Sambung dari yang sebelumnya …. round 1 – round 2 – round 3 – round 4
Tok Peti Indera Kayangan tulis …. Dakwaan palsu ini dibuat olehnya dengan menggunakan hadis palsu kononnya Nabi bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi.
Maka apabila warga seberang tersebut datang ke negara kita, dia bagai mengiklankan dirinya sebagai jalan untuk sampai ke syurga. Maka orang ramai pun di beberapa masjid di sebelah utara tanah air bangun bersalaman untuk mendapatkan syurga. Meriahlah majlis lelongan syurga tersebut. Maka megahlah warga seberang berkenaan, kerana tangannya seakan pintu kepada syurga dan orang ramai pun dibeli dengan modal hadis palsu tersebut.
Kataku: Itu bukan dakwaan Shaikh Nuruddin, tetapi Shaikh Nuruddin meriwayatkan hadits musalsal tersebut daripada kitab musalsalnya. Ada beberapa riwayat musalsal bil mushofahah didalam kitab tersebut. Ada musalsal bil mushofahah al-Anasiah, ada musalsal bil mushofahah al-Muamariah dan ada beberapa lagi ….. Beliau tidak menjualnya tetapi menyampaikannya sebagaimana yang telah disampaikan oleh guru-guru beliau seperti asy-Syaikh al-‘Allamah al-Musnid Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani yang beliau juga terima dari guru beliau Shaikh Umar Hamdan al-Mahrasi, Shaikh Khalifah bin Ahmad an-Nabhani dan Shaikh ‘Ali bin Falih adz-Dzahiri dan seterusnya. Maka ingin aku bertanya kepda SS Tok Peti, mu kenai ka siapa Shaikh Yasin al-Fadani? Mu kenai ka siapa Shaikh Umar bin Hamdan al-Mahrasi …. ish…ish … ish ….. Mau kalau tak kenai depa dari segi keilmuan, kewarakan dan lain-lain … maka tok sah celupar sangat mulut tuh! Tu lah Tok Peti ni kenai Ben Baz, Utsaimin saja ….. Kalau Tok Peti nak tau Shaikh Nuruddin pun pernah ngaji dengan Ben Baz. Hehehe …….. Betoi ka Tok Peti ni ngaji hadits …. ish…ish macam tak caya fulak!
Adapun yang dipertikaikan oleh SS Tok Peti adalah musalsal bil mushofahah al-Mu’ammariah. Dikatakan oleh ulama sebagai dhoif dan ada yang mengatakan maudhu, bukanlah pada matannya tetapi kerana ada perawinya yang dikatakan pendusta. Dalam ilmu hadis, walaupun seseorang itu pendusta, tidak semestinya dia tidak akan bercakap benar sama sekali. Ada kemungkinan sewaktu diriwayatkan hadits ini, dia jujur dalam meriwayatkannya. Sementelahan pula ada hadits lain yang mempunyai pengertian yang sama tetapi lebih kuat. Maka para ulama meriwayatkannya secara turun-temurun sehingga kini kerana BERTABARRUK [yakni mengambil berkat). Dan para ulama juga tidak lupa meletakkan komentar mereka terhadap hadits tersebut didalam kitab-kitab musalsal mereka.
Lagi pula, makna hadis ini hampir sama dengan makna hadits lain iaitu hadis musalsal bi al-ru'yah. Dan hadits seumpama hadits musalasal bi al-ruyah ini diriwayatkan didalam al-Mustadrak oleh al-Hakim. Abdu bin Humaid didalam Musnadnya, al-Asbahani dan lain-lain lagi. Kalau nak lebih jelas maka bertanyalah kepada mereka yang betul-betul pakar, bukannya yang mengaku pakar.
SS Tok Peti kata “dia [merujuk kepada Shaikh Nuruddin lah tuu] bagai mengiklankan dirinya sebagai jalan untuk sampai ke syurga” Benarkah Shaikh Nuruddin mengiklankan diri sebagai jalan untuk sampai kesyurga? SS Tok Peti telah membuat andaian serkap jarang sendiri berdasarkan sangkaburuknya. Berdasarkan dendam kesumat yang membara dihatinya. Berdasarkan cemburu yang bersarang disanubarinya. Pada penelitian akulah … SS Tok Peti yang tengoh dok iklankan diri dalam tulisan-tulisan yang penuh kontroversi. Progresif kununnya! SS Tok Peti ada udang disebalik mi ka? Ntah-ntah SS Tok Peti dok tengah juai nama kotttt … manalah tau kot-kot MB Pelih senarai nama untuk jadi calon dalam Plihanraya akan datang …. Boleh jadi Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri. Bolehlah SS Tok Peti …. Hapuskan semua amalan bid’ah di Malaysia nih … Tak gitu? … atau pun gitu-gitu?…. Ambo dengaq desas-desus ja! Ampun maaflah … ambo pung tak dok bukti tentang itu, tapi tak mustahil kannnnn!!!!!!
SS Tok Peti, jangan dendam dengan ulama, jangan sangka buruk, jangan main tuduh-tuduh, bahayo! Sepertimana Tok Peti ulama-ulama Hadralmaut, seperti Tok Peti dok pelekeh indirectly ulama seperti Shaikh Yasin Padang, Sayyid ‘Alawi, Shaikh Umar bin Hamdan al-Mahrasi, dan lain-lain ulama. Kata ulama … ditakuti mati dengan su’ul khatimah! Dan lebih bahayo lagi bila ulama yang diremehkan, dicaci tu termasuk dalam golongan auliya Allah, maka Allah isytihar perang … ada hadits shohih tentang itu Tok Peti kan? Tok Peti lebih ma’lum. Maka berhati-hati lah ….! Beradablah bilo sesamo ulama! Bukankah ada kata-kata bahwasanya adab itu didahulukan dari ilmu!
Tok Peti Indera Kayangan tulis …. Apa yang peliknya, kedatangan beliau itu ditaja oleh beberapa pihak yang mempunyai kuasa agama di beberapa buah negeri.
Padahal beberapa negeri tersebut begitu sensitif dengan pandangan yang lebih progresif mengenai Islam. Digam penceramah-penceramah muda yang membawa ke arah keluasan minda dan fahaman Islam yang lebih terbuka berdasarkan dalil dan hujah. Malangnya, mereka menaja pula pemikiran yang karut seperti itu. Maka tidak peliklah jika ajaran sesat selalu sahaja muncul dalam masyarakat kita.
Kataku: He..he…he .. Tok Peti jealous ka? Sebab ada jabatan agama negeri yang tak benarkan SS Tok Peti dok pi mengajaq fahaman Wahabi yang dibawa tuh. Pandangan Tok Peti tu tak progresif pun …. Tok Peti saja yang perasan!. Fahaman yang Tok Peti bawak lah yang karut. Fahaman ‘Allah duduk ……’ Fahaman bahwa bertawassul pada yang dah mati haram tidak boleh .. kerana mereka dah mati! Kan karut tu … siapa yang memberi BEKAS …? Pasai tu depa gam Tok Peti. Supaya masyarakat aman …. Tak bercelaru dengan pandangan yang kununnya progresif. Maaf cakap nooo …. Orang Perlih pun tak semua terima pandangan bercelaru Tok Peti. Ramai yang menentang dari yang menyokong! Kecualilah kalau Tok Peti bertanding dalam pilihanraya …. Kalaupun depa sokong pun bukan sokong peribadi tapi partai yang Tok Peti wakili … andaian ambo sajaaaa!
Ampun maaf lah kerana bahasa aku kasaq. Orang kebanyakan yang jahillah katakan. Seropalah aku ni dengan puak badwi di Najd tu … kasaq! Cuma aku ni berfahaman Ahl Sunnah wal Jamaah bukan Wahabi!
Ada kesempatan aku sambung lagi ….. salam dari Pak Pandir Moden

2 komen:
assalamualaikum.. saya bukak youtube, banyak betul video yang tok peti tu kata ttg ulamak2 dulu2 kala. macam dia sorg saja yang betul dan paling alim dalam dunia.
tok peti telah berjaya mengelirukan manusia2 yang tak belajar hadith, harap2 org2 yg belajar hadith dengan ikhlas dapat tolong kami2 ni dan betulkan balik kepala kami yang dah pening dek kerana akibat lidah tok peti.
dulu, masa aku fom 3, dlm buku teks sjarah, ade dinyatakan kaum tua menyekat dakwah kaum muda yg menuntut pembaharuan dlm agama. mula2 aku kata, knapa bodoh sgt kaum tua ni. rupa2nya, skrang baru aku tau knp kaum tua sekat pngaruh kaum muda(wahabi). byk sgt kekeliruan..
Catat Ulasan