Khamis, 13 Mei 2010

Apa Nak Jadi Dengan 1 Malaysia



يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلأَنصَابُ وَٱلأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَانِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maaidah: 80)


Kerajaan Lulus Judi Bola Sepak Piala Dunia

Sumber: Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. [seumpama basuh najis dengan ayaq mutanajjis! Kenyataan yang tak sepatutnya keluaq dari mulut seorang yang beragama Islam. Mana Menteri Agama? Tolong teguq sikit! Majlis Fatwa Kebangsaan? Majlis Mufti-mufti? Elok adakan daurah tafaqquh fiddin kat tok-tok menteri ni! Bagi depa faham agama sikit. Kalau dak depa dok kira berapa banyak cukai dari hasil judi saja!]

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.



Di Rusia:
BERITA dari Moscow 1 Julai 2009 melaporkan, menurut AFP operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.


Orang bukan Islam pun nak tutup pusat-pusat judi, manakala kita dok pi bagi lesen untuk meriahkan judi!

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum syeikh...

komen sy adakah kita prihatin terhadap pihak berkuasa yg selama ini bertungkus lumus membenteras dan 'berperang dgn' gengter2 kongsi2 gelap judi yg lebih berbahaya dr keputusan kerajaan mengeluarkan lesen..? rujuk laporan bukit aman tahun 2009...

Menyentuh usaha polis membanteras perjudian haram di negara ini, Mohd Bakri berkata sejak Julai hingga Sept tahun ini, polis Bukit Aman telah menyerbu 10 premis perjudian haram di lima negeri dan menangkap 51 orang termasuk 22 wanita.

Polis juga merampas RM61,112 wang tunai dan cek bernilai RM130,822 dalam operasi yang diadakan di Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur, Johor dan Perak.

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam,

Ya kita prihatin pada mereka yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA, lilLahi Ta'ala.

Namun apakah dengan pengeluaran lesen judi ini dapat membendung judi haram? Mengapa tidak ditingkatkan lagi langkah-langkah penguatkuasaan?

Apakah langkah ini telah dibincang dengan alim ulama? Atau buat dulu baru tanya alim ulama?

Tanpa Nama berkata...

nak buat macamana syeikh umat islam sendiri yg nak tenguk bola sedangkan mereka letak bola sebijik di padang untuk epl atau piala dunia berpuluh bilionusd judi berjalan belakang tabir..dan syarikat2 yg menaja mereka...hmmmm kalau tak siar kan piala dunia ..bukan saja org bukan islam yg akan marah...org islam sendiri yg buat demo pulak takde siaran langsung

Related Posts with Thumbnails