Ahad, 6 Mei 2012

Perjalanan Menjejaki Makam Imam al-Ghazali - Siri 2


Perjalanan Menjejaki Makam Imam al-Ghazali: Siri - 2
Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى banyak meninggalkan karya yang bernilai. Semua karya beliau terkenal namun yang paling terkenal dan sentiasa dikaji, dipelajari dan ditekuni sehingga saat ini adalah kitab Ihya ‘Ulumiddin.

Guru Mulia al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abi Bakar bin Salim حفظه الله تعالى, sewaktu kuliah shubuh (19 April 2012) di Masjid Bandar Baru Uda (lebihkurang maksudnya): ‘Alamat (tanda) seseorang ulama itu termasuk dari ulama dunia adalah membenci kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan ‘alamat seseorang ulama itu termasuk dari ulama akhirat adalah mencintai kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى.

Mengenai ketinggian kitab Ihya ‘Ulumiddin, al-Fagir teringat kisah yang pernah diceritakan oleh guru al-Fagir ketika mengaji kitab Minhajul ‘Abidin. Kisahnya:

(Dan demikian lagi) barang yang diriwayatkan daripada Imam al-‘Arif Ibn al-Mailaq daripada Imam ‘Arif Yaaquut al-Qurasyi daripada Quthub al-‘Arif al-Fard al-Jaami’ Abi al-‘Abbas al-Mursi daripada syarif al-Hasani, syeikhnya iaitu Quthub al-Fard Ghauts asy-Syarif Abi al-Hasan ‘Ali asy-Syadhuli daripada Imam al-‘Alim al-Kabiir ibn Hirzihim yang dimasyhurkan dengan ibn Harazim bahwasanya ia mengkhabarkan shahabatnya bahwasanya adalah ia menjahatkan sangka dengan Imam Ghazali dan ia mencela di dalam kalamnya di dalam Ihya ‘Ulumiddin (yakni mencela kitab Ihya) dan menyuruh menghimpunkan naskhah Ihya, mencita atas membakar kan dia (yakni berhasrat untuk membakar kitab Ihya). Maka melihat ia akan Imam Ghazali di dalam tidur (yakni mimpi). Maka menyeru ia (Imam Ghazali) akan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Maka berjalan aku sertanya. Maka tatkala berhenti kami antara hadapan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan padanya (yakni ada bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم) Syeikhan yakni Sayyiduna Abu Bakar dan Sayyiduna ‘Umar رضي الله عنهما, maka sembah (berkata) Imam Ghazali: Ya Rasulallah, ini, yakni orang ini menyangka bahwa aku berkata daripada engkau barang yang engkau tiada berkata. Maka jikalau adalah pekerjaan itu seperti barang yang ia sangka, maka taubatlah aku kepada Allah dan jika ada suatu yang sudah engkau elokkan dia, ya Rasulallah, telah hasillah bagiku daripada berkat engkau, maka ambil olehmu bagimu hakmu daripada khasomku (lawanku).

Kemudian maka berdiri dilututnya hingga diberikan dia kitab Ihya ‘Ulumiddin bagi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, maka menilik padanya صلى الله عليه وآله وسلم, satu daun kemudian satu daunya (yakni helai demi helai lembaran kitab) hingga habis pada akhirnya. Kemudian maka bersabda ia صلى الله عليه وآله وسلم: Demi Allah bahwasanya kitab ini suatu yang amat elok. Kemudian maka diberi akan dia (kepada) Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه. Maka menilik ia kepadanya, demikian jua kemudian, maka berkata: Bahkan demi Tuhan yang membangkitkan dikau Nabi yang sebenar, ya Rasulallah, bahwasanya sangat baik (yakni kitab Ihya). Kemudian diberi akan dia kepada Sayyidina ‘Umar رضي الله عنه. Maka menilik ia kepadanya dan demikian jua kemudian maka berkata ia seperti Shiddiq (yakni seperti kata Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه). Maka menyuruh Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menanggal kain orang yang menyangka kan dia itu dan hendak di dera akan dia (kerana) had menuduh. Maka menanggal ia akan kainnya dan dipukulnya akan dia. Kemudian mensyafa’atkan dia Abu Bakar, kemudian daripada dipukulnya 5 kali dengan cemati.

Maka sembah ia (yakni berkata Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم): Ya Rasulallah, sungguhnya ia (yakni ibn Hirzihim) perbuat ini kerana ijtihad ia pada sunnah kamu dan membesarkan dia. Maka mengampunkan baginya Abu Haamid al-Ghazali رحمه الله تعالى pada ketika itu. Maka tatkala jaga ia (yakni ibn Hirzihim) daripada tidurnya, memberitahu ia akan taulannya yakni anak muridnya dengan barang yang berlaku baginya dan duduklah ia 25 hari sakit ia daripada demikian dipukul itu. Kemudian maka melihat ia akan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di dalam tidurnya menyapu dengan tangannya yang mulia lagi berkat (صلى الله عليه وآله وسلم) atasnya maka sembuh ia daripadanya. Maka dipukul akan daku, maka taubat aku.

Kata Abu Hasan asy-Syadhuli رضي الله عنه : Sungguhnya mati ia (ibn Hirzihim) dan bekas cemati nyata pada tubuhnya (yakni kesan pukulan masih kekal). terjemahan Minhajul ‘Abidin oleh al-’Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni رحمه الله تعالى, halaman 3.

Oleh kerana itulah para Saadah Ba’Alawi di Hadhramaut sangat memberi perhatian terhadap karangan Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin. Antara yang sangat memberi perhatian ke atas kitab Ihya ‘Ulumiddin ialah al-Habib ‘Abdullah al-Aydrus bin Abu Bakar as-Sakran رحمه الله تعالى. Oleh kerana perhatiannya yang besar kepada besar kepada kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى terutamanya kitab Ihya` ‘Ulumiddin, maka sehingga kini kitab tersebut dibaca dikubahnya pada setiap minggu. 

Antara kata-kata sanjungan beliau terhadap kitab Ihya` ‘Ulumiddin sebagaimana dinaqalkan oleh Syeikh Abdusshomad al-Falimbani رحمه الله تعالى didalam kitabnya Sairus Salikin, dalam rubu` ke-3, antaranya:
أنا أشهد سر وعلانتة أن من طالع كتاب إحياء علوم الدين فهو من المهتدين
Aku naik saksi pada bathin dan dhahir bahwasanya barangsiapa memutholaah akan kitab Ihya ‘Ulumiddin itu maka iaitu daripada orang yang mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala.

اشهدوا على أن من وقع على كتب الغزالي رحمه الله تعالى فقد وقع على عين الشريعة والطريقة والحقيقة
Naik saksi oleh kamu atasku bahwasanya barangsiapa jatuh atas mengaji dan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى  yang tersebut dahulu itu maka sesungguhnya telah jatuh ia atas kenyataan ilmu syariat dan ilmu thoriqat dan ilmu haqiqat.

من أراد طريق رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وطريق العارفين بالله وطريق العلماء بالله أهل الظاهر والباطن فعليه بمطالعة كتب الغرالي رحمه الله تعالى حصوصا إحياء علوم الدين، فهو البحر المحيط.
Katanya lagi: Barangsiapa berkehendak mengetahui akan jalan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan akan jalan ulama` yang ‘arifinbillah dan akan ulama billah, ahluz zahir dan ahlul bathin maka lazim atasnya dengan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى  yang tersebut dahulu itu, yang tertentu istimewa lagi kitab ihya ‘ulumiddin, yakni terlebih baik lagi kitab ihya ulumiddin itu maka iaitu seperti laut yang meliputi ia akan ilmu syariat dan ilmu haqiqat dan lainnya.  – kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174

Katanya lagi:
كتاب إحياء علوم الدين فيه جميع الأسرار، وكتاب بداية الهداية فيه التقوى، وكتاب الأربعين في أصول الدين فيه الصراط المستقيم، وكتاب منهاج العابدين فيه الطريق إلى الله، وكتاب الخلاصة في الفقه فيه النور.
Kitab Ihya` ‘Ulumiddin itu terhimpun di dalamnya sekalian rahsia ilmu syariat dan ilmu thoriqat. Dan kitab Bidayatul Hidayah itu terhimpun didalamnya segala ketaqwaan. Dan didalam kitab al-Arba’in fi Usuliddin itu terhimpun didalamnya kenyataan jalan sebenar-benarnya. Dan kitab Minhajul ‘Abidin itu terhimpun didalamnya jalan yang menyampaikan kepada Allah Ta’ala. Dan kitab al-Khulasoh fil Fiqhi itu terhimpun didalamnya ilmu dan amal yang menerangi akan hati. kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174

Katanya lagi:
أجمع العلماء العارفين بالله على أنه لا شيئا أنفع للقلب وأقرب إلى رضا الرب من متابعة حجة الإسلام الغزالي رحمه الله تعالى ومحبة كتبه فإن كتب الغزالي رحمه الله تعالى لب الكتاب والسنة ولب المعقول والمنقول. والله وكيل على ما أقول.
Telah berhimpun perkataan segala ulama yang ‘arifin billah atas bahwasanya tiada sesuatu yang terlebih memberi manfaat pada membaikkan hati dan tiada yang lebih hampir kepada redho Tuhan itu daripada mengikut akan Hujjatul Islam al-Ghazali رحمه الله تعالى  dan kasih akan kitab-kitabnya. Maka bahwasanya segala kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى  itu iaitu isi (lubb) al-Quran dan isi (lubb) hadits (as-Sunnah) Nabi  صلى الله عليه وآله وسلم  dan isi segala ilmu ‘aqal (ma’qul) dan isi segala ilmu naqal (manqul). Dan Allah Ta’ala itu wakil atas apa yang aku kata itu. (والله وكيل على ما أقول). kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174

Dan katanya lagi:
العمل بما في كتاب الإحياء هو الاسم الأعظم
Mengamalkan dengan barang yang didalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin iaitulah Ismul a’dzom. – kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174

Al-Quthub al-Imam ‘Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Mauladdawilah bin ‘Ali bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali Ba’alawi berkata:
من لا يطالع الاحياء ما فيه حياء
Barangsiapa yang tidak mutholaah kitab ihya maka dia tidak memiliki sifat haya` (malu)

Selain itu diriwayatkan bahwa al-Habib Syeikh Abu Bakar bin Salim bin ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Mauladdawilah bin ‘ali bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali Ba’alawi mengkhatamkan kitab Ihya` ‘Ulumiddin sebanyak 40 kali.

Berkata  Maulana al-'Arifbillah as-Sayyid ‘Abdullah Muhammad bin 'Ali Ba'Alawi al-Hadhrami : Ketahuilah saudaraku, jika ada engkau berkehendak menuntut akan melepaskan bagi dirimu daripada terpedaya dan daripada kejahatan maka lazimkan olehmu dengan menuntut akan ilmu yang memberi manfaat di dalam dunia dan di dalam akhirat. Dan lazim olehmu mengamalkan dengan dia maka bahwasanya iaitulah qutub (pusat kekuatan) dan atasnya peredaran segala agama dan peredaran segala kebajikan. Dan kebajikan itu sekeliannya di dalam menuntut akan ilmu yang memberi manfaat dan mengamal akan dia. Dan ilmu yang bermanfaat itu iaitu tertaruh dan tersimpan di dalam segala kitab al-Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tertentu yang tertentu ia, iaitu di dalam Bidayatul Hidayah dan di dalam Ihya ‘Ulumiddin dan yang lain daripada keduanya itu daripada segala kitab al-Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tertentu itu.  Maka lazimkan atas dirimu dengan dia, maka bahwasanya di dalamnya itu sekelian kebajikan. Dan barangsiapa tiada mendengar akan dia dan tiada muzakarah di dalamnya maka ia terpedaya. Dan barangsiapa tiada gemar mengamalkan ilmu yang di dalamnya itu maka alamat orang yang tiada kasih akan akhirat. Dan lazimkan olehmu atas dirimu itu dengan menghafaz (muthalaah dan mengamalkan) atas kitab Bidayatul Hidayah pada tiap-tiap hari. – kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 171

Kata al-Habib Hussin Balfagih:
إعلم أن كتب الغزالي رحمه الله تعالى تداوي من سموم الغفلة وتوقظ علماء الظاهر من سنة الغفلة وتوسع العلم للعلماء الراسخين والأولياء المقربين الدالين على الله
Ketahuilah olehmu, bahwasanya segala kitab al-Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى  itu mengubati akan seseorang yang membaca akan dia itu daripada racun lalainya dan menjaga ulama yang dzahir daripada tidur lalainya dan meluaskan ia ilmu bagi ulama yang tetap ilmunya itu di dalam dadanya, dan meluaskan pula ia bagi ilmu auliya yang muqarrabin yang menunjukkan mereka itu bagi jalan ma’rifah akan Allah Ta’ala. – kitab Sairus Salikin, Rubu` 3

Syeikhuna al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith di dalam al-Manhaj as-Sawi Syarah Ushul Thoriqah as-Saadah Aal Ba’Alawi menulis:
قال الحبيب علي بن محمد الحبشي نفع الله به: بداية الهداية كتاب عظيم، جمع العلم الظاهر والباطن، وهي بداية توصل إلى النهاية، وقد أوصلت كثيرا بالعمل بها من الناس إلى الاجتماع بالنبي صلى الله عليه وآله وسلم يقظة، وكان سلفنا يتعاهدون على العمل بما في البداية
Ertinya: Berkata al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi (pengarang Maulid Simtud Durar): Bidayatul Hidayah merupakan sebuah kitab yang agung, yang menghimupnkan ilmu zahir dan bathin, dan merupakan permulaan yang menyampaikan kepada penghujung. Dan ia telah membawa ramai orang yang beramal dengan isikandungannya berhimpun dengan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم secara yaqazah (yakni secara jaga bukannya mimpi). Dan adalah para salaf kami (yakni para salaf Aal Ba’Alawi) bersepakat atas beramal apa yang terdapat di dalam kitab Bidayah.

Demikianlah hebatnya Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan karya-karyanya. Bahkan ramai yang tahu, kenal dan mengakui kehebatan Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan karya-karya beliau. Namun suatu yang menjadi tandatanya, dimanakah terletak makam beliau??? Jarang sekali kita mendengar orang pergi menziarahi makam beliau atau melihat foto-foto orang menziarahi makam beliau. Maka entri seterusnya akan menjawab persoalan ini … ikuti seterusnya ….. (bersambung)

sekian dari abu zahrah al-qadahi
petang ahad, 14 jamadilakhir 1433H
taman seri gombak

0 komen:

Related Posts with Thumbnails