Khamis, 13 Mei 2010

Habib Ali Batu Pahat Telah Kembali KerahmatuLlah


إنا لله وإنا إليه راجعون

Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus (pada usia lebih kurang 97 tahun), Batu Pahat. Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]




الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.



P/S: Sesiapa yang ingin sertai Syarikat Maknawiyyah (membaca al-Quran khatam 30 juzuk dan pahalanya dihadiahkan kepada al-Habib 'Ali bin Ja'far al-Aydrus, maka silalah mendaftar disini. Syarikat ini telah lama beroperasi antaranya sewaktu kewafatan Tuan Guru Hj Wan Muhammad Shahgir, Dato Ishak Baharom dll. Penyertaansaudara/ri, tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat dialu-alukan.


7 komen:

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan: alhabib ali bin jaafar bin ahmad bin abd qadir al idrus.. Harap maklum..

al-fagir abu zahrah berkata...

JazakumuLlah diatas pembetulan

Ampuan Awang berkata...

Salam...

Al-Fatihah buat Arwah Habib Ali...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Tercari-cari info sesiapa yang berpeluang menziarahi AlHabib untuk kali terakhir hari ini.

Ummu Sumayyah

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Tercari-cari info sesiapa yang diizinkan Allah menziarahi AlHabib hari ini.

Kami pasti merindui Almarhum

sadiqsigaraga berkata...

saya pernah bertanya pada Almarhum Alhabib Ali Bin Jaafar Bin Abd Qadir Al Idrus,macam mana nak kusyuk dalam solat.....jawapan beliau....buat saja perintah dia allah kusyuk itu akan dtg dengan sendirinya....saya ambil sebagai ilmu dalam hidup saya...al-fatiha....

sadiqsigaraga berkata...

almarhum pernah menasehati saya buat saja apa yang alllah perintah(solat) nanti kusyuk itu akan dtg dengan sendirinya....bagi saya....itu satu ilmu yang saya peggang hingga ke ahkir hayat

Related Posts with Thumbnails