Jumaat, 24 April 2009

Rauhah Imam al-Haddad - Kewajipan Mengislahkan Hati

وجوب إصلاح القلوب
واصرف عنايتك إلى أمر القلب والباطن، فقد قال عليه الصلاة والسلام: " إن الله لا ينظر إلى صوركم و أعمالكم و إنما ينظر إلى قلوبكم و نياتكم " (حديث صحيح . رواه أحمد، ومسلم، وابن ماجه، وغيرهم عن أبى هريرة رضي الله عنه).وفي الحديث : " ألا إن في الجسد مضغة، إذا صلحت صلح سائر الجسد، وإذا فسدت فسد سائر الجسد، ألا وهي القلب " ( متفق عليه)
فوجب الاهتمام به وصرف العناية إلى إصلاحه وتقويمه، وهو– أعنى القلب – سريع التقلب كثير الاضطراب، حتى قال عليه الصلاة والسلام فيه: ” إنه أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانها "
وكان عليه السلام كثيرا ما يدعو : " يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك " (رواه أحمد ، والترمذي ، والحاكم ، والطبراني ، وغيرهم)
ويقول: ” إن القلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن ، إن شاء أقامها وإن شاء أزاغها" (حديث صحيح رواه الترمذي، وابن ماجه، والطبري، وغيرهم)
فاحرص كل الحرص – رحمك الله – على أن تأتى ربك بالقلب السليم، من الشرك والنفاق، والبدعة ومنكرات الأخلاق، مثل الكبر والرياء، و الحسد، والغش للمسلمين، وأشباه ذلك .

Kewajipan Mengislahkan (Memperbaiki) Hati

Hendaklah engkau menumpahkan perhatian pada hati dan batinmu. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan perawakan kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kalian.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah dan selain mereka daripada Sayyidina abu Hurairah رضي الله عنه)

Dalam sebuah hadist Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Ketahuilah, bahawa dalam jasad (tubuh) itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasad itu, dan seandainya ia rosak maka rosak pula seluruh jasad itu. Ketauhilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Hadits riwayat: al-Bukhari dan Muslim).

Kerana itu engkau wajib memperhatikan hati, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya sebab hati itu cepat berbolak-balik dan selalu berubah-ubah sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berikut: “Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari air yang sedang mendidih di dalam periuk.”

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sering berdoa :

يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ

Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan lainnya)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman, jika Dia menghendaki, Dia tetapkannya, dan jika Dia menghendaki, Dia belokkannya” (Hadits riwayat: at-Tirmidzi dan lainnya ) [maksud hadits “إن القلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن” – menurut ulama khalaf adalah: Antara dua shifat dari shifat-shifatnya. Dan kedua shifat itu adalah Qudrat dan Iradat. Sila rujuk Hasyiah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharah at-Tauhid. – tambahan dari abuzahrah]

Hendaklah engkau berhati-hati dengan penuh kesungguhan, semoga Allah merahmati-mu, agar kelak engkau menemui Allah Ta’ala dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid’ah dan akhlak yang keji, seperti menyombongkan diri dan riya’ hasad dan tipudaya terhadap kaum muslimin, dan seumpamanya. - Nukilan daripada Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyah wal Washooya al-Imaniyah, karangan al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه yang diringkaskan oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjri al-Makki. Halaman 25]



Khamis, 23 April 2009

Kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas dan benar akan jatuh ke hati ... sambungan

Ambo sambung lagi dari entri sebelumnya Habib Umar Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله تعالى menyebut di dalam Irsyadatud Da’iyat (kumpulan pelajaran Habib Umar di Darul Zahra’). Beliau seterusnya menceritakan:

Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره dalam menyampaikan pengajiannya menggunakan bahasa yang sangat sederhana. Anak beliau yang telah banyak menuntut ilmu dan gemar menyampaikan ilmu berbisik di dalam hatinya: Jika aku diizinkan menyampaikan ilmu, tentu akan lebih banyak orang yang menangis.

Maka suatu hari Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره ingin mendidik anaknya, beliau berkata kepada anaknya: Wahai anakku! Berdirilah dan sampaikan syarahanmu. Anak beliau kemudiannya bersyarah dengan isi dan gaya yang bagus sekali. Namun tiada seorang pun yang menangis dan merasa khusyu’. Para hadirin bahkan merasa bosan mendengarnya. Setelah anaknya selesai bersyarah, Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره naik keatas mimbar lalu berkata: Para hadirin sekelian, malam tadi isteriku ummul fuqaro’, menghidangkan ayam panggang yang sangat lazat, tiba-tiba seekor kucing datang dan memakannya.

Mendengar ucapan ini, para hadirin menangis dan menjerit. Anak beliau berkata: Aneh .... aku bacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka, hadits-hadits Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, syair dan pelbagai akhbar, tidak seorang pun yang menangis. Tetapi ketika ayahku menyampaikan ucapan yang tidak ada ertinya, mereka justru menangis. Sungguh aneh, apa sebabnya????

Habib Umar menyambung: Inti ceramah (syarahan, ilmu) bukan terletak pada susunan kalimat tetapi pada kesucian hati dan sifat shidq (benar) orang yang berceramah (bersyarah, berbicara .. etc). Sewaktu Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره berbicara, para hadirin menangis kerana mengertikan ’kucing’ dalam kisah beliau itu dengan syaithan yang mencuri amal anak Adam dengan cara menimbulkan rasa riya’, ujub dan kibr (sombong). Ada yang menangis kerana mengibaratkan cerita itu dengan keadaan su’ul khatimah, yakni ia membayangkan seseorang yang memiliki amal yang sangat banyak, tetapi usianya berakhir dengan su’ul khatimah. Mereka menangis dan merasa takut kepada Allah hanya kerana ucapan biasa. Sesungguhnya dari ucapan itu telah membuatkan mereka berfikir, menerbitkan cahaya di hati mereka, berkat dari cahaya yang memancar dari hati Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره ...... Tamat petikan.



Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله تعالى - Menurut Pengamatan Murid Beliau

Rabu, 22 April 2009

Kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas dan benar akan jatuh ke hati

Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله تعالى menyebut di dalam Irsyadatud Da’iyat (kumpulan pelajaran Habib Umar di Darul Zahra’):

Mengenai kesan dari sikap ikhhlas ini, para ulama bercerita tentang al-Imam al-Habib ’Abdullah bin Thohir al-Haddad, yang tinggal di Qaidun. Beliau adalah salah seorang guru kita yang sempat ditemui oleh ulama-ulama besar yang hidup di zaman ini. Beliau pernah bertemu dengan Khidhr di Mekah.

Pada suatu acara maulid di Mekah, berkumpullah para ulama dari timur dan barat; Syam, Mesir, Suriah, Palestin, Hijaz, Maghribi dan lain-lain negara. Mereka semua berpidato. Setelah para ulama berpidato, mereka berkata kepada al-Habib ’Abdullah bin Thohir al-Haddad: Sekarang giliranmu, wahai Sayyid!

MasyaAllah, mereka yang dari Yaman, Hijaz, Mesir, Syam dan Maghribi telah berpidato, sudah memadai, jawab beliau.

Kami ingin mendengar pidatomu walaupun sedikit, desak mereka. Kata yang lain pula: Wahai Sayyid ’Abdullah, bukankah kau keluar dari rumah untuk berdakwah?

Al-Habib ’Abdullah bin Thohir al-Haddad bangkit lalu mengangkat kedua tangannya berdoa:

أللهم اهدنا فيمن هديت

Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Kau beri petunjuk

Mendengar doa ini, semua hadirin menangis

وعافنافيمن عافيت

Berilah kami ‘afiat sebagaimana orang yang telah Kau beri ‘afiat

Suasana majlis dipenuhi dengan suara tangisan hadirin.

وتولنا فيمن توليت

Lindungilah kami sebagaimana orang-orang yang telah Kau beri perlindungan

Seorang ulama Mesir bangun lalu berkata: Lihat Sayyid ini, ia mengucapkan kalimat yang kita semua sudah tahu. Setiap hari kita mendengar dan berdoa dengannya [doa qunut]. Namun, dek kerana ucapan itu kelaur dari hati yang shidq (benar) perhatikan kesan yang ditimbulkannya. Tadi ramai orang dari pelbagai negara telah berpidato. Mereka menceritakan keadaan umat-umat terdahulu, derita dan kesulitan yang mereka alami, tetapi tidak seorangpun menangis, dan kita tidak merasakan sedemikian khusyu’. Apa sebabnya? Perhatikanlah keikhlasan hati orang-orang sholeh. Cahaya yang terdapat di dalam hati mereka menyebabkan ucapannya meninggalkan kesan pada kita semua ...


Sumber: Manhaj Dakwah terjemahan Habib Novel Muhammad al-Aydarus, terbitan Putera Riyadi, cetakan pertama Dhulhijjah 1421/Maret 2001


Kisah Teladan - Adab Menziarahi Ulama

Hari ni ambo nak kongsi sebuah kisah yang mana padanya tersirat beberapa pengajaran, antaranya adab ketika menziarahi para ulama, terutamanya ulama ’arifbillah. Kisah ini ambo temui didalam beberapa buah kitab, antaranya:
  • Al-Fatawa al-Haditsiyah oleh Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki
  • Tuhfatul Asyraf (iaitu kalam Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan bin Abdurrahman as-Saqqaf yang ditulis oleh muridnya Habib Ahmad bin ‘Alwi al-Jufri)
  • Al-Kawakib ad-Duriyyah ‘ala al-Hadaiq al-Wardiyyah fi Ajlaa’ as-Saadat an-Naqsyabandiah oleh Syaikh ‘Abdul Majid bin Muhammad bin Muhammad al-Khani asy-Syafie.

Kisahnya kurang-lebih lagu niii ….. Shaikh Abdul Qadir Jilani, di zaman mudanya sangat gemar menuntut ilmu. Beliau mempunyai dua orang shahabat akrab iaitu Ibnu as-Saqa dan Abu Said Abdullah Ibnu Abi Usrun (wafat - 585H). Beliau suka bershahabat dengan keduanya kerana mereka sangat cerdas. Mereka bertiga banyak melakukan perbincangan dan menyelesaikan berbagai persoalan.

Suatu hari mereka berkumpul tiga bershahabat ini dan sepakat untuk mengunjungi seorang waliAllah yang bernama Syaikh Yusuf al-Hamdani [440H – 535H: Beliau Abu Ya’qub Yusuf ibn Ayyub ibn Yusuf ibn al-Husain al-Hamdani adalah murid kepada Syaikh Abu ‘Ali al-Farmidhi dan guru kepada Shaikh Abdul Khaliq al-Ghujdawani – Masyaikh Tariqah Naqsyabandi. Kepada Syaikh Abdul Khaliq inilah dinisbahkan ‘amalan khatam khawajakhan dan yang mengatakan Syaikh Abu ‘Ali al-Farmidhi adalah guru kepada Imam al-Ghazali], yang dikenali sebagai al-Ghaus. Al-Ghaus adalah seorang ahli ibadah yang shaleh, waliAllah yang tinggal di pinggir kota. Namun beliau dikunjung ramai orang.

Sebelum berangkat, maka berdisikusilah antara Ibn as-Saqa dan Ibn Abi Usrun mengenai niat atau maksud dari ziarah mereka itu. Kata Ibn as-Saqa: Aku akan menanyakan persoalan yang susah agar ia bingung dan tidak boleh menjawabnya. Manakala Ibn Abi Usrun pula berkata: Aku akan ajukan persoalan, dan aku ingin melihat apa yang akan dia perkatakan.

Syaikh ’Abdul Qadir al-Jailani hanya diam membisu. Maka bertanyalah Ibn as-Saqa dan Ibn Abi Usrun kepada beliau: Bagaimana pula dengan engkau, wahai Abdul Qadir?

Syaikh Abdul Qadir menjawab: Aku berlindung dengan Allah dari bertanyakan persoalan yang sedemikian. Aku hanya ingin ziarah untuk mengambil barokah darinya.

Lalu berangkatlah tiga shahabat ini ke rumah Syaikh Yusuf al-Hamdani al-Ghaus. Setelah dipelawa masuk oleh al-Ghaus, beliau meninggalkan mereka seberapa ketika. Setelah menunggu agak lama, barulah Syaikh Yusuf al-Hamdani al-Ghaus keluar semula dengan pakaian kewaliannya untuk menemui mereka, lantas beliau berkata:

Kamu, wahai Ibn as-Saqa, berkunjung ke mari untuk mengujiku dengan persoalan demikian, jawabnya adalah demikian (Syaikh Yusuf al-Hamdani menjelaskan jawapannya beserta dengan nama kitab yang dapat dijadikan rujukan). Ia kemudian berkata kepada Ibnu as-Saqa, Keluarlah kamu! Aku melihat api kekufuran menyala-nyala di antara tulang-tulang rusuk mu.

Sedangkan kamu, ya Ibnu Abi Usrun, kamu ke mari dengan tujuan menanyakan permasaalahan ilmiah, jawabnya adalah demikian. Beliau, Syaikh Yusuf al-Hamdani lalu menjelaskan jawapannya berserta nama kitab yang membahas persoalan itu. Keluarlah kamu! Aku melihat dunia mengejar-ngejar kamu.

Kemudian Syaikh Yusuf al-Hamdani al-Ghaus melihat kepada Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, lantas berkata: Wahai anakku Abdul Qadir, Engkau diredhai Allah dan RasulNya dengan adabmu yang baik. Aku melihat engkau kelak akan mendapat kedudukan di Baghdad dan memberi petunjuk kepada manusia. Apa yang kamu ingin kan insyaallah akan tercapai. Aku melihat bahawa kamu nanti akan berkata “Kedua kakiku ini berada di atas leher setiap para wali”.


Mereka bertiga kemudian keluar dari rumah al-Ghaus.

Beberapa lama setelah itu, Ibnu as-Saqa diperintahkan raja untuk berdebat dengan pemuka agama Nashrani. Perdebatan ini atas permintaan Raja kaum Nashrani. Penduduk negeri telah sepakat bahawa mereka sebaiknya diwakili oleh Ibn Saqa. Dialah orang yang paling cerdas dan alim di antara kita, kata mereka. Maka berangkatlah Ibn Saqa untuk berdebat dengan pemuka agama Nashrani. Sesampainya Ibnu Saqa di negeri kaum Nashrani, dia terpikat dengan seorang wanita pada pandangan pertama. Lalu dia menghadap ayah si wanita untuk meminangnya. Ayah perempuan itu menolak, melainkan jika Ibn Saqa terlebih dahulu memeluk agama mereka (nashrani). Dia pun dengan serta merta menyatakan persetujuan dan memeluk agama mereka, menjadi seorang Nashrani.

Manakala mengenai Ibnu Abi Usrun, dia ditugaskan raja iaitu Sultan as-Shaleh Nuruddin asy-Syahid, untuk menangani urusan wakaf dan sedekah. Kilauan dunia selalu datang menggodanya dari berbagai penjuru hingga akhirnya ia jatuh dalam pelukannya.

Adapun Shaikh Abdul Qadir, kedudukannya terus menjulang tinggi disisi Allah juga disisi manusia sehingga sampai suatu hari beliau berkata “Kedua kakiku ini berada di atas leher setiap wali”. Suara beliau didengar dan dipatuhi oleh seluruh wali ketika itu. – Tamat kisah –


Maka, tentang pengajarannya … pakat-pakat pikiaq sendirilah no……… fikir-fikirkan. Banyak pengajaran yang tersirat didalam kisah ini, cuma ambo malaih nak suratkan. :)

Selasa, 21 April 2009

Sebahagian Dari Nasihat dan Kata-kata Hikmah Habib Umar

قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ مَنِ اتَّبَعَنِيْ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْنَاهُ أوْ مَا تَبِعْنَاهُ ؟ فَالدَّعْوَةُ مَعْنَاهَا : نَقْلُ النَّاسَ مِنَ الشَّرِّ اِلَى اْلخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ اِلَى الذِّكْرِ وَ مِنَ اْلأدْبَارِ اِلَى اْلإقْبَالِ وَ مِنَ الصِّفَاتِ الذَّمِيْمَةِ اِلَى الصِّفَاتِ الصَّالِحَةِ

Beliau حفظه الله تعالى berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’ie dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti. (Katakanlah Wahai Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku), apakah kita mengikuti Baginda atau tidak? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

إذَا صَحَّ الْخُرُوْج حَصَلَ بِهِ الْعُرُوْج

Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke darjat yang tinggi.

كُلّ وَاحِدٍ قُرْبُهُ فِى الْقِيَامَةِ مِنَ اْلأنْبِيَاءِ عَلَى قَدْرِ إهْتِمَامِهِ بِهَذِهِ الدَّعْوَةِ

Kedekatan seseorang dengan para anbiya` di hari qiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.


املأ قَلْبَكَ بِمَحَبَّةِ إخْوَانِكَ يَنْجَبِرْ نُقْصَانُكَ وَ يَرْتَفِعْ عِنْدَ اللهِ شَأنَكَ

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.

مَنْ كَانَ سَيَلْقَي فِي الْمَوْتِ الْحَبِيْبَ فَالْمَوْتُ عِيْدًا لَهُ

Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.


مَنْ لَمْ يُجَالِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ وَ مَنْ جَالَسَ مُفْلِحَ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

الإنْطِوَاءُ فِى الشَّيْخِ مُقَدِّمَةٌ لِلْلإنْطِوَاءِ فِى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَ اْلإنْطِوَاءُ فِى الرَّسُوْلِ مُقَدِّمَةٌ لِلْفَنَاءِ فِى اللهِ
Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan permulaan untuk fana pada Allah

لَمْ يَزَلِ النَّاسُ فِى كُلِّ وَقْتٍ مَا بَيْنَ صِنْفَيْنِ : صِنْفُ سِيْمَاهُمْ فِي وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ السُّجُوْدِ وَ صِنْفُ سِيْمَاهُمْ فِى وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ الْجُحُوْدِ

Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan:
  • Golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud; dan
  • Golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.


إنَّ لِلسُّجُوْدِ حَقِيْقَةً إذَا نَازَلَتْ اَنْوَارُهَا قَلْبَ الْعَبْدِ ظَلَّ الْقَلْبِ سَاجِدًا أبَدًا فَلاَ يَرْفَعُ عَنِ السُّجُوْدِ

Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahayanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

أخْرِجْ خَوْفَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَرِحْ بِخَوْفِ الْخَلْقِ وَ أخْرِجْ رَجَاءَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَلِذَّ بِرَجَاءِ الْخَلْقِ

Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada Kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Kholiq.


كَثْرَةُ الصَّفَاطِ وَ كَثْرَةُ الْمِزَاحِ عَلاَمَةٌ خُلُوِّ الْقَلْبِ عَنْ تَعْظِيْمِ اللهِ تَعَالَى وَ عَلاَمَةٌ عَنْ ضَعْفِ اْلإيْمَانِ

Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari dhoifnya iman.

سَبَبٌ مِنْ أسْبَابِ نُزُوْلِ الْبَلاَءِ وَ الْمَصَائِبِ قِلَّةُ الْبُكَائِيْنَ فِى جَوْفِ اللَّيِلِ

Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْظَةٍ

Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.



مَا ارْتَقَى اِلَى اْلقِمَّةِ اِلاَّ بْالْهِمَّةِ

Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).



مَا أعْجَبَ اْلأرْضُ كُلُّهَا عِبْرَةٌ أظُنُّ لاَ يُوْجَدُ عَلَى ظَهْرِ اْلأرْضِ شِبْرًا اِلاَّ وَ لِلْعَاقِلِ فِيْهِ عِبْرَةٌ اِذَا اعْتُبَرَ


Alangkah anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mahu mempelajarinya.

خَيْرُ النَّفْسِ مُخَالَفَتُهَا وَ شَرُّ النَّفْسِ طَاعَتُهَا

Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.



مِنْ دُوْنِ قَهْرِ النُّفُوْسِ مَا يَصِلُ الإنْسَانُ اِلَى رَبِّهِ قَطٌّ قَطٌّ قَطٌّ وَ اْلقُرْبُ مِنَ اللهِ عَلَى قَدْرِ تَصْفِيَةِ النُّفُوْسِ

Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

إذَا انْفَتَحَتِ الْقُلُوْبُ حَصَلَ الْمَطْلُوْبَ

Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.



مَنْ كَانَ لَهُ بِحَارٌ مِنَ الْعِلْمِ ثُمَّ وَقَعَتْ قِطْرَةٌ مِنَ الْهَوَى لَفَسَدَتْ

Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawanafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

Musalsal Bi Awwaliyah (Musalsal dengan Permulaan)

Sebagai memenuhi permintaan Sidi al-Bahanji di shoutbox sana tuu, maka ambo paparkan disini hadits musalsal yang dibacakan oleh Fadhilatus Syaikh Dr ‘Ali Juma’ah, Mufti Mesir sewaktu menyampaikan ceramahnya di Masjid al-Falah.

Haditsnya berbunyi begini:

الرَّحِمُوْنَ يَرْحَمْهُمُ الرَّحْمنُ تَبَارَكَ وَتَعَلى، إِرْحَمُوْا مَنْ فِي الأَرْضِ، يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّماءِ



وفى رواية : يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِي السَّماء

Artinya: Mereka yang mengasihi akan dikasihi oleh Allah Yang Maha Pengasih. Kasihilah penduduk bumi, nescaya kalian akan dikasihi penduduk langit.


Ambo tambah sedikit catatan .....

[1] Berkata al-’Allamah al-Musnid Syaikh Yasin bin ’Isa al-Fadani رحمه الله تعالى:
Berkata asy-Syams Muhammad bin at-Thayyib al-Maghribi, kemudian al-Madani: Hadits ini sepertimana yang dikatakan oleh ramai imam-imam: Sanadnya Hasan dan ’Aali (tinggi). Imam al-Bukhari رحمه الله تعالى mengeluarkan hadits ini didalam karangannya berjudul al-Kuna dan al-Adab al-Mufrad; Imam Ahmad رحمه الله تعالى dan al-Humaidi رحمه الله تعالى mengeluarkan didalam kitabm Musnad mereka; Imam al-Baihaqi رحمه الله تعالى di dalam kitab asy-Syu’ab; Imam Abu Daud رحمه الله تعالى dan Imam at-Tirmidhi رحمه الله تعالى didalam Sunan mereka dan Abu ’Ali az-Za’faraani di dalam karangan yang dibukukan daripada haditsnya sebagaimana dinukilkan daripadanya oleh Ibnul Abbar dan lain-lain.

Imam at-Tirmidhi رحمه الله تعالى berkata: Ia merupakan hadits hasan shahih. Al-Hakim telah meletakkannya di dalam kitab al-Mustadrak dan beliau menshahihkannya. Hadits ini shahih mengikut tatabu’ dan syawahid dan ia tidak samar lagi kepada sesiapa yang mendalami ilmu-ilmu hadits. Demikian juga, telah memastikan az-Zain al-’Iraqi dan selainnya telah memastikan keshahihannya tanpa ragu-ragu. Wallahu a’lam.

Sementara itu al-’Allamah asy-Syaikh Muhammad bin Ja’far al-Kattani telah menyatakan bahwa ianya ialah hadits mutawattir di dalam kitab Nadzmul Mutanatsir. [petikan dari buku Hadits Musalsal oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari yang diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainuddin dan rakan-rakannya]

Khamis, 16 April 2009

Dua Yang Bergandingan ....

Syaikh Abu al-Laits Nashr bin Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim as-Samarqandi al-Hanafi menyebut didalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin: Tiga ayat al-Quran yang diturunkan bergandingan dengan tiga perkara, dimana Allah tidak menerima satu daripadanya tanpa gandingannya.
  • Yang pertama, firman Allah: واقيموا الصلاة واتواالزكاة (.. dan dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat). Maka barangsiapa sholat dan tidak tunaikan zakat [sekiranya sudah cukup haul dan nisabnya], tidaklah diterima Allah akan sholatnya.
  • Yang kedua, firman Allah: واطيعوا الله واطيعوا الرسول (.. taatlah kamu akan Allah dan taatlah kamu akan Rasul). Maka barangsiapa taat kepada Allah, tidak taat kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, tidak diterima kebaktiannya.
  • Dan yang ketiga, firman Allah: ان اشكرلي ولوالديك (..bersyukurlah kepadaKu dan bersyukurlah kepada kepada kedua ibubapamu. Maka barangsiapa bersyukur kepada Allah dan tidak bersyukur kepada kedua ibubapanya, tidaklah diterima Allah akan syukurnya itu.

Isnin, 6 April 2009

Segala kebinasaan lidah – Siri ke 7

Segala kebinasaan lidah itu iaitu duapuluh (20) perkara [dipetik dari kitab Sairus Salikin; Shaikh Abdusshamad al-Falimbani; Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie, Singapore 1372H – 1953M; juz 3, halaman 78-79]

Kebinasaan Ketujuh:

الآفة السابعة السب والفحش والبذاءة في الكلام، وهو مذموم

Artinya: Kebinasaan yang ketujuh itu iaitu memaki akan orang dan mengata akan manusia dengan perkataan yang keji-keji dan dengan perkataan yang jahat-jahat dan iaitu dicela oleh syara’.


Dan meriwayatkan oleh Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى akan hadits ini dengan katanya:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن تسب قتلى بدر من المشركين

Artinya: Menegahkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bahwa memaki akan orang yang mati di dalam perang Badar daripada orang yang musyrikin (hadits riwayat Ibn Abi Dunya - al-‘Iraqi)

Dan lagi sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم

إياكم والفحش، فإن الله لايحب الفحش

Artinya: Takuti olehmu akan perkataan yang keji itu, maka bahwasanya Allah Ta’ala tiada kasih akan orang yang berkata akan perkataan yang keji itu. (hadits an-Nasaie dan al-Hakim dan hadits ini shahih menurut al-Hakim – al-‘Iraqi)

Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم

البذاءة والبيان شعبتان من النفاق

Artinya: Bermula perkataan yang jahat dan orang yang menyatakan ‘aib manusia itu iaitu kedua-duanya cabang daripada munafiq. (hadits riwayat at-Tirmidhi (hasan) dan Al-Hakim (shahih) – al-‘Iraqi)

Dan kata Ibrahim bin Maisarah رحمه الله تعالى:

يقال يحشر الفاحش المتفحش يوم القيامة في صورة كلب أو في جوف كلب

Artinya: Dikatakan oleh setengah ulama bahwa dihimpunkan [dihalau] orang yang berkata-kata akan perkataan yang keji itu pada hari qiamat padahal ia datang di dalam rupa anjing atau di dalam perut anjing.

Dan kata Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى (maksudnya): Dan adapun had perkataan yang keji dan hakikatnya itu maka iaitu mengibaratkan daripada segala perkataan yang keji dan segala yang jahat dengan ibarat yang nyata. Dan berlaku kebanyakan lafaz keji itu di dalam beberapa lafaz wiqaa` yakni jimaa’ dan barang yang berkaitan dengan dia. Maka bahwasanya bagi orang yang ahlil fasad( orang yang jahat) itu beberapa ibarat yang shorih (nyata), yang keji yang isti’maalkan (digunakan) oleh mereka itu akan dia di dalam perkataan mereka itu. Bermula orang yang sholeh itu benci mereka itu mendatangkan akan tiap-tiap lafaz yang keji itu dengan menshorihkan (menyatakan) akan dia, tetapi adalah mereka itu mengatakan tiap-tiap lafaz yang keji itu dengan lafaz kinayah (secara sindiran) jua dan menunjukkan atasnya itu dengan lafaz al-rumuz yakni dengan lafaz isyarat jua bukan dengan lafaz shorih (nyata) dan menyebutkan akan dia dengan lafaz yang hampir dengan dia dan lafaz yang ta’luq dengan dia, seperti kata Sayyidina ‘Abdullah ibn ‘Abbas رضي الله عنهما:

إن الله حي كريم يعفوويكني، كني باللمس عن الجماع. فالمسيس واللمس واالدخول والصحبة كنايات عن الوقاع وليس بفاحشة

Artinya: Bahwasanya Allah Ta’ala itu hidup, yang Kariim (Mulia), menegah daripada perkataan yang keji dan perkataan yang jahat, akan menshorihkan akan dia (bahwa disebutkan dengan bahasa yang terang). Dan adalah mengibaratkan Ia akan dia dengan kinayah jua seperti dikinayahkan dengan lafaz ‘al-lamsu’ yakni menyentih itu daripada lafaz jimaa’ akan perempuan. Maka lafaz ‘masis’ dan ‘lamsu’ dan lafaz ‘ad-dukhuul’ dan lafaz sahaabah itu kinayah daripada lafaz jimaa’ dan lafaz wiqaa’, dan iaitu tiada keji.


Bersalahan jikalau dishorihkan dengan lafaz jimaa’ atau dengan lafaz wiqaa’ atau dengan wathi’, maka iaitu keji pada syara’. Dan kiaskan olehmu sekelian lafaz yang keji pada orang banyak itu, maka iaitu jangan engkau shorihkan. Dan bersalahan lafaz yang keji itu sebab bersalah-salahan bahasa dan bersalah-salahan negeri, maka kiaskan olehmu akan sekelian yang demikian itu.




Bersambung ke kebinasaan lidah yang kedelapan …

Rabu, 1 April 2009

Terjemahan dari kitab “عيوب النفس ودواؤها” - Penyakit 46 – 48

Penyakit Keempatpuluh Enam : Membazirkan masa dengan urusan duniawi yang tidak berfaedah.

Rawatannya: Ialah hendaklah diketahui bahawa masa adalah modal yang paling berharga dalam hidup seseorang. Oleh itu kerja yang paling bernilai dalam mengisi masa itu ialah dhikrullah, serta istiqamah mentaati perintah Allah Ta’ala dan keikhlasan yang lahir dari lubuk hati. Hal ini dinyatakan oleh Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam hadits:

من حسن إسلام المرء تركه مالا يعنيه

Maksudnya: Antara kebaikan untuk agama seseorang itu ialah meninggalkan pekerjaan yang tidak bermanfaat (yang sia-sia). [Hadits riwayat Imam at-Tirmidhi, Ibn Majah dan Imam Malik dalam al-Muwattho’
]


Hassan al-Basri رحمه الله تعالى berkata: “Berusahalah bersungguh-sungguh membentuk jiwamu, jika tidak ia akan melencongkan kamu.”


Penyakit Keempatpuluh Tujuh: Marah.

Rawatannya: Ialah hendaklah melazimi diri dengan sifat redha dengan taqdir Allah Ta’ala. Marah ialah lontaran daripada syaitan. Pada suatu ketika seorang lelaki datang menemui Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Nasihatilah aku!” Jawab Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم:

لا تغضب

Maksudnya: “Jangan marah.” [Hadits riwayat al-Bukhari dan at-Tirmidhi]


Hal ini adalah kerana sifat marah itu akan meletakkan seseorang hamba Allah Ta’ala pada jurang kebinasaan apabila tidak dipelihara oleh kekuatan tegahan daripada Allah Ta’ala di dalam hati.


Penyakit Keempatpuluh Lapan : Berbohong.

Rawatannya: Ialah jangan mudah mengambil kira keredhaan atau kemarahan manusia. Hal ini adalah kerana perangai suka berbohong itu biasanya lahir apabila seseorang ingin mendapatkan keredhaan manusia, mengambil hati atau hendak mendapatkan kemegahan daripada mereka. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم:

الصدق يهدي إلى البر والكذب يهدي إلى الفجور والفجور يهدي إلى النار

Maksudnya: “Sifat benar itu akan memimpin kepada kebaikan, sifat berbohong itu mambawa kepada perbuatan mendurhaka, sedangkan sifat mendurhaka itu pula akan mencampakkan manusia kedalam neraka.” [Hadits riwayat al-Bukhari dalam bab ‘kitab al-Adab”, al-Tirmidhi dalam kitab al-Bir, al-Muwattho’ dalam bab al-Khuluq, Ibn Hanbal 2/175]




Risalah ‘Amal Ma’rifat Mengesakan Allah - Siri 4

Transliterasi Kitab Risalah ‘Amal Ma’rifat oleh Shaikh ‘Abdurrahman Siddiq bin Muhammad ‘Afif al-Banjari رحمه الله تعالى [keturunan Syaikh Arsyad al-Banjari رحمه الله تعالى] (1288H/1867M – 1358H/1939M) – Mufti Kerajaan Inderagiri

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Faqir al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh, tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri, ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Isi kandung kitab ini hendaklah dipelajari kepada tuanguru yang arif dan berkelayakan. Ampun maaf diatas segala kelemahan pentransliterasi. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian


Syahdan bermula kaifiat mengEsakan Allah Ta’ala pada af’al iaitu bahwa engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan ‘itiqad yang putus bahwasanya sekalian perbuatan yang berlaku didalam ‘alam sama ada perbuatan yang baik seperti iman dan tho’at atau perbuatan yang jahat seperti kufur dan ma’siat dan samada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya dan samada perbuatan mubasyarah atau perbuatan tawallud. Maka arti perbuatan mubasyarah itu iaitu yang beserta usaha ikhtiar hamba seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyurat. Dan arti perbuatan tawallud itu iaitu yang jadi daripada perbuatan mubasyarah seperti jadi huruf yang tersurat oleh orang yang menyurat. Maka apabila tetap pada pandang matahatimu dan mata kepalamu sekelian perbuatan yang berlaku dalam ‘alam ini semuanya perbuatan Allah Ta’ala [pada haqiqatnya] dengan haqqul yaqin baharulah engkau mendapat ma’rifat wahdaniyah af’al. dan fana’ sekelian af’al makhluq. Maka ketika itu lepaslah engkau dari syirik khofi dan ‘ujub dan riya’ dan sum’ah dan lainnya. Dan jadilah engkau daripada ahli tauhid yang sebenarnya lagi muwafaqat ma’rifah engkau dengan Quran dan hadits dan ijma’ ulama` seperti firman Allah Ta’ala

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Artinya bermula Allah Ta’ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu [surah as-Shaffat:96].


Dan lagi firman Allah Ta’ala

قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ فَمَالِ هَـٰؤُلاۤءِ ٱلْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثاً

Artinya: Katakan olehmu hai Muhammad segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah Ta’ala maka betapakah bagi mereka itu kaum tiada hampir faham mereka itu akan perkataan. [surah an-Nisaa: 78]


Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

لاتتحرك ذرة الا باذن الله

Artinya tiada bergerak di dalam ‘alam ini sesuatu dzarrah jua pun melainkan dengan izin Allah Ta’ala.[1]


Dan kata Sidi ‘Umar al-Faridh [2] رضي الله عنه:

ولو خطرت لي في سواك اوادة على خاطري سهوا قضيت بردتي

Artinya:Jikalah terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu murtad.




……. bersambung disiri akan datang, insyaAllah ….. والله تعالى أعلى و أعلم

[Transliterasi berdasarkan kepada kitab Risalah 'Amal Ma'rifat MengEsakan Allah oleh Syaikh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad 'Afif al-Banjari. Terbitan Khazanah al-Fathoniyyah, Kuala Lumpur, Malaysia, 2005M/1426H]


Notakaki:
[1] Menurut ulama hadits, kata-kata ini adalah merupakan kata-kata ulama dan bukannya hadits. Wallahu a’lam.

[2] Sidi Umar ibn Faridh adalah seorang shufi yang dilahirkan di Mesir pada tahun 576/577H. Beliau terkenal sebagai seorang sufi yang melantunkan syair-syair shufi. Syair-syairnya melambangkan hubb ilahi yang mendalam dan konsep wahdatus syuhud. Kata-kata beliau dalam maksudnya tidak boleh difahami dengan makna dzahir semata-mata. Oleh kerana inilah terdapat ulama yang mengkafirkan beliau sebagaimana juga Ibn ‘Arabi. Pun begitu tidak sedikit ulama yang mempertahankan mereka berdua Beliau hidup sezaman dan Ibn ‘Arabi. Wafat pada tahun 632H di Mesir.


Related Posts with Thumbnails