Rabu, 28 Mei 2008

Biawak

Sewaktu pengajianku minggu lepas, seorang pelajar telah bertanya kepadaku mengenai hukum memakan biawak. Maka aku katakan bahwa disisi mazhab Syafie BIAWAK adalah HARAM dimakan kerana BIAWAK dikategorikan sebagai khabaaits (keji/kotor). Kemudian pelajarku berkata lagi, seorang ustaz (berasal dari sebuah negeri paling utara di Malaysia …tak payahlah aku sebutkan namanya disini ….) berkata bahwa biawak boleh dimakan. Maka aku minta kepastian, apakah biawak yang dimaksudkan itu dhab [yang disini dikenali sebagai biawak padang pasir]. Katanya: Ustaz tu kata …. biawak yang ada di Malaysia ……


Persoalan ini sebenarnya sudahpun berlaku sebelum ini dimana seorang ustaz yang membawa aliran tajdid ke negeri Perlis Indera Kayangan yang bernama Ustaz Abu Bakar al-Asy’ari pun pernah berpendapat sedemikian bahkan beliau berkata selain biawak, halal memakan ular, penyu dan labi-labi. Dan seorang ulama besar Alam Melayu yang bermastautin di Mekah iaitu al-‘Allamah asy-Syaikh Abdul Qadir al-Mandili telahpun menjawab persoalan tersebut didalam kitabnya berjudul Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari. Jadi, abu zahrah bawakan disini sedikit sedutannya. Nak tahu lebih lanjut maka dapatkan lah kitab tersebut atau boleh di download disini.

Kemudian berkata ia pada muka (177): Adapun lembu kambing, susu, labi-labi dan penyu, BIAWAK, landak dan ular, tetap atas hukumnya yang asal, iaitu mubah atau halal, kerana tidak terdapat satu pun dalil yang mengharamkan.

Berkata aku [al-‘Allamah asy-Syaikh Abdul Qadir al-Mandili]: Adapun lembu dan kambing dan susu bagi binatang halal dan landak maka benar dan betul bahwa hukumnya halal. Dan adapun labi-labi dan penyu dan BIAWAK dan ular maka hukumnya HARAM dimakan. Dan bermula perkataan al-Ustaz Abu Bakar dengan bahwa hukumnya mubah atau halal jauh ia daripada kebenaran. Demikian juga perkataan “kerana tidak terdapat satu pun dalil yang mengharamkannya” tiada betul bahkan salah kerana ada beberapa banyak dalil atas haramnya setengah daripadanya firman Allah:

وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَآئِثَ
Artinya: Dan menghalalkan Ia bagi mereka akan segala yang membilang baik akan dia oleh nafsu dan dan ingin ia akan dia, dan mengharamkan Ia atas mereka itu akan segala yang membilang keji akan dia oleh nafsu dan tiada ingin ia kan dia. [Surah al-A’araf: 157]



Dan firman Allah:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَاتُ

Artinya: Selagi bertanya mereka itu akan dikau, ap yang dihalalkan bagi mereka itu? Bersabda olehmu, dihalalkan bagi kamu akan segala yang membilang baik akan dia oleh nafsu dan ingin ia akan dia. [Surah al-Maaidah:4]

Dan difaham daripadanya akan bahwasanya barang yang tiada membilang baik akan dia oleh nafsu dan tiada ingin ia akan dia seperti ular dan labi-labi dan penyu dan BIAWAK tiada halal akan dia, bahkan diharamkan akan dia kerana masuk di dalam al-Khabaaits. Adapun firman Allah Ta’ala

قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَآ أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَماً مَّسْفُوحاً أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقاً أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِ
Artinya: Bersabda olehmu hai semulia-mulai Rasul bagi sekelian mereka yang jahil yang menghukumkan oleh mereka itu dengan halal dan haram daripada sisi mereka itu sendiri: Tiada mendapat aku di dalam al-Quran akan makanan yang diharamkan dia daripada segala makanan yang mengharamkan oleh kamu akan dia atas orang yang makan yang memakan ia akan dia daripada laki-laki dan perempuan melainkan bahwa adalah ia bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, maka bahwanya babi itu najis atau bahwa ada ia sembelihan yang keluar daripada yang halal disembelih akan dia atas nama berhala.

Berkata al-Imam asy-Syafie: Dan ini (makna) lebih utama daripada segala makna bagi ini ayat, kerana berdalil dengan hadits. والله أعلم

Bermula kehendak imam kita dengan hadits itu iaitu segala hadits yang menunjukkan atas haram yang lain daripada yang tersebut didalam ayat ini, seperti hadits Muslim yang shahih:
كُلَّ ذِيْ نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ فَأَكْلُهُ حَرَامٌ

Artinya: Tiap-tiap yang mempunyai taring daripada binatang yang buas maka memakannya haram.

Dan hadits Ibn Abbas رضي الله تعالى عنهما

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ ذِي نَبٍ مِنَ السَّبَاعِ وَكُلِّ ذِيْ مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ
Artinya: Bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم melarang ia daripada memakan tiap-tiap yang mempunyai taring daripada binatang yang buas dan tiap-tipa yang mempunyai kuku yang tajam daripada burung. Menceritakan dia oleh Muslim.

Dan telah menceritakan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abi Tsa’labah رضي الله عنه :

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ ذِي نَبٍ مِنَ السَّبَاعِ
Artinya: Bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم melarang ia daripada makan akan tiap-tiap yang mempunyai taring daripada binantang buas.

Ketahui olehmu bahwasanya segala hadits ini dan segala hadits ini dan segala hadits yang lain yang menunjuk atas haram binatang yang melata pada bumi semuanya tiada berlawan ia dengan ayat:
قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَآ أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً
Kerana bahwasanya segala Allah Ta’ala menyuruh ia akan NabiNya bahwa mengkhabarkan ia dengan bahwasanya tiada mendapat ia akan yang diharamkan pada ketika itu (ketika turun ayat itu) melainkan ini (yang disebut didalam ayat itu) kemudian datang wahi [wahyu] yang lain yang mengkhabarkan akan haram binatang buas yang mempunyai taring dan burung yang mempunyai kuku yang tajam dan binatang yang melata maka mengkhabarkan dia oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. …………
[ [Tamat petikan dari kitab Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari, halaman 77 – 80]


Kalau nak disamakan biawak padang pasir [dhab] dengan biawak yang ada di negara kita ni, maka ianya tidak tepat. Biawak padang pasir [dhab] habitatnya didaratan saja manakala biawak kita dalam habitatnya didaratan juga didalam air, atas pokok pun dia duduk. Dulu saya pernah tengok dhab kalau tak silap lidah biawak padang pasir persis lidah manusia manakala lidah biawak kita bercabang seperti lidah ular.

Jadi kesimpulannya memakan biawak seperti mana yang terdapat di negara kita adalah HARAM, tidak halal dimakan. Adapun biawak padang pasir ataupun yang lebih tepatnya dhab maka ianya halal dimakan. Maka terpulanglah kalau golongan tersebut nak makan biawak yang ada di negara kita, tapi jangan memaksa orang untuk memenangkan pendapat mereka. Dan jangan jadi lidah bercabang lagumana biawak dinegara kita sudah lah ….…….. Ampun maaf diatas segala salah silap dan ketelanjuran kata. والله أعلم


Isnin, 26 Mei 2008

Pengajian Kilat - Kitab Bidayatul Hidayah

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kilat Kitab Bidayatul Hidayah Bersama Shaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi [Insyaallah setelah tamat pengajian Tuan Syaikh akan mengijazahkan sanad kitab tersebut]



Tarikh
25 Jumadil Awwal 1429H / 31 Mei 2008 (Sabtu) dan
26 Jumadil Awwal 1429H / 1 Jun 2008 (Ahad)

Jadual Pengajian
1 – 9.00 pagi – 1.00 tengahari
2 – Lepas sholat ‘asar sehingga sebelum masuk waktu maghrib
3 – Selepas sholat maghrib – 10.00 malam.

Tempat
Pusat Pengajian Ba’alawi
No.9, Jalan UP2A
Prima Ukay, Kemensah
[masuk ikut tepi Zoo Negara, turus sehingga jumpa simpang pertama – ada signboard disitu – masuk kiri, ie Jalan 1, terus sehingga jumpa Jalan 3, ikut kiri, terus sehingga jumpa jalan 5, kekanan, terus sehingga nampak guardroom sebelah kiri – masuk masuk kiri – ikut guardroom – terus dan ambil kiri kemudian ambil kanan – dan parking diawal jalan - ]



Kitab Pengajian
Kitab Bidayatul Hidayah (بدايةالهداية اوله الامام حجة الإسلام ابو حامد الغزلي) yang telah diterjemahkan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam
Harga kitab: RM 10.00 [versi Rumi]


Pendaftaran: Untuk pendaftaran sila hubungi, Tuan Haji Ahmad ditalian 012-2600160 atau 012-2305887 dan 019-6693887. TIADA apa-apa yuran pendaftaran dikenakan. Makan-minum akan disediakan oleh pihak penganjur. Adalah dimaklumkan bahwa tempat adalah terhad. Bagi yang berminat sila hubungi segera talian diatas.


BIOGRAFI AL-FADHIL SYAIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AN-NADWI AL-MALIKI

Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan sehingga Tingkatan 'Aliyah. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama' terkenal asy-Syaikh Abul Hassan ‘Ali an-Nadwi di Nadwatul Ulama', Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan langsung datang ke Malaysia dan berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.
Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani dan juga as-Sayyid al-Habib Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, sehingga beliau dianugerahkan dengan gelaran keluarga "al-Maliki" pada tahun 2002.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.

Beliau juga aktif didalam penulisan. Antara kitab yang beliau susun adalah '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman', '40 Hadis Penawar Hati' dan '40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama', 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi. Selain itu beliau juga telah mentahqiq dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama' silam Alam Melayu Nusantara iaitu kitab karangan asy-Syaikh Abdusshamad al-Falimbani seperti 'Sairus Salikin' (4 jilid) dan 'Hidayatus Salikin'. Al-Fadhil Syaikh juga aktif menterjemahkan kitab seperti, 'Bidayatul Hidayah' dan 'Ayyuhal Walad' karangan Imam Al-Ghazali, 'Bustanul Arifin' karangan Imam An-Nawawi dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi.

Beliau juga aktif mengajar secara bulanan di Lembah Kelang iaitu Kitab Hikam Ibn ‘Athoillah di Anjung Rahmat ABIM, kuliah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid al-Falah USJ 9 dan kuliah Kitab Qul Hadzihi Sabili di Pusat Pengajian Ba'Alawi. Beliau juga mengadakan pengajian kilat untuk mengkhatamkan kitab-kitab seperti kitab Ayyuhal Walad, Bidayatul Hidayah, Bustanul ‘Ariffin dan-lain-lain.

Jumaat, 23 Mei 2008

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi - 4

Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif bin Abdullah al-Minankabawi lahir pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276H/26 Jun 1860M di Sumatera dan pada wafat 9 Jumadilawwal 1334H/13 Mac 1916M di Mekah. Salah seorang ulama melayu yang telah mengangkat martabat ulama melayu kerana beliau pernah menjadi imam dan khatib dalam Mazhab Syafie di Masjidilharam Mekah. Antara guru-guru beliau adalah Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Antara muridnya pula adalah Syaikh Hasan Ma’sum dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ayahanda kepada Buya HAMKA]. Seketika berlaku polemik diantara kedua murid beliau iaitu Syaikh Hassan Ma’sum yang beraliran ‘kaum tua’ dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ dikenali juga dengan Haji Rasul Amrullah, wafat 2 Jun 1945 - gambar sebelah] yang beraliran ‘kaum muda’, Syaikh Ahmad Khatib telah menyebelahi muridnya Syaikh Hassan Ma’sum dan dengan tegas menulis Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Wahabiyah yang diikuti oleh anak murid beliau [Syaikh Abdul Karim Amrullah] adalah sesat. Menurut Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, golongan tersebut sesat kerana keluar daripada fahaman Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah dan menyalahi pegangan mazhab yang empat. Antara tulisannya ialah al-Khiththah al-Mardhiyah fi Raddi fi Syubhati man qala Bid’ah at-Talaffuzh bian-Niyah, Nur al-Syam’at fi Ahkam al-Jum’ah dan lain-lain.

Diantara nasihatnya: “Maka betapakah akan batal dengan fikiran orang yang muqallid yang semata-mata dengan faham yang salah dengan taqlid kepada Ibnu al-Qaiyim yang tiada terpakai qaulnya pada Mazhab Syafie. ……………Maka wajiblah atas orang yang hendak selamat pada agamanya bahawa ia berpegang dengan segala hukum yang telah tetap pada mazhab kita. Dan janganlah ia membenarkan akan yang menyalahi demikian itu daripada fatwa yang palsu.”



Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad
lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H/7 Ogos 1884M dan beliau wafat pada pada 17 Jumadilakhir 1382H bersamaan14 November 1962M. Dilantik menjadi Mufti Johor sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1934 – 1941 dan 1947 - 1961. Antara guru-guru beliau ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad dan al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari.




Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak menurut aliran ‘kaum tua’. Beliau sangat menyanggah pendapat dan pegangan Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung, bahkan Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor demi untuk membendung menularnya fahaman kaum muda @ wahabi. [Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan A. Hassan Bandung – wafat pada 10 November 1958 - adalah merupakan ulama ‘kaum muda’]




Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

Soalan: Bagaimanakah dapat kenal atau ketahui alamat-alamat kaum muda (wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

Jawab: Jawab Soalan Pertama:Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu (wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula; Nabi Allah ‘Isa عليه السلام berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”


Setengah dari alamat (ciri-ciri) mereka itu (wahhabi):

  • Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi.
  • Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.
  • Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang.
  • Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun.
  • Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.
  • Setengah mereka itu sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.
  • Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang disisi mereka.
  • Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang sah juga sembahyang disisi mereka.
  • Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik beratkan oleh wahhabi)dan tiada dihiraukannya.
  • Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya.
  • Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم, al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru diantara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja. …….

Syaikh Hasan Ma’shum Mufti Kerajaan Deli yang nama lengkapnya ialah Hasanuddin bin Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar ad-Dali (Deli). Namun lebih dikenali dengan Syaikh Hasan Ma’shum. Asal keturunan dari Acheh kemudian berpindah ke Deli. Lahir di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300H/1882M dan wafat di Medan pada 24 Syawal 1355H/7 Januari 1937M. Ayah dan datuknya juga merupakan ulama. Seorang pembela kamu tua ketika berlaku pertembungan pendapat antara kaum tua dan kaum muda. Antara kitab yang beliau tulis untuk menyanggah pendapat kaum muda adalah Al-Quthufat as-Saniyah fi Raddi Ba’dhi Kalam al-Fawaid al-‘Aliyah [kitab ini mendapat pujian dari gurunya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Abdul Qadir Shabir al-Mandaili], Beberapa Masail [untuk menangkis 19 perkara yang dilemparkan oleh Kaum Muda @ Wahabi yang dianggap bidaah oleh mereka iaitu antaranya tentang melafazkan ‘Usalli’, membaca talkin, mengaji (membaca al-Quran) di kubur,berdiri ketika marhaban, mempercayai ulama, lafaz ‘Saidina’ dalam shalawat, qadha sembahyang, mengangkat tangan ketika qunut, ziarah makam Nabi صلى الله عليه وسلم , membaca al-Quran untuk orang mati, fidyah sembahyang, ziarah kubur dan lain-lain lagi. Kitab ini dicetak pada tahun 1929 (cetakan kedua)]


Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal mereka itu dengan ke’aliman dalam pelbagai cabang ilmu, kewarakan dan ketaqwaannya.

Kata al-Marhum Tuan Guru Syaikh Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah:
“Ada orang jadi masyhur namanya kerana mempertahankan sesuatu pegangan yang diamalkan oleh orang ramai. Tidak dinafikan juga bahawa seseorang jadi masyhur kerana membantah amalan orang lain. Seseorang yang mempertahankan pegangan, sama ada yang betul ataupun yang salah, ada yang terikat dengan adab-adab yang tertentu, tetapi tidak sedikit yang tiada beradab. - Walau bagaimana hebat pun seseorang memperoleh kemasyhuran sanjungan manusia, tetapi jika pemikiran, pekerjaan dan perbuatannya tiada diredhai Allah, dia bukanlah seorang yang bijak. Hakikatnya dialah orang yang paling bodoh”

Sekian Dari
~ Abu Zahrah ~

Isnin, 19 Mei 2008

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi - 3

Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881M/1299H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

Antara guru-guru beliau di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. [kepada ulama ini, beliau mendalami kitab hadits Bukhari], Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani [mendalami ilmu falak], Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

Dalam mempertahankan kaum tua [yang berpegang kepada ‘asya’irah dalami ilmu tauhid dan bermazhab Syafie dalam fiqih] Haji Abu Bakar Qadhi mengarang beberapa risalah menolak pendapat Hasan Bandung dan Shaikh Thahir Jalaluddin, yang merupakan ulama kaum muda dan sebuah karya di dalam bahasa Arab untuk menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir yang merupakan, tokoh reformis yang sangat terkenal. Antara kitabnya itu bertajuk Taman Persuraian Membatalkan Perkataan asy-Syaikh MuhammadThahir Jalaluddin al-Minankabawi …, Mustika ‘Ajaaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita صلى الله عليه وسلم, Cogan Perikatan Pada Menyatakan Sunat Berlafadz Usolli, Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi dan lain-lain.

Tuan Guru Haji Abdul Qadir Sekam atau Baba Dir Sekam atau nama penuhnya ialah Syaikh 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darussalam [sehingga penghujung abad 20] yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H/1921M di Kampung Sekam. Di dalam kitab beliau Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Muhammad Abdul Wahab.



Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indonisi al-Mandili. Seorang ulama yang terkenal mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Merupakan mahaguru ulama seNusantara disekitar tahun 50an.






Beliau menulis beberapa kitab untuk menolak fahaman kaum Muda [Wahabi] antaranya kitab bertajuk Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-‘Asy’ari [pelopor fahaman kaum muda @ wahabi di negeri Perlis Indera Kayangan]. Kitab tersebut ditulis di Makkah al-Mukarramah dan selesai penulisannya pada hari Sabtu 4 Syawal 1378H.





Sebuah lagi kitab yang beliau tulis, bertajuk al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab. Kitab ini beliau tulis untuk memenuhi permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani bagi menjawab sebuah kitab tulisan seorang pemuka kaum muda @ Wahabi bernama Hasan Ahmad Bandung bertajuk al-Mazhab, Wajibkan atau Haramkah Bermazhab? Selain itu beliau juga mentahqiqkan kitab karangan murid beliau, Ismail bin Ahmad bin Muhammad Salleh at-Fathani al-Langgoori bertajuk Minhaaj al-Saalimin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin Maka jelas menunjukkan beliau menolak akan fahaman Wahabi yang mengeliru dan menyesatkan itu.

Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Salam hormat dari
~ Abu Zahrah ~

Ahad, 18 Mei 2008

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi - 2

Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Wan Idris Bermin al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Bermin (1290H/1873M - Khamis 29 Zulkaedah 1376H/27 Jun 1957M). Beliau merupakan shahabat kepada Tok Kenali dan Tok Kelaba.

Di dalam sebuah manuskrip tulisan tangan Tok Bermin yang dimiliki oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir, dimana didalam kitab tersebut Tok Bermin meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda [Wahabi]. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:

Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan orang Minangkabau. Yang keduanya [itu adalah] setengah daripada Kaum Muda [Wahabi] yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.

[Tarikh kejadian yang disebut oleh Tok Bermin iaitu 26 dan 28 Syawal 1347H itu adalah bersamaan dengan 6 dan 8 April 1929M. Memperhatikan tarikh ini bererti masih dalam lingkungan tahun-tahun yang sama dengan pertentangan Kaum Tua dan Kaum Muda di Sumatera. Tok Bermin lahir pada tahun 1290H/1873M, bererti dia lebih tua sekitar enam tahun daripada Syeikh Abdul Karim Amrullah, pelopor Kaum Muda di Minangkabau yang lahir pada 1296H/ 1879M. Kemungkinan Abdullah dan Burhan yang berasal dari Minangkabau yang disebut oleh Tok Bermin pada petikan di atas adalah termasuk murid Syeikh Abdul Karim Amrullah. Tidak dapat dinafikan bahawa Tok Bermin dan Syeikh Abdul Karim Amrullah telah kenal sejak di Mekah kerana kedua-duanya adalah belajar dengan para ulama Mekah yang sama.]

Selanjutnya Tok Bermin menulis:

Maka telah nyata bahawasanya ‘Abdullah dan Burhan bukan daripada orang yang mengikut Imam Syafie. Bahkan bukan daripada mazhab yang empat. Dan keduanya bawa bercakap dengan kitab bagi Imam Syafie itu kerana menipu dan supaya menyangka orang yang mendengar akan kedua-duanya itu orang yang mengikut Syafie, padahal bukan Syafie.Dan jika tiada keduanya bawa bercakap-cakap dengan ‘Kitab Umm’ itu, nescaya tiada seorang pun mengikut akan keduanya daripada permulaan masuk Abdullah dan Burhan ke dalam negeri Legor.

Tulis Tok Bermin selanjutnya:

Dan sebab keluar keduanya dari mazhab itu, kerana menafi oleh keduanya akan ijmak dan qiyas. Dan keduanya ikut nas al-Quran dan hadits sahaja. Dan padahal ijmak dan qias itu, keduanya adalah setengah daripada dalil-dalil yang buat menghukum ‘ulama’ dengan dia.

Tok Bermin membahaskan perkara tersebut dengan panjang lebar dan mendalam menggunakan hujah-hujah yang mantap ditinjau daripada pelbagai ilmu sebagaimana yang digunakan oleh jumhur ulama. Oleh sebab Tok Bermin memang pakar dalam banyak bidang ilmu, terutama ilmu alat, iaitu nahu dan sharaf. Abdullah dan Burhan kurang mengetahui tentang kedua-dua ilmu itu terpaksa diam saja.

[Tulisan ini adalah merupakan petikan dari tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Tok Bermin al-Fathani. Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA kepada kedua orang ulama' ini.]

Jelas Tok Burmin menolak fahaman kaum muda atau Wahabi ini. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi - 1

Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Abdullah Fahim. Tokoh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang ulama tersohor. Perhatikan apa yang beliau katakan.

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه . اما بعد

Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع).
Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Sair as-Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'
[Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39]

Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi:

“(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah [yang beliau maksudkan adalah golongan kaum muda @ Wahabi][1]. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu……. hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama' ahl as-Sunnah wa al-Jamaah

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri ……

Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi:

“Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia …….”


[Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 37 dan 38]

Notakaki:

Menurut Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar ibn Sayyid ‘Abdul al-‘Aziz ibn Sayyid Ahmad ibn Sayyid ‘Abdurrahim ibn Sayyid Najmuddīn ibn Sayyid Muhammad Shalahuddīn atau lebih dikenali sebagai ‘ Imam Ibn ‘Abidin asy-Syami [wafat 1252H/1836M] menyebut didalam kitabnya Raddul Muhtar ‘ala ad-Durrul Mukhtar:

Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.

…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan dengan mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan askar Muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H.

[Terjemahan ini dan gambar kitab dan helaiannya berkenaan diambil dari blog al-ashairah]


Sekian dari
al-Faqir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak


Jumaat, 16 Mei 2008

Selamat Hari Guru

Guru Oh Guru


Berburu padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi



عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kitab Bersama Shaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi di Masjid al-Falah dan Surau Anjung Rahmat


Tarikh : 18 Jumadil Awwal 1429H / 24 Mei 2008 (Sabtu)



[1] Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya

Kitab Pengajian: Kitab Hidayatus Salikin (هداية السالكين في سلوك مسلك المتقين)



[2] Masa: Selepas sholat Maghrib – 10.00 malam
Tempat: Surau Anjung Rahmat,Kompleks Anjung Rahmat, Bt.6, Gombak
Kitab Pengajian: Kitab Hikam Ibn ‘Athoillah.( حكم ابن عطاءالله السكندري)


Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadhir.

Majlis Pengajian Kitab Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad - Bulan Mei 2008 di Masjid Baitul Aman



عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kitab Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad - Bulan Mei 2008 di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat disekitar Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ditinggalkan dan diwasiatkan oleh al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad. Huraian dari kitab-kitab beliau adalah dalam Bahasa Malaysia.


Tarikh : 11 Jumadil Awwal 1429H / 17 Mei 2008

Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30 malam

Kitab Pengajian: Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman (النصائح الدينية و الوصايا الإيمانية)


*********

Tarikh : 12 Jumadil Awwal 1429H / 18 Mei 2008

Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30 malam


Kitab Pengajian: Kitab Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama.( الدعوة التامة والتذكرة العامة)


Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.Dan diminta hadirin dan hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.

Maklumat lanjut sila dapatkan disini

Khamis, 15 Mei 2008

Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki



عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki - Bulan Mei 2008 di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya

Tarikh : 11 Jumadil Awwal 1429H / 17 Mei 2008 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Kitab Pengajian: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.

Masa: Selepas Maghrib

Kitab Pengajian: Qawaid Fiqhiyyah (Zubdah al-Qawaid al-Fiqhiyyah)


*********

Tarikh : 12 Jumadil Awwal 1429H / 18 Mei 2008 (Ahad)

Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahari

Kitab Pengajian: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.

Muslimin dan Muslimat di jemput hadhir

Rabu, 14 Mei 2008

Segala kebinasaan lidah – Siri ke 6

Segala kebinasaan lidah itu iaitu duapuluh (20) perkara.

Kebinasaan Keenam:

الآفة الخامسة السادسة التشدق في الكلام بتكليف السجع والتفصيح فيه

Artinya: Kebinasaan yang keenam iaitu membaikkan di dalam perkataan dengan memperberati diri dengan saja’-saja` [sajak-sajak] di dalam perkataan dan memperberati fasih-fasih di dalam perkataan, kerana yang demikian itu membawa kepada riya` iaitu dicela oleh syara’, seperti sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:


أنا وأتقياء برءاء من التكلف
Artinya: Bermula aku dan umatku yang takut akan Allah Ta’ala lepas daripada memberati daripada bersaja` di dalam perkataan dan lepas daripada berbuat perkataan yang fasih-fasih. [Kata Imam an-Nawawi, hadits ini tiada tsabit. Dan diriwayatkan oleh ad-Daruqutni daripada Zubair al-Awwam didalam al-Ifrad, hadits marfu’ – Ithaf]

(Dan lagi) sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
شرار أمتي الذين غدوا بالنعيم يأكلون ألوان الطعام ويلبسون ألوان الثياب ويتشدقون في الكلام
Artinya: Bermula yang terlebih jahat umatku ialah mereka yang memakan yang sedap-sedap iaitu memakan mereka itu beberapa warna makanan dan memakai mereka itu akan akan beberapa warna pakaian. Dan adalah mereka itu memberati diri mereka itu berbuat perkataan yang bersaja`-saja` dan berbuat perkataan yang fasih-fasih. [Hadits riwayat Ibn Abi ad-Dunya dan al-Baihaqi – al-‘Iraqi]

(Dan adapun) perkataan bersaja`[bersajak] dan perkataan yang berfasih dengan tiada bersusah dan tiada memberati diri buat akan dia itu, maka tiada dicela oleh syara’, kerana maksud [daripada] dengan perkataan itu iaitu mudah memberi faham akan manusia. Dan bersaja`[bersajak] dan fasih dengan tiada bersusah itu memberi faham di dalam hati dan lagi meraghib [menggemarkan] akan hati dan yang demikian itu tiada dicela oleh syara’. Bersalahan berbuat perkataan yang demikian itu dengan bersusah-susah maka iaitu membawa kepada riya` iaitu dicela oleh syara’.

[Sairus Salikin; Shaikh Abdusshamad al-Falimbani; Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie, Singapore 1372H – 1953M; juz 3, halaman 78]

Bersambung ke kebinasaan lidah yang ketujuh …

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan - Siri 6

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan
oleh Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni
(Siri – 6)

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab kanzul minan ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Adapun Hikam Abu Madyan dan syarah Tok Syaikh Daud ini juga memerlukan pengupasan dan penjelasan yang halus lagi untuk memahaminya. Sekian.)



لاَيَصِحُّ سَمَاعُ هَذَا العِلمِ إِلاَّ لِمَنْ حَصَلَتْ لَهُ أَرْبَعَةٌ ، الزُّهْدُ وَالعِلْمُ وَالتَّوَكَلُ وَاليَقِيْنُ

Tiada patut mendengar bagi ilmu ini melainkan bagi orang yang hasil baginya, yakni ada empat (4) shifat. Pertamanya zuhud dan keduanya ilmu, dan ketiga tawakal dan keempat yaqin.

…. sambung dari siri yang lalu.

(Yang keduanya) ilmu[1] iaitu ilmu syariat yang bergantung dengan membaikkan dzahirnya. Maka manakala tiada mengetahui oleh orang yang salik membaikkan dzahirnya tiada dapat mengetahui akan membaikan bathinnya kerana orang yang tiada berhenti pada pintunya tiadalah dapat masuk didalam tempat perhentian ahbabnya [kekasihnya]. (Maka) hiasilah olehmu hai orang yang salik dengan pakaian syariat dan berhiasa dengan adab thoriqat, nescaya teranglah atasmu beberapa cahaya haqiqat dan jadilah kamu ahli bagi mukhaathobat yakni berkhabar-khabaran dan ahli musaamarah[2] yakni orang-orang yang berkhabar-khabar pada waktu malam dan dapatlah kamu akan lazat mukhaathobah.

Bersambung ke siri seterusnya ........


[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M]

___________________________________________

Notakaki:-

[1] Menurut Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hanafiah bin Haji Taib al-Qedahi atau lebih dikenali dengan Hj Abu Bakar Palestin, didalam kitabnya terjemahan dan syarahan ringkas hikam Abu Madyan [kitab ini masih dalam bentuk tulisan tangan beliau]: … kedua ada baginya ilmu ‘aqidah barang yang sempuna ‘itiqad ahl as-sunnah wa al-jamaah supaya jangan jadi gelong [tidak betul] ‘aqidah dan ilmu syariat seqadar sah batal dalam ‘ibadah. …… Adapun ilmu maka kena berkalut [bergegas] mengajinya dan manakala dapat faham yang licin nescaya masuk kemedan ilmu tasauf, mudahlah fahamnya kerana ilmu tasauf dalam matlamatnya dan dalam rahasia-rahasianya …….

[2] Berdasarkan kepada kitab yang Abu Zahrah gunakan untuk transliterasi, perkataan yang tercetak adalah “musaawarah” (مساورة) yakni orang-orang yang berkhabar-khabar pada waktu malam". Tetapi kalau berdasarkan huraian perkataan tersebut pada ayat seterusnya iaitu “yakni orang-orang yang berkhabar-khabar pada waktu malam” maka perkataan yang sebenarnya adalah masaamarah (مسامرة). Dan inilah yang ditahqiqkan oleh guru kami. Ianya adalah kesalahan cetak. والله تعالى أعلى وأعلم.

والله تعالى أعلى و أعلم

Selasa, 13 Mei 2008

Habib Ahmad bin 'Alwi al-Habsyi

إِنَّا للَّهِ وَإِنَّـآ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة

Sebentar dari saya mendapat berita bahwa Habib Ahmad bin 'Alwi al-Habsyi dari Seiwun saudara kepada al-Marhum Habib Anis bin 'Alwi al-Habsyi telah kembali kerahmatuLlah di Jakarta, dan akan di makamkan di Solo. Beliau adalah merupakan salah seorang anggota majlis ulama di Seiwun, Yaman. al-Faathihah ...


Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Para ulama seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan – Hadits riwayat Imam Ahmad


Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim ( Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)


Ummi

Sempena Hari Ibu ..................


Haqiqat ‘Asya’irah

Tulisan ini adalah merupakan terjemahan dari salah satu bab didalam kitab Mafahim Yajibu an-Tushahhah karangan al-Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin Abbas bin Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani. Terjemahan ini diambil dari http://www.mafahim-online.net/ dengan olahan ke bahasa Malaysia

Haqiqat ‘Asya’irah

Ramai kaum muslimin jahil (tidak mengetahui) mengenai madzhab al-‘Asya’irah (kelompok ulama pengikut madzhab Imam Abul Hasan al-‘Asy’ari) dan tidak mengetahui siapakah mereka, dan metode mereka dalam bidang aqidah. Lantaran dari itu, sebahagian dari mereka, tidak berhati-hati, melemparkan tuduhan bahawa golongan ‘Asya’irah sesat atau telah keluar dari Islam dan mulhid (menyimpang dari kebenaran) di dalam memahami sifat-sifat Allah

Kejahilan terhadap madzhab al-‘Asya’irah ini adalah faktor retaknya kesatuan golongan Ahl as-Sunnah dan terpecah-pecahnya kesatuan mereka, sehingga sebahagian golongan yang jahil memasukkan al-‘Asya’irah dalam kelompok golongan yang sesat . Saya tidak tahu, mengapa golongan yang beriman dan golongan yang sesat disamakan? Dan bagaimana glongan Ahl as-Sunnah dan golongan ekstrim mu’tazilah (Jahmiyyah) disamakan?

أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ - مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? (Surah al-Qalam: 35 – 36)

Al-‘Asya’irah adalah para pemimpin ulama yang membawa petunjuk dari kalangan ulama muslimin yang ilmu mereka memenuhi bahagian timur dan barat dunia dan disepakati oleh manusia sepakat atas keutamaan, keilmuan dan keagamaan mereka. Mereka adalah tokoh-tokoh besar ulama Ahl as-Sunnah berwibawa tinggi tang berdiri teguh menentang kepongahan dan kesombongan golongan mu’tazilah.
Dalam mengupas tentang golongan al-‘Asya’irah, Ibn Taimiyyah berkata:

والعلماء أنصار علوم الدين والأشاعرة أنصار أصول الدين – الفتاوى الجزء الرابع

Artinya: “Para ulama adalah pembela ilmu agama dan al-Asya’irah pembela dasar-dasar agama (ushuluddin) - (al-Fataawaa, juzu’ 4)

Sesungguhnya mereka (penganut madzhab al-‘Asyar’irah) terdiri dari tokoh-tokoh hadits, fiqih dan tafsir dari kalangan tokoh imam yang utama (yang menjadi panutan dan sandaran para ulama lain) seperti:
  • Syaikhul Islam Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani رحمه الله, tokoh hadits yang tidak dipertikaikan lagi sebagai gurunya para ahli hadits, penyusun kitab Fathul Baari ‘ala Syarhil Bukhaari. Bermazhab ‘Asya’irah. Karyanya sentiasa menjadi rujukan para ulama’.
  • Syaikhul Ulama Ahl as-Sunnah, al-Imam an-Nawaawi رحمه الله, penyusun Syarh Shahih Muslim, dan penyusun banyak kitab yang masyhur. Beliau bermazhab ‘Asya’irah.
  • Syaikhul Mufassirin al-Imam al-Qurthubi رحمه الله penyusun tafsir al-Jaami’ li Ahkaamil Qur’an. Beliau bermazhab ‘Asya’irah.
  • Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-Haitami رحمه الله, penyusun kitab az-Zawaajir ‘an al-Iqtiraaf al-Kabaa’ir. Beliau bermazhab ‘Asya’irah.
  • Syaikhul Fiqh wal Hadits al-Imam al-Hujjah wa ats-Tsabat Zakaaria al-Anshari رحمه الله Beliau bermazhab ‘Asya’irah.
  • Al-Imam Abu Bakar al-Baaqilani رحمه الله
  • Al-Imam al-Qashthalani رحمه الله
  • Al-Imam an-Nasafi رحمه الله
  • Al-Imam asy-Syarbini رحمه الله
  • Abu Hayyan an-Nahwi رحمه الله, penyusun tafsir al-Bahr al-Muhith.
  • Al-Imam Ibn Juza رحمه الله, penyusun at-Tashil fi ‘Uluumittanziil.
  • Dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh ‘Asya’irah.
Seandainya kita menghitung jumlah ulama besar dari ahli hadits, tafsir dan fiqh yang bermazhab al-‘Asya’irah, maka keadaan tidak akan memungkinkan dan kita memerlukan beberapa jilid buku untuk merangkai nama para ulama besar yang ilmu mereka memenuhi wilayah timur dan barat bumi. Adalah salah satu kewajiban kita untuk berterimakasih kepada orang-orang yang telah berjasa dan mengakui keutamaan orang-orang yang berilmu dan memiliki kelebihan yakni para tokoh ulama, yang telah menabur khidmat mereka kepada syari’at Penghulu Para Rasul, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Dimanakah lagi kebaikan yang kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan menyimpang daripada kebenaran dan sesat kepada para ulama besar kita dan para salafus sholeh? Bagaimana Allah akan membukakan mata hati kita untuk mengambil manfaat dari ilmu-ilmu mereka setelah kita beri’tiqad bahwa mereka berada dalam keraguan dan menyimpang dari jalan Islam?.


Sungguh saya ingin mengatakan: “Adakah terdapat ulama masakini daripada kalangan doktor [penyandang ijazah PhD] dan cerdik pandai, mampu melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan al-Imam an-Nawawi رحمهماالله dalam berkhidmat terhadap sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang suci? Adakah kita mampu untuk memberi khidmat terhadap sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua ulama besar ini? Semoga Allah mengurniakan kepada mereka rahmat dan keredhaanNya. Lalu bagaimana kita boleh menuduh sebagai sesat mereka berdua[1] dan para ulama al-‘Asya’irah yang lain, padahal kita memerlukan ilmu-ilmu mereka?

Dan bagaimana kita boleh mengambil ilmu dari mereka jika mereka didalam kesesatan? Padahal al-Imam Ibnu Sirin رحمه الله pernah berkata:

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

Artinya: Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikan daripada siapa kalian mengambil agama kalian.


Apakah tidak cukup bagi orang yang tidak sependapat dengan para imam di atas, untuk mengatakan, “Mereka rahimahullah telah berijtihad dan mereka salah dalam menafsirkan sifat-sifat Allah. Maka yang lebih baik adalah tidak mengikuti metode mereka.” Sebagai ganti dari ungkapan kita menuduh mereka telah menyimpang dan sesat lalu kita marah atas orang yang mengkategorikan mereka sebagai ahlussunnah.


Dan seandainya al-Imam an-Nawawi, al-‘Asqalani, al-Qurthubi, al-Fakhrurrazi, al-Haitami dan Zakaria al-Anshari dan ulama berwibawa yang lain tidak dikategorikan sebagai Ahlussunnah Wal Jama’ah, lalu siapakah mereka yang termasuk Ahlussunnah Wal Jama’ah?.

Sungguh, dengan tulus kami mengajak semua pendakwah dan mereka yang bergiat di medan dakwah Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم, khususnya terhadap tokoh-tokoh ulama dan para fuqaha’nya. Kerana, ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم sentiasa berada dalam kebaikan hingga hari kiamat. Dan tidak ada kebaikan bagi kita jika tidak mengakui kedudukan dan keutamaan para ulama kita sendiri.

_____________________________________________________

Notakaki:

[1] Beberapa kenyataan ulama Wahabi yang mengatakan bahwa aqidah Imam Ibn Hajar, Imam an-Nawawi dan para ulama ‘Asya’irah terkeluar dari aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah. Abu Zahrah petik dari blog al-Fadhil Ustaz Zamihan dan al-Fadhil Ustaz Abu Syafiq Antaranya sebagai contoh [untuk lebih jelas sila layari blog berkenaan]:


- Kitab Dakwatut Tauhid oleh, Dr Syaikh Muhammad Khalil Harras (Pemimpin Anshar as-Sunnah, Mesir), Cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, tanpa tarikh, beliau mengatakan: "Dan makruf, sesiapa yang terlibat dengan mentakwilkan nash-nash mutasyabihat dari golongan ‘Asya’irah seperti Ibn Fawrouk sebagaimana (terdapat) di dalam kitabnya al-Takwilaat” kemudian diikuti selepas itu (oleh) ulama mutaakhir al-‘Asya’irah seperti Imam al-Harain, al-Ghazali, al-Razi, al-Hulaimi al-Aamidi, Ibn A’qil, Ibn Jauzi dan lain-lain. Dan sesungguhnya telah sesat dalam bab ini (mentakwil). Kebanyakkan ualam ‘Asya’irah yang mana mereka mempunyai ilmu yang mendalam, ahli ‘ibadah dan menghafaz as-Sunnah seperti Imam an-Nawawi, Izzuddin Abdussalam dan selain dari keduanya”

- Kitab Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam: Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Shaykh al-Islam Muhammad bin Abd al-Wahhab, Dr. Sholeh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, 1408H, Cetakan: Riasah al-Ammah al-Idarat al-Buhuth al-Alamiyyah Wa al-Ifta' Wa al-Dakwah Wa al-Irsyad, Riyadh, Arab Saudi, Perenggan Ke-5: “Golongan al-‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah bertentangan dengan (metodologi) para shahabat, al-Tabi’in dan Imam Mazhab Empat dalam kebanyakkan masalah i’tiqad (‘aqidah) dan usul agama. Lantaran itu mereka tidak berhak untuk di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka (‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah) bukan sekadar bertentangan dengan Syeikh al-Islam [Ibn Taimiyyah] sahaja. Tetapi mereka turut menyalahi umat Islam dan para ulama’ yang berjalan (berpegang) kepada metodologi al-Salaf.”

- Kitab Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tauhid, Syeikh Abd Rahman bin Hassan bin Muhammad Abd Wahhab, : Syeikh Abd Aziz bin Abdullah bin Baz (Bekas Mufti Arab Saudi), Cet : Pertama, 1992/1413H, Maktabah al-Fayha’ & Maktabah Dar Salam : Riyadh, Perenggan ke-5 : “Sesungguhnya Jahm bin Sofwan dan pengikutnya mendakwa tiada dalil yang membuktikan wujudnya sifat yang berdiri (melengkapi) Dzat Allah Ta’ala. Dan golongan yang mengikut mereka atas pendapat itu ialah puak-puak dari Muktazilah, Asya’irah dan selain mereka. Maka dengan sebab itu mereka dikafirkan oleh kebanyakkan dari golongan Ahl Sunnah.

- Syeikh Abdullah Sa'diy al-Ghamidiy al-Abdaliy juga menulis satu kitab berjudul al-Aktha' al-Asasiyyah fi al-Aqidah Wa Tauhid al-Uluhiyyah Min Kitab Fath al-Bariy Ta'lif Ahmad bin Hajar al-Asqalaniy (Kesalahan Asas Tentang Akidah dan Tauhid Uluhiyyah dari Kitab Fath al-Bariy karangan Ibn Hajar al-Asqalaniy).

- Kitab Liqa' Bab al-Maftuh Ma’aa Fadhilah asy-Syaikh Muhammad Sholeh al-Uthaimin, yang diselia Dr Abdullah bin Muhammad bin Ahmad al-Thayyar, Cetakan Dar al-Wathan, Riyadh.

Soalan penanya : "Sbgmana kita menjadikan al-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani kedua-duanya bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Jawapan : "Berdasarkan kepada apa yang dimazhabkan (diputuskan) pendapat mereka di dalam isu-isu perbahasan Nama-nama dan Sifat-Sifat Allah, kedua-dua mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Soalan susulan : "Secara mutlak, mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Jawapan : "Kita tidak menjadikannya secara mutlak. Saya beritahu anda bahawa barangsiapa yang menyanggahi golongan al-Salaf dalam memahami Sifat Allah tidak diberi gelaran mutlak bahawa ia bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ditaqyidkan...hingga bila dikatakan dia (seseorang itu) Ahli Sunnah Wal Jamaah (mungkin) dari sudut feqhiyyah contohnya. Adapun jika tareqat (metodologinya) itu bid'ah..ia bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Related Posts with Thumbnails