InsyaAllah
pada tanggal 6 Muharram 1433H/2 Disember 2011 sehingga 10 Muharram/6 Disember 2011 akan
berlangung dauroh di Ma’ahad az-Zein al-Makki iaitu Pondok Pesantren yang
diasaskan oleh al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
al-Makki حفظه
الله. Dauroh ini kebiasaannya dihadiri oleh murid-murid Syeikh
Nuruddin dari Malaysia, Sumatera, Kalimantan, sekitar Jakarta dan lain-lain
wilayah di Indonesia. Menurut kabar yang al-fagir terima, delegasi dari
Malaysia yang akan turut serta mencecah 40 orang lebih peserta. Alhamdulillah
al-Fadhil Ustaz Muhadir dan al-fagir juga akan turut serta. Di bawah al-fagir kongsikan foto pemandangan Ma'had az-Zein. Suasana yang tenang dan nyaman sekali. Suasana yang sesuai untuk para santri menimba ilmu.
Rumah Syeikh Nuruddin. |
Laluan dari rumah Syeikh Nuruddin ke dewan sholat |
Rumah tetamu atas kolam. Nyaman dok di rumah tetamu ni ... yang paling al-fagir suka :) |
Rumah di tetamu di atas kolam - dari sisi |
Asrama santri lelaki |
Pejabat |
Dewan sholat |
Dewan Tafaqquh |
Antara
kitab yang akan dibacakan pada dauroh kali ini adalah:
Fatawa
al-Imam an-Nawawi, iaitu kumpulan fatwa (363 fatwa) yang dikumpul oleh murid
Imam Nawawi iaitu al-Imam al-‘Allamah al-Haafidz al-Fagiih ‘Alauddin ‘Ali ibn
Ibrahim ibn al-‘Atthar ad-Dimasygi رضي الله
عنهما. (654 – 724H);
Al-Khairaat al-Hisaan fi Managib al-Imam al-Adzam Abi Hanifah an-Nu’man karya al-Imam al-Fagiih Syihabuddin Ahmad bin Muhammad ibn Hajar al-Haitami al-Makki. Sebuah kitab biografi Imam Abu Hanifahرضي الله عنه. Di dalam kitab ini ada tersebut kisah di mana imam panutan kita di dalam figih, Imam asy-Syafie رضي الله عنه berkata: “Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari. Apabila aku mempunyai suatu hajat keperluan, aku bershalat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut ditunaikan.” Dan di dalam kitab tersebut juga menceritakan bahwa ketika Imam asy-Syafie رضي الله عنه menunaikan sholat shubuh di masjid yang terletak makam Imam Abu Hanifah رضي الله عنه, beliau meninggalkan qunut. Maka tatkala ditanyai mengapa, beliau menjawab, beradab dengan tuan kubur ini (yakni Imam Abu Hanifah رضي الله عنه). Adabnya seorang ulama terhadap seorang ulama walaupun ianya sudah wafat. InsyaAllah banyak lagi kisah yang akan disebut oleh Syeikh Nuruddin ketika membaca kitab ini. Antaranya yang pernah disebut oleh Syeikh Nuruddin satu riwayat yang mengatakan bahwa Imam Abu Hanifah tidak pernah melunjurkan kakinya kearah rumah gurunya, Imam Hammad, walaupun jarak antara rumahnya dengan rumah Imam Hammad agak jauh kerana beradab dengan guru. InsyaAllah, akan al-fagir kongsi mutiara-mutiara ilmu yang akan dihidangkan oleh Syeikh Nuruddin kepada kami nanti.
Iqaamatul
Hujjah ‘ala anna al-Iktsaar fi at-Ta’abbud Laisa bi Bid’ah karya al-Imam Abi
al-Hasanaat Muhammad ‘Abdul Hayy al-Lakhnawi al-Hind (1264 – 1304). Kitab ini membicarakan
tentang memperbanyakkan ‘ibadah itu bukannlah daripada bid’ah (dholalah).
Pengarang membawa banyak contoh ‘amalan para shahabat, tabi’in dan tabi’
at-Tabi’in رضي الله عنهم yang mana apa yang mereka lakukan itu lebih banyak daripada apa
yang dikerjakan oleh Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم. Pada mugaddimahnya, beliau
(pengarang kitab) menyebut: Ketika aku mendengar ada seseorang berkata:
“Bermujahadah dalam beribadah, seperti menghidupkan malam dengan shalat,
mengkhatamkan al-Quran dalam satu raka’at sholat, melakukan shalat seribu
rakaat dan sebagainya dari para ulama terdahulu adalah bid’ah, dan setiap yang
bid’ah itu sesat”. Maka aku pun menjadi kebingungan, aku katakan kepada mereka:
“Apakah engkau berpendapat bahawa mujahadahnya (berlebihannya ibadah) para
shahabat, tabi’in dan para muhaddits itu adalah bid’ah yang sesat?” Orang yang
berkata tadi menjawab: “Bahawasanya larangan tersebut ada dalam kitab-kitab
yang shahih” Aku katakan: ‘Ini adalah perkataan orang yang pandangannya dan
pemikirannya tidak luas, sedikit pengamatannya terhadap lafaz-lafaz hadits,
maka ia pun tidak menyukainya. Apakah engkau tidak memahami, bahawasanya bid’ah
atau perkara baru itu adalah yang tidak ada di zaman atau pada abad yang ke
tiga dan tidak didapati pula baginya dasar dari pada dasar-dasar yang empat
(al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan qiyas) sama sekali! Akan tetapi perkara seperti
ini (memperbanyak amal ibadah) telah didapati pada zaman yang penuh dengan
keberkahan (zaman Rasulullah صلى الله
عليه وآله وسلم dan
para shahabat رضي الله عنهم), dan ada dalil syariat yang
menunjukkan kebolehannya bahkan itu dianjurkan kepada orang yang mampu
melaksanakannya”.
Maka si penanya itu kembali
berkata: “Ulama`-ulama` sekarang telah mengatakan dengan keras (lantang) bahawa
perkara itu adalah bid’ah dan ini diterima oleh ulama yang lainnya” Aku jawab:
“Jika memang seperti keadaannya maka sungguh telah terjadi kesamaran dengan
hadits-hadits yang melarangnya, sedangkan orang yang tidak memiliki pandangan
atau pengamatan yang jauh serta luas terhadap perkara-perkara tersebut untuk
menghubungkannya kesemua dasar-dasar syariat, itu dimaafkan sahaja, bahkan
boleh diberi pahala atau ganjaran. Banyak sekali para ulama ahli hadits dan
fiqih mengatakan itu boleh, maka bagaimana mungkin perkataan mereka yang
melarangnya itu boleh diterima?” Si penanya itu berfikir ekstrim dan membiarkan
dirinya berada dalam keadaan kebingungan ......
Pada hari penutup yang jatuh pada 10 Muharram, insyaAllah Syeikh Nuruddin akan bacakan Musalsal Asyuro. InsyaAllah, mudah-mudahan
al-Fagir dapat kongsikannya bersama pengunjung al-fanshuri apa yang dipelajari. Mohon doakan al-fagir dan semua peserta dauroh agar siddiq di dalam niat dan semoga kami memdapar redhaNYA.
catatan,
al-fagir
ilaLlah abu zahrah al-qadahi
‘ashar,
ahad, 1 muharram 1433H/27 disember 2011
0 komen:
Catat Ulasan