…. sambungan dari entri yang sebelum ini Tawassul, Isti’anah, Istighosah ‘amalan SYIRIK? Lihat Bahagian 1, Ke-2 dan Ke-3
Petikan buku tertajuk Wahabisme Dari Neraca Syara’ oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. Buku ini bagus untuk dibaca terutama dalam mengenali Wahabi dan penyelewengan mereka.
Di dalam Ta’qibat ‘ala Kitab al-Salafiyyah Laisat Mazhaban, pengarangnya Soleh al-Fauzan [seorang pemuka Wahabi] menegaskan:
“Sesungguhnya ia (tawassul) merupakan masalah amat merbahaya dan menggangu aqidah serta membawa kepada syirik. Maka bagaimanakah kamu boleh menjadikannya sebagai suatu perkara yang mudah?”
Syaikh Mahmud Said Mamduh sekali lagi menjawab dengan berkata:
“Hendaklah kamu berlemah-lembut terhadap diri kamu sendiri wahai Syaikh. Apabila tawassul membawa kepada syirik, maka katakanlah bagiku dengan Tuhanmu, imam-imam yang bertawassul dengan Nabi صلى الله عليه وسلم seperti Ahmad bin Hanbal رضي الله عنه dan lain-lain di kalangan ahli salaf dan orang-orang yang selepas mereka, adakah kamu tahu mereka telah terjerumus di dalam kesyirikan? Mustahil mereka akan terjerumus ke kancah syirik, sedangkan mereka ialah iman-imam agama ini. Kenyataan kamu yang mencampakkan amalan tawassul ke dalam kesyirikan merupakan suatu kebathilan.
Seorang pemuka Wahabi yang bernama Abu Bakar al-Jaza`iri [mengajar di Masjid Nabawi. Dan dia juga mengatakan “… kedua ibubapa Nabi berada di dalam neraka ….”] telah terang-terangan mengkafirkan orang-orang Islam yang bertawassul didalam kitabnya ‘Aqidah al-Mu’min [Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu maka berhati-hatilah ketika membaca buku ini!] dengan katanya:
إنُّ دعاء الصالحين ، والاستغاثة بهم ، والتوسل بجاههم، لم يكن في دين الله تعالى قربة ولا عملاً صالحاً فيتوسلُ به أبداً وإنما كان شركاً في عبادة الله محرماً يخرج فاعله من الدين ويوجب له الخلود في جهنم - انتهى بحرفه من كتابه عقيدة المؤمن
Sesungguhnya doa para sholihin dan beristighosah (meminta pertolongan) dengan mereka dan bertawassul dengan jah (kemegahan dan keberkatan) mereka, tidak pernah terdapat didalam agama Allah Ta’ala cara sebegini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dan ia bukan amalan sholeh di dalam agama sehingga boleh dilakukannya (bertawassul) selama-lamanya. Ia merupakan kesyirikan didalam ibadah kepada Allah yang diharamkan dan mengeluarkan pembuatnya (pengamalnya) dari agama dan wajiblah baginya kekal berada di dalam neraka Jahannam. [‘Aqidah Mu’min]
Kenyataan ini telah dijawab oleh al-Allamah al-Muhaddits Syaikh Mahmud Said Mamduh di dalam kitabnya Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa az-Ziyarah:
الصحيح أن المؤمن لا يعتقد في ذلك إخوانه المؤمنين الذين يعتقدون ألا مؤثر إلا الله عز وجل ، وغاية عملهم أن علموا منزلة النبي (ص) عند ربه فتوسلوا به واتبعوا الأدلة الصحيحة، وقد تأسوا في ذلك بالصحابة رضوان الله عليهم .
وقد أخطأ ( أبو بكر الجزائري ) فكفر عباد الله الصالحين ، وهذا التكفير الجزاف لا ارتباط له بكتاب أو سنة ولا بما عليه السواد الأعظم، ولم يقل ذو عقل، ودين بمقولته الفاسدة إلا من كان على رأى الخوارج…
Yang shohih, sesungguhnya seseorang mukmin tidak akan beranggapan sedemikian kepada kepada saudaranya yang beri’tiqad bahwa tiada yang memberi bekas melainkan Allah ‘Azzawajalla. Ghayah (tujuan atau maksud) amalan mereka bahwasanya mereka mengetahui kedudukan Nabi disisi Tuhannya. Maka mereka bertawassul dengannya dengan mengikut dalil-dalil yang shohih dan mencontohi shahabat رضي الله عنهم yang berdoa dengan cara bertawassul.
Sesunggunya, Abu Bakar al-Jaza`iri telah melakukan kesilapan. Dia telah mengkafirkan hamba-hamba Allah yang sholeh dengan tuduhan yang membabi buta tanpa menghubungkaitkan dengan Kitab atau Sunnah dan juga pegangan jumhur umat Islam. Orang-orang yang beraqal dan tidak beragama, tidak akan mengeluarkan perkataan yang merosakkan ini (mengkafirkan orang Islam) melainkan orang-orang yang dengan pendapat Khawarij
Lihatlah betapa mereka mengkafirkan orang-orang yang bertawassul. Lupakah mereka bahwa Imam Syafie, Imam Ahmad ibn Hanbal juga pernah bertawassul. Bahkan ramai lagi para ulama yang bertawassul. Berhati-hatilah dengan pendapat golongan yang mensyirikkan, mengkafirkan mereka yang bertawassul. Jangan terpedaya dengan dakyah golongan Wahabi ini. Janganlah terpedaya dengan hujjah mereka semata-mata kerana mereka punya MA atau PhD. [Keilmuan seseorang bukan sekadar memiliki BA, MA atau PhD semata-mata]. Mereka punya agenda tersirat ……
Bangunlah sunniyyun … syafi’iyyun …. Pertahankan agamamu ….!
Bersambung ……. insyaALLAH
2 komen:
boleh ustaz bagi bukti atau hujah bahawa imam as-syafie dan imam ahmad hanbal bertawassul? sebab saya nak buat perbandinga kajian ttg tajuk ini.
jazakallah
Asssalamu'alaikum,
Sdra/i anoy yang dimuliakan, saudara/i boleh dapatkan bahan dengan merujuk terus kepada kitab-kitab yang membicarakan hal tersebut seperti kitab Syawahidul Haq, Mausu'ah al-Yusufiah fi Bayan Adillah al-Sufiyah atau Haqiqat at-Tawassul wa al-Wasilah, Mafahim dan lain-lain. Namapun nak buat kajian. :)
Ambo mohon maap kerana ambo pertamanya bukan Ustaz, keduanya agak sibuk. Minta maap banyak-banyak kerana tidak dapat membantu sdra/i.
Sekian. Wassalam.
Catat Ulasan