Rabu, 22 Mei 2013

Hikmah Dalam Menjawab



Membelek-belek kitab Majmu` Mawaa’idz wa Kalam al-Imam al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى. Maka terpanggil  al-fagir untuk berkongsi kisah di bawah untuk sama-sama direnungi.

Al-Habib Ahmad bin Umar BinSumaith رحمه الله تعالى menyebut sebuah kisah:

Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى pernah di tanyai seseorang tentang apakah dalilnya perbuatan orang-orang shufi yang meletakkan ridak mereka disebelah kiri?. Si penanya itu seakan-akan mengengkari perbuatan tersebut. Lalu Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى bertanya kembali kepadanya: Apakah engkau telah mengetahui semua ilmu berkaitan dengan sunnah? Dia menjawab: Tidak. Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى bertanya lagi: Apakah engkau telah mengetahui separuh daripadanya? Dia menjawab: Ya. Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى berkata: Maka barangkali dalil mereka (kaum shufi mengenai perbuatan tersebut) dalam separuh (ilmu as-sunnah) yang tidak engkau ketahui itu! Dan Syeikh Zakaria al-Anshari رحمه الله تعالى berkata lagi kepadanya: Sesungguhnya kaum Tartar tatkala mereka memasuki kota Baghdad, mereka menghimpunkan semua kitab-kitab yang berada di kota Baghdad dan mencampakkannya ke dalam sungai Dajlah, maka barangkali dalil mereka itu (kaum shufi mengenai perbuatan tersebut) di dalam kitab-kitab yang hilang itu. – tamat petikan dari kitab Majmu` Mawaa’idz wa Kalam al-Imam al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى.

abu zahrah al-qadahi
lepas zohor, 11 Rajab 1434/21 Mei 2013
di rumah, taman sri gombak, selangor darul ehsan

2 komen:

AyaqSejuk berkata...

alhamdulillah...lama dok tunggu posting terbaru.

Awanama berkata...

Salam, tuan.. Adakah pencerobohan musuh pada peristiwa andalus, baghdad, afrika, india, china, nusantara dan lain-lain menyebabkan ilmu ilmu Islam berkurang? Jadi apa lagi yang tinggal untuk kita yang terakhir ini...

Related Posts with Thumbnails