Hang ni ahbash ka?....... Begitulah kata-kata yang terpacul dari lidah kawan aku bila aku radd fahaman Wahhabi yang menjadi pegangan kawanku. Peristiwa ini terjadi ketika aku pulang ke kampung bebaru ni. Beliau juga kebetulan pulang bercuti. Jadi ambil kesempatan untuk bertemu. Kalau di KL susah sikit sementelahan lagi dia selalu outstation ke 'oversea'. Perbualan kami asalnya berkisar soal khilafiah, terutama yang dibid’ahkan oleh Wahhabi kemudian masuk sampai soal aqidah … Maka aku ‘basuhlah’ cukup-cukup. Walaupun beliau sedikit ‘tegar’ dengan fahaman Wahhabinya, pun begitu kami tetap kamceng. Maklumlah bershahabat sejak dari kecik. Tamat!
Adalah satu kekeliruan bila ada yang mengatakan bahwa golongan yang menolak, menjawab dan membongkar menyeleweng-kesesatan fahaman Wahhabi sebagai ahbash. Tetapi itulah yang dilebelkan oleh mereka yang berfaham Wahhabi kepada para penentang mereka. Sebenarnya, bukanlah semua yang menentang fahaman Wahhabi itu ahbash tetapi ahbash adalah merupakan salah satu kumpulan yang menentang serta membongkar penyelewengan-kesesatan Wahhabi.
Penentangan terhadap Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab - pengasas fahaman Wahhabi - bermula sejak dari awal fahaman itu muncul lagi. Ayah kepada Syaikh Muhammad iaitu Syaikh Abdul Wahhab dan saudara kandungnya Syaikh Sulaiman ibn Abdul Wahhab [saudara kandung Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab] serta gurunya Syaikh Muhammad Ibn Sulaiman al-Kurdi al-Syafi'e adalah mereka yang awal bangun menentang penyelewengan dan kesesatan yang dibawa oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab. Setelah itu ramai lagi ulama ahlus sunnah yang bangun menentang fahmaan yang dibawa oleh Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab. Dan mereka bukanlah dari golongan AHBASH.
Sungguh menghairankan, kenapa golongan Wahabi ni ‘kecut’ sangat dengan ahbash? Pelik! Pelik! Pada pengamatan akulah, mungkin juga kerana cara ahbash menentang, mengemukan hujjah dalam membongkar penyelewengan-kesesatan fahaman Wahhabi, lebih tegas, lebih lantang. Wallahu a’lam. Aku kurang tahu mengenai ahbash bahkan secara jujur aku katakan bahwa aku baru sahaja mendengar nama dan mengenal mereka [ahbash]. Itupun melalui pembacaan di intenet dan sedikit dari kitab. Kitab karangan Syaikh Abdullah Harari pun baru beberapa buah sahaja yang aku miliki, itupun masih belum habis aku baca. Anak-anak murid Syaikh Abdullah Harari pun belum seorang lagi yang sempat aku ketemu. Maka tidak selayaknya aku komen mengenai mereka. Cuma yang aku nampak tulisan golongan ini di blog—blog sedikit ‘benkeng’. Wallahu a’lam.
Kembali kita mengenai Wahabi ni …… Realitinya, sejak dari zaman berzaman para ulama ahlus sunnah bangun menentang kehadiran fahaman Wahhabi yang telah membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Fahaman Wahhabi telah memberikan sumbangan terbesar terhadap kehancuran perpaduan umat Islam dengan bermodalkan perkara yang remeh-temeh. Mereka mengulang-ulang perkara yang telah pun diselesaikan oleh para ulama terdahulu. Tidak sedikit kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama ahlus sunnah untuk menolak fahaman Wahhabi. Antaranya:-

- Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.
- Al-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi
- Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan
- Al-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan
- Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul
- Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih 'Atha' al-Kasm al-Dimashqi al-Hanafi
- Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi
- Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub
- Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie
- Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi
- Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali
- Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Syaikh al-Makhdum al-Mahdi
- Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Syaikh Ibn Kiran
- Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki
- Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i
- Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki
- Al-Haqiqah al-Islamiyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.
- Ad-Dalil Kafi fi al-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti
- Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi
- Al-Haq al-Mubin fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi
- Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.
- Al-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.
- Al-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Syaikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi
- Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Syaikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani
- Sa’adah ad-Darain fi al-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri
- Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad
- Al-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Syaikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki
- Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi
- Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Syaikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi
- Dan banyak lagi kitab yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis ulama sejak dari tercetusnya fahaman ini. Dan sampai sekarang pun masih ada ulama yang menulis kitab untuk menolak fahaman Wahhabi ini. Banyak, banyak ..... tak larat jari-jemari aku nak tulis disini ......
1 komen:
Jika dengan berusaha untuk menyelamatkan umat ini
daripada kerosakan-kerosakan
yang dibawa oleh fahaman Salafi Wahabi
engkau mendakwa aku ‘Ahbasy’,
maka ‘Ahbasy’lah aku
Jika dengan memilih untuk bermazhab Syafie
aku digelar ‘Ahbasy’,
maka ‘Ahbasy’lah aku
Jika dengan memilih untuk berjemaah
aku dicop ‘Ahbasy’,
memang ‘Ahbasy’lah aku
Jika dengan mendokong Asya’irah
aku dilabel ‘Ahbasy’
tidak salah lagi… ‘Ahbasy’lah aku
Jika dengan menolak apa yang salah
dan apa yang lemah
daripada Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’…
Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik,
Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira…
dan lain-lain
aku dikatakan ‘Ahbasy’,
memang sahih aku ‘Ahbasy’
Jika dengan meraikan jemaah-jemaah tariqat
aku kau kata ‘Ahbasy’,
memang benar aku ‘Ahbasy’
Jika dengan menolak apa yang salah
dan apa yang lemah daripada
Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahhab
engkau memanggilku, “Hoi Ahbasy!”,
memang panggilan itu tepat padaku
Jika dengan mengatakan
Ikhwanul Muslimin dan Jemaat tabligh
mengikut sunnah
aku di’Ahbasy’kan kamu,
betullah tu
Jika dengan mengatakan “OK”
kepada parti-parti Islam
demokrasi dan pilihanraya
aku dipandang ‘Ahbasy’,
akulah ‘Ahbasy’
Jika dengan mengatakan
Salaf ada yang takwil dan ada yang tidak takwil
bukan semuanya tak takwil
engkau menghina aku dengan ‘Ahbasy’,
satu lagi kebenaran untukmu
Jika dengan mengakui
Allah lebih dahulu ada berbanding
tempat, lokasi dan arah
Sebelum tempat, lokasi dan arah ada
Dia sudah sedia ada
malahan Dialah yang menciptakan
tempat, lokasi dan arah
aku dijenamakan sebagai ‘Ahbasy’
1000 kali aku rela dan redha
Jika dengan perkara-perkara ini
aku menjadi ‘Ahbasy’
SEBAGAIMANA YANG ENGKAU MAKSUDKAN, (klik)
bertuahnya aku
kerana terpilih sebagai ‘Ahbasy’
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
19 FEB 2008
Catat Ulasan