Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Allah kerana dengan limpah keizinannya kita dapat sekali lagi bersama Ramadhan. Sempena bulan yang agung lagi mulia serta penuh barakah ini, ingin kami sampaikan sedikit tazkirah buat diri kami khususnya dan buat antum – pelawat blog umumnya. Dalam sepotong hadits Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
Daripada Saidina Salman رضي الله عنه dia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’ban: “Wahai para manusia, telah menyelubungi kalian bulan yang agung, bulan yang dilimpahi keberkahan yang padanya terdapat suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (yakni lailatul qadr), Allah jadikan puasa padanya (pada bulan Ramadhan) suatu kewajiban, dan shalat malamnya (shalat tarawikh) sunnah. Barangsiapa yang menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) dengan amal yang baik (amalan sunat) maka baginya ganjaran seumpama melakukan ibadah yang fardhu. Barangsiapa mengamalkan amal yang fardhu maka (ganjarannya) seumpama mengerjakankan 70 amalan yang fardhu dibulan yang lain, Dia adalah (Ramadhan) ialah bulan kesabaran, dan balasan sabar adalah syurga. Dialah bulan simpati terhadap satu sama lain, bulan yang ditambahkan (oleh Allah) padanya rezeki orang-orang mukmin. Barangsiapa yang menjamu buka orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari neraka, dan ia mendapat pahala puasa seperti orang itu tanpa dikurangkan.
Maka berkatalah sebahagian dari mereka: Tidak semua dari kami mempunyai rezeki menjamu orang berbuka puasa. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: Allah tetap memberikan pahala itu walaupun hanya dengan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yang pada awalnya rahmat (kasih-sayang Allah), dan pertengahannya pengampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. Barangsiapa yang memberi keringanan pada budaknya (atau hambanya, pembantunya) maka diampuni dosa-dosanya dan baginya pembebasan dari neraka.
Maka perbanyaklah empat hal, yang dua hal adalah keredhaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki). Dua hal yang pertama adalah syahadat bahwa tiada Tuhan selain Allah ( لا اله إلا الله), dan yang kedua adalah kalian beristighfar padaNya. Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah mintalah syurga dan berlindunglah padanya dari neraka. Barangsiapa yang memberi minum untuk berbuka orang yang berpuasa di bulan itu maka Allah akan memberinya minum dari telagaku hingga tidak akan dia haus hingga dia sampai ke syurga. (Hadits riwayat Ibn Khuzaimah didalam Shahihnya; al-Baihaqi didalam Syu’abul Iman; Ibn Abi Dunya di dalam kitab Fadhail Ramadhan; Ibn Hibban;al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Mathalibul ‘Aliyah, kitab puasa, bab kelebihan bulan Ramadhan ).
Hidupkanlah … hayatilah Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yang mulia kerana didalamnya terdapat satu malam yang mana terlebih baik dari 1,000 bulan. Bulan dimana al-Quran diturunkan. Dalam bulan Ramadhanlah berlakunya peperangan Badar dan dalam bulan Ramadhan juga berlaku pembukaan kota Mekah. Bulan yang amalan sunat diberi ganjaran seumpama mengerjakan amalan fardhu, dan amalan fardhu diberi ganjaran seumpama mengerjakan 70 amalan fardhu dibulan yang lain Aku ~abu zahrah~ berpesan kepada diriku yang faqir lagi haqir ini dan saudara/i pengunjung blogku sekalian …… hidupkanlah Ramadhan … hayatilah Ramadhan …. hidupkanlah Ramadhan … hayatilah Ramadhan …….. hidupkanlah Ramadhan … hayatilah Ramadhan. Moga-moga kita beroleh rahmat dan keampunan dari Allah.Moga-moga kita beroleh TAQWA.
InsyaAllah, mudah-mudahan kita keluar dari madrasah Ramadhan kelak, kita dengan beroleh TAQWA.
~ abu zahrah ~
عَنْ سَلْمَانَ قَالَ : خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ فَقَالَ : " أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً ، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ ، وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ " ، قَالُوا : لَيْسَ كُلُّنَا نَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ ، فَقَالَ : " يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ ، أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ، وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ : خَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ ، وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهُمَا ، فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ : فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَتَسْتَغْفِرُونَهُ ، وَأَمَّا اللَّتَانِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهمَا : فَتُسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ، وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النَّارِ ، وَمَنْ أَشْبَعَ فِيهِ صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ -( صَحِيحُ ابْنِ خُزَيْمَةَ ، كِتَابُ الصِّيَامِ ، جُمَّاعُ أَبْوَابِ فَضَائِلِ شَهْرِ رَمَضَانَ وَصِيَامِهِ ، بَابُ فَضَائِلِ شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ صَحَّ الْخَبَرُ )
Daripada Saidina Salman رضي الله عنه dia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’ban: “Wahai para manusia, telah menyelubungi kalian bulan yang agung, bulan yang dilimpahi keberkahan yang padanya terdapat suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (yakni lailatul qadr), Allah jadikan puasa padanya (pada bulan Ramadhan) suatu kewajiban, dan shalat malamnya (shalat tarawikh) sunnah. Barangsiapa yang menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) dengan amal yang baik (amalan sunat) maka baginya ganjaran seumpama melakukan ibadah yang fardhu. Barangsiapa mengamalkan amal yang fardhu maka (ganjarannya) seumpama mengerjakankan 70 amalan yang fardhu dibulan yang lain, Dia adalah (Ramadhan) ialah bulan kesabaran, dan balasan sabar adalah syurga. Dialah bulan simpati terhadap satu sama lain, bulan yang ditambahkan (oleh Allah) padanya rezeki orang-orang mukmin. Barangsiapa yang menjamu buka orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari neraka, dan ia mendapat pahala puasa seperti orang itu tanpa dikurangkan.
Maka berkatalah sebahagian dari mereka: Tidak semua dari kami mempunyai rezeki menjamu orang berbuka puasa. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: Allah tetap memberikan pahala itu walaupun hanya dengan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yang pada awalnya rahmat (kasih-sayang Allah), dan pertengahannya pengampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. Barangsiapa yang memberi keringanan pada budaknya (atau hambanya, pembantunya) maka diampuni dosa-dosanya dan baginya pembebasan dari neraka.
Maka perbanyaklah empat hal, yang dua hal adalah keredhaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki). Dua hal yang pertama adalah syahadat bahwa tiada Tuhan selain Allah ( لا اله إلا الله), dan yang kedua adalah kalian beristighfar padaNya. Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah mintalah syurga dan berlindunglah padanya dari neraka. Barangsiapa yang memberi minum untuk berbuka orang yang berpuasa di bulan itu maka Allah akan memberinya minum dari telagaku hingga tidak akan dia haus hingga dia sampai ke syurga. (Hadits riwayat Ibn Khuzaimah didalam Shahihnya; al-Baihaqi didalam Syu’abul Iman; Ibn Abi Dunya di dalam kitab Fadhail Ramadhan; Ibn Hibban;al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Mathalibul ‘Aliyah, kitab puasa, bab kelebihan bulan Ramadhan ).
Hidupkanlah … hayatilah Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yang mulia kerana didalamnya terdapat satu malam yang mana terlebih baik dari 1,000 bulan. Bulan dimana al-Quran diturunkan. Dalam bulan Ramadhanlah berlakunya peperangan Badar dan dalam bulan Ramadhan juga berlaku pembukaan kota Mekah. Bulan yang amalan sunat diberi ganjaran seumpama mengerjakan amalan fardhu, dan amalan fardhu diberi ganjaran seumpama mengerjakan 70 amalan fardhu dibulan yang lain Aku ~abu zahrah~ berpesan kepada diriku yang faqir lagi haqir ini dan saudara/i pengunjung blogku sekalian …… hidupkanlah Ramadhan … hayatilah Ramadhan …. hidupkanlah Ramadhan … hayatilah Ramadhan …….. hidupkanlah Ramadhan … hayatilah Ramadhan. Moga-moga kita beroleh rahmat dan keampunan dari Allah.Moga-moga kita beroleh TAQWA.
- Berpuasalah dengan artikata yang sebenar. Puasa, dari segi bahasa maksudnya adalah menahan diri. Janganlah sekadar menahan diri dari makan dan minum dan dari melakukan perbuatan yang membatalkan puasa. Bahkan menahan segala anggota tubuh dari segala kemasiatan - tahanlah mata dari melihat sesuatu yang diharamkan dan dimakhruhkan – tahanlah lidah dari mengumpat, memfitnah, mengadu domba, berbahas perkara-perkara khilafiah, berkata yang sia-sia - tahanlah telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram dan dari yang melalaikan - tahanlah tangan dari mengambil yang haram - tahanlah kaki dari berjalan ketempat yang haram dan yang melalaikan – tahanlah fikiran dari memikirkan apa yang hendak dimakan tatkala berbuka nanti, apa yang mau dibeli dibazaar Ramadhan petang nanti, dimana mau berbuka nanti dsb. Dan yang terlebih utama lagi adalah menahan hati daripada mengingati selain ALLAH. InsyaAllah semoga kita beroleh TAQWA.
- Bertarawikh dan berwitirlah pada malamnya. Usah diperbahaskan akan bilangan rakaatnya. Kerjakanlah tarawikh sebanyak 20 rakaat diikuti dengan witir 3 rakaat sekurang-kurangnya. Jangan sesekali tinggalkan sholat tarawikh kerna ianya adalah anugerah khusus di bulan Ramadhan. Lakukanlah sholat tarawikh dengan tenang, jangan tergesa-gesa. Disamping itu perbanyakkan sholat-sholat sunat yang lainnya seperti sholat Dhuha, Tasbih dan lain-lain
- Usahakan agar dapat mengerjakan sholat yang difardhukan (Maghrib, Isya', Dhuhur, 'Asar dan Shubuh) secara berjemaah di masjid.
- Perbanyakkan i'tikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadhan.
- Banyakkanlah membaca al-Quran. Bacalah dengan penuh tadabbur. Bulan Ramadhan adalah bulan dimana al-Quran diturunkan padanya. Bacalah dan fahamilah akan tuntutan al-Quran. Semoga kita beroleh petunjuk.
- Perbanyakkan mengucapkan لا إله إلا الله dan beristighfar.
- Banyakkan bershalawat.
- Perbanyakkan sedekah dibulan ini. Guru kami pernah berpesan kepada kami: “Kalau nafsumu ghairah menginginkan kau berbelanja besar dibulan ini, maka lakukanlah TAPI bukan untuk dirimu, sebaliknya untuk mereka yang memerlukan. Kau berbelanjalah/belilah apa yang kau hajatkan dan kemudiannya kau sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Belilah pelbagai juadah yang kau inginkan kemudian datangilah kepintu-pintu rumah mereka yang memerlukan dan kau sedekahkan. Usahakanlah agar kau dapat untuk memberi makan kepada mereka yang berpuasa terlebih lagi mereka yang faqir dan miskin atau anak-anak yatim atau musafir yang terlantar dijalanan walaupun cuma seorang! Lakukan begitu untuk mendidik nafsumu!”
- Mohonlah syurga Allah dan perlindungan dari api neraka.
- Hindari atau kurangkanlah melakukan perkara-perkara yang melalaikan atau yang sia-sia. Penuhilah waktu dengan beribadah kepadaNya
InsyaAllah, mudah-mudahan kita keluar dari madrasah Ramadhan kelak, kita dengan beroleh TAQWA.
~ abu zahrah ~
0 komen:
Catat Ulasan