Khamis, 25 Oktober 2007

Tawassul, Isti’anah, Istighosah ‘amalan SYIRIK?

Tawassul, Isti’anah, Istighosah ‘amalan SYIRIK?
Bahagian Ketiga

…. sambungan dari entri yang sebelum ini Tawassul, Isti’anah, Istighosah ‘amalan SYIRIK? Bahagian Pertama dan Kedua



Ini petikan yang aku ambil dari sebuah buku tertajuk Wahabisme Dari Neraca Syara’ oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. Buku ini bagus untuk dibaca terutama dalam mengenali Wahabi dan penyelewengan mereka.


Keterangan ini jelas bersumberkan dari kenyataan-kenyataan pemuka-pemuka Wahhabi, diantaranya mereka menyatakan: Bertawassul di dalam doa dengan zat orang-orang sholeh atau hak mereka ataupun kemuliaan dan keberkatan mereka, dikira sebagai perkara bid’ah dan salah satu dari jalan syirik. Perselisihan di dalam perkara ini, merupakan perselisihan di dalam asalah aqidah dan bukannya di dalam masalah cabang [furu’] agama, kerana berdoa merupakan antara ibadah yang terbesar dan terpenting dan tidak harus berdoa melainkan dengan doa yang terdapat di dalam Kitab dan Sunnah [Waqafat Ma’a Kitab li Du’at Faqat, halaman 31 – 32]

Sehubungan dengan itu, guru kami [guru kepada asy-Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki] al-Muhaddits Syaikh Mahmud Sa’id Mamduh menyatakan sememangnya berdoa merupakan antara perkara ibadah yang terbesar dan orang yang bertawassul tidak berdoa melainkan kepada Allah, tetapi mereka melakukan tawassul kerana saranan Allah melalui firmanNya:
وابتغوا إليه الوسيلة
Hendaklah kamu mencari suatu wasilah kepadaNYa

Amalan tawassul terdapat beberapa perbezaan hukum. Ada diantaranya yang diharuskan dan ada yang tidak diharuskan. Justeru, perselisihan pendapat ulama’ di dalam perkara ini berlegar di dalam permasalahan ilmu feqah. Manakala ilmu aqidah atau tauhid hanyalah membincangkan mengenai ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat. Maka tidak ada maknanya memesukkan perbahasan tawassul ini di dalam perkara aqidah.

Diantara dalil yang diketengahkan oleh mereka, untuk menghukumkan tawassul sebagai perkara bid’ah ialah firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Mu’min ayat 60:
وقال ربكم ادعوني أستجب لكم
Dan Tuhanku berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Mu’min ayat 14:
فادعوا الله مخلصين له الدين
Oleh itu, maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya

Al-Muhaddits Mahmud Said Mamduh menjawab dengan katanya:
Ayat yang pertama menuntut seseorang supaya berdoa kepada Allah dan ayat kedua menggalakkan seseorang supaya berdoa dengan ikhlas. Manakala tawassul pula, ialah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah kekita memohon sesuatu hajat supaya dimaqbulkan dan amalan tawassul merangkumi dua perkara diatas, di mana doa tawassul dipanjatkan kepada Allah dan bukannya kepada yang selain dariNya [Raf’ul Minarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa az-Ziyarah, halam 54 – 56]


Bersambung insyaAllah……

0 komen:

Related Posts with Thumbnails