Khamis, 27 Mei 2010

Wahabi! Wahabi!

Mai pakat dengaq. Penyampaian yang menarik .......








Selasa, 25 Mei 2010

Update: Jadual Ziarah Dakwah Guru Mulia al-Habib Umar حفظه الله Ke Indonesia, Jun 2010/Rajab 1431


  • 17 JUN - TIBA JAKARTA & SELEPAS ISYAK TERUS KE MAJELIS RASULULLAH (PIMPINAN AL-HABIB MUNZIR حفظه الله ) DI DATARAN MENARA MONAS, JAKARTA
  • 18 JUN - LAMPUNG (MULTAQO ULAMA)
  • 19 - 20 JUN - MEDAN (MULTAQO ULAMA)
  • 21 - 22 JUN - PALU (MULTAQO ULAMA)
  • 23 - 24 JUN - LOMBOK (MULTAQO ULAMA)
  • 25 JUN - PASURUAN (MAJLIS TERTUTUP)
  • 26 JUN - SURABAYA (MAJLIS TERTUTUP)
  • 27 - 29 JUN - JAKARTA (MAJLIS TERTUTUP RABITOH ALAWIYAH DLL)
  • 29 JUN - PULANG KE TARIM , YAMAN.

* MULTAQO DI MALANG : DI BATALKAN
* Jadual ini SUDAH di 'comfirm' kan . Sumber diperolehi dari sahabat saya di Indonesia. KALI INI , HABIB TIDAK DIJADUALKAN KE MALAYSIA. Wallahu a'lam.

Sabtu, 22 Mei 2010

Buku - 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah


Dapatkan segera buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah.
Harga: Semenanjung Malaysia RM 30.00; Sabah/Sarawak RM 33.00
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.


Boleh buat pesanan melalui
Toko Buku as-Sunnah
36, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(berdepan Pintu Gerbang A Stadium Bola Selangor, Shah Alam)
Tel/Fax: +603-55196300 / +60163306300 (Ustaz Khairul Anwar)
email: darulakhyar@gmail.com

Buku ini di tulis oleh teman karib al-Fagir iaitu al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sarawaqi. Beliau adalah merupakan pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor. Dan insyaAllah akan menamatkan pengajian peringkat kedoktoran (PhD) sedikit masa lagi.

Buku ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada tajuk-tajuk perbincangan beliau di dalam buku beliau yang berjudul PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA (buku yang tebalnya mencecah 1,000 halaman ini masih di dalam proses untuk dicetak). Isi kandungan buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah ini membincangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami di dalam rangka memahami perkara-perkara khilafiyyah. Buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian Pertama membincangkan tajuk:

  • Bid’ah
  • At-Tark
  • Mafhum dan bentuk Ibadah
  • Hadits Dhaif
  • Ikhtilaf
  • Mempercayai Ulama` dan pendapat mereka
Bahagian kedua (petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah daripada kitab asal PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan)
  • Melafazkan niat
  • Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
  • Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
  • Doa qunut di dalam sholat Shubuh
  • Kenduri/majlis tahlil
  • Talfiq
  • Tidak bermazhab dan lain-lain

Untuk mengetahuinya, maka sila dapatkan buku tersebut!

Rabu, 19 Mei 2010

Seorang Lagi Dari Kalangan Sholihin Kembali KerahmatuLlah: Bonda kepada Habib Hasan bin Muhammad bin Salim al-Atthas (Singapura)

إنا لله وإنا إليه راجعون
Jam 3.10 petang, al-Fagir menerima sms yang membawa khabar sedih lagi, iaitu kembalinya ke rahmatuLlah, Hubabah 'Aisyah binti 'Alwi al-Aydrus iaitu bonda kepada al-Mukarram al-Habib Hasan bin Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Hasan al-Atthas (Imam Masjid Ba'Alawi Singapura)

Al-Fagir merakamkan ucapan ta'ziah kepada al-Mukarram al-Habib Muhammad bin Salim bin Ahmad bin al-Atthas dan keluarga diatas permergian bonda tercinta.
أعظم الله أجركم وأحسن عزاءكم وعفر لميتتكم


الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح الحبابة عائشة العيدروس

اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها وأكرم نزلها ووسع مدخلها واغسلها بالماء والثبج والبرد ونقها من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس
اللهم اجعل قبرها روضة من رياض الجنة


Isnin, 17 Mei 2010

Sepi ......

Rumah al-Habib 'Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus

Inilah istananya fuqara`

Biarpun kecil .. usang ... namun ianya 'terang bercahaya' ...
Biarpun kecil .. usang ... namun ianya tidak pernah sunyi daripada 'tetamu-tetamu' ...
Alangkah bahagianya tatkala mendampingi penghuni istani ini ....

ما لذة العيش إلا صحبة الفقرا
هم السلاطين والسادات والأمرا

Tidak ada kelazatan hidup melainkan dengan mendampingi fuqara (orang-orang yang mengosongkan dirinya daripada makhluq .. akwan ... aghyar, berpaling daripada segala ikatan dan tiada lagi baginya sebarang penghadapan hati dan tujuan yang lain daripada ALLAH)
Meraka adalah sulthan-sulthan, penghulu-penghulu dan juga ketua-ketua
(Syair al-Raaiyyah - Syeikh asy-Syuyukh Abi Madyan al-Ghauts)

Beliau orang yang sangat sederhana, dengan rumah yang sangat kecil, sempit dan tergolong rumah dari rakyat jelata kalangan fuqara, ruang tamunya tak pernah kosong dari ratusan botol air aqua dari para tamu yg meminta air doa dari beliau, beliau sangat santun pada para tamu dari segala kalangan, kalangan kaya, miskin, ulama, awam, dan siapapun, jika mereka kunjung pada jam makan, maka tak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum makan bersama beliau, dan salah satu sifat rendah hati yang sangat mengagumkan pada pribadi beliau adalah selalu meminta doa dari tamunya, tak pernah mau beliau berdoa kecuali tamunya yang berdoa, jika tamunya tak mau berdoa maka tak diizinkan pulang, demikian santun budi pekerti beliau - Petikan dari tulisan al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa.


Sabtu, 15 Mei 2010

Seorang Lagi Dari Kalangan Sholihin Kembali KerahmatuLlah

إنا لله وإنا إليه راجعون

Lebih kurang jam 12 tengah malam tadi, al-Fagir menerima satu lagi khabar sedih, iaitu kembalinya ke rahmatuLlah, al-Habib Hussin bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim, di Jeddah, Arab Saudi, waktu 'ashar, hari Jum'at, 29 JumadilUla 1431H/14 Mei 2010M.

Beliau adalah merupakan bapa saudara kepada Guru Mulia, al-Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim.

Allahu Allah .... seorang demi seorang para auliya dan sholihin kembali kepadaNYA. Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Di dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu qabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.


الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح الحبيب حسين بن سالم بن حفيظ ابن الشيخ أبي بكر بن سالم

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.


Khamis, 13 Mei 2010

Habib Ali Batu Pahat Telah Kembali KerahmatuLlah


إنا لله وإنا إليه راجعون

Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus (pada usia lebih kurang 97 tahun), Batu Pahat. Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]




الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.



P/S: Sesiapa yang ingin sertai Syarikat Maknawiyyah (membaca al-Quran khatam 30 juzuk dan pahalanya dihadiahkan kepada al-Habib 'Ali bin Ja'far al-Aydrus, maka silalah mendaftar disini. Syarikat ini telah lama beroperasi antaranya sewaktu kewafatan Tuan Guru Hj Wan Muhammad Shahgir, Dato Ishak Baharom dll. Penyertaansaudara/ri, tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat dialu-alukan.


Apa Nak Jadi Dengan 1 Malaysia



يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلأَنصَابُ وَٱلأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَانِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maaidah: 80)


Kerajaan Lulus Judi Bola Sepak Piala Dunia

Sumber: Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. [seumpama basuh najis dengan ayaq mutanajjis! Kenyataan yang tak sepatutnya keluaq dari mulut seorang yang beragama Islam. Mana Menteri Agama? Tolong teguq sikit! Majlis Fatwa Kebangsaan? Majlis Mufti-mufti? Elok adakan daurah tafaqquh fiddin kat tok-tok menteri ni! Bagi depa faham agama sikit. Kalau dak depa dok kira berapa banyak cukai dari hasil judi saja!]

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.



Di Rusia:
BERITA dari Moscow 1 Julai 2009 melaporkan, menurut AFP operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.


Orang bukan Islam pun nak tutup pusat-pusat judi, manakala kita dok pi bagi lesen untuk meriahkan judi!

Isnin, 3 Mei 2010

Pengajian Kitab Oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang (Baba El Sepanjang): Tafsir Nurul Ehsan

Bagi yang berminat dan boleh faham lenggok bahasanya, boleh mai dengaq pengajian kitab Tafsir Nurul Ehsan oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang

Pengajian Kitab Oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang (Baba El Sepanjang)



Bagi yang berminat dan boleh faham lenggok bahasanya, boleh mai dengaq pengajian kitab ad-Durrun Nafis oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang















Related Posts with Thumbnails