Perjalanan Menjejaki
Makam Imam al-Ghazali - Siri 1
InsyaAllah, al-fagir akan berkongsi dengan para pengunjung
blog al-fanshuri catatan perjalanan guru dan teman-teman al-fagir dalam
menjejaki makam ulama terkenal iaitu al-Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad
bin Ahmad al-Ghazali di Thus, Iran, baru-baru ini. Pengalaman ini diceritakan kepada al-fagir oleh salah seorang ahli rombongan tersebut. Rombongan yang disertai oleh 5 orang ini diketuai oleh guru al-fagir, KH Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi
al-Maliki. Pada hemat al-fagir catatan perjalanan ini menarik kerana, tidak ramai yang
mengetahui dimana letaknya makam Dan al-fagir merasakan bahwa mereka
adalah anak Melayu pertama yang berjaya menjejaki dan menziarahi makam.Namun sebelum
meneruskan kisah perjalanan mereka, ingin al-fagir memperkenalkan Imam al-Ghazali رحمه
الله تعالى secara ringkas.
Haji Ahmad Tifla, KH Ahmad Fahmi Zamzam, Imam Azian, Kiyai dari Indonesia (al-fagir lupa namanya) dan Pak Su Ridzuan |
Al-Imam Muhammad bin
Muhammad bin al-Ghazali merupakan seorang ulama ahlus sunnah wal jamaah yang sangat
terkenal. Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan tahun 1058
Masehi, di desa Ghazalah, di pinggir kota Thus (yang terletak pada hari ini di
bahagian timur laut negara Iran), berdekatan dengan kota Masyhad, ibukota
wilayah Khurasan. Beliau bermazhab Syafie di dalam bidang fiqih dan
bermazhab Asya’irah di bidang aqidah. Seorang ulama yang menguasai pelbagai
bidang ilmu seperti aqidah, fiqih, usul fiqah, tasawwuf, falsafah, ilmu kalam,
pendidikan, politik dan lain-lain.
Mujaddid Kurun Ke-5H
Imam al-Ghazali رحمه
الله تعالى adalah
merupakan mujaddid kurun yang kelima (kurun
ke-12 Masehi). Hal ini disebutkan oleh ulama di dalam kitab mereka, antaranya
sepertimana yang tersebut di dalam beberapa buah kitab, antaranya:
(1) Ad-Da’wah
at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah oleh Syeikhul Islam Quthubul Da’wah wal
Irsyad al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad رحمه
الله تعالى: Berkata para ulama رحمة
الله عليهم, pada pangkal 100 tahun yang pertama iaitu khalifah yang
sholeh, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz al-Umawi al-Quraisyi رحمه
الله تعالى (w 101H); pada pangkal 100 tahun kedua, al-Imam Muhammad bin
Idris al-Syafie al-Mutthalibi رحمه
الله تعالى (w 204H); pada pangkal 100 tahun ketiga, Ibnu Suraij
asy-Syafie رحمه
الله تعالى( dikenali sebagai al-Baz al-Asyhab, w 302H) atau asy-Syeikh Abu
Hasan al-Asy’ari رحمه الله تعالى (w. 324H);
pada pangkal 100 tahun keempat, iaitu al-Qadhi Abu Bakar al-Baqiilani al-Maliki
(w. 403H) atau Syeikh Abu Haamid al-Isfaraini asy-Syafie رحمه
الله تعالى (w. 406H) dan pada pangkal 100 tahun kelima, iaitu al-Imam
Hujjatul Islam Abu Haamid al-Ghazali رحمه
الله تعالى (w. 505H). Kemudian berlaku perselisihan pendapat tentang
siapa yang menjadi mujaddid untuk pangkal-pangkal 100 tahun keenam, ketujuh,
kedelapan, kesembilan dan kesepuluh, yang dengannya sempurnanya 1,000 tahun
dari sejak hijrahnya Nabi صلى الله عليه وآله
وسلم. - Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah,
halaman 24 – 25.
(2) Ghaayatu Talkhish al-Muraad min Fatawa Ibni Ziyaad oleh Mufti Hadhramaut, al-Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar al-Masyhur Ba'Alawi رحمه الله تعالى, halaman 299 (yang dicetak diakhir kitab Bughyatul Mustarsyidin): “[Masalah] Hadits “Bahawasanya Allah akan membangkitkan buat umat ini pada pangkal setiap seratus (100) tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka),” hadits ini dikeluarkan Imam Abu Daud dan Imam al-Hakim dan selain kedua mereka. Imam as-Sayuthi berkata, hadits ini adalah masyhur dengan diriwayatkan oleh para hafidz yang muktabar. Maka mujaddid bagi:-
Kurun pertama: Sayyidina 'Umar bin
'Abdul 'Aziz رحمه الله تعالى;
Kurun ke-2: Imam Muhammad bin Idris
asy-Syafie رحمه الله تعالى;
Kurun ke-3: Ibnu Suraij atau al-Asy'ari رحمه
الله تعالى;
Kurun ke-4: ash-Sha'luki atau Abu Hamid
al-Isfaraini atau Qadhi Abu Bakar al-Baaqilani رحمهما
الله تعالى;
Kurun ke-5: Imam al-Ghazali رحمه
الله تعالى tanpa ada khilaf;
Demikian juga sepertimana yang disebut di dalam kitab Siraj ath-Tholibin Syarah asy-Syeikh Ihsan Muhammad Dahlan al-Jampasi al-Kediri ‘ala Minhaj al-‘Abidin ila Jannah Rabb al-‘Alamin – pada halaman 6 – 7, dan di dalam Taqwin al-Fikri ad-Dini oleh Syeikh Mahmud Syarqawi – pada halaman 330 – 331.
رحمه الله تعالىرحمه الله تعالىصلى الله عليه وآله وسلمصلى الله عليه وآله وسلمرحمه الله تعالىصلى الله عليه وآله وسلمعليهما السلام
Nabi Musa عليه السلام telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Wahai Muhammad, kamu bersabda bahawa:
عُلَمَاءُ
أُمَّتِي كَأَنْبِيَاءِ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Ertinya: Para ulama di kalangan umatku
seumpama para Nabi Bani Israel.
Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله
وسلم menjawab:
Na’am (iya, benar).
Nabi Musa عليه السلام telah berkata kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله
وسلم: Bolehkah kamu
tunjukkan seorang ulama dari umatmu yang menyerupai (atau seumpama) Nabi kami dari
kalangan Bani Israel?
Maka صلى الله عليه وآله
وسلم menoleh kepada semua yang hadir disekeliling Baginda صلى الله عليه وآله
وسلم dan bertanya:
Dimanakah orang yang bernama Abu Haamid al-Ghazali?
Lalu Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى bangun lalu duduk di hadapan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
Lalu Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى bangun lalu duduk di hadapan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله
وسلم berkata kepada Nabi
Musa عليه السلام: Ini adalah salah seorang daripada ulama umat aku.
Nabi Musa عليه السلام bertanya kepada Imam al-Ghazali: Siapakah namamu wahai imam?
Imam Ghazali رحمه
الله تعالى menjawab: Saya
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali.
Maka Nabi Musa عليه السلام berkata kepada Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى: Aku bertanya kepadamu nama mu sahaja, tetapi kamu menjawab namamu, nama ayahmu, nama datukmu dan nama qabilah yang kamu berasal (yakni nisbahnya iaitu al-Ghazali). Apakah jawapan kamu ini merupakan bagian dari jawapan yang beradab?
Imam al-Ghazali رحمه
الله تعالى berkata
kepada Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم: Wahai Rasullullah صلى الله عليه وآله
وسلم adakah aku diam
sebagai tanda aku beradab kepadamu atau apakah perlu aku menjawab soalan Nabi
Musa عليه السلام.
Baginda صلى الله عليه وآله
وسلم bersabda kepada
Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى: Bahkan, jawablah.
Imam Al-Ghazali رحمه
الله تعالى pun
menjawab dengan berkata kepada Nabi Musa عليه السلام: Dan engkau, tatkala Allah berfirman, bertanya kepadamu:
وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَـمُوسَى
“Dan apa (bendanya) yang di tangan
kananmu itu wahai Musa? (Surah Thaahaa:17).
Dan Nabi Musa عليه السلام menjawab:
قَالَ هِىَ عَصَاىَ أَتَوَكَّؤُا۟ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَى
غَنَمِى وَلِىَ فِيهَا مَـَٔارِبُ أُخْرَى
“Ini ialah
tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya
daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain
keperluanku pada tongkat itu” (Surah
Thaahaa:18).
Imam Al-Ghazali رحمه
الله تعالى berkata: Hakikatnya
Allah Ta’ala bertanya kepadamu (wahai Nabi Musa عليه السلام), apa yang ada ditangan kananmu? Itu sahaja soalannya. Dan
engkau menjawab lebih dari apa yang ditanya sedangkan Allah mengetahui apa yang
kamu perlukan atau manfaatkan dengan tongkat itu.
Nabi Musa عليه السلام menoleh kepada Nabi Muhammad . صلى الله عليه وآله وسلمdan
berkata: Benarlah kata-katamu wahai Muhammad, ulama dari kalangan umatmu menyerupai
(seumpama) para Nabi dari kalangan kami (Bani Israel).
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله
وسلم bertanya kepada
Nabi Musa dan Nabi ‘Isa عليهما السلام: Apakah dari kalangan umat kamu berdua seseorang ulama yang
seperti ini (yakni seperti Imam al-Ghazali)?
Nabi Musa dan Nabi ‘Isa عليهما السلام menjawab: Tidak ada.
(….bersambung)
1 komen:
Assalamualaikum,
Tuan Syeikh Abu Zahra,
Ana bercadang untuk mengziarahi maqam Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali. Mohon Tuan Syeikh boleh kongsikan sedikit tentang maklumat lanjut untuk mudah saya mencari. saya kebetulan setiap bulan ke sana.
Syukran
Ahmad Fathi
ahmadfathi83@gmail.com
Catat Ulasan