Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara). Kitab Jala-ul Qulub ini selesai ditulis oleh Tuan Tabal pada waktu Zuhur, hari Rabu, 18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi
(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: hamba Allah yang faqir lagi haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan yang sebenar. Sekian.)
Hai saudaraku! Sucikan olehmu akan ‘baitullah’ itu daripada cemar-cemar berpegang atas makhluq kerana tiap-tiap seorang daripada makhluq ini baginya hajat jikalau raja sekalipun, padahal tiada kuasa ia menyempurnakan dia [hajat tersebut] maka betapa hal kuasa ia tolong menyempurnakan hajat orang yang lain(1). Dan hiasi olehmu dengan i’timad [berjabat atau berpegang] atas Allah. Dan jangan engkau takut daripada seorang sekali-kali kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.
Dan jangan engkau wahamkan dengan was-was bahwasanya makhluq ini memberi manfaat atau mudharat(2). Tiada jatuh suatu melainkan dengan kehendak Allah bahwasanya Tuhanmu terlebih hampir kepada engkau daripada tiap-tiap suatu maka janganlah engkau harapkan kepada segala itbaa’ (اتباع ) dan segala anak dan raja dan orang yang besar-besar dan segala harta dan kepandaian dan percarian. Sekeliannya itu dibawah perintah Allah, maka hendaklah engkau i’timad pada sekalian ahwal kepada Allah kerana [D]ialah yang hadhir tiada jauh daripada engkau lagi yang menolongkan dikau. Maka jika bergerak batu daripada puncak bukit kepada pihak engkau maka jangan kamu lari daripadanya, i’timad olehmu atas Allah dan pada tiap-tiap tempat kamu sebutkan Allah dan berselindung olehmu di dalam kota Allah (yakni لااله إلا الله) hingga jadi daripada zumrah [golongan] ahlullah dan sucikan olehmu daripada segala waham yang mengikutkan ruh kamu dan daripada segala khayal yang membimbangkan hati kamu daripada zikrullah.
Dan masuk olehmu di dalam maqam tawakkal atas Allah dan buang olehmu akan segala yang keruh-keruh di dalam hatimu, nescaya kamu dapat di dalam ka’batullah itu bagi berjumpa dengan Allah.
______________________________________________
Notakaki:
(1) Shaikh Ibn ‘Athoillah dalam hikamnya menyebut: Janganlah engkau angkatkan (mengadu) hajat kepada selain daripadaNYA, Dia jua yang mendatangkan daya atasmu. Maka betapa dapat mengangkatkan yang lain daripadanya barang yang telah Dia menghantarkan baginya. Barangsiapa tiada kuasa mengangkatkan hajat daripada dirinya maka betapa kuasa ada ia mengangkatkan bagi hajat daripada yang lain daripadanya.
(2) Sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadits Nabi صلى الله عليه وسلم.
Dari Abi Al 'Abbas 'Abdillah bin 'Abbas رضي الله عنهما. telah berkata dia: "Saya pernah berada di belakang Nabi صلى الله عليه وسلم pada suatu hari, maka baginda bersabda: “Wahai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan: Peliharalah (jagalah) Allah, pasti Allah akan memelihara (menjaga) engkau; Peliharalah Allah, pasti engkau akan mendapatNya dihadapanmu (bersamamu); Jika engkau minta, mintalah kepada Allah; Jika engkau minta pertolongan, mintalah pertolongan dari Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jika seluruh umat bersepakat untuk memberikan manfaat padamu dengan sesuatu, nescaya tiadalah mereka dapat melakukan hal itu, kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah padamu, dan jika mereka bersepakat untuk memudharatkan kamu dengan sesuatu, nescaya tiadalah mereka mampu mendatangkan apa-apa mudharat keatasmu kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Telah diangkat kalam dan telah kering lembaran-lembaran [Hadits riwayat at-Tirmidhi dan dia telah berkata :Hadis Hasan Sahih]

Fashal (فصل) pada menyatakan tawakkal atas Allah

3 komen:
Salam Akhi, terimakasih dan moga Allah memberkati usaha murni transliterasi ini. Sekali lagi saya mohon kebenaran utk adaptasi ke majalah. Maaf, banyak pula yg diminta, almaklum baru diperkenalkan ke blog ini. Tlg beritahu cara menghubungi akhi utk saya jelaskan secara lebih peribadi ke mana/bagaimana hendak disalurkan karya-karya akhi ini.
Wa-'alaikumussalam wa-rahmatullahi wa-barakaktuh.
saudara ebi, mengenai dengan transliterasi ini, saya rasa dan mohon dari saudara untuk tidak diadaptasi ke majalah. Saya sebenarnya telah mentransliterasi beberapa buah kitab jawi lama dan saya cuma hadiahkan kepada mereka yang ingin belajar kitab berkenaan. Ini bukan karya saya tapi transliterasi karya ulama Melayu yang berjasa dalam bidang ilmu. Saudara boleh hubungi saya lewat e-mail abdullahthahir@yahoo.com
Saya belum mengijinkan dipublish dalam majalah atau apa saja kerna yang dipaparkan disini belum lagi ditahqiqkan oleh guru saya. Cuma ada beberapa saja yang dalam proses tahqiq. Maka saya ponon supaya saudara bisa hormati pendirian dan permintaan saya. Maaf ya.
Sekian. Wassalam
Hamba Yang Faqir Lagi Haqir
abuzahrah abdullah thahir al-Qedahi
Terimakasih. Mohon akhi periksa emel daripada saya untuk maklumat lanjut. Wassalam.
Catat Ulasan