Mengenai pembahagian ahlul fatrah, al-Faqir mengutip daripada tulisan Ustaz Mujahid bin Abdul Wahab bertajuk Keislaman Ayahanda dan Bonda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang mana buku tersebut disemak oleh al-Fadhil Syaikh Muhamad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi:

Menurut Professor Dr Judah al-Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran di Universiti al-Azhar di dalam kitabnya Hady al-Nairain, secara umumnya ahli fatrah dibahagikan kepada 4 kategori:

Golongan pertama: Mereka dikurniai hidayah oleh Allah a’al untuk mentauhidkanNya dari cahaya hati mereka tanpa menganut mana-mana ajaran Nabi sebelumnya. Diantara mereka ialah Qus ibn Sa’adah, Zaid bin Amru, Zuhair dan ‘Amir ibn al-Zorb

Golongan kedua: Mereka yang menganut agama yang dibawa Nabi-nabi terdahulu, patuh serta iltizam dengannya dan perkara yang berkaitan dengan kerasulan Rasul terakhir صلى الله عليه وآله وسلم bagi sesiapa yang mengenali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم atau yang mengikuti jalan-jalan mereka yang mengetahui perutusan baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Diantara mereka iaialh Tubba al-Himyari yang memeluk Islam dan beriman 900 tahun sebelum kelahiran baginda صلى الله عليه وآله وسلم tatkala kaum Yahudi menceritakan kepadanya ( perihal Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) dari kitab-kitab agama mereka. Beliau pada asalnya merupakan penganut agama Nabi Ibrahim عليه السلام. Begitu juga Waraqah ibn Naufal dan Utsman ibn al-Huwairith dan segelintir penduduk Najran yang tergolong dari kalangan pembahagian ini yang taat dan menganut agama tersebut.

Golongan ketiga: Mereka yang tidak mensyirikkan Allah Ta’ala dan tidak pula mentauhidkanNya serta tidak menganut sebarang agama Nabi sebelumnya. Mereka juga tidak mengasaskan agama sendiri dan tidak pula sampai kepada mereka ajaran Nabi sebelumnya. Bahkan, kekallah mereka dengan arus kehidupan secara semulajadi. Kategori ini merupakan golongan yang menepati istilah Ahli Fatrah yang sebenar dan ketetapan bagi mereka ialah terselamat dari sebarang azab berdasarkan firman Allah Ta’ala:

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولاً

Artinya: Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul.

Golongan keempat: Mereka yang menukar dan menokok tambah ajaran Nabi sebelumnya serta mensyirikkan Allah Ta’ala. Mereka mensyariatkan agama mereka sendiri dan menentukan hukum-hakam menurut kehendak hawanafsu. Kebanyakkan mereka adalah dari golongan arab jahiliyyah. Diantara mereka ‘Amru ibn Luhai yang pertama sekali mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliyyah.

Menurut Imam Zurqani didalam Syarah al-Mawahib al-Laduniyyah [pendapat beliau adalah bertepatan dengan pembahagian ketiga - abuzahrah], kedua ayahanda dan bonda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tergolong didalam kategori yang ketiga kerana tidak mendapat sebarang seruan dakwah Nabi-nabi yang terdahulu disebabkan zaman mereka yang terkemudian. – Tamat petikan dari buku keislaman ayahanda dan bonda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Halaman 20 – 23 -

Mufti Mesir, Dr ‘Ali Jum’ah juga menjawab persoalan seumpama ini didalam kitabnya al-Bayan Lima Yasyghul al-Adzhan dan juga al-Bayan al-Qawim li Tashhih Ba’dhi al-Mafahim:


Ketahuilah bahawa ibubapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan nenek-moyang baginda, jika tsabit bahawa sebahagian mereka jatuh dalam sesuatu yang secara zahir merupakan kesyirikan, maka mereka bukanlah orang-orang yang musyrik. Mereka bersikap demikian kerana mereka tiada diutuskan keatas mereka Rasul. Maka golongan ahlussunnah waljamaah seluruhnya meyakini bahawa siapa yang terjatuh kedalam kemusyrikan, sedangkan dia berada di dalam masa penggantian syariat-syariat tauhid dalam rentang masa kosong (fatrah) antara satu Nabi dengan Nabi selanjutnya, maka ia tidak disiksa.

Dalil-dalil yang menunjukkan hal itu cukup banyak, antara lain berdasarkan firman Allah Ta’ala:


وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولاً

Artinya: Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra’: 15)

ذٰلِكَ أَن لَّمْ يَكُنْ رَّبُّكَ مُهْلِكَ ٱلْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا غَٰفِلُونَ

Artinya: Yang demikian itu adalah kerana Tuhanmu tidaklah membinasakan kota-kota secara aniaya, sedang penduduknya dalam keadaan yang lengah (maksudnya: penduduk suatu kota tidak akan diazab, sebelum diutuskan seorang Rasul yang akan memberikan peringatan kepada mereka.)” (Surah al-An’am: 131)

وَمَآ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلاَّ لَهَا مُنذِرُونَ

Artinya: Dan, kami tidak membinasakan sesuatu negeripun, melainkan sesudah ada baginya orang-orang yang memberikan peringatan. (surah asy-Syu ‘ara: 208).

رُّسُلاً مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلاَّ يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى ٱللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ ٱلرُّسُلِ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزاً حَكِيماً

Artinya: Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (surah an-Nisa: 165)

Maka, tidak berdiri tegak hujjah (bagi Allah Ta’ala) terhadap makhluk kecuali dengan mengutus Rasul-rasul. Dan tanpa mengutus Rasul-rasul, maka manusia tidak berada dalam hujjah, dengan rahmat Allah Ta’ala dan kurniaNya. Ayat-ayat ini menunjukkan apa yang diyakini oleh ahlul haq, golongan ahlussunnah waljamaah, bahawa Allah Ta’ala dengan rahmat dan kurniaNya tidak menyiksa seorang pun sehingga diutuskan kepadanya Rasul yang memberi peringatan.

Mungkin sahaja ada orang yang mengatakan: “Barangkali kedua ibubapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم telah diutus Rasul pemberi peringatan kepada mereka dan mereka berdua syirik setelah sampainya hujjah.” Maka ini merupakan sesuatu yang tidak dikemukakan oleh teks ajaran, bahkan nash-nash yang menafikannya dan menegaskan sebaliknya. Allah Ta’ala berfirman:

وَمَآ آتَيْنَاهُمْ مِّنْ كُتُبٍ يَدْرُسُونَهَا وَمَآ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ قَبْلَكَ مِّن نَّذِيرٍ

Artinya: Dan (tidak ada sebarang alasan bagi dakwaan mereka, kerana) Kami tidak pernah memberi kepada mereka Kitab-kitab untuk mereka membaca dan mengkajinya, dan Kami juga tidak pernah mengutus kepada mereka sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pemberi amaran (melarang mereka menerima ajaranmu). (surah Saba: 44)

Pada ayat lain Allah Ta’ala berfirman :

لِتُنذِرَ قَوْماً مَّآ أَتَاهُم مِّن نَّذِيرٍ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Artinya: … supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).

Dan pada ayat lain lagi, Allah Ta’ala berfirman:

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ ٱلْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِيۤ أُمِّهَا رَسُولاً يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي ٱلْقُرَىٰ إِلاَّ وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ

Artinya: Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

Nash-nash yang telah dikemukakan itu menunjukkan bahawa kedua ibubapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tidak diseksa bukan kerana mereka berdua ibubapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tetapi kerana termasuk dalam orang-orang yang hidup pada masa fatrah (ruang waktu kosong antara para Rasul). Dan hukum mereka sudah jelas di kalangan kaum muslimin.

Imam Syathibi berkata [didalam al-Muwafaqat, juz 3]: “Telah berlaku ketetapan Allah Ta’ala (sunnatuLlah) pada makhlukNya bahawa Dia tidak menyiksa kerana pelanggaran kecuali setelah mengutus rasul. Lalu apabila hujjah sudah berdiri tegak atas mereka: siapa yang memilih beriman, maka ia beriman; dan siapa yang memilih kafir, maka ia kafir. Bagi setiap pilihan ada balasan setimpal.” – petikan dari al-Bayan Lima Yasyghul al-Adzhan, halaman 171 – 172 -

Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, silalah rujuk kitab-kitab yang telah al-Faqir sebutkan diatas tadi. InsyaAllah al-Faqir akan menyambung lagi tulisan ini didalam bahagian 2 dan 3 …….

اَلَّلهُمَّ انْفَعْنَا بِمَا عَلَّمْتَنَا وَعَلِّمْنَا مَا يَنْفَعُنَا وَزِدْنَا عِلْمًا وَالحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَ نَعُوْذُ بِاللهِ مَنْ أَحْوَالِ أَهْلِ النَّارِ

Sekian.
وماتوفيقي إلابالله عليه توكلت وإليه انيب
~ al-haqir al-faqir abu zahrah -



Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan - Siri 9

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Sekian.

Kata syaikh رضي الله عنه:

الحق تعالى مطلع على السرائر والظواهر في كل نفس وحال فأيماقلب رآه مؤثرله حفظه من طوارق المحن ومظلات الفتن

Bermula Haq Subhanahuwa Ta’ala itu melihat atas segala rahsia hambaNya dan dahirnya, pada tiap-tiap nafas dan tiap-tiap hal yakni kelakuan. Maka dimana ada hati melihat ia akan Dia memberi Ia melihat bekas baginya, yakni dilihat akan segala hari hambaNya yang melebihkan dan memberi bekas akan Tuhannya daripada segala yang lain, nescaya memelihara Allah akan dia daripada kedatang[an] percuba[an] dan daripada fitnah yang menyesatkan dia daripada memandangkan yang lain daripadanya.


Inilah hikmah iaitu edaran ahli ath-thariqat dan iaitu maqam muraqabah dan maqam ihsan iaitu mengetahui ia bahwasanya Allah Ta’ala melihat akan dia pada sekelian ketikanya dan mengetahui pula Allah Subhanahuwa Ta’ala akan barang yang didalam dirinya. Maka jadilah ia bersamaan dzahirnya dan bathinnya dan khalwatnya yakni di dalam sunyinya dan jalwahnya didalam tengah orang banyak, bersamaan padanya zahir. Maka tiada dilihatnya didalam segala kelakuannya itu melainkan Mualanya dan tiada berhadap pada menyampaikan segala hajatnya melainkan kepadaNya.

(Dan hasillah) daripada perkataannya Syaikh bahwasanya pati jalan itu: Bahwa mengetahui orang yang salik akan bahwasanya Allah Subhanahuwa Ta’ala itu Tuhan yang melihat atas segala rahsianya dan zahirnya pada tiap-tiap nafas dan tiap-tiap kelakuan.

Maka apabila terlintas baginya satu lintas[an] yang nafsiah atau syaithaniah, maka berkata ia bagi dirinya: Bahwasanya Haq Subhanahuwa Ta’ala melihat atas lintas hatiku ini. Hai nafsu! Maka apa yang terlebih kasih kamu memberi bekas akan Haq Subhanahuwa Ta’ala dan mengikut pada barang yang disuruhNya dan tegahNya atau mengikut akan kehendak kamu?

Maka orang yang dibahgiakan dia dengan pertolongan dan diberi taufiqNya memilih ia dan memberi bekas ia akan Haq Subhanahuwa Ta’ala dengan hatinya atas dirinya dan berpaling ia daripada demikian lintas nafsiah atau syaithaniah itu hingga dijadikan mu’dumah yakni hilang dan seperti tiada ada padanya.

Maka barangsiapa melihat akan dia Haq Subhanahuwa Ta’ala memberi bekas akan kehendak Tuhannya dan berpaling ia daripada kehendak nafsunya, nescaya memelihara Allah akan dia daripada kedatangan percuba[an] dan menyesat akan dia fitnah, dan jadilah Haq Subhanahuwa Ta’ala itu kekasihnya dan ia kekasih Tuhannya seperti yang tersebut didalam hadits Qudsi ……. bersambung, insyaAllah.


[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M]



والله تعالى أعلى و أعلم
~ al-Haqir al-faqir abuzahrah ~

Isnin, 17 November 2008

Blog baru ...

Jempatlah singgah ke blog al-Faqir yang terbaru. Sila klik sini. Blog ini khusus untuk memperkenal kitab-kitab.

Rabu, 12 November 2008

Ar-Rasail al-Darqawiyah - Siri 10

... sambungan dari siri yang lalu.

Al-Rasail al-Darqawiyah
(Siri – 10)

Transliterasi Kitab ar-Rasail ad-Darqawiyah - Surat-surat Maulay al-‘Arabi ad-Darqawiy yang diterjemah dan diberi syarah oleh al-Faqir-ilallah Muhamad bin ‘Ali bin Ahmad al-Ibrahimiy as-Sulaimani al-Fathoni tsumma al-Taranqanuwi tsumma al-Kelantani

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan tambahan pada notakaki oleh hamba yang faqir lagi haqir abu zahrah abdullah thahir al-qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya mempelajarinya dengan tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian kerana terdapat isitilah-istilah yang sukar difahami dan perlu dirujuk kepada mereka yang berkeahlian. Semoga kita dikurniakan ‘futuh al-‘arifin’ untuk memahami hakikat pelajaran yang terdapat didalam tuilsan/kitab ini. Sekian.)



Apabila seseorang telah bertemu dengan syaikh itu (kadangkala didapatinya syaikh itu bertindak secara yang tak disangka-sangka), kadang kala syaikh itu melihat bahwa ruh muridnya itu dapat dimerdehekakan (daripada belenggu syahwat dan syaiton) dengan jalan berpuasa lalu ia pun menyuruh muridnya berpuasa, sebaliknya pada suatu masa yang lain, syaikh itu akan menyuruh muridnya makan sampai kenyang untuk tujuan yang sama; sekarang ia melihat bahwa si murid akan mendapat manfaat kerohanian dengan memperbanyakkan kegiatan zahir; adakalanya ia melihat bahwa lainnya pula, daripada berjaga [malam]; kadangkala ia menghendaki muridnya mengasingkan diri dari manusia, kadangkala, disebaliknya ia menasihati si murid supaya bergaul dengan manusia, kerana boleh jadi cahaya bathin si murid itu tiba-tiba telah menjadi terlalu kuat untuknya, lalu syaikh itu pun merasa bimbang kalau-kalau si murid akan hilang ‘aqal sebagaimana ramai para murid pada zaman silam dan pada zaman kita ini yang telah menjadi gila. Inilah sebabnya kenapa syaikh itu mungkin membawa muridnya keluar daripada khlawat (atau uzlah dan menyuruhnya bergaul dengan manusia, agar ketegangan ruhaniyahnya akan berkurang dan ia terpelihara dari menjadi gila. Demikianlah kalau cahaya bathin menjadi terlalu malap, syaikh akan menghantarnya kembali kedalam khalwat (atau uzlah) agar menjadi bertambah terang atau kuat, dan begitulah seterusnya kemungkinan-kemungkinan ia bertindak terhadap simurid. Segala urusan di tangan Allah (والامر بيدالله). Peranan sebagai syaikh (atau pembimbing rahani di jalan Allah) mungkin nyaris-nyaris tidak zahir lagi kerana kekurangan orang yang hatinya dihidupkan oleh kemahuan yang sungguh-sungguh untuk mengikutinya, tetapi (Allah Ta’ala lebih mengetahui dan amat berhikmah), hikmah ketuhanan (maha sempurna), tak mungkin susut buat selamanya.


Kami melihat bahwa at-Thoriqat (atau jalan ruhaniah) itu semestinya dijaga atau dipelihara oleh kekuatan dan qudrat ilahiyyah, oleh kerana ia turun melalui para syaikh kita daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Sidi Abu al-Abbas al-Mursi رضي الله عنه pernah berkata: Seseorang syaikh itu tiadalah memperkenalkan dirinya kepada para murid melainkan apabila ia telah diarah untuk berbuat demikian melalui waaridaat dan melainkan apabila ia telah menerima izin [menerima izin: yakni menerima kuasa atau diserahkan kepadanya kewibawaan ruhanyah] dari Allah dan dari rasulNya صلى الله عليه وسلم”

Berkata izin ini dan rahsia yang terkandung didalamnyalah yang memelihara perjuangan kita dan menjaga keselamatan hal orang-orang yang berpegang kepadanya; tetapi Allah lebih mengetahui.

والله تعالى أعلى و أعلم

Selasa, 11 November 2008

Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri di Masjid Baitulaman

Habib Taufiq bin Abdul Qadir as-Seggaf (as-Saqqaf) di Masjid Baitulaman




Jumaat, 7 November 2008

Bertaubat Dari Merokok - 2

Sambung dari entri sebelum ni ....

Apa yang bakal al-Faqir bawakan disini adalah ulama-ulama yang yang mencela (mengharamkan) rokok dan pendapat-pendapat ulama yang mengharamkan rokok secara ringkas, walaupun terdapat segolongan ulama yang mengatakan hukum merokok makhruh atau sebagainya.

Diantara ulama yang mengharamkan rokok adalah:

  • Syaikh al-Faqih Abdullah bin Umar BaMahzamah
  • Syaikh Abdullah bin Ahmad BaMuhaimisi
  • Syaikh Abu Bakar bin Qasim al-Ahdal
  • Syaikh Abdullah bin Utsman al-‘Amidi
  • Syaikh Ali bin Abdullah Baras
  • Habib Abdullah al-Haddad
  • Habib Hussin bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • Syaikh Sholih al Bulqini
  • Syaikh Nuruddin Ali az-Ziyadi
  • Syaikh Ibrahim Zam’an al-Yamin az-Zabadi
  • Syaikh Ibn ‘Allan al-Makki an-Naqsyabandi
  • Syaikh al-Aziz al-‘Amiri
  • Syaikh Najmuddin bin Badruddin bin al’Arabi al-Ghazzi al-Amiri asy-Syafie ad-Dimasyqi
  • Syaikh Ahmad al-Qulyubi
  • Dan ramai lagi

Kebanyakkan guru al-Faqir juga mengharamkan rokok antaranya Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dan Baba Abdul ‘Aziz. Begitu juga Paksu Mid Bukit Tembaga … beliau pernah berkata: Mulut kumat-kamit berdoa … allahumma ajirni minannar … tapi bara api dok diujung mulut. Guru dari guru al-Faqir iaitu al’Allamah Tuan Hussin Kedah, sangat bencikan rokok. Bahkan kalau beliau melintasi orang yang sedang merokok, mereka akan segera menyembunyikannya kerana takut ditegur Tok Guru Tuan Hussin. Dan seorang guru al-Faqir pula mengatakan bahwa: “…persoalan rokok kalau ditinjau dari hukum syara maka ada khilafnya (haram, makhruh atau harus) namun kalau ditinjau dari hukum wara’ maka tiada khilaf lagi. Maka seyogia bagi salik untuk menjauhkan diri dari rokok. Ambillah sebaik-baik adab”

Petikan kata-kata ulama yang mengharamkan rokok

Pengarang kitab al-Qirthas syarah Ratib al’Arifbillah al-Imam ‘Umar bin ‘Abdurrahman bin ‘Aqil al-Atthas, al-Habib Ali bin Hasan bin Abdullah bin Hussin bin Umar bin Abdurrahman al-Atthas Ba’Alawi menyatakan bahwa merokok adalah tercela disetiap keadaan baik secara syariat maupun secara ‘aqli (akal). Begitu juga pendapat al-Faqih Abdullah bin Ahmad BaZar’ah.

Tersebut di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin yang dikarang oleh as-Sayyid ‘Abdurrahman bin Hussin bin Umar al-Masyhur Ba’Alawi رحمه الله:, Tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai benda yang halal yang paling buruk, di mana ia boleh mengkhayalkan dan berlakunya pembaziran harta, dan ia bukanlah menjadi pilihan makanan atau hisapan atau sedutan oleh mereka yang bermaruah. Telah difatwakan mengenai pengharamannya oleh para ulama tasawuf seperti al-Qutb Sayyidina Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad, al-‘Allamah Ahmad al-Hadwan, sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Umar bin Sumaith tentang pendapat mereka berdua dan ulama yang lain yang sependapat dengan mereka. Bahkan al-Habib al-Imam Husain bin asy-Syaikh Abi Bakr bin Salim dengan panjang lebar membuat amaran keras mengenai dengan tembakau. Beliau (al-Habib Hussin bin Syaikh Abi Bakar bin Salim) mengatakan: “Aku khuatir orang yang tidak bertaubat dari merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan suu’ al-khatimah (mati yang berkesudahan buruk).

As-Sayyid al-‘Allamah Umar al-Bashri رحمه الله dalam fatwanya: “Kaedah-kaedah yang dipakai oleh para ulama kita ketika menyatakan haramnya sesuatu makanan dalam bab al-ath‘imah ialah makanan yang boleh membawa kepada mabuk atau memudaratkan akal atau tubuh badan, maka memakan benda yang memabukkan adalah haram, kerana ia memabukkan, dan memakan makanan yang memudaratkan akal juga haram, kerana mudaratnya itu. Begitu juga jikalau seseorang membuat pengakuan bahawa dia tidak menemui apa-apa manfaat dalam makanan itu dari semua segi, maka elok makanan berkenaan diharamkan ke atasnya, kerana yang demikian itu berlaku pembaziran harta. Pembaziran harta tidaklah ada bezanya di antara membuangnya ke laut atau membakarnya dan sebagainya yang dikira sebagai membuang-buang harta itu. Manakala yang lainnya adalah halal, kerana yang muktamad, bahawa asal sesuatu benda itu halal, apalagi bagi orang yang menjadikannya sebagai ubat.”

Syihabuddin Ahmad al-Qalyubi ketika ditanya hukum merokok menjawab dengan syi'ir beliau yang artinya kurang lebih :
Dengarkanlah jawabanku wahai orang yang bertanya, tentang hukum menghisap api yang kelak kedalam neraka kau akan dijerumuskan


Hukumnya adalah haram berdasarkan dalil dan sifat-sifat buruk didalam rokok, yang telah kukumpulkan. Iaitu, ia dapat menyibukkan dirimu dari bertasbih kepada Pencipta kita, membuat air mata menghitam dan membazirkan wang.


Celakalah orang yang menghisapnya kelak dihari perhitungan, saat ia datang dengan buku catatannya yang kosong melompong lagi kelam. Tidak akan pernah ada selamanya seorang yang 'alim pun yang berkata : Ini adalah halal, baik manusia golongan 'arab maupun 'ajam.


Jika ada yang menentang perkataanku ini, mestilah ia seorang yang tersesat dari jalan-jalan (kebaikan) serta dari kebenaran dan tuli telinganya tersumbat pendengaran

Al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri (ayahadanya Habib Salim), dalam syi'irnya berkata [maksudnya kurang lebih] :

Kau memperbagus rokok dibibirmu, dan kau malu memakai siwakmu
Syariat dan ahli perubatan telah melarangmu dari perbuatan mengganggu itu, tapi kau tetap melakukan hal itu


Seandainya kau balik dua hukum itu (memakai siwak dan meninggalkan rokok) maka itu lebih utama bagimu, akan tetapi syaitan telah menipumu


Berapa banyak harta yang amat berharga kau sia-siakan. Aduhai! kalau saja harta itu kau gunakan untuk akhiratmu


Tidaklah selayaknya bagimu wahai putera keturunan Thoha صلى الله عليه وآله وسلم, lebih memilih akhlaq yang tercela dan kesialannya menyelimutimu


Apakah kau tidak sedar datukmu (Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) hadhir saat kau melakukannya. Benar-benar kau tidak mahu sedar, demi Dzat yang dari nuthfah Dia menciptakanmu.


Tiada kata terlambat untuk bertaubbat. Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, lalu mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka.. dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan buruk itu sedang mereka mengetahui” (Surah Aali ‘Imran :135)


Semoga kita termasuk hamba Allah yang disebut didalam ayat-Nya : "..Sampaikanlah kabar gembira kepada hamba-Ku, yang mendengar perkataan lalu mengikuti apa yang terbaik darinya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang memiliki akal. " (az-Zumar : 17-18)

Sebagaimana disebutkan diawal penulisan, persoalan ini adalah persoalan yang terdapat perbezaan hukum . Maka janganlah ianya dijadi bahan perdebatan yang membawa perpecahan. Terserah mau mengambil pendapat yang mana. Ambil pendapat yang terbaik buat diri kita dengan tidak mencaci dan menghina mereka yang sebaliknya. Dan seyogianyalah kita, para muhibbin mencontohi dan mengikuti nasihat para salaf kita (ulama-ulama sebelum kita) yang terkenal dengan kewarakan, ketaqwaan kepada Allah seperti al-Imam al-Habib Abdullah bin 'Alawi al-Haddad, al-Habib Ahmad bin Hassan al-'Atthas dan juga para Sadah Ba'Alawi yang lain. Bahkan terlebih lagilah kalau kita diantara yang sentiasa mengamalkan ratib dan wirid yang mereka tinggalkan kepada kita, maka terlebih patutlah kita mengikuti akan nasihat mereka. InsyaAllah kelak akan beroleh keberkatan ....

Dan insyaallah … ada kesempatan al-Faqir tulis pula tentang kelebihan siwak dan juga rangkuman dari pesanan, saranan dan nasihat al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri disepanjang majlis haul yang al-Faqir hadhir. 
 
~al-Faqir abuzahrah~

Bertaubat Dari Merokok -1

Alhamdulillah, tahun ini dapat al-Faqir menghadiri majlis haul Qutb al-Irsyad wa Ghaust al-Bilad, al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه dibeberapa buah tempat, antaranya Masjid al-Falah Subang Jaya, Masjid Baitulaman, Masjid al-Bukhary, kediaman Tuan Haji Ya’kub di Kemaman Terengganu, Pondok Damai Kuantan, Pahang dan di Madrasah al-Hasaniah, Rembau, Negeri Sembilan. Al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri adalah merupakan tetamu undangan khas majlis haul tahun ini disamping Habib Sholeh bin Muhamad al-Jufri, Habib Najib Thoha al-Saqqaf dan Habib Taufiq bin ‘Abdul Qadir al-Saqqaf.

Alhamdulillah, banyak mutiara ilmu yang dapat al-Faqir kutip sepanjang mengikuti majlis haul terutamanya yang dihadhiri oleh Habib Salim. Selain daripada mengisahkan manaqib Imam al-Haddad, Habib Salim membawa pengajaran yang diajarkan oleh Imam al-Haddad. Antaranya mengenai membaca dan menghafal al-Quran, menuntut ilmu, adab seorang murid dan guru, keistimewaan Jum’at dan amalan yang seyogia dilakukan pada hari Jum’at dan lain-lain lagi. Cuma satu tajuk yang beliau akan sebutkan dimana-mana sahaja iaitu mengenai rokok. Sepanjang al-Faqir mengikuti majlis, kalau tidak silap cuma Masjid al-Falah dan Masjid Baitulaman sahaja beliau tidak sentuh bab rokok. Bahkan katanya ketika di Singapura juga beliau sentuh bab rokok. Beliau akan mengajak para hadhirin untuk bertaubat dari merokok.

Menurut Habib Salim, Imam Abdullah al-Haddad رضي الله عنه benci kepada perbuatan merokok bahkan beliau mengharamkan rokok. Bahkan kata beliau para habaib terdahulu juga, antaranya al-Imam al-Habib Hussin bin Syaikh Abu Bakar bin Salim juga sangat membenci dan mengharamkan rokok, bahkan beliau mengatakan bahwa perokok yang tidak taubat dari perbuatan merokok, 40 hari sebelum kematiannya ditakuti akan mati dalam keadaan su’ul khatimah. Al-Habib Hussin bin Syaikh Abu Bakar bin Salim juga pernah memerintahkan untuk memusnahkan tanaman tembakau di Hadramaut. Bahkan beliau pernah mengeluarkan belanja untuk membeli tembakau, lalu tembakau itu dimusnahkan. Beliau juga berkata: “Aku masih mempunyai harapan bahwa pemimum khamar (arak) dapat bertaubat, tetapi aku tidak mempunyai harapan bahwa perokok dapat bertaubat (Hal ini dikeranakan, peminum khamar tahu bahwa khamar hukumnya haram sehingga masih diharapkan taubatnya, sedangkan perokok merasa yakin bahwa hukum merokok adalah tidak apa-apa, sehingga dia tidak merasa bersalah dan tidak perlu bertaubat).

Habib Salim berkata, lebih baik bersugi daripada merokok kerana sugi/siwak banyak faedahnya manakala rokok banyak mudharatnya. Maka kalau ketagihan bersiwaklah … mudah-mudahan tabiat atau ketagihan merokok akan hilang. Sewaktu penterjemah, menterjemahkan isi ceramahnya bab merokok, Habib Salim mengayakannya dengan kayu siwak beliau …. Al-Faqir ngak ada kamera untuk merakamkan saat tersebut …. Ini satu petua yang baik untuk penagih rokok … belilah siwak dan bawa kemana-mana, tatkala ketagih rokok datang maka gigitlah kayu siwak tersebut. Cara mudah dan murah untuk berhenti merokok. InsyaAllah berkat kerana ia adalah petua dari ulama yang faqih lagi arifbillah.

Menurut Habib Salim lagi, adalah kurang lebih dari 200 buah kitab yang ditulis oleh ulama mengenai haramnya rokok…… pada penghujung ceramah bab rokok, Habib Salim mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka yang bersungguh-sungguh untuk berhenti dari perbuatan merokok dan bertaubat. Insyaallah … berkat doa Habib, mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh akan berjaya.

Membicarakan hal rokok … memang sensitif. Mungkin ramai yang tidak setuju. Tak mengapa. Al-Faqir sekadar menyampai dan berkongsi ilmu dan pengajaran yang dikutip. Katakanlah yang benar walaupun pahit. Hehehe …. Bahkan apa yang al-Faqir tulis juga terkena batang hidung sendiri, kerana al-Faqir juga pernah merokok. Maklumlah pernah bekerja di Langkawi, pulau bebas cukai ….. (kata orang dulu Pulau Langkawi disumpah menjadi padang jarak padang tekukur … kini dah jadi padang arak dan padang rokok … kata-kata ni al-Faqir dengaq sewaktu bekerja disana pada penghujung 80an dan awal 90an). Namun bagi yang berazam untuk berhenti merokok dan bertaubat darinya, moga-moga celoteh al-Faqir ini dapat sedikit sebanyak memberi semangat kepada mereka. Tiada niat al-Faqir untuk menyinggung perasaan atau menghina para perokok.

Al-Faqir bawakan beberapa kisah untuk renungan ….

1 - Al-Habib Ahmad bin Hasan bin Abdullah al-Atthas menceritakan, suatu hari al-Habib Abdullah bin Umar bin Yahya pergi ke kota Makkah al-Musyarofah. Di kota tersebut beliau melhat seorang ‘alim merokok. Beliau segera menegurnya, dengan katanya: “Merokok tidak layak dilakukan oleh seorang yang berilmu. Itu adalah perbuatan bid’ah yang sangat buruk dan ditolak oleh orang yang berjiwa muthmainnah (tenang) dan berhati salimah (selamat) …”. Orang ‘alim tersebut menjawab: Bagaimana dengan engkau sendiri? Kau minum kopi, padahal perbuatan itu bid’ah.” Al-Habib Abdullah bin Umar bin Yahya segera menjawab: “Baik kalau demikian, sekarang mari kita ke Ka’abah. Aku membawa kopi dan meminumnya disana dan kau … bawalah rokokmu dan hisaplah disana. Siapa yang ditentang dan dicela oleh kamum Muslimin, maka dialah yang bersalah dan tercela.” Mendengar jawapan tersebut, si alim tadi membisu dan mengakui kebenaran Habib Abdullah bin Umar bin Yahya.

2 - Pada suatu malam al-Habib Muhammad bin Seggaf, hendak mengerjakan sholat tahajjud di Masjid Habib Toha bin Umar, lalu beliau mencium bau tembakau, maka beliau mencarinya seraya berkata: “Siapa yang menyakiti para malaikat dan tidak menghormati Baitullah [masjid adalah merupakan rumah-rumah Allah] serta mengotori kami?"

3 -Tersebut didalam kitab Masyrobil Hani karangan Habib Ahmad bin Abdurrahman as-Saqqaf bahwa al Habib al-‘Arifbillah ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Masyhur yang tinggal di Tarim menyebutkan dalam manaqib ayahanda beliau al-Habib ‘Abdurrahman al- Masyhur bahwa ayahnya berkata :


Suatu hari aku pernah menemani al-Habib al-Wali al-‘Arifbillah Ahmad al Masyhur pada suatu undangan di rumah seseorang dari keluarga Ar Ruwaiki di Tarim. Ketika itu al-Habib Muhammad bin ‘Ali as-Saqqaf termasuk orang yang diundang oleh seorang syaikh dari keluarga BaFadhal. Ketika Habib Muhammad sampai ke rumah Syakh ar-Ruwaiki, beliau mendapati para undangan sedang membaca maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Waktu itu berdekatan dengan mahallul qiyam.

Ketika Habib Ahmad al-Masyhur melihat kedatangan beliau, maka Habib Ahmad berdiri dengan tergesa-gesa dari tempatnya untuk menyambutnya di pintu rumah. Habib Ahmad pun memegang tangan kiri beliau. Habib Muhammad tercengang dengan sambutan Habib Ahmad. Namun beliau tetap diam dan penuh adab. Beliau lalu didudukkan di samping Habib Ahmad. Padahal Habib Ahmad adalah orang yang sangat berwibawa dan tidak pernah berdiri menyambut seorang pun.


Selesai pembacaan maulid dan menikmati jamuan, para hadirin pulang ke rumah masing-masing. Habib Abdurrahman bercerita: “Yang tinggal hanya aku, Habib Muhammad bin Ali, Habib Ahmad al-Masyhur dan tuan rumah”. Kemudian Habib Muhammad berbicara dengan penuh sopan santun kerana melihat bahwa dirinya bukanlah seseorang yang selayaknya untuk disambut oleh Habib Ahmad yang ketika itu adalah seorang Wali Qutub. Kata Habib Muhammad: "Ya Habib, aku minta maaf. Kenapa kau harus bangun dan menyambut kedatanganku di pintu depan?" Habib Ahmad pun menjawab: “Demi Allah, tidaklah aku berdiri kecuali aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم masuk bersamamu dan memegang tangan kananmu”.


Habib Ahmad mengatakan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم hadhir di setiap mahallul qiyam dalam pembacaan maulid KECUALI jika di rumah tersebut ada rokok atau bau rokok.
Maka berhati-hatilah bagi setiap orang yang berakal dan berhati bersih. Jika ia menginginkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم hadhir di maulidnya, maka jauhilah ‘pohon yang menjijikkan dari rumahnya. Nasihat ini ditujukan bagi orang yang bersedia menerimanya. Sesungguhnya manusia lebih mengetahui akan dirinya (al-Qur’an). Apabila Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat rokok atau bau rokok, maka bagaimana bagi orang yang menghisap rokok. Badannya, bajunya, dalam tubuhnya, semua bau rokok. Maka apabila Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak masuk ke rumahnya, lebih-lebih lagilah malaikat Rahmat.


Maka aku berkata kepada siapa saja yang telah mendengar perkataan ini, yang ternukil dari rijalullah yang terpercaya, kemudian tidak mahu ingat atau taubat, maka ia berada di dalam BAHAYA. Semoga Allah memberi kita keselamatan dan afiah serta menjaga anak-cucu, saudara dan teman kita dari ‘pohon yang menjijikkan’ tersebut.




Al-Imam al-Habib Ahmad bin Hasan al-Aidarus berkata bahwa beliau bermimpi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sedang keluar dari salah satu rumah di kota Seiwun. Lalu beliau menanyakan kenapa Nabi صلى الله عليه وسلم keluar dari rumah tersebut? Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, "Aku datang untuk menghadiri pembacaan maulid di rumah itu tetapi aku melihat di dalamnya ada tembakau, maka aku keluar. [untuk perhatian – mimpi bukanlah asas bagi hukum namun ianya adalah merupakan suatu khabar gembira]
Al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri, dalam satu majlis bacaan burdah yang beliau hadhiri suatu ketika dulu di Surabaya pernah mengatakan: “Tidak seperti orang sekarang, membaca Burdah namun badannya bau rokok. Padahal salaf (ulama terdahulu) telah sepakat untuk mengharamkan rokok.”
Syaikh Abdusshomad Ba’Katsir bersyi'ir: Rokok adalah hidangan terbuat dari api panas, tidak ada manfaat didalamnya kecuali penyakit maka jangan biarkan ia memperdayaimu.

~al-Faqir abuzahrah~

Rabu, 5 November 2008

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 15

Dalam perjalanan dari Seiwun ke Tarim, disebelah kanan akan kelihatan sebuah kubah dilereng bukit yang letaknya lebihkurang 4km dari bandar Seiwun. Itulah makam sesepuhnya ahlul bait di Hadramaut iaitu Imam Ahmad al-Muhajir.


Biografi ringkas – Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa رضي الله عنه.

Nasab beliau:
Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.


Tarikh beliau dilahirkan: Beliau dilahirkan dan membesar di kota Bashrah Iraq. Namun tahun kelahirannya diperselisihkan oleh para ulama dan ahli sejarah. Menurut Sa’id ‘Awadh BaWazir didalam Shafahat min Tarikh Hadhramaut (hal. 56) dan juga Abdullah bin Muhammad Bakutsair didalam Rihlah al-Asywaq al-Qawiyah, Imam al-Muhajir lahir pada 260H. Begitu juga yang tersebut didalam kitab al-Manhaj as-Sawi Syarh Usul Thoriqah li Saadah Aal Ba’Alawi iaitu lebih kurang tahun 260H. Manakala Abdullah bin Nuh didalam bukunya yang bertajuk al-Imam al-Muhajir (hal. 122) mengatakan bahwa beliau lahir pada malam Jum’at, 13 Jumada al-Ula, 241H. Pendapat ini beliau (Habib Abdullah bin Nuh) berdasarkan sebuah manuskrip Musnad al-Imam al-Muhajir milik al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan. Ada yang mengatakan pada 273H atau 279H sebagaimana yang disebut oleh al-Habib Abu Bakar al-Adni bin ‘ali al-Masyhur didalam kitab al-Muhajir Ilallah al-Imam Ahmad bin ‘Isa. Dan menurut al-Habib Muhahammad Dhiya' Shihab dalam kitab beliau yang berjudul al Imam al-Muhajir, mengatakan: “ .. sejauh pengetahuan kami tidak seorang pun yang mengetahui umur al-Imam Al Muhajir secara pasti …..”

Tangga untuk ke makam Imam Ahmad bin 'Isa al-Muhajir.

Pendidikan: Beliau mendapat pendidikan awal daripada ayahnya dan juga bapa-bapa saudaranya. Beliau membesar sebagai seorang yang tinggi dan mantap dalam ilmu dan berakhlak mulia. Sesungguhnya zaman yang dilalui Imam al-Muhajir adalah zaman yang dipenuhi dengan ulama dan pelbagai ragam peradaban serta warna-warni ilmu pengetahuan seperti ilmu syariah, ilmu kalam, ilmu filsafat, ilmu falak, ilmu berkaitan dengan bahasa dan satera arab, tasawuf, ilmu hisab, ilmu tibb dan lain-lain.


Dikatakan bahwasanya Imam al-Muhajir banyak mengambil riwayat dari ulama' pada zamannya, diantara mereka, Ibnu Mandah, al-Asbahani, Abdul Karim al-Nisai, an-Nablisi al-Bashri. Selain itu, banyak pula para ulama' yang mengambil riwayat dari nya seperti al-Hafidh al-Daulabi, Ibnu Sha’id, al-Hafidh al Ajuri, Abdullah bin Muhammad bin Zakariya al- Aufi al-Muammar al-Bashri, Hilal Haffar al-Iraqi, Ahmad bin Said al-Ashbahani, Ismail bin Qasim al-Hisasi, Abu al Qasim al-Nasib al-Baghdadi, Abu Sahl bin Ziyad, dan lain-lain. Beliau, Imam al-Muhajir juga pernah berutus surat dengan Imam Ibn Jarir ath-Thabari (wafat 310H)

Berhijrah: Beliau berhijrah dari Bashrah ke Madinah al-Munawwarah dan seterusnya ke Hadhramaut atas beberapa faktor, antaranya:
  • suasana politik yang meruncing di Bashrah dan juga seluruh Iraq. Pemerintahan ‘Abbasiyyah menerima penentangan dan serangan dari golongan pemberontak seperti dari kaum Zinj, Qaramithah dan lain-lain.
  • timbulnya pelbagai fitnah, bencana dan kedengkian dikalangan masyarakat Iraq – dalam masalah agama dan juga dunia
  • berlakunya kerosakan aqidah dan menularnya kegelapan bid’ah serta berlaku penentangan terhadap sunnah dan para pendokongnnya.
  • berlakunya penghinaan terhadap para golongan ‘Alawiyin serta beratnya berbagai tekanan yang mereka rasakan.

Hal ini disebut oleh al-Habib ‘Ali bin Abu Bakar as-Sakran (wafat 12 Muhaarram 895H) di dalam al-Barqah al-Masyiqah:
Berkat hijrah beliau (Imam al-Muhajir ke Hadhramaut) selamatlah anak cucu beliau dari berbagai kerosakan aqidah, fitnah, kegelapan bid’ah, penentangan terhadap sunnah (ahlussunnah) dan pengikutnya. Berkat hijrah tersebut, mereka selamat dari kecenderungan untuk mengikuti berbagai keyakinan syi’ah yang sangat buruk yang ketika itu melanda sebahagian besar asyraf (anak-cucu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) yang berada di Iraq. Para asyraf Iraq tersebut terkena fitnah mungkin kerana mereka tetap tinggal disana. Adapun anak-cucu al-Imam Syihabuddin Ahmad bin Isa yang tiba di Hadhramaut dan kemudiannya menetap di Tarim, mereka adalah asyraf yang sunni (beraqidah ahlussunnah wal jamaah) serta berakhlak mulia …… (al-Barqah al-Masyiqah:hal.33)


Beliau juga menyebut:
“Dengan cahaya firasat dan penyaksian bashirahnya, beliau (Imam al-Muhajir) melihat Iraq telah terjadi perlbagai fitnah dalam permasalahan agama maupun dunia. Maka beliau segera melaksanakan perintah Allah Ta’ala yang bermaksud: Maka segeralah kembali kepada Allah … (surah adz-Dzariat: 50) …..”



Didalam kitab al-Masyra’ al-Rawi fi Manaqib al-Sadah al-Kiram Aal Abi ‘Alawi oleh Syaikh Muhammad bin abu Bakar asy-Syili disebut:

Berkat hijrah tersebut selamatlah keturunan Imam Ahmad bin ‘Isa dari berbagai bid’ah dan kegelapannya serta kecenderungan untuk mengikuti rafidhah (Syiah) yang telah merosakkan warga Iraq. (Masyra’ur Rawi, Juz 1, hal.249)



Penghijrahan ini adalah untuk menyelamatkan kaum keluarga dan pengikut beliau. Dan juga untuk menyusun kekuatan untuk terus berdakwah kepada ummah. Setelah berulangkali melakukan sholat isitikaharah, akhirnya pada tahun 317H, Imam al-Muhajir dan sejumlah anggota keluarganya antaranya isteri beliau Syarifah Zainab binti ‘Abdullah bin al-Hasan bin ‘Ali al-Uraidhi; anak beliau ‘Abdullah atau lebih dikenali dengan ‘Ubaidillah (beliau adalah murid kepada Syaikh Abu Thalib al-Makki – pengarang kitab Qut al-Qulub. Imam Ubaidullah wafat 383H) bersama isterinya Ummul Banin binti Muhammad bin Isa bin Muhammad; dan anaknya iaitu Ismail bin Abdullah bin Ahmad yang dijuluki dengan al-Bashri (moyangnya bani Bashri), as-Sayyid ‘Ali bin ‘Umar bin Muhammad bin Sulaiman bin ‘Ubaid bin ‘Isa bin ‘Alwi bin Muhmmad bin Jamjaam bin ‘Auf bin Musa al-Kadzim bin Ja’far ash-Shodiq (moyangnya keluarga al-Ahdal); as-Sayyid Ahmad al-Qudaimi, moyang keluarga al-Qudaim (yang nasabnya bersambung kepada Muhammad al-Jawwad bin ‘Ali al-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja’far alh-Shodiq); pembantu-pembantu Imam al-Muhajir – Syuwaiyah bin Faraj al-Asbahani, Ja’far bin Abdullah al Azdi dan Mukhtar bin Abdullah bin Sa'ad; dan para pengikutnya; yang jumlah mereka yang berhijrah bersama beliau lebih dari 70 orang ….. berhijrah meninggalkan kota Bashrah. Anak beliau Muhammad di tinggalkan di kota Bashrah untuk menjaga saki-baki barang peninggalan dan akan menyusul kemudiannya.


Kota pertama yang Imam al-Muhajir dan rombongannya tuju adalah kota Madinah. Kota yang dihuni dan dimakamkan jasad datuk beliau iaitu Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Beliau bersama lebih 70 ahli rombongannya menetap selama 1 tahun di kota Madinah.


Mekah diserang: Pada tahun 317H juga, kota Mekah diserang dan diduduki oleh puak Qaramithah (beraqidah Syiah Ismailliah/Syiah Batiniah) dan Hajarul Aswad telah diambil dan dibawa oleh puak Qaramithah yang diketuai oleh Abu Thahir Sulaiman bin Abi Sa’id ke negeri mereka, Ahsa. [Hajar Aswad dikembalikan ke tempatnya pada hari Selasa tanggal 10 Dhulhijjah 339H iaitu setelah 22 tahun Ka’bah kosong dari Hajar Aswad.]



Pada tahun 318H Imam al-Muhajir pergi ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji dan setelah selesai beliau dan rombongan terus bergerak ke Hadhramaut. Tempat pertama yang beliau singgah adalah Jubail yang terletak di Wadi Dau’an. Tidak lama kemudian beliau berpindah ke daerah Hajrain dan menetap disana untuk beberapa lama . Imam Muhajir telah membeli sebuah kebun di Hajrain dengan harga 1,500 dinar. Dan kebun ini dihadiahkan kepada pembantu beliau Syawih sebelum beliau berpindah ke desa Jusyair. Tidak lama disana, beliau lalu melanjutkan kembali perjalanannya dan akhirnya sampailah di daerah Husayyisah/Husaisah (tidak jauh dari Tarim, lebih kurang setengah marhalah). Akhirnya beliau memutuskan untuk menetap di Husaisah. Semenjak beliau menetap disana, mulai terkenallah daerah tersebut. Disana beliau mulai menyebarkan-luaskan as-Sunnah.





Beliau, al-Imam Ahmad bin 'Isa al-Muhajir رضي الله عنه wafat pada 345H/956M, dan dimakamkan di Syi’b Makhdam, Husaisah, Hadramaut. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik balasan kepada Imam yang berjasa ini. Kerana dari beliaulah lahirnya keturunan Ba'Alawi yang sangat berjasa dalam mengembangkan Islam sehingga sampai ke Nusantara dan seterusnya mendidik umat Islam dirantau ini untuk menyintai Allah dan rasulNYA.

الفاتحة إلى روح سيدنا وحبيبنا وشفيعنا رسول الله محمد بن عبدالله وآله وأصحابه وأزواجه وذريته وأهل بيته وإلى روح سيدنا المهاجر إلى الله أحمد بن عسى وأصوله وفروعهم ، أن الله يعلى درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم و يحفظنا بجاههم وينفعنا بهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة



Mengenali Syaikhah Sulthonah
Seterusnya kami juga berkesempatan menziarahi makam Syaikah Sulthonah yang letaknya tidak berapa jauh dari makam Imam al-Muhajir. Siapakah Syaikhah Sulthonah ini? Haaa … kalau di kota Bashrah terkenal dengan Rabiatul Adawiyah, maka di Hadramaut terkenal dengan Syaikah Sulthonah, iaitu seorang waliAllah yang sedari kecilnya sudah menjalani kehidupan seorang shufi. Al-Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syatiri dalam kitabnya al-Adwar meyebutkan: “Dia (Syaikhah Sulthonah) mempunyai kelebihan tersendiri kerana sejak kecil sudah mulai meniti tangga dan maqamat didalam ilmu tasawuf”. Beliau mempunyai banyak karamah dan sering bermimpi bertemu dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Alhamdulillah, kami dapat menziarahi makam ini walaupun tidak dapat masuk kedalam kubah kerana berkunci. Dan Ustaz Azhar at-Tarimi pula tidak dapat menjejaki pemegang kunci kubah tersebut.

Sekelumit biografi Syaikhah Sulthonah - Beliau adalah Sulthonah binti ‘Ali az-Zabidiah iaitu dari keluarga az-Zabidi dan mereka adalah bahagian dari kabilah Bani Haritsah al-Kindiah (ada riwayat mengatakan bahwa mereka dari kabilah Bani Madzhji. Kabilah al-Kindiah ini adalah merupakan kaum badwi yang terkenal dengan senjata, kekuatan dan keberanian. Syaikhah Sulthonah dilahirkan di perkampungan al-Urro, iaitu dataran yang membentang dari sebelah timur kampung Maryamah hingga ujung Hauthoh yang sekarang dikenal dengan Hautoh Sulthonah.

Membesar didialam persekitaran badwi: Syaikhah Sulthonah tumbuh membesar dikeluarga badwi yang sehariannya akrab dengan menggembala binatang ternakan, dengan keperibadian yang kuat serta sifat-sifat lainnya yang terdapat pada diri penduduk badwi. Walaupun demikian Syaikhah Sulthonah tidak seperti kebanyakan anak-anak sebayanya, dia tenang dan lebih senang menyendiri dari keramaian teman-teman sebayanya yang bersifat kekanak-kanakan sehingga ketika usianya merangkak dewasa Syaikah Sulthonah mulai tidak menyukai tradisi kehidupan badwi yang diwarnai dengan kekerasan dan kezaliman, selain itu dia juga mulai menyelusuri jalan fitrahnya yang menuntunnya kepada iman dan membawanya kepada ketenangan jiwa. Suasana malam yang sunyi serta perkampungan yang tenang serta cerita penduduk setempat tentang para sholihin adalah hal yang sangat membantu pencarian Syaikhah Sulthonah.

Menyelusuri jalan tasawwuf: Dalam usia yang muda Syaikhah Sulthonah sudah mulai melangkahkan kaki menyelusuri jalan tasawuf, dan ia menemukan jalan kesana disetiap tempat di lembah Hadhramaut, walaupun dia dan keluarganya serta kabilahnya tinggal di perkampungan badwi al-Urro, namun perkampungannya bertuah kerana sering di kunjungi oleh para Habaib dari Tarim, Seiwun, Gurfah, Syibam dan lainya dalam rangka menyampaikan dakwah mereka. Syaikhah Sulthonah selalu mengikuti dan mendengarkan pelajaran dan nasihat dari para alim ulama yang mengunjungi perkampungannya untuk menyebarkan dakwah islamiah, hingga ketekunannya dalam mengikuti dan mendengarkan pelajaran dari para ulama serta pilihannya untuk menelusuri jalan tasawuf kemudian Syaikhah Sulthonah terkenal dikalangan penduduk setempat.

Hal tersebut semakin menakjuban kalau dilihat dari lingkungan dan tabiat masyarakat setempat, masyarakat setempat yang merupakan kabilah-kabilah badwi dikenal akan kecintaan dan penghormatan mereka pada para habaib dan ulama yang datang kekampung mereka untuk menyebarkan ilmu dan dakwah islamiyah, namun walaupun mereka menerima baik para ulama yang datang kekampungnya, bukan berarti mereka menerima dan mempunyai keinginan untuk menerima dan mengikuti ajaran tasawuf, begitupula halnya dengan kaum perempuan, mereka hanya mengenal tradisi dan kebiasaan yang diturunkan dari nenek moyangnya, mereka jauh sekali dari dunia keilmuan apalagi sampai mendalami tasawuf.

Guru beliau: Adapun syaikh pertama Syaikhah Sulthonah adalah al-‘Allamah Muhammad bin Abdullah BaAbbad yang tinggal di kampung Gurfah. Dari Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah BaAbbad inilah mulai terbukanya anugerah Allah yang berupa ilmu dan amal baik yang melalui kasab ataupun yang merupakan laduni dan wahbi. Diriwayatkan Syaikhah Sulthonah termasuk orang yang sering melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam mimpinya. Begitulah selanjutnya Syaikhah Sulthonah meniti tangga dan menimba tasawuf dari para masyaikh di zaman itu, hal tersebut dilakukannya dengan mendatangi rumah para masyaikh ataupun mendatangi masjid-masjid menimba ilmu dari para masyaikh yang selalu mengisi majlis ilmu dimasjid-masjid yang banyak terdapat di kota Tarim.

Kecintaannya kepada ahlul bait: Hadramuat adalah kawasan yang ramai dihuni oleh ahlul bait. Dan diantara peranan utama mereka adalah meyebarkan dakwah. Mereka akan mengunjungi perkampungan untuk menyampaikan risalah Islam dan mendidik masyarakat dengan adab Islam. Oleh itu kedudukan mereka disisi masyarakat sangat tinggi. Mereka dihormati, disanjung dan dicintai.

Hal ini juga berlaku kepada Syaikhah Sulthonah, dimana beliau sangat dekat, dan sangat menghormati dan menyintai para ulama dari kalangan ahlul bait. Oleh kerana itu Syaikhah Sulthonah sangat menyedari akan kewajiban yang ia pikul terhadap para keturunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tersebut, oleh kerana itu beliau berkata: Demi keagungan Dzat Allah yang disembah, kalau misalkan dagingku ini boleh bermanfaat bagimu, maka akan aku korbankan”. Beliau juga berkata: “Sesungguhnya aku melihat bahwa keluarga Ba’Alawi mempunyai kedudukan diatas manusia lainnya” [maksud beliau - para wali dan masyaikh dari Ba’Alawi mempunyai kedudukan yang lebih daripada yang lainnya].

Syaikhah Sultahonah dikurniakan usia yang panjang, maka kerana itu beliau mempunyai hubungan yang dekat dengan al-Imam al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf (wafat 819H) bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad رضي الله عنهم dan anak cucunya iaitu al-Habib Abu Bakar as-Sakran bin al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf (wafat 821H) dan al-Habib Abdullah al-Aidarus bin al-Habib Abu Bakar as-Sakran (wafat 865H)

Penghormatannya pada ahlul bait: Tentang penghormatannya kepada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dapat dilihat jelas dari apa yang dikatakan oleh Syaikhah Sulthonah: “Apabila Sayyid Abdurrahman as-Saqqaf [bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad] akan mengunjungi kita, maka sebelumnya kampung kita menjadi subur seakan-akan habis tersiram hujan deras, kemudian setelah itu aku mendengar suara berkata: Datang kepadamu sultan puteranya sultan”.

Begitu juga beliau akan mendapat alamat dua, tiga hari sebelum kehadiran al-Habib Abu Bakar as-Sakran bin al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf ke kampung beliau. Syaikhah Sulthonah memberitahu kepada penduduk setempat: “Sambutlah kedatangan sultan puteranya sultan, kerana aku telah mendengar bisikan khabar gembira, memberitahu kedatangan beliau, aku juga melihat mahkota kewalian dikepala beliau …..”.

Syair: Syaikhah Sultohnah sering mengungkapkan perasaan dan gejolak jiwanya melalui syair sufi. Kebanyakan syair beliau merupakan syair mahabbah dan kerinduan beliau kepada Allah Ta’ala. Selain itu beliau terdapat juga syairnya yang berupa pujian terhadap alhul bait dan juga para guru-gurunya. Kebanyakan syair Syaikhah Sulthonah sehingga kini masih didendangkan dalam “Hadrah Syaikh as-Saqqaf” yang diasaskan oleh al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf di Masjid as-Saqqaf, Kota Tarim.

Wafat: Syaikhah Sulthonah wafat pada tahun 843H, dan beliau dimakamkan dikampungnya yang dikenali sebagai Hauthoh Sulthonah. al-Faatihah untuk beliau.

InsyaAllah seterusnya perjalanan ke Seiwun …..

Ahad, 2 November 2008

Patut Baca ....

Related Posts with Thumbnails