Isnin, 1 Julai 2013

Akhlaq Dalam Menerima Teguran



Entri kali ini al-fagir ingin kongsikan sebuah kisah yang gambarkan akhlaq seorang ulama besar dari kalangan ahlulbait (Saadah Ba’alawi) iaitu al-Quthub al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Atthos رحمه الله تعالى. Namun sebelum itu ingin al-fagir perkenalkan beliau رحمه الله تعالى secara ringkas.

Nasab: Ahmad bin Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin bin al-Quthb al-Kabir Umar bin ‘Abdurrahaman bin ‘Aqil al-‘Atthas bin Salim bin ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin al-Quthub ‘Abdurrahman as-Seggaf [Saqqaf] bin Muhamad Maula Dawileh bin ‘Ali bin ‘Alwi bin al-Ustadz al-‘A’dhom al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin ‘Ali Kholi’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad Shohib Shouma’ah bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin al-Muhajir ilallah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam ‘Hussin al-Sibth putera kepada al-Imam Amiril Mu’minin ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

Lahirkan di Huraidhoh pada hari Selasa tanggal 19 Ramadhan 1257H dan wafat pada tanggal 6 Rajab 1334H pada usia 77 tahun. Di makamkan di dalam kubah al-Quthub al-Kabir al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas, shohib ratib al-‘Atthas yang terkenal itu.

Antara guru al-Quthub al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Atthos رحمه الله تعالى adalah:

Al-Quthub al-Habib Abu bakar bin ‘Abdullah al-‘Atthos; al-Habib Sholeh bin ‘Abdullah al-‘Atthos; al-Habib Ahmad bin Muhammad bin ‘Alwi al-Muhdhor; al-Habib Ahmad bin ‘Abdullah bin ‘aydrus al-Bar; al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Seggaf as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin ‘Ali bin ‘Alwi bin ‘Abdillah as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin Ibrahim bin ‘Aydrus BilFagih; al-Habib Muhammad bin Muhammad bin Muhammad as-Seggaf; al-Habib Fadhl bin ‘alwi bin Muhamad bin Sahl Maula Dawilah; al’-‘Allamah as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos adalah murid kesayangan beliau); Syeikh ‘Ali bin Ibrahim as-Samanudi dan lain-lain رحمهم الله تعالى.

Ini kisahnya akhlaq Habib Ahmad bin Hasan al-Atthos رحمه الله تعالى tatkala ditegur orang …..

Dikisahkan bahwa suatu hari al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى datang ke kota Syibam. Beliau masuk ke sebuah masjid untuk melakukan sholat berjama'ah, akan tetapi sudah ketinggalan beberapa raka'at hingga beliau menjadi masbuk. Menjadi kebiasaan beliau, iaitu  beliau agak cepat dalam sholatnya, pun begitu beliau melaksanakan seluruh rukun-rukunnya secara sempurna.

Maka ada seorang makmum yang belum mengenal beliau, melihat perbuatan sholat al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى, iaitu seakan-akan tergesa-gesa. Dan orang tersebut merasa sholat al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى itu kurang sempurna. Oleh kerana itu dia menunggu al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى selesai shalat untuk menegurnya.

Setelah al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى memberi salam mengakhiri sholatnya, orang itu langsung menegur dengan kasar atau mengherdik al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى: Sholat seperti apa ini? Engkau kira ketika ini dirimu berhadapan dengan siapa dalam sholatmu? Dan engkau lakukan sholat ini untuk siapa?

Mendengar hal ini al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى lantas menjawab: Semoga Allah memberimu balasan yang baik, engkau telah menunjukkan kepadaku sesuatu yang tidak pernah aku sedari sebelumnya, mungkin engkau melihat kesalahan dalam rukuk atau sujudku, maka sekarang aku akan mengulangi sholatku di hadapanmu dan engkau betulkanlah andaikata ada yang salah dalam rukun atau bacaannya.

Lalu orang itu menjawab: Kalau begitu itu lebih baik. Orang ini punya niat yang baik dan ia bangga lantaran merasa telah mengajarinya.

Maka al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى mengulangi sholatnya. Beliau membaca dengan suara yang agak kuat, membaca fatihah, surat pendek, lalu rukuk dan iktidal dengan sempurna, membaca doa yang telah diajarkan oleh Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib رضي الله عنه dalam sujud beliau, dan semuanya dibaca dengan suara jelas didengari.

Orang-orang yang melewatinya berasa hairan dengan shalat itu dan mereka tidak faham dengan shalat ini. Setelah salam orang itu berkata kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى: Ini suatu sholat yang sempurna bahkan lebih baik dari sholatku, apalagi doanya lebih banyak yang mana aku sendiri tidak menghafalnya.

Lalu al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى berkata: Sekali lagi aku memohon maaf dan  mengucapkan terimakasih, kerana engkau telah menunjukkan kepadaku perbuatan yang baik, aku sendiri juga ragu mungkin masih ada kesalahan dalam sholatku.

Setelah selesai berbicara, lalu orang itu keluar dari masjid, maka ada beberapa orang yang bertanya kepada orang itu: Apa yang telah engkau bicarakan kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos? Orang itu merasa hairan dan dan bertanya: Al-Habib Ahmad??? Siapa? Mereka berkata: Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos. Mendengar hal ini, orang itu terus rasa gementar dan berkata: Inna lillahi wa innaa ilaihi roji'un. Aku tidak tahu yang beliau itu adalah al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos.

Dia terus berlari menuju al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى, disertai dengan tangisan yang tersedu-sedu penuh penyesalan dan meminta maaf kerana bersikap sedemikian terhadap al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى. Dan al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos رحمه الله تعالى pun menjawab dengan lemah-lembut: Usah engkau menangis, kerana engkau telah menunjukkan kebaikan untukku. Engkau sama sekali tidak mencelaku dan engkau hanya mengajarkan sholat kepadaku, kerana itu semoga Allah Ta’ala mengurniakanmu limpahan balasan kebaikan. – Tamat kisah –

Allahu Allah ….. Sungguh indah akhlaq mereka! Akhlaq yang diwarisi dari datuk mereka al-Habib al-Adzhom صلى الله عليه وآله وسلم

Andaikata kita lah …., terutamanya yang sudah berilmu, bergelar ustaz, syeikh, tuan guru, kiyai dan sebagainya tetiba datang seseirang menegur kita seumpamanya mengatakan bahwa sholat kita tadi salah, cara berwudhu kita salah dan sebagainya …. Apakah agaknya reaksi kita? Menerimanya dengan baik? Atau mengherdik kembali si penegur? Atau mensyarahkan ilmu di dada kita kepada sipenegur? Atau bagaimana? Masing-masing punya jawapannya tersendiri …….

اللعم آت نفوسنا تقواها، وزكّها أنت خير من زكّاها أنت وليُّها ومولاها. اللهم اهدنا لأحسن الأخلاق والأعمال لا يهدي لأحسنها إلا أنت، واصرف عنا سيئها لا يصرف عنا سيئها إلا أنت، برحمتك يا أرحم الرحمين وجودك يا أجواد الأجودين. وصلى الله على سيّدنا محمد وآله وصحبه أجمعين وتا بعيهم بإحسان إلى يوم الدين، والحمد لله رب العالمين



abu zahrah al-qadahi

isnin, 22 Sya’ban 1434/1 Julai 2013

taman seri gombak.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails