Transliterasi Kitab Risalah ‘Amal Ma’rifat oleh Shaikh ‘Abdurrahman Siddiq bin Muhammad ‘Afif al-Banjari رحمه الله تعالى [keturunan Syaikh Arsyad al-Banjari] (1288H/1867M – 1358H/1939M) – Mufti Kerajaan Inderagiri
(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud yang dikehendaki pengarang kitab. Sekian.)
Syahdan, maka dengan beberapa sebab yang tersebut itu terlintas pada hati hamba memperbuat risalah ini pada menyatakan ma’rifat ahlullah yang sebenarnya, yang mempunyai asal daripada al-Quran dan hadits dan ijma’ ulama’. Maka setengahnya daripada tertibnya, bermula ma’rifat ulama’ mengikut ma’rifat imam-imam yang empat dan mereka itu mengikut ma’rifat auliya’ dan mereka itu mengikut ma’rifat shahabat Nabi صلى الله عليه وسلم dan mereka itu mengikut ma’rifat Nabi صلى الله عليه وسلم. Maka ma’rifat Nabi kita bersamaan dengan ma’rifat anbiya’ dan mursalin yang dahulu-dahulu dan bersamaan dengan ma’rifat ahli langit hingga keatas. Tetapi hamba dahulukan pada risalah ini menyatakan syariat, thoriqat dan haqiqat dengan perkataan yang simpan kemudian daripada itu baharulah hamba menyatakan ‘amal ma’rifat dengan ikhtishor jua yang hamba dapat mafhum daripada kitab tasawuf. Wassalam.
Adapun syariat artinya kenyataan. Yakni barang yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala daripada segala hukum amar (suruhan) dan nahi (larangan) dan lainya. Maka takluk ia pada anggota. Adapun thoriqat artinya jalan. Yakni jalan yang menyempurnakan syariat seperti taubat dan zuhud dan tawakkal dan shabar, dan redho’ dan siddiq, dan mahabbah dan zikrul maut (ingat mati) dan lainnya daripada segala perangai yang terpuji, maka takluk pada hati dan nyata pada anggota. Adapun haqiqat artinya I’tiqad yang sebenarnya yang wajib dipercayakan samada ilahiyat (ketuhanan) atau nubuwwat (kenabian) atau sam’iat (perkara-perkara ghaib yang diimani) iaitu ta’allaq pada perbuatan hati. Adapun ma’rifat artinya pengenalan yang sempurna kepada Allah Ta’ala iaitu takluk pada sirr hati. Maka arti mengenal itu – iaitu mengenal wahdaniah Allah Ta’ala pada af’al-Nya (perbuatan-Nya) dan pada asma’-Nya (nama-Nya) dan pada shifat dan pada dzat dengan I’tiqad yang yaqin sekira-kira tetap pada I’tiqadnya tiada yang memperbuat sekalian kainat melainkan Allah Ta’ala dan tiada yang bernama didalam kaainat hanya Allah Ta’ala. Dan tiada yang bershifat didalam kaainat hanya Allah Ta’ala. Dan tiada yang maujud didalam kaainat hanya Allah Ta’ala. Adapun segala perbuatan mumkin dan asma’nya dan shifatnya dan wujudnya, maka iaitu fana didalam af’al Allah Ta’ala dan asma’-Nya dan shifat-Nya dan wujud-Nya. Hasilnya yang ada pada mumkin ini majazi dan madzhar yakni kenyataan af’al Allah Ta’ala dan asma’nya dan shifatnya dan wujudnya tiada mempunyai wujud haqiqi yang sebenar.
Syahdan bermula kaifiat mengEsakan Allah Ta’ala pada af’al iaitu … bersambung disiri akan datang, insyaAllah ….. والله تعالى أعلى و أعلم
[Transliterasi berdasarkan kepada kitab Risalah 'amal Ma'rifat MengEsakan Allah oleh Syaikh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad 'Afif al-Banjari. Terbitan Khazanah al-Fathoniyyah, Kuala Lumpur, Malaysia, 2005M/1426H]

0 komen:
Catat Ulasan