Rabu, 18 Jun 2008

Wasiat Ulama' - 2


Al-'Arifbillah Qutb al-Da'wah wa al-Irsyad al-Imam al-Habib Abdullah bin 'Alwi al-Haddad رضي الله عنه telah menulis didalam kitabnya yang berjudul an-Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imamniah mengenai mengenai firqah yang selamat diikuti didalam aqidah.

الفرقة الناجية من فرق هذه الأمة
(واعلم) أنه كما تفرق أهل الكتاب واختلفوا في دينهم، فقد تفرقت هذه الأمة، واختلفت أيضا على وفق ما أخبر به رسول الله صلى الله عليه وسلم في قوله : افترقت اليهود على إحدى و سبعين فرقة ، وافترقت النصارى على اثنتين و سبعين فرقة ، وستفترق أمتي على ثلاث و سبعين فرقة ، كلها في النار إلا واحدة (حديث صحيح . رواه أحمد ، وأبو داود ، وابن ماجه ، والبيهقى ، والطبرانى ، وغيرهم). وقد افترقت هذه الأمة على هذا العدد من زمان قديم، وتم ما وعد به الصادق الأمين على وحي الله تعالى وتنزيله صلى الله عليه وسلم ، ولما سئل عليه الصلاة والسلام عن الفرقة الناجية من هي؟: " التي تكون على مثل ما أنا عليه وأصحابي" وأمر عليه السلام عند الاختلاف بلزوم السواد الأعظم – وهو الجمهور والأكثر – من المسلمين .
ولم يزل أهل السنة – بحمد الله تعالى – من الزمان الأول إلى اليوم هم السواد الأعظم، وصح أنهم الفرقة الناجية بفضل الله لذلك، ولملازمتهم للكتاب والسنة، وماكان عليه السلف الصالح من الصحابة والتابعين، رضوان الله عليهم أجمعين




Ketahuilah, bahawasanya sebagaimana ahli-kitab dulu telah berpecah-belah dan berselisih faham dalam urusan agamanya, maka umat ini pun berpecah-belah dan berselisih faham pula. Perkara ini telah di beritakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam sebuah sabda baginda:

: افترقت اليهود على إحدى و سبعين فرقة ، وافترقت النصارى على اثنتين و سبعين فرقة ، وستفترق أمتي على ثلاث و سبعين فرقة ، كلها في النار إلا واحدة - حديث صحيح . رواه أحمد ، وأبو داود ، وابن ماجه ، والبيهقى ، والطبرانى ، وغيرهم

“Kaum Yahudi telah berpecah-belah kepada tujuh puluh satu golongan, kaum Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Maka umatku pun akan berpecah-belah kepada tujuh puluh tiga golongan, semuanya di neraka melainkan satu golongan saja.” (Hadits riwayat: Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan ath-Thabrani)

Sebenarnya umat Islam ini pun berpecah-belah sejak dulu, dan benarlah apa yang diberitakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. yang bersifat ash-Shodiq al-Amin, kerana apa yang baginda katakan itu menepati wahyu Allah yang ditulis dalam al-Qu’ran al-Karim. Pernah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya oleh shahabat: “Siapakah golongan yang selamat dari siksa neraka? Baginda menjawab: “Mereka itu adalah golongan yang mengikuti sunnahku dan sunnah para sahabatku.”

Seterusnya baginda صلى الله عليه وسلم berpesan pula: “Apabila terjadi sesuatu perselisihan maka hendaklah engkau sentiasa berpihak pada kumpulan yang terbanyak dari kaum muslimin”.



Alhamdulillah, sejak dulu sampai sekarang, para Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah itulah yang merupakan kumpulan terbanyak dari kaum muslimin[1]. Tentu tiada syak lagi bahwa mereka itulah golongan yang akan selamat yang menerima kurnia Allah dan rahmatNya. Sebab mereka itulah yang selalu berpegang teguh pada petunjuk al-Qur’an dan petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم kemudian mereka sentiasa mengikuti ajaran yang dibawa oleh salafus sholeh dari golongan para sahabat dan tabi’in, semoga Allah Ta’ala meredhai mereka.






Notakaki:

[1] Dalam sepotong syair al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad:

وكن أشعريا في اعتقادك
هو المنهل الصافي عن الزيغ والكفر

Dan hendaklah aku menjadi Asy’ari pada aqidah kamu kerana sesungguhnya ia adalah aliran yang bersih daripada sebarang penyelewengan dan kekufuran.

Didalam Risalah al-Mu'awanah oleh al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad, beliau berkata bahawa method aqidah yang disusun oleh Syaikh Abu Hasan al-Asy’ari adalah merupakan aqidah ahli kebenaran yaitu mereka yang berpegang dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, shahabat-shahbatnya dan salafussholeh. Dinisbahkan kepada Syaikh Abu Hasan al-Asy’ari yang telah menyusun kaedah-kaedah aqidah ahl as-Sunnah dan menulis dalil-dalilnya. Ia merupakan aqaidah yang disepakati oleh shahabat dan orang-orang selepasnya dari kalangan tabi’in yang baik-baik. Dan ia adalah aqidah ahl al-Haq bagi setiap zaman dan tempat.

Sayyid Murtadha az-Zabidi menyebut didalam kitab Ithaf as-Sa’adah al-Muttaqin (Syarah bagi kitab Ihya’ Ulumiddin):
إذا اطلق أهل السنة فالمراد به الأشاعرة والماتريدية
Apabila disebut ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah golongan Asya’irah dan Maaturidiyah.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails