Petikan dari Tazkirah
an-Naas oleh al-Habib Abu Bakar ‘Atthos bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Zein al-Habsyi رحمه
الله تعالى hal 185:
Telah berkata Al-Habib Ahmad
bin Hasan al-‘Atthas رضي الله عنه : Asy-Syeikh ‘Abdul Qaadir
al-Jailani رضي الله عنه menyebut di dalam
al-Ghunyah: Bahwasanya Sayyidina al-Imam ‘Ali bin Abi Tholib كرم
الله وجهه adalah
beliau meluangkan waktunya (yakni memberi penumpuan yang lebih) untuk ibadah
pada 4 malam dalam setahun, iaitu: malam pertama bulan Rajab, malam 2 hariraya,
dan malam Nishfu Sya’ban, dan adalah daripada doanya beliau pada malam
tersebut:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَآلِهِ مَصَابِيْحِ الْحِكْمَةِ، وَمَوَالِيْ النِّعْمَةِ، وَمَعَادِنِ
العِصْمَةِ، وَاعْصِمْنِيْ بِهِمْ مِنْ كُلِّ سُوْءٍ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ عَلَى
غِرَّةٍ، وَلاَ عَلَى غَفْلَةٍ، وَلاَ تَجْعَلْ عَوَاقِبَ أَمْرِيْ حَسْرَةً وَنَدَامَةً،
وَارْضَ عَنِّيْ؛ فَإِنَّ مَغْفِرَتَكَ لِلظَّالِمِيْنَ، وَأَنَا مِنَ الظَّالِمِيْنَ.
Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas
Penghulu Kami Muhammad dan keluarga Baginda, lentera-lentera hikmah, pemberi
nikmah dan sumber perlindungan. Lindungilah aku dari keburukan dengan berkat
mereka. Janganlah Engkau ambil aku ketika aku sedang tertipu dan lalai,
janganlah Engkau jadikan akhir segala urusanku kerugian dan penyesalan.
Redhoilah aku, kerana sesungguhnya keampunnanMu bagi orang-orang yang zalim dan
aku tergolong dari kalangan orang yang berbuat zalim.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا
لاَ يَضُرُّكَ، وَأَعْطِنِيْ مَا لاَ يَنْفَعُكَ، فَإِنَّكَ الوَاسِعَةُ رَحْمَتُهُ،
اَلْبَدِيْعَةُ حِكْمَتُهُ، فَأَعْطِنِيْ السَّعَةَ وَالدَّعَةَ، وَالأَمْنَ وَالصِّحَّةَ،
وَالشُّكْرَ وَالمُعَافَاةَ وَالتَّقْوَى، وَأَفْرِغِ الصَّبْرَ وَالصِّدْقَ عَلَيَّ
وَعَلَى أَوْلِيآئِيْ فِيْكَ، وَأَعْطِنِيْ اليُسْرَ، وَلاَ تَجْعَلْ مَعَهُ العُسْرَ،
وَأَعْمِمْ بَذَلِكَ أَهْلِيْ وَوَلَدِيْ وَإِخْوَانِيْ فِيْكَ، وَمَنْ وَلَدَنِيْ،
مِنَ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ.
اهـ.
Ya
Allah, kurniakanlah keampunan bagiku kerana hal itu tidak memudharatkanMu, dan
berilah aku apa yang tidak bermanfaat bagiMu, kerana sesungguhnya Engkau
memiliki rahmat yang sangat luas dan hikmah yang menakjubkan. Maka berilah aku
keluasan (rezeqi), kelembutan, keselamatan, kesihatan, rasa syukur, ‘afiat dan
taqwa. Dan berilah aku kesabaran dan sikap shidq (jujur), juga kepada
teman-temanku di jalanMu. (Ya Allah) berilah kepadaku kemudahan, dan jangan
Engkau jadikan bersamanya kesusahan, begitu juga kepada keluargaku, anak-anakku
dan saudara-saudaraku di jalanMu serta orang-orang yang melahirkan aku, dari
kalangan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. ~ tammat petikan -
~
abu zahrah al-qadahi ~
~
selasa, 2 sya’ban 1434/11 Jun 2013 ~
~
taman seri gombak ~
1 komen:
terima kasih atas menyampaikan ya sidi...doa yg sungguh indah
Catat Ulasan