Selasa, 28 Ogos 2007

Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 4 -

Sambung dari yang sebelumnya ….
[mohon maaf andaikata bahasa yang diguna kurang beradab … layaklah keluaq dari aku yang memang tak beradab pun ….kalau nak dengaq Shaikh Nuruddin jawab mai tang ni dan tang ni. Hak ni OK. Adapun yang aku punya lagu yang aku kata ... kasaq sikit. sikit ja! :)]

Aku buka UM Online …. Hah sah … cerita dulu juga. Tajuk dia ‘Jangan lelong agama untuk keuntungan perniagaan. Ditulis oleh seorang manusia yang namanya bila diringkaskan jadi MAZA. Berjawatan SS Mufti Negeri Indera Kayangan.Dia jugalah sebelum ni memfitnah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Menghina para ahlul bait bahkan secara tidak langsung menghina Raja negeri dia bernaung iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan. [SS – tu merujuk kepada syok sendiri bukan sohibus samahah]


Kataku: Tok Peti Indera Kayangan, sapa yang lelong agama tu? Anda tak terasakah bahwa andalah yang lelong agama! Tak terasakah anda, bahwa anda mencari publisiti murah dengan isi-isi yang lapok. Di mana suara anda bila kemungkaran bermaharajalela?. Di mana suara anda bila kemurtadan berleluasa? Di mana suara anda bila pabila isteri pemimpin negara mencium artis dalam suatu majlis? Ketika kedaulatan Islam dicabar, anda dok tang mana? Rasuah berleluasa anda wat apa? Bukankah anda yang melelong agama apabila menjadi ‘orang suruhan’ politikus, wahai SS Tok Peti Indera Kayangan? Kalau dulu berdegar-degar berdebat dengan Astora Jabat … tapi akhirnya ….anda dalam tong yang sama.

Siapakah yang lelong agama? Siapa yang menjualkan agamanya dengan dunia yang sedikit? Kalau dibaca ayat al-Quran surah al-Maaidah, ayat 44-50, lebih menggerunkan … bukan jual, bukan lelong … tetapi menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit … siapa mereka … ringkasnya mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah …. jangan mengikuti hawa nafsu mereka ……… Allahu Allah … Walaupun ayat-ayat tersebut ditujukan kepada orang Yahudi dan Nashrani tetapi dalam keadah usul disebut (العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب) – pengajaran itu diambil dari lafaz yang umum bukan dengan sebab yang khusus -

Al-Hakim meriwayatkan:
ويل لأمتي من علماء السوء يتخذون هذا العلم تجارة يبيعونها لأمراء زمانهم ربحا لأنفسهم لاأربح الله تجارتهم
Celakalah bagi umatku akibat perbuatan ulama su’, mereka memperdagangkan ilmu lalu menjualnya kepada penguasa dari kalangan penguasa di zaman mereka dengan maksud untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Semoga Allah Ta’ala tidak memberi keuntungan kepada perdagangan mereka itu.

Perhatikan jawatan yang dipegang … jangan sekadar mengguna untuk menyerang orang tetapi gunakan untuk mengembalikan manusia agar taat kepada segala perintah suruh dan larangNYA. Janganlah seperti singa lagaknya apabila menegur orang yang kerdil, tiada punya kuasa, pangkat dan kedudukan TETAPI menikus apabila berhadap dengan kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh oleh mereka yang mempunyai kuasa, pangkat dan kedudukan

Tok Peti Indera Kayangan tulis …. OLEH kerana agama mempunyai fungsinya yang besar dalam masyarakat manusia, maka pelbagai pihak cuba menggunakan nama agama atas berbagai-bagai tujuan. Ada yang ikhlas, ada pula yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk mengaut harta atau pengaruh. Maka penyalahgunaan nama agama bukan perkara baru dalam sejarah manusia.

Kataku: Siapa kah yang mengabil kesempatan sebenarnya??? Siapakah yang cari pengaruh sebenarnya? Kata-katamu ibarat meludah kahak kelangit. Cerminlah dirimu!

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Bukan sahaja Islam yang menerima bahana tersebut, agama-agama lain juga demikian. Namun bagi Islam, ia lebih perih, kerana Islam agama wahyu. Seorang muslim yang sebenar tentu akan merasai penyalahgunaan nama Islam adalah satu dosa yang amat serius kerana ianya adalah pemalsuan wahyu. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan nama Allah dengan membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini, padahal tiada sebarang nas dari Allah ataupun rasul-Nya adalah satu jenayah besar.

Kataku: Siapa yang memalsukan agama? Siapa yang membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini. Siapakah yang selama ini dok melarang bacaan Yasin malam Jum’at, siapa yang dok melarang bacaan talqin? Siapa yang melarang sambutan maulid? Siapa yang melarang bacaan shalawat syifa’? Siapa yang melarang zikir berjemaah selepas sholat? Siapa yang melarang orang sholat qabliah Jum’at? Siapakah yang melarang orang bertarekat? Ahh … banyak lagi kalau mau disenaraikan. Bukankah itu angkaramu wahai sang mufti Indera Kayangan????? Perhatikanlah! Maka siapakah penjenayah yang terbesar terhadap agama Allah?

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 33 (maksudnya) Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Kataku: Benarlah firman Allah itu. Sesungguhnya aku beriman dengannya. Tok peti, kau tiliklah pengertian ayat tersebut dengan sebenar-benar tilik.

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Baginda s.a.w.: Juga menegaskan hal yang sama dalam banyak hadis baginda, antaranya daripada Aisyah, katanya: sabda Nabi: Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak (Riwayat Muslim).

Kataku: Benarlah sabdaan junjunganku, Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Sesungguhnya aku beriman dengannya. Perhatikan apakah yang dimaksudkan dengan “apa yang bukan daripadanya”? Perkara ini diperbincangan kan dengan panjang lebar oleh ulama iaitu persoalan bid’ah. Tiadalah aku nak bahas persoalan itu disini. Sumber hukum dalam agama itu boleh dirujuk dari kitab-kitab usul fiqih, qawaid fiqh …..

Tok Peti Indera Kayangan tulis : Maka setiap insan Muslim hendaklah berhati-hati tentang kesempatan yang diambil oleh banyak pihak untuk menjadikan agama saluran keuntungan atau menempatkan pemikiran peribadi yang akhirnya diberikan cop agama. Jika hal ini dibiarkan, maka ajaran-ajaran palsu akan muncul atas nama agama dan Islam yang tulen akan hilang dari sesetengah masyarakat.

Kataku: Memang benar, setiap Muslim diMalaysia hendaklah berhati-hati dengan golongan pihak yang menjadikan agama sebagai saluran untuk mendapatkan keuntungan, pengaruh, pangkat dan kedudukan. Juga dari golongan yang menempatkan pemikiran peribadi ataupun pendapat yang terpinggir. Semua sudah sedia maklum tentang amalan Islam diMalaysia. Tauhidnya bermazhab ‘Asyairah atau Maturidiah, manakala fiqihnya bermazhab salah satu dari mazhab yang empat, tetapi umumnya bermazhab Syafie. Tetapi sejak akhir-akhir ini golongan yang berfahaman Wahabi cuba menyuntik pemikiran mereka kedalam masyarakat. Memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Membid’ah dholalahkan itu dan ini … dan sebagainya. Fahaman ini sudah lama di tolak oleh ulama Tanah Melayu. Bahkan sejak dari awal tahun 1900an lagi. Dan anda [SS Tok Peti] salah seorang daripada penggerak kepada pemikiran tersebut. Jadi siapa yang membawa ajaran palsu? Siapa yang cuba menghilangkan ajaran Islam yang tulin dari masyarakat. Masyarakat Tanah Melayu tidak pernah beraqidah seperti anda, SS Tok Peti …. Aqidah yang mengatakan ALLAH duduk! Wah, kalau mau dibongkar banyak lagi. Cukup setakat ini dulu. Pembaca boleh dapatkan disini. [abusyafiq]

Dan perhatikan pula pesanan seorang ulama kita, Shaikh ‘Abdullah Fahim. Ulama yang menentukan tarikh pengisytiharan kemerdekaaan 31 Ogos 1957. Baca jangan tak baca!

Tok Peti Indera Kayangan tulis: Justeru itu saya amat menentang seorang ‘warga seberang’ yang menggelarkan diri al- Banjari dengan kononnya memiliki beberapa kelebihan mendakwa bahawa sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga.

Kataku: Amboi … cantik bahasa! Seberang mana tu? Bukankah anda pun warga seberang. Seberang Perai! Bekerja diseberang – Pulau Pinang! Gamaknya keturunan MAZA juga mai dari ‘seberang’. Wallahu a’lam. Apakah salahnya seorang yang berketurunan Banjar atau berasal dari Banjar menisbahkan dihujung namanya dengan al-Banjari? Bukankah kita kenal nama ulama’ kita dengan nisbahnya sahaja seumpama Imam an-Nawawi [Nama sebenaq Yahya bin Syarf], Imam Sayuthi [Nama sebenaq ‘Abdurrahman bin Abu Bakar]. Bahkan memang dah jadi tradisi ulama akan bubuh nisbahnya dhujung namanya samada menunjukkan:-
  • Keturunannya atau qabilahnya] – seperti al-Haddad, as-Saqqaf, al-Hasyimi, al-Quraisyi dan lain-lain; atau
  • Asalnya – al-Banjari, al-Fathani, al-Bahanji [Pahang], al-Kelantani, al-Hind [India], al-Bakistani [Pakistan] dan lain-lain; atau
  • Mazhabnya – asy-Syafie, al-Hanbali, al-Hanafi, al-Maliki; atau
  • Kelulusannya – keluaq mai dari madrasah mana, seperti al-Azhari, an-Nadwi, ad-Deobandi dan lain-lain.
Bukankah panutan serta idola anda juga lebih dikenali dengan nisbahnya sahaja iaitu al-Albani ketimbang nama sebenarnya Muhammad Nashiruddin bin al-Haj Nuh al-Albani. Jadi apa masalahnya kalau digelar sebagai al-Banjari. Rasionallah sikit beb!

Adapun tentang kelebihan, maka bagi aku memang beliau lebih ketimbang MAZA. Ilmunya, adabnya, keterampilannya, kitab-kitab yang dihasilkannya, jumlah muridnya [di Malaysia, Indonesia, dan Mesir], sistem pengajian bersanad yang diwarisinya, murid-muridnya sangat menyayanginya dan menghormatinya, guru-guru yang beliau berguru kepada mereka, masyaAllah, masyaAllah … bahkan banyak lagi. Maka bukan ‘konon’ lagi bahkan suatu kenyataan, memang ‘lebih’ Tetapi kelebihan yang ada pada Shaikh Nuruddin bukanlah untuk beliau banggakan. Bahkan itu semua adalah merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya. Maka apakah anda irihati dengan kelebihan tersebut? Buanglah penyakit hasad dihatimu itu ……!

Shaikh Nuruddin dakwa?????? Aku mohon SS Tok Peti buktikan tuduhannya bahwa Shaikh Nuruddin mendakwa bahwa “sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga”. Bilakah tarikh dakwaan itu dibuat? Dimanakah tempat dakwaan itu dibuat? Dihadapan siapakah dakwaan itu dibuat? Andainya tiada buktinya maka ketahuilah SS Tok Peti bahwasanya engkau telah membuat satu FITNAH. Dan fitnah itu sangat keji. Bawakanlah buktinya, insyaallah, perkara itu boleh diperjelaskan. Jangan hanya sekadar dengar dari kata-kata orang. Terfikir aku sejenak, apakah layak seorang mufti membuat tuduhan tanpa bukti? Thiqahkah mufti yang sedemikian? Sepanjang aku berguru dengan Shaikh Nuruddin, tidak pernah beliau mengatakan begitu. Maka berhati-hatilah dalam membuat tuduhan! SS Tok Peti bukankah beliau meriwayatkan hadits musalsal? Anda lebih faham tentang bagaimana hadits musalsal diriwayatkan. Bukankah anda mengambil pengajian hadits di UIA. Kata murid-murid anda, anda pakar hadits .... tapi kalau hak ni pun tak boleh nak paham ... pakar apa ka jadahnya!


Tok Peti Indera Kayangan tulis: Dakwaan palsu ini dibuat olehnya dengan menggunakan hadis palsu kononnya Nabi bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi.

Kataku: Mengenai ilmu hadits, maka aku tidak layak menjawabnya. Aku bukan seorang yang mendalami ilmu hadits. Kutub sittah pun belum habis aku pelajari. Baiquniah bukan menjadi hafalanku. Kitab rijal hadits juga aku ngakk punya. Namun aku ada membaca kitab karangan guruku yang mulia, Shaikh Nuruddin, bertajuk Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki wa al-Ahaadits al-Musalsalat. Aku tidak pasti samada SS Tok Peti ada membaca kitab tersebut atau tidak. Kitab tersebut mengandungi hadits-hadits musalsal yang beliau terima dari guru-guru beliau. dan disana disertakan sedikit komentar. Atau SS Tok Peti bisa membaca daripada kitab-kitab hadits musalsal. Kemudian barulah membuat penilaian yang adil dan saksama.

Yang menjadi aku sedikit musykil tentang niat serangan SS SS Tok Peti ni adalah … kenapa Shaikh Nuruddin sahaja diserang berkaitan dengan hadits tersebut? Shaikh Ahmad Fahmi Zam-Zam juga ada meriwayatkannya hadits seumpamanya didalam kitab musalsalnya, begitu juga shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi juga ada meriwayatkan hadits tersebut didalam kitabnya al-Musalsalaat al-‘Asyarah. Bukan mereka sahaja, bahkan ulama besar seperti asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin Abbas bin Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani juga meriwayatkannya, bahkan ramai lagi ulama’ menulis, meriwayatkan hadits musalsal bil mushofahah tersebut dalam pelbagai riwayat dengan perlbagai komentar. Kenapa Shaikh Nuruddin sahaja yang diserang? Benarlah kata Shaikh Nuruddin … dalam jawapannya. Boleh pi dengaq … aku dah upload kat blog ni ………. Dan kalau tengok kat youtube tu … jelas kekeliruanan SS Tok Peti ni. Gamaknya kalau dia dengaq aku baca ayat al-Quran … wa-ana rabbukum fattaqun [al-Mu’minun:52] atau wa-ana rabbukum fa’buduuni [al-Anbiya:92] … atau Inni ana robbuka [Thaha: 12] apakah dia akan tuduh aku mengaku Tuhan? …. Atau aku baca ayat Innanii analLah laa ilaaha illaa ana, fa’buduni [Thaha: 14] …. dia akan tuduh aku mengaku Tuhan?

Nampak sangat dia sendiri tak paham cara periwayatan hadits musalsal …. Mahir hadits apa ka jadahnya lagu nih! Kesian kat adik-beradik, saudara-mara dan suku-sakat aku yang dok kat Perlih sana … bermuftikan seorang manusia spesis ???? sebegini ….!


Bersambung ke pusingan seterusnya ……

3 komen:

Abu Muhammad berkata...

Mari kita ikut dan pertahankan ulama muktabar, jangan dok ikut tok peti suratkhabar.

al-fagir abu zahrah berkata...

:) sidi abumuhd, ya betoi kita musti pertahankan para habaib kita, ulama kita ... yang difitnah, dicerca, diperli oleh tok peti indera kayangan nih .... apa jenis manusia .. kalau sampai imam syafie pun diperlecehkan.

Al haqeerah berkata...

Sedihnya.. dan pedihnya kata2 seorang hamba Allah itu...

Semoga Allah memelihara dan memudahkan urusan para ulama2 kita tidak kira dimana mereka berada fi kulli makan wa zaman dan Allah memelihara mereka dari hasad orang2 yang hasad dan dari dengki orang2 yag dengki...Ameen

Related Posts with Thumbnails